Tuesday, December 27, 2011

sambungan dari karangan aku yang lepas..

..

Akhirnya setelah pening-pening kepala berputar berfikir, keputusan di ambil. Gathering bakal berlangsung. Tujuan, untuk meminta pendapat akan segala persoalan yang bermain di kepala. Apa pro dan kontranya sesuatu perkara itu sebelum aku membuat keputusan.

Bila bersama rakan lain, yang semuanya sama jantina dengan aku itu, terasa tenang seketika. Masing-masing ada sesuatu ingin di bincangkan katanya. Kiranya memang tepatlah timing untuk kami semua bertemu di waktu ini.

Seorang demi seorang mengutarakan masalah masing-masing. Aneh..

Sesampai saja di giliran aku, agak teragak-agak pula untuk aku bercerita. Seandainya aku turut bercerita, ini bermakna masuk 4 kali siaran ulangan berlangsung.

Aneh semua seperti mempunyai masalah yang sama.

Kami semua berpandangan antara satu sama lain.

Betul. Benar. Dan tepat sekali. Kami semua kena troll.

Si dia yang selama ni buat aku kusut, rupanya turut mengusutkan empat lagi kawan aku yang lain. Dia juga turut mengakui hakikat tersebut. Gurauan semata katanya.

Kau, memang biadap! Kalau iyapun 4 orang cukuplah. Buat cukup-cukup kuota. Ini sampai lima orang dia buat. Aku sumpah anak kau nanti kerja doktor, tak pun engineer. Paling teruk kerja call center.

Huh! Tak nak kawan dah.

Friday, December 23, 2011

aku dan dia sama seperti aku dan rakan yang lain. Sama-sama mengejar mimpi. Sama-sama berlari mengejar pelangi.

Dia, habis saja belajar terus ditawarkan dengan kerja yang berkedudukan hebat dan gaji yang lumayan sedangkan aku masih lagi sibuk menghantar resume ke setiap syarikat. Tatkala aku masih lagi belum stabil dengan kehidupan baru, dia sudah mampu berkereta mewah, duduk di rumah atas nama sendiri.

Dan tatkala aku baru berjaya memiliki tayar dua sebagai satu kebanggaan, dia sudah mula meneruskan langkah baru yang lebih besar. Bekerja di luar negara yang menawarkan kehidupan yang lebih sempurna. Sedangkan aku masih lagi terkebil-kebil di sini menunggu rezeki yang belum kunjung tiba.

Aku dan dia tidak serapat mana. Bergaul atas dasar kawan kepada kawan kawan-kawan. Aku perempuan, dia lelaki. Namun setiap kali kami berbicara aku terasa dekat. Perasaan itu aneh. Aku perempuan, dan dia lelaki. Tapi kenapa aku sering menganggap dia seperti seorang kawan perempuan?

Dia langsung tak ada rupa seperti perempuan, fizikal, suara- jauh sekali. Tapi perasaan yang dia beri, umpama seorang yang sama dengan jantina dengan aku. Sama seperti apa yang aku rasa terhadap rakan perempuan lain.

Dan sebelum dia pergi, katanya, dia mahu membawa aku pergi bersama. Bukan sebagai kawan biasa. Namun sebagai seseorang yang punyai ikatan yang sah disisi dia.

...

Dia..aku tahu dia tak pernah menaruh perasaan terhadap aku. Dan aku pasti dia juga tahu aku juga begitu. Katanya atas dasar kelangsungan hidup. Dia tahu aku tak punya sesiapa, dia juga begitu. Jelasnya kita akan saling memerlukan bila di sana. Aku bantu dia, dia bantu aku. Sewaktu saling membantu itu, mungkin akan tercetus satu perasaan lain.

Aku..Hati terasa sakit yang amat. Pedih dan luka. Beginikah kisah aku. Saat itu aku menyesali perbuatan lalu. Kalau lah ku tahu realiti seperti ini, takkan aku sanggup mengorbankan tidur malamku untuk membaca novel-novel cinta sewaktu usia remaja ku dulu.

Aku terlalu terbuai dengan kisah cinta dalam watak-watak novel itu, membuatkan aku turut menginginkan putera atau bidadara dari syurga menjemput aku masuk ke alam khayalan milik kami berdua.

Alangkah bagusnya andai yang kubaca satu masa dulu hanyalah buku-buku ilmiah. Maka perasaan aku bebas dari sebarang harapan kisah cinta yang terlalu indah. Aku patut mengajar diri aku untuk menerima takdir, dari mengharapkan takdir.

Dia, lelaki yang bukan aku harapkan, punya wang dan harta, punya peribadi yang molek, namun memberikan perasaan seperti seorang rakan perempuan yang lain, adakah mungkin perlu aku ubah perasaan itu menjadi sebaliknya?

Ataupun aku harus terus berada disini, bersama masa depan yang tak pasti, mengharap pada yang tidak tentu, yang jauh lebih kurang dari dia yang menginginkan ku.

Bodohkah aku andai ingin mencari yang sebenarnya cinta, yang membuatkan hati berdebar sejuta rasa setiap kali bersama, yang mampu mengeluarkan diri aku yang lain dari diri aku sendiri setiap kali disisi, dan yang berjaya membuatkan hati berbunga-bunga walau tiada di sisi?

Bagi ibu yang terlalu risaukan anaknya yang padanya sudah lanjut usia ini, disuruhnya menyambut harapan dia. Ibu selalu persoalkan, untuk siapa harus aku tunggu lagi, sudah sampai masanya, satu peluang yang baik. Nampaknya ibu sanggup berjauhan dengan aku asalkan ada seseorang yang menjagaku.

Aku..

Aku...

Aku blurrr...

blur yang amat...tatau nak buat ending apa..

aku puas ati..bukan aku sorang je GAGAL..menunjukkan aku tak bengap tahap dewata raya..hahaha...yang bijak-bijak pun tak berjaya..(statement pujuk hati)..

sekian..

Saturday, December 10, 2011

baru aku perasan..bila aku recall balik, setiap kali aku bercerita aku akan miss out important point..jalan cerita semua ada..penghayatan ada, cuma point penting yang akan bagi special effect pada sesuatu cerita tu aku akan tertinggal..dengan kata lain, sengaja tinggal..

ambil contoh..

contohnya kucing hilang..aku cerita balik macammana aku jumpa kucing tu..macam mana aku panjat tangga dari tingkat satu sampai tingkat 5,pusing keliling floor sambil menyeru nama kucing tu...cari-cari dan cari..akhirnya aku jumpa dia kat certain location..aku cerita kat mana aku jumpa, macam mana keadaan kucing tu, reaksi muka kucing tu, dan sebagainya..

lepas tu aku cerita, aku terus mandikan kucing tu, macam mana keadaan kucing tu, ada luka ke, apa dia buat lepas mandi dan sebagainya...lepas tu habis...

tapi aku tak cerita macammana keadaan aku masa tengah cari kucing tu macam mana..aku tak cerita apa perasaan aku bila jumpa dia balik..aku tak cerita betapa koreanya air mata aku berjurai bila aku strat jumpa budak kucing tu sampai lah selesai kucing tu mandi dan terus tertidur...aku tertinggal point tu untuk di cerita kan...

itu contoh je..

sebab bila aku recall balik..setiap cerita yang aku ceritakan, mesti ada satu point paling penting untuk di sampaikan kepada orang yang mendengar dah tertinggal..akibatnya, pendengar tu cuma faham satu cerita je..on the other side, kalau aku tambah point tu dia akan jadi satu konflik lain pulak..aku cuma ceritakan proses..tapi dari sudut perasaan akan tertinggal secara automatik...

maksudnya aku bukan pencerita yang baik...hurm..bukan aku sengaja..sebab aku dah terbiasa jadi pendengar yang baik, aku dah lupa macam mana nak jadi pencerita yang baik...ah..kerugian di situ....

Wednesday, December 7, 2011

avoiding mission failed..

tepis tepis dan tepis..
kalau gagal menepis, bertahan..
kalau gagal bertahan, u die!

gladly i'm not..

hahah!

mimpi potong kuku semalam..mimpi menyapa orang semalam..tak..aku tak buang tebiat..aku bukan nak cerita details mimpi aku..aku bukan nak suruh orang tafsir mimpi aku..semua details tu ada dalam kepala aku..semua tafsir mimpi tu aku tak perlu langsung..aku cuma nak bila aku terbaca balik post aku yang ngarut ni, aku akan ingat balik perasaan dalam mimpi tu..

dan ironinya, bila berhadapan dengan mimpi bersama si pemotong kuku walau telah cuba di avoid untuk ke sekian kalinya..ironi, ironi...

wah, kiwi kuning.lazatnya..si pemotong buah dah potong..nyummy2...

Sunday, November 27, 2011

chill..

selamat tahun baru..azam baru..misi baru...

nak tumpahkan semua kasih sayang kat bebudak tu, biar kering hati ni, sekering kering yang boleh..biar tak ada perasaan tertinggal dah..biar hilang semua penat dan letih sejak 12 tahun yang penat ni..dah tak nak eksperimen -eksperimen lagi..dah tak nak style novel-novel lagi..

tetiba aku jadi realistik- kononnye..serius, aku macam frust bagi pihak orang lain, last-last aku pulak yang terkesan lebih dalam cerita tu..haha..

avoiding is much better bila rasa annoying level tu da tiggi melangit..pekakkan telinga, butakan mata, bekukan otak, buat macam angin lalu jek..kannn..

hopefully untuk tahun baru ni aku lebih gagah perkasa, melawan semua emosi yang tak best, especially kat tempat kerja, nak jadi orang yang less perasaan- strategi: bagi semua perasaan kat bebudak tuh..biar tinggal 0.0000001% je perasaan untuk aku...boleh kan...

i know i can do it..

pada pka- apsal aku tak jumpe fb ko eh?..do add me if u read this post k...

Thursday, November 24, 2011

lately selalu mimpi yang aneh aneh..sejak miley (read: mili) datang, aku selalu terkejut pepagi buta..sebab dia jadi aktif yang luar biasa..lari atas badan, terkam muka tiba-tiba, gigit tangan, kaki semua, buat aku rasa macam nak campak dia dari tingkap tingkat 3 ni..


bila aku try ingat balik mimpi tu, aku tak berjaya...tapi aku dapat rasa mimpi tu bersambung-sambung..lokasi yang sama, zaman yang sama, kelompok masyarakat yang sama, cuma aku tak dapat ingat dengan tepat..senang cakap langsung tak ingat..

aku akui sekarang aku ada kecelaruan emosi sikit..biasanya berpunca dari benda yang tak releven langsung..dan selalunya aku akan ignore benda tu..tapi lama-lama, aku sendiri dapat rasa akan letupan emosi yang bakal terjadi..oh, letupan emosi itu sudah berlaku sebenarnya..

dan tak semena-mena aku deactivate facebook yang langsung tak ada kena mengena dengan isu yang aku hadapi sekarang..entah...itu je kot caranya aku nak bagi lepas perasaan..semuanya bermula dengan facebook..dan aku mahu mengakhirinya dengan mengambil tempoh bertenang...

mungkin sejam lepas ni aku activate balik, mungkin esok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan siapa tahu..aku cuma lari dari alam maya..aku still ada blogger..untuk aku bebelkan bila aku tak betul macam ni..bebel kat facebook, tak best langsung..aku pun kekadang nyampah giler bila tengok ada orang update status fb dia 4 5 6 kali sehari...(termasuk aku kekadang)..

so..

ntah..bagi jiwa ni tenang dulu..bersihkan jiwa..tenangkan hati..

oh ye..be strong aqila..idk if u read this post, just so u noe that, i'll always be there whenever u need me, kay...

Tuesday, November 8, 2011

pernah tak, layan series atau drama dari episod first sampai habis dalam tempoh yang pendek, lalu terkesan dengan jalan cerita dan pembawakan watak yang sangat berjaya oleh sang pelakon, lantas cerita tu terasa terbayang-bayang setiap masa?

lepas tu bila dengar balik ost cerita tu, akan membawa anda semula ke scene scene tertentu dan emosi tu tiba-tiba menerpa semula..perasaan yang sama tatkala anda menonton dulu..kisah yang membawa impak kepada anada kerana jalan cerita yang memang kena pada masyarakat sekeliling, kisah yang membawa banyak pengajaran- bukan hiburan semata..

bagi aku 49 days, walaupun memang ada elemen tak logik disitu, tapi mesej yang si penulis skrip nak sampai kan telah berjaya di sampaikan dengan jayanya..appreciate setiap hari yang kita ada..lakukan perkara yang bermakna untuk setiap hari yang kita lalui..

kita tak tahu berapa hari lagi kita ada untuk hidup, lebih menakutkan kalau kita tahu..so, dari cerita tu, aku tau, aku kena lebih appreciate setiap hari yang aku lalui..

plus, nilai-nilai murni macam forgiveness, trust, friendship, family, love..semua dia sentuh dalam cerita tu..lagi satu, yang paling penting- jangan jjudge..selagi kita tak kenal orang tu betul - betul, kita tak boleh buat kesimpulan orang tu macammana..ironinya bila seseorang tu adalah kasar, cepat naik angin dan sebagainnya, kadang-kadang hati dia lebih lembut dan fikiran lebih rasional dari orang yang selalu senyum dan cakap baik dengan kita..

lagi satu, dont misunderstood..anything happens, mesti ada sebab dia, bincang elok-elok..clear kan semua salah faham..dengan itu tiada kesalan di penghhujung cerita..

hurm..patutnya aku dah tdo skang..

Friday, November 4, 2011

yeah, waiting is the activity that i hate the most..but i dont get it as why i always involved in this series of boring waiting things...

i should just off to work by white horses this morning rather than take the black-shiny-wolverine-effect-thing...

argh...nyesal..nyesal...separuh nyawa dh aku habiskan untuk menunggu..demit..

aku nak balikkkkkk.....

cc pulak tutup awal...dem lagik...

badan plak x sedap sana sini..tambah dem, eyh- x boley kate camtu..ok- yang tu aku tarik balik...

kena air hujan semalam, lantas demam...urh..bencis!

Wednesday, October 26, 2011

pelikkah?

setiap kali orang tanya status aku, sejujurnya aku akan jawab single..sebab itu lah kenyataan nya..setiap kali aku jawab macam tu semua akan jadi terkejut dan tanya soalan yang sama, cuma diolah semula seperti contoh, betul ke single lagi?, tak tipu?..

bila aku dah dapat second question macam tu, selalunya aku akan senyum tanda aku malas sangat-sangat nak ulang balik jawapan aku yang obviously sama dengan jawapan pertama..

kenapa tak nak percaya?

fine..aku sudah tua..24 tahun..tapi aku still rasa muda..aku still rasa tak ada kepentingan untuk aku bercinta-cinta sekarang..aku tak perlukan ia lagi buat masa ni..aku tak takut untuk membujang dari aku kecil sampai la sekarang..aku tak tau la pulak kalau esok lusa aku akan jadi sangat kesepian sampai tahap despo dan merayu-rayu pada yang sudi..

aku tak mahu berlagak..tapi aku tak berlagak..aku tak nampak apa relevennya bercinta sekarang, dari dulu sampai la sekarang..aku suka pada konsep pemangkin, tapi aku tak perlukan pemangkin itu untuk bagi aku support seperti mana yang di perlukan orang lain..(no offense guys, thats what i thought)..

aku senang begini..bila dah banyak kali orng tanya, aku rasa, berdosa ke aku kalau single lagi? berdosa ke aku kalau tak pernah bercinta?

i know, they all love me, diorang care pasal aku, but please, tolong tak perlu tanya aku dengan gaya macam aku adalah sesuatu yang defect sebab aku akan merasakan aku adalah itu bila kamu semua bertanya dengan begitu kerap sekali..jodoh aku tak sampai lagi, dan aku akui aku tak berusaha keras untuk mencarinya kerana aku sendiri tak rasa mahukannya lagi...

insya allah, bila aku dah tua kelak, dan di takdirkan aku masih single- aku akan berusaha untuk tak susahkan kalian semua..

cukuplah aku fikir macam ni, aku tak nak bercinta banyak kali, aku tak nak ada memori dengan banyak lelaki yang mana aku kena delete gambar dia dari hard disk setiap kali break, aku tak nak tindih memori aku yang dulu dengan memori lain in order untuk mulakan hidup baru dengan orang lain..

orang sekekliling aku adalah orang yang bercinta..walaupun terkadang kata kononnya cuma kawan, tapi gaya lebih dari kawan, dan kalau aku rajin untuk compile kan kisah mereka mungkin aku dah jadi penulis cerita terbanyak dalam rekod malaysia, pelbagai cerita yang aku dah dengar, halangan, dugaan, cabaran , pahit, manis, rajuk, tawa dan sebagainya..buat aku rasa--- macam aku sendiri yang rasa pengalaman tu...

buat aku rasa- ah, aku tak perlukan perasaan tu semua..

mungkin kerana aku masih tak jumpa orangnya..dan di sebabkan itu, perlulah kiranya anda semua berhenti bertanya, bila aku nak ada boyfriend, tunang, mahu pun kahwin..aku still rasa aku ni tak layak..aku bukan perempuan cantik, aku tak ada harta, perangai aku tak bagus berbanding orang lain, dan paling penting, masa itu belum sampai...

tak perlu pelik kenapa aku masih single, tak perlu ulang soalan itu lagi bila sudah di berikan jawapan, sebab aku takkan tipu dalam apa-apa hal pun..kalau ada berita baik akan aku khabarkan..kalau aku diam, maksudnya tak ada apa yang berubah..

i just wanna live- bak kata good charlote, and happy for being what i am..

Thursday, October 20, 2011

your last 3 months in life...

satu hari, masa tu dalam kereta, tiba-tiba kakak aku tanya satu soalan cepu mas..yang buat aku ambil masa dekat setengah minit untuk digest balik soalan tersebut..

dia tanya, kalau kau ada 3 bulan je lagi untuk hidup, apa yang kau nak buat?

masa tu aku tak boleh berfikir..bukan sebab terkedu ke apa..cumanya aku tak pernah terfikir pun tentang benda benda macam ni..setelah ambil masa yang agak panjang, aku bagi jawapan yang mengarut kat dia..aku cakap aku nak travel satu dunia selama 3 bulan tu..tengok culture orang, jalan-jalan cari pasal, dan buat apa yang aku suka..

then dia tanya, kau ada duit nak buat macam tu?

aku lantas terdiam..ye, financial aku memang tak kukuh lagi..mana boleh nak buat semua benda di atas tu..lagi pun itu soalan on the spot..serius tak pernah terfikir..tapi tak ada lah pulak aku tanya balik kat akak aku apa yang dia nak buat kalau jangka hayat dia cuma tinggal 3 bulan je lagi..

dan perbualan tu terus mati kat situ..aku tak pernah fikirkan lagi perkara tu sehinggalah ke hari ni..

tapi tadi tiba-tiba, soalan tu bermain main kat kepala otak aku ni..what if, tiba-tiba life aku memang di takdirkan tinggal 3 bulan je lagi?..apa yang akan aku lakukan dalam tempoh tersebut?

dan kali ni, jawapan aku sangat berbeza dengan jawapan yang aku bagi kat kakak aku dulu..kali ni mungkin lebih releven...tanpa berfikir panjang, tiba-tiba jawapan terlintas di kepala..tanpa perbelanjaan wang yang besar untuk aku ke sana ke mari mengembara ke negara orang...bagi orang lain jawapan aku ni mungkin lame ass, atau pun pathetic, atau what-so-ever, tapi aku rasa ini yang aku inginkan untuk sisa-sisa 3 bulan terakhir dalam hidup aku..

ok, tolong jangan cakap aku kesian, atau buat bunyi awwww dan sewaktu dengannya..sebab aku malu..hehe..

aku nak habiskan last 3 months aku dalam hidup aku dengan bercinta..

ye, bercinta dengan orang , in the normal way..aku nak buat semua benda yang orang bercinta boleh buat..aku nak experience sendiri benda-benda yang selalu aku tengok dalam cerita-cerita dan dari buku-buku yang aku baca..

nak rasa sendiri perasaan tengok movie selain dengan kawan atau family, tengok bola sama-sama dengan kawan-kawan dia yang lain walau aku bukan kaki bola, piknik di air terjun, jalan-jalan kat tepi pantai petang-petang, panjat gunung sama-sama, main-main kat fun fair, shopping kat down town,dan banyak banyak banyak banyak gila lagi...

dengan siapa?..dengan orang yang aku suka dan dia tak suka aku sangat..kenapa?..easy..bila habis tempoh 3 bulan itu, dia dengan mudah dapat melupakan aku tanpa rasa sebarang sakit di jiwa..one sided love pun rasanya tak de masalah kot untuk aku..asalkann aku dapat layanan yang sepatutnya dan dapat rasa feeling yang orang lain rasa sebelum ni..

at least aku dapat rasa feeling bercinta for once in my life..kan?

bercinta dengan Tuhan sudah pasti pada waktu tu..

so, what is your wish?

Saturday, October 1, 2011

tribute to my ex-roomates Indah Kembara 2007-2009 , USM penang..

tadi aku godeh-godeh gambar-gambar lama yang ada dalam hard disk..saja isi masa lapang since home alone tak tau nak buat apa..nak gi uptown kajang sorang-sorang adalah umpama perbuatan meminum racun tikus..so, terpaksalah lepak di rumah saja.

tiba-tiba terjumpa satu folder bertajuk 'rounding day',,ceh..tengok sehelai-sehelai gambar tu..masa tu kita semua jr mids..ada round malam so petang tu kita semua bertungkus lumus kemas bilik kita yang orang ramai kata banyak barang tu..tapi bagi aku normallah kalau orang perempuan memiliki barang yang banyak, terutamanya yang tak nak guna lagi..

sambil-sambil kita kemas bilik, shine kasut sekali, iron baju, sempat aku snap gambar usaha kita yang murni tu..kalau tak bersih kita mungkin akan mati malam tu kena taji dengan senior..dah la mereka memang kuat taji..walaupun dah biasa kena taji, tapi kita memang sentiasa beusaha untuk beri yang terbaik..

aku tak ingat apa result inspection bilik malam tu..aku pun tak mahu ingat..apa yang aku ingat bila tengok gambar  gambar tu, aku teringat friendship kita masa kita baru mula-mula masuk bilik tu jadi roomate..

honestly, aku betul-betul tak nak jadi roomate korang..sebab kita satu course..bila dah satu course kita dah terbiasa pergi balik kelas sama-sama..lepak makan sama-sama bila tunggu next kelas yang satu jam lagi nak mula..kita akan ada banyak amsa yang sama..bila training pun kita akan jumpa muka yang sama juga..

aku tak berapa gemar macam tu..bila selalu sangat jumpa kau akan jemu..kalau kau tak, aku iye..aku x boleh jumpa orang yang sama 24/7..aku akan cepat muak..ye, aku cepat bosan..aku tak tau macammana life aku kalau kahwin nanti nak menghadap muka orang yang sama sepanjang hayat..tapi itu yang aku rasa..

nak tak nak, aku terpaksa jugak satu bilik ngan korang sebab roomate to be aku masa tu xdapat bilik kat IK, nama diorang stay kat Saujana..dan kebetulan bilik korang ada satu kosong..

sejujurnya aku dah ter over excited bila aku dapat tau yang aku dengan dua budak saujana tu akan jadi roomate..sebab aku tau 2 makhluk itu adalah species yang buat hal sendiri dan tak kacau life orang lain..kerana aku dah terbiasa hidup jadi lone ranger, jadi kriteria itulah yang aku perlukan untuk terus hidup aman dan tenang tanpa kacau orang lain dan juga di kacau..

tapi, bila keadaan jadi macam tu, aku pasrah..aku duduk jugak dengan korang..surprisingly, semua yang aku fikir pada mulanya meleset sama sekali..kita sangat fun jadi roo mate..happy sentiasa,,aku jadi gembira bila ada roomate..dulu aku tak ada roomate..aku duduk sorang-sorang kat cahaya tu sampai habis satu sem yang pertama..masuk sem 2 baru ada roomate, tapi serupa tak ada roomate..

so bila aku dapat roomate yang best macam korang aku jadi happy..

walau pun happy tu tak lama sebab berlakunya banyak insiden, aku sangat-sangat appreciate suasana dan perasaan yang korang dah bagi kat aku sepanjang kita kenal..korang ajar aku supaya jangan menaruh harapan tinggi sangat pada sesuatu persahabatan, korang mengajar aku realiti kehidupan bahawa yang terindah itu hanya sementara, dan korang mengajar aku akan erti kepercayaan yang sebenar..

walaupun friendship kita tak berakhir dengan baik sebelum dan selepas grad, tapi aku harap kita boleh jadi seperti orang lain..kalau pun tak serapat dan semesra seperti dulu, harap kita bukanlah strangers bila kita jumpa lagi kelak..

this is us satu masa dulu, masa rounding day..time tengah comot, hitam dan tak cun..sekarang aku yakin korang semua dah cun balik,kurus dan bergaya..

as stated, 26 Dec  2007, 21:06..

p/s: ini entry first n last aku tentang perasaan mellow mellow dengan ex ex neh..(kot?)..

Friday, September 30, 2011

gaji minimum rm 1500 di selangor ? start tahun depan?

ok..tajuk kasi gempak..pada sesapa yang tak tahu lagi isu ni, rerajin la tanya lebai google..aku dah ter tutup tab link tu..

so, if gaji minimum ni apply pada semua orang yang kerja kat negeri selangor- tak kesah la asal negara atau negeri mana, dan if and only if benda ni betul-betul terlaksana, aku sudi je stay kat tempat aku skarang ni..heppi pun heppi..xde susah ati sangat..

nak berharap sangat memang tak la..doa je la..

Wednesday, September 28, 2011

si gila yang gila..

aku tak tau samada word gila tu sesuai ke tidak untuk situasi aku sekarang..more to serabut..yang membawa ke arah gila..

aku nak environment baru..baru 6 bulan aku kat tempat kerja ni..dah hampir hujung tahun dah..aku memang ada planning, cuma plan aku kena tunggu masa yang sesuai..

aku dah mula annoying dengan kisah double standard kat tempat kerja tu..aku tak paham konsep, kalau adik dah masuk tarian, abang tak boleh masuk sekali..tak adil untuk orang lain..what daaaa????

budak lain yang menari macam tunggul kayu boleh pulak dia simpan lama-lama..budak yang ada talent dan beriye nak masuk kau tak bagi..sebab hubungan baik kau dengan parents diorang kan?..ko takut kan? kan?

aku dah sampai tahap benci bila kat anak dia yang dok beriye ternjut-enjut menari macam kayu yang kena hammer, kalau cantik takpe, macam tahi ade la..yang orang lain nampak cantik bergaya ada sikit lembut gemalainya, boleh dia kritik habis habis..

sebab kau bos ker?

anak dia, masuk tarian..kayu balak menari lagi cantik, mulut pulak spesis longkong, tau nak merenyih kat aku walau tau aku tak kenan sangat kat peel dia dan mak dia tu..paling banyak buat mistake sepanjang training, number one dalam list aku untuk aku buang, tapi aku takkan mampu- sebab..double standard...

datin pulak bila tengok bebudak tu menari tadi boleh plak kutuk dorang depan-depan..tak de la cakap direct..tapi aku dengar dia punya komen ' tak best langsung'..

yang anehnya aku tak terasa langsung..ntah..sebab aku dah bengang sangat sampai aku dah tak ada reaksi langsung ke?..

aku tau wanita tu pencinta perfection..semua dia nak perfect..tapi at the end semuanya jadi kelam kabut sebab dia yang super cerewet tu..ok..bebudak baru praktis lagu patriotik yang kita satu bangsa kita satu negara tu selama seminggu..then dia dia expect benda tu boleh terus marvelous giler tahap orang dah practice setahun...padahal event dia bulan sebelas nanti..gila..gila banyak lagi masa..

-banyak sangat la cacat celanya disitu..tu lla..makin banyak yang kita tau makin tak selamat hidup kita..tolong la jangan involve kan aku dalam benda-benda yang aku benci ni..aku just nak hidup aman je dengan cara aku sendiri tanpa kacau orang lain dan dikacau..

payah bebenor ke?

sampai bila ko nak dera aku suh download lagu dari internet pastu burn dalam cd?bila kau nak belajar sendiri?ko memang sengaja kan nak susah kan hidup aku?once aku dah buat, kau nak suruh aku je la yang buat kan? tak gitu?

ah..serabut!

hantu..

tengah serabut..

layan kan jer..ku petik dari isuhangat.net..


1. Belajarlah dari pontianak, seberat manapun masalah- dia tetap tertawa. Hihihi…..


2. Belajarlah dari toyol, kecil-kecil sudah pandai cari duit sendiri.

3. Belajarlah dari pocong, dari dulu pakaiannya simple jer… hidup Sederhana

4. Belajarlah dari jerangkung, berdikari……. datang tak dijemput, balik tidak dihantar
Posted @ www.isuhangat.net.

cam selebet pon ada buat entry copy paste..yang penting nombor 1 win....

Sunday, September 25, 2011

2 ahli baru..

went to uptown kajang dan akakku-si-tiz zakiah-look-alike itu terbeli 2 ekor hamster yang bulat..

bukan aku yang beli..akak aku..

total semua sekali rm 88 termasuk cage rm40 (lengkap ngan roda mainan, gelongsor, rumah kecil, bekas minuman n makanan), hamster 2 ekor rm 30, serbuk kayu rm 8, shampoo rm 10,dan free 2 item mixed food worth rm 10 dan vitamin worth rm5..

aku rasa worth it kot since aku xkeluar duit pun dalam proses jual beli ni..tapi aku tau aku la care taker dua benda bulat ni kelak..since dah ada hamster chance untuk bela kucing adalah 0%..nampaknya jodoh aku ngan kucing tak sampai lagi..xpe la labu..mana tau dah tua nanti kalau xde benda nak buat aku jadi penternak kucing yang berjaya pulak kan..

so, no pictures today..malas nak edit, malas nak upload..tengah curi tulang dari buat assignment budak pjj..haha...

by the way kalau terasa nak beli arnab ataupun hamster, boleh la berkunjung ke, uptown- err..ke down town eh?...yang kat area ekonsave kat kajang tu..yang ada pokok berlampu ala-ala i city..banyak hamster comel-comel kat situ, arnab pun comel juga, yang tukang jual dia pun comel juge..servis pun tip top juga..

huhu..siap promote..dia kat kalau jaga elok-elok boleh sampai 7 tahun hamster ni boleh hidup, kalau lebih 4 tahun tu kira bonus jugak la..well,, hopefully lama la bebudak tu hidup di bawah jagaan kitorang..huhu..

Saturday, September 24, 2011

ikan..nyum nyum nyum..

terbeli sekor ikan laga kat updown kat kajang tuh..tak ada plan pun nak beli..tahun lepas memang teringin sangat nak bela ikan ni..tengok dekat pet world kat mines tu rasa cam gatal je nak beli..tapi orang cakap bela ikan ni memang tak tahan lama..sekejap je hidup..so aku tahankan hasrat tu..

aku tak beli ikan, aku beli kekura kecik 2 ekor..bela tak sampai sebulan dah KO..rasa macam pembunuh pun ada..rasa terkejut gak la sebab tak sangka hayat kekura tu pendek sangat kat tangan aku..

so kali ni aku try ler nak bela ikan laga ni dengan tak ada harapan langsung yang ia akan hidup lama mana..adala dalam 2 hari dia jadi guard kat rumah ni..

so far ok la..memula tu nampak dia macam bosan..duduk diam tak buat apa seperti ikan ikan laga yang lain..duk bekas termenungkan masa depan..aku rasa dia bosan gila..so aku decide cari teman untuk dia..

aku amek cermin, pastu letak kat sebelah bekas dia..memula terlompat-lompat dia terkejut tengok ada sekor ikan kat sebelah dia..kembang-kembang sirip kat kepala dia ..tak lain nak gaduh..bila penat dia pusing arah lain..tapi mostly dia akan terus bermain-main dengan refleksi dia tu..

bagi aku, sebab dia sendiri pun tak tau rupa dia macam mana, so bila dia tengok refleksi dia kat cermin, mesti dia ingat yang kat cermin tu adalah ikan lain..so, nak gadoh-gadoh memang tak ada hal la kan..kalau la dia tau yang dia bermain dengan bayangan sendiri...

kesian..aku dah jadikan ikan tu macam diri aku lak..tak ada hiburan, bosan-bosan gaduh dengan refleksi diri sendiri..haha.,.psiko psiko..

 belah kiri adalah refleksi cermin..kawan baru si ikan yang masih tak ada nama..

tak kesahlah berapa lama dia nak hidup, yang penting dia happy bila dia bersama aku sepanjang dia hidup ni..huhu...

Friday, September 23, 2011

mimpi..

mimpi itu indah.

terlalu indah untuk dibiar pergi.
terlalu indah untuk aku bangun dari lena.

mimpi itu sangat indah.

biarkan aku terus dalam tidur ku.
aku tak ingin bangun,
aku tak ingin sedar,
biarkan aku terus di buai mimpi..

kerana kupasti,
realiti itu terlalu kejam buat ku..

tidur lah..

Monday, September 19, 2011

wish list..

the wishlist..

1) ke i city..
2) celebrate birthday ke 25 at the very unexpected place
3) 45 kg (paling susah nak achieve- sedang berusaha..berusaha!)
4) 24 jam on the road
5) lepak playground kat bawah blok dari malam sampai pagi buta, terus berjogging
6) dressing cam kanak-kanak sekolah dan lepak tempat muda mudi hang out sampai org lain pun sangka aku adalah kekanak riang juga
7) main semua jenis game kat arked biar xtau main
8) lepak kedai buku sambil membaca alots of book while listening mp3
9) talking to the moon..

baiklah, kecuali yang nombor 3 tu, yang lain semua angan belaka dan cuma berlaku dalam scene2 drama dan novel saja..selamat bermimpi, cik ross~

lupa tak ada ubat..

malam ni aku tak boleh tidur..dan aku blame 100% pada old town white coffe yang aku telan sepanjang balik dari segamat ke kl malam tadi..tak..aku tak over dose..aku minum 1 tin je..balik rumah aku teguk 2 teguk old town white coffee hazelnut yang ada dalam peti ais yang tak habis jumaat hari tu..

kesannya, aku tak boleh tidur sampai sekarang..aku rasa efek kopi tu jugak yang buat jantunga ku ni berdebar tak tentu arah..aku nak saman syarikat kopi tu..dia mesti lebih letak bahan tak boleh tido dalam tin tu..aku takkan minum old town white coffee lagi kalau aku nak tidur malam..

sok aku kena g keje..kalau aku tak boleh tido sampai ke pagi, maksudnya sebelum pergi keje aku kena minum 2 jag air kopi untuk elakkan aku rasa ngantok..

bila aku tak boleh tido, macam macam aku pikir..ni semua salah kopi tu..

dalam banyak-banyak benda yang aku pikir, aku teringat benda yang aku  nak ingat tapi aku tak boleh ingat..

aKU ada tulis dalam satu entry ni, di mana aku langsung tak boleh ingat muka satu orang ni..sampai sekarang aku tak boleh nak recall muka dia macammana..so aku jejalan gi kat blog dia..blog yang dah setahun lebih tak di update..ada gambar sikit kat situ..aku usha..tengok..camtu rupanya muka dia..

pastu aku gi toilet..

aku jalan-jalan kat website lain..tiba tiba..aku rasa macam aku ada terlupa sesuatu..bukan aku lupa nak flush toilet..aku dah terlupakan lagi muka orang yang baru aku tengok tadi..baru je kejap..kejap sangat-sangat..aku ada masalah dengan otak ke?..serius..ke memori tu dah terflush sekali seiringan dengan tangan aku flush toilet tadi?

apa point ko cik ross dalam cerita sebegini?

aku kesal..ingatan aku sudah semakin merosot..apakah maksud ini semua..aku tak pernah hidapi penyakit lupa yang sebegini..ada ubat tak?

friend request..

berkenaan status facebook aku..

nak add orang pon takut..

ahaha..aku rasa macam, macam..macam..macam..macam apetah..rasa geli gila..atau si gila yang geli?..ntah..ntah..ntah lagi..

tunggu la bulan depat kot..awal sangat neh..

selalu gak aku terfikir, kalau kita add orang kat fb, then orang tu kekadang bekas rakan sekerja ke, kawan kepada kawan kita ke, atau kawan kepada adik beradik kita ke yang khususnya berlainan jantina dengan kita, agak-agaknya apa yang akan dia fikir ye?

ada sedikit curious disitu..adakah dia akan dianggap diri dia sedang di flirt? atau terasa, perlu ke aku accept friend request tu? adakah dia akan memperlekehkan request tersebut?

bagi aku, kalau kawan adik aku ada add aku, aku accept..pastu  remove..accept sebab nak jaga hati, remove sebab rasa tak perlu ada dalam friend list..dah la tak kenal, komunikasi pon xdek..remove saja la solutionnya..

kalau bekas rakan sekerja..setakat ni banyak bekas rakan sekerja yang aku dah remove, sebab tak ada kepentingan..contact pon x..kalau dia orang add pon, aku akan buat benda yang sama kat atas...

so, adakah perkara yang sama akan berlaku kalau aku add orang yang--owh..fikir-fikir balik, iye kot..buat apa aku nak add orang yang bukan kawan..kenal pon x..xde kepentingan kot..

ah..banyak sangat kot..

biar la..xpaya la nak add add pon kan..tercalar ego i kalau request kena reject..tengok la nnt..buat solat istikharah dulu yer..(POYO!!!)..

Saturday, September 17, 2011

perlu atau tidak perlunya..

memandangkan aku bukan seorang yang aktif update status kat fb kekadang aku terfikir nak share semua sekali apa yang aku rasa kat page ni..tapi bila aku fikir balik, tak ada pulak privacynya walau aku tahu page picisan aku ni memang tak ada orang baca pun..sekadar page syok sendiri setelah sekian tahun berlalu..

aku terfikir nak upload gambar-gambar yang aku rajin snap secara random, nak tulis semua resah gelisah hati, rasa nak tulis segala kisah suka duka aku, apa yang berlaku kat tempat kerja, tempat tinggal, rumah kat kampung, family, kengkawan, kegemaran aku, dan sebagainya..

tapi kekadang aku jadi hesitate..adakah kalau aku buat semua yang diatas tu akan mengancam keselamatan hidup aku?..adakah bila aku buat semua tu akan menimbulkan perasaan mual pada mana-mana pihak yang membaca..sebab secara jujurnya- aku memang naik mual bila aku baca balik entry entry lama aku..rasa cam nak termunthh..

tapi..

aku teringat balik tujuan aku buat blog ni at the first place..memula aku cakap, untuk wrtiting therapy..so selalunya aku akan luah kan segala ketidakpuasan hati aku terhadap orang sekeliling aku pada blog ni..sebab aku adalah seorang yang tak berbisik kat telinga orang lain semata-mata untuk bagitau yang aku tak puas hati kat sekian-sekian perkara..

lama-lama..bila aku baca balik..aku rasa blog ni dah macam blog orang depress..kemurungan melampau..

kemudiannya aku terfikir..untuk menjadikan blog ni sebagai memory tracker..aku ada blog, sebab aku suka menulis..sebelum kewujudan aku kat blogspot, aku terlebih dulu menulis kat friendster dan my space punya blg..tapi banyak kali aku delete dan create semua blog..sebabnya aku tak tahan kritikan..

dan blog aku sekarang ni pun tak ramai kawan yang tahu since aku tak suka bila diorang kritik blog aku secara melampau seperti satu masa yang dulu..

sekarang ni pulak, aku rasa rugi dan menyesal sebab aku terlalu peduli apa yang diorang cakap dulu..aku hilang banyak memori bila aku delete blog aku dulu..if not, aku boleh compare balik cara aku menulis dulu..rugi rugi..

so sekarang ni, aku decide untuk tulis saja apa yang aku rasa nak tulis tanpa menyinggung banyak pihak (sikit-sikit tak apa kpt), dan tanpa peduli kritikan yang tak membina dari orang lain..well, writing is my passion,..macam mana aku boleh ignore kesukaan aku yang satu ni?

Thursday, September 15, 2011

chubby is lovely..(???)

mood aku memang tengah rebell kat ofis..sengaja aku tarik kabel kuning ni dan terus cucuk kat letop..hasilnya- happiness!!

ok..alamak..

aku baru nak start menulis, akak aku sampai lak..k la..nak balik dulu..kat umah baru sambung,,

update..

aku rasa malas nak sambung entry ni..sambung lain kali boleh?

ok lah..aku benci entry yang bersambung-sambung..aku ringkaskan..aku mau kurus..aku nak kurus macam tahun 2010 dulu..kurus dan kurus tanpa gemuk..walau aku selalu fikir chubby ni lovely sedap nak  cucuk cucuk lemak kat lengan, perut, mahu pun peha, tapi aku tau, aku tak menarik bila gemok macam ni..

argh!..semua sebab akak aku punya pasal..dia boleh la, kurus ke, chubby ke, tetap menarik..aku lak makin gemuk makin buruk..konfiden pun tadek..

bila kurus, at least ada la sikit rasa konfiden nak jalan depan orang..bila gemok, peha bergesel, badan jadi berat, nak kaver perut satu hal- aish ..banyak benda nak pikir...

ni yang rasa macam nak makan ati ni..ok2..proses mengurus dengan gembira..aku akan cuba..

yang penting mission bulan puasa aku dulu fail..tak pe..cuba lagi..lagi dan lagi..ada 13 kilo aku nak buang ni untuk capai berat yang aku idamkan..

well, chubby is ain;t lovely for me..dah..aku nak gi buat exercise cycling..bagi kurus sket peha neh...wish me luck- kata ku kepada diri sendiri...

selamat hari penubuhan malaysia by the way..aku cintakan cuti..sekian entry kali ini...

conflict of interest = double standard?

first time aku rasa aku menyampah gila time kerja semalam..

pagi-pagi lagi ada satu alien kecik ni mengekor aku sambil mulut tak henti-henti bercakap tentang kehebatan dan keinginan diri sendiri untuk join persembahan penyampaian sijil nanti..

fine..aku diam kan jek..takkan nak marah-marah tak tentu pasal..tak de masa aku nak kerutkan muka ku nan remaja ni semata-mata benda macam tu..tak mau aku tua sebelum usia..

ok..

pada ana aku dah bukak cerita..sebab dalam kepala aku adalah beberapa nama yang terlintas untuk di jadikan artis tarian aku nanti..dah terbayang gemalainya tubuh diorang tatkala menarikan rentak irama tradisional melayu..yang penting alien kecik tu tak ada dalam senarai..

ana adivice, masukkan je la nama dia, kalau tak nak life susah lepas-lepas ni..semangat aku mulai luntur..mana taknya, pagi-pagi lagi dah jual nama mak dia, cakap mak dia suruh masuk sekian-sekian persembahan..amboi, senang hidup? main request boleh terus dapat?..

aku memang suka budak yang banyak mulut, tapi aku benci kalau budak yang banyak mulut tapi busuk macam longkang..cakap main lepas tak ada filter langsung..entah dapat dari mana aku rasa aku tau..rasa dia semua betul, nak dia semua lebih..haish~

macam mana aku ada perasaan macam ni kat budak kecik?

awal sangat kot perangai tak senonoh dia tu develop?

yang mak dia, beriye sangat...praktis patut start minggu depan..aku pun baru la cari bahan, tak sempat nak study bagai semua- by the way aku bukan a big fan of tarian lembut lembut irama lelayu neh..kalau k pop sudi la aku tengok..boleh pulak dia suruh pilih budak siap-siap and prak tis terus..

mood aku terus berubah..rasa macam nak lepaskan semua benda...kau ajarla semua tu, boleh?..gaya macam hebat sangat..nak suruh aku ngajar- konon nak suruh aku pilih-pilihla siapa-siapa yang awak rasa boleh..
tapi, jap lagi dia yang dok recommend semua nama yang harus masuk- langsung tak tanya pendapat aku..yang penting nama anak dia mesti masuk..

tanpa tanya pendapat aku lak tuh..

sebelum tu, masa aku masuk ofis, mak dia boleh buat request cakap, kalau boleh nak anak dia join persembahan tarian..aku dah pikir, berapa kau nak bayar aku kalau aku nak bagi anak kau masuk?..dengan attitude anak kau yang tak senonoh-mulut-ikut-sebijik-perangai-macam-kau -tu for sure aku akan caj banyak..

aaku bengang sebab aku ada orang lain yang rasa aku senang nak berkerja sama..yang dengar cakap aku betul tanpa menyusahkan hidup aku..tanpa menimbulkan kedut di dahi akibat kerutan memanjang..tak boleh ke kau ngan anak kau back off untuk satu benda ni jekkkkk????

aku tau- tak boleh..sebab sekolah tu kau yang punya..kau yang kontrol..cikgu-cikgu kena ikut telunjuk kau 100 peratus..tengok la anak kau bila dah masuk sekolah rendah nanti..dapat ke tak layanan double standard macam neh..orang avoid adela, sebab sape suka orang mulut longkang punya style??

Monday, September 12, 2011

ingat ingat lupa

pernah kau jumpa seeseorang, lepas tu kau berborak, berbual-bual seketika untuk satu tempoh dan ketika..dalam borak borak tu, kau dan seseorang tu ada gelak-gelak, ada terdiam lama, ada rasa janggal, dan kadang-kadang ada rasa yang macam kau dan seseorang itu dah kenal lama..

tak lama lepas itu, kau dan seseorang itu pun berundur diri..menamatkan perbualan, setelah sekian lama..kau dan seseorang itu ke haluan masing-masing..

malamnya, sebelum kau masuk tidur, tiba-tiba kau teringan tentang seseorang itu..lantas kau cuba mengingat semula perbualan kau dan sesorang itu..malah cuba mengingat semula wajah seseorang itu, tapi kau gagal..kau lupa..bukan, kau tak ingat langsung wajah seseorang itu..yang baru satu ketika duduk di sebelah kau dan berborak lama..

pernah kau rasa begitu?

aku sedang merasainya sekarang..

Friday, September 9, 2011

Hong Ki talk + solo - Because I'm a man - MC Mong.avi




oyeah~..find hongki punya version..i think its better than the original one..

MC Mong - Because I'm A Man




english translation...

I love you so I have no one but you
I had nothing and that became a sin
For a long time it will be hard
But what can I do, I only have you
L.O.V.E my love is deeper than I thought
But why is it so hard?
I can't breath, frustration is on the tip of my tongue, tears flow
It's no use to cry and yell and cling
Instead I bore with it, trying to find you again
My lonely days are like scenes from a drama
Don't ask anymore of my painful story
I will show you my heart again
You just need to be close to me, without any explanation
Because I'm a guy I will love you
Because I'm a guy I will wait for you

Don't tell me why
You left me, you threw me away who was in love
I loved you like I was crazy
I put my whole life into you

I will look upon you and learn what love is
If you don't like that, I will forget you
I loved you like this, like a man
I loved you sometimes miserably
My life was contingent of coldness and hunger
But the thought of having you
Makes flowers bloom like spring in my heart
I love you, only you (I love you)
My love grows big, and eventually makes you uneasy
My obsession of emotions created by my imagination
Became a heavy burden of love to you
Separation becomes continuous

When I throw away love without anyone knowing my heart or my feelings
My heart rips in two without anyone knowing my heart or feelings
When I throw away love without anyone knowing my heart or my feelings
My heart rips in two without anyone knowing my heart or feelings

Don't tell me why
You left me, you threw me away who was in love
I loved you like I was crazy
I put my whole life into you

Because I'm a guy I will love you
Because I'm a guy I will wait for you
Because I'm a guy I will love you
Because I'm a guy I will wait for you

I miss the scent of your breath
I miss the fluttering feeling
I miss the smile of our first meet
I miss the moment when you were here



tengah cari hongki punya versi..syahdu...

Monday, September 5, 2011

zero entry..

pernah korang jumpe budak kecik cute mute comel bangat dan sangat menawan hati yang membuatkan korang terfikir, apsal la dia lahir lambat sangat?..

aku ada..

pernah aku terfikir, apsal la kau lahir lambat 20 tahun?..

sebab kekadang  aku terasa sort of affection di situ..

kalau la dia lahir 20 tahun lebih awal, tanpa segan silu aku yang akan start dulu semuanya..sebab aku tau ada kimia di situ..cuma biologinya kurang..kerana 20 tahun itu adalah sangat jauh..proses evolusi pun sudah jauh berkembang..dari satu garisan lurus dah jadi bengkang bengkok..

jadinya?..

kalaulah ada dia versi dewasa..yang lahir 20 tahun lebih awal dari usia dia sekarang..kerana oh usia..aku tak mau jadi pedobear, atau dengan lebih sopan pedoswan..urghhh...nak termunt di buatnya...

Saturday, September 3, 2011

hari raya dan kenapa aku tak sukakannya..

cuti raya punya balance cuma tinggal 2 hari..rasa macam nak extend lagi 2 bulan..bagi aku part yang seronok untuk hari raya hanyalah cuti yang berbondong-bondony yang di berikan..sebab tu lah untuk raya tahun lepas dan 2 tahun yang lepas aku benci giler bila tak dapat cuti raya yang membuatkan aku amek  langkah bijak giler untuk resign..

call me stupid, call me dumb, call me what ever, aku memang cintakan cuti raya walaupun aku tak berapa sukakan konsep raya yang diamalkan oleh penduduk malaysia kat sini..aku tau ramai yang tak akan setuju dengan point sampah yang akan aku keluarkan nih.tapi kawan-kawan, sesungguhnya ia lahir dari hati ku yang tulus ini..

pertama- persiapan raya..bagi aku persiapan biarlah ala kadar..sesuai dengan ketebalan poket kita. kenapa nak berhutang kalau tak mampu nak bayar semata-mata beli perabot yang tah apa-apa yang digunakan setahun sekali dan sebagai hiasan saja untuk hari-hari yang lain...nak maintenance lagi satu hal..kalau ada amah yang sanggup nak tolong cucikan semua tu secara free memang tara hal lah...

kedua- beraya sakan dari utara ke selatan, dari timur ke barat. ini yang paling aku benci dalam dunia sepanjang aku lahir..tujuan aku balik kampung nak beraya..nak lepak-lepak kat rumah..merapatkan silaturahaim antara sesama insan kat rumah tu..since nak balik rumah pun paling kerap pun sebulan sekali..yang buat aku hangin nya bila kena jaga hati semua orang untuk turut sama menyertai konvoi beraya ke rumah sedara mara tanpa rela..

time tu la rasa giler rindu kat rumah sendiri..kalau ngan sedara yang boleh tahan kenal tu ok la..kalau yang tak rapat langsung tu, rasa berbuku je hati ni..haish...

ketiga- tetamu tak di undang..yang ni aku paling menyampah juga..henpon ada..takkan tak boleh nak call kot..hehe..kalo sayang sangat sama itu kredit boleh kot mau sms..kalau benci sangat nak kurangkan kredit dalam phone tu, pakai telepon rumah ke, public phone ke, telepon jiran ke..tak susah kan?..dah tu tak reti-reti nak call tanya ada rumah ke tak, boleh datang ke tak?..tak pun cakap, kitorang on the way, nak g umah hang..jangan tak bukak pintu plak...

kalau cakap awal-awal at least bersedialah juga mental dan fizikal ini untuk menerima tetamu..tak adalah sambut tetamu dengan mika terkejut yang sememeh dan berpakaian serba selekeh..ye, memanglah hari raya kena sentiasa bersedia untuk sesape juge tetamu yang datang, but then, itu adalah a part of manners kan before kita datang rumah orang?

i hate surprise yo!

dan seandainya anda dah cuba kontek tetamu to be anda, tapi tak ada balasan, telefon tak berangkat, dan sebagainya, adakah anda masih mahu meneruskan perjalanan ke destinasi yang anda tak pasti itu?..

urgh..

to be continue..akak ku yang chanek it (mata kat atas, tangan kat bahu), dah panggil untuk jadi assistan cook dia..salah satu reason juga kenapa aku malas nak hari raya sangat..

Thursday, September 1, 2011

asalnya santan..

santan dalam bahasa omputeh nya coconut cream..pada yang tak tau tu sekarang anda dah tau..semua orang tau kot asal santan adalah dari buah kelapa..tapi aku yakin tak semua orang tahu macammana proses nak menghasilkan santan terjadi. maksud aku bukan datang terus dari kotak santan segera yang banyak bertebaran kat pasar raya sekarang ni.
so, mari kita ikuti prosesnya.

 Ini adalah satu periuk besar santan. Kau kena beli jumlah yang banyak kalau beli nak beli kat supermarket kalau nak samakan jumlah kuantiti ni.


 semuanya bermula dengan kelapa tua. Sesiapa yang nak try guna kelapa muda pun boleh. Boleh belah la jawapnya.

 Memula ambil satu mangsa. Prefer yang besar sikitlah untuk memudahkan perjalannan majlis.

 Menggunakan alat kupas kelapa (yang-aku-malas-nak-google-nama-dia), kita cucukkan dia ke buah kelapa tu.

 Kena make sure cucuk dia kat center of the buah kelapa.


 Pastu, kita bukak kulit dia.

 Bukak lagi dengan penuh perasaan hingga nampak dia punya kulit kelapa. Yang juga dikenali sebagai tempurung kepala.

 Dah nampak tempurung, the next step adalah membuang sabut-sabut yang tak di perlukan. sabut tu nanti korang boleh letak atas air. Untung sabut timbul, kalau dia timbul maksudnya sabut tu beruntung.

 ya..kita rentap dia dengan penuh kasih sayang sampai licin kelapa tersebut...


 tada..dapat dah 6 bijik...

 dari situ, kita kena belah kelpa tersebut, bahagi dua untuk di parut..

 yang penting skill kena ada supaya kelapa terbelah cantik, tak bengkang bengkok..Parang tak tajam pun tak apa.


cungkil buah kelapa itu biar air keluar.

 Air kelapa tua ni cuma orang mengidam je nak minum. Langsung tak sedap Tawar bebeno. Mungkin manisnya sudah hilang pabila sudah tua?

 Nilah maksud aku kepala yang terbelah dua dengan cantik. Skill tu penting.

sila gunakan mesin parut kelapa untuk parut kelapa. Kalau nak guna parut kelapa yang ol skool tu, korang tak yah belah kelapa tu jadi dua. Korang just kena buang tempurung kelapa tu je untuk memudahkan aktiviti pemarutan kelapa. Yang itu serius penat dan lambat kalau dibuat dalam kuantiti yang banyak. Dulu akulah orangnya yang jadi mangsa memarut kelapa. Ntah berapa banyak darah aku da yang dorang makan kibat luka terparut jari sendiri. Yang itu aku komfem dorang tatau..Hahaha..
Thanx to technology..#tears

 Ha..nilah kelapa parut. Mulus jek tekstur dia. Cuma letakkan air putih, gaul-gaul-gaul, maka akan terhasillah santan kejap lagi. Bila perah  nanti dapatlah santannya.

 Nak perah santan kena guna tapis. Sebab tak nak ada hampas dia masuk. Perah dia tak sama ye dengan cara kita perah susu lembu.

 Ya, gunakan jari jemari dan tangan anda untuk memerah santan itu. Lagi kuat berpeluh tangan anda lagi afdal. Perisa tambahan katanya.

Dan inilah hasilnya. Santan segar dari ladang. Boleh dibuat apa saja yang anda suka selain di minum. Buat mandi pon boleh, kot.


Yang kat bawah ni adalah alatan-alatan yang harus ada,kalau tak ada memang susah hidup korang dalam perjalanan untuk mendapatkan santan..


 as i said before aku tak tau apa nama dia. 

 view bila di buka..

kalau anda tak kenal ni, sila beri tepukan kat diri sendiri sambil menepuk nepuk dahi.


so, tak susahkan prosesnya. as simple as abc. credit to my abah and my emak yang turut bekerjasama untuk penghasilan dokumentari ini.

by the way, my abah cuma kopek sebijik je kelapa, the rest is her daughter yang buat. hebat jugak anak aku ni, bisik my abah dalam hati.
haha, sebab aku tak ada entri raya aku divert jadi entri macam ni pulak. so, jumpa lagi di lain entri.
next entri- penternak kacang yang berjaya.