Monday, November 30, 2009

berundur atau terus kan??


so, sesapa boleh tolong saya??


7-12 dec ni ada kawat untuk perbarisan kat kem plkn kat seberang..penang..aku pn xsure apa tajuk perbarisan tu..yang penting dia require 100 orang untuk psstldm...

soalannye..patut kah aku join??..iye..memang nama dah submit segala jadah semua tu..tapi mengenangkan yang simpanan semakin berkurangan, life expense yang tinggi dan xde pendapatan tetap buat aku fikir 4-5 kali untuk teruskan niat murni aku tu..

hurm..

perlukah aku berundur sebelum berjuang..takutkah aku hidup susah sepanjang di sana kelak???..agak2 apa yang perlu aku buat..tunggu elaun masuk baru nak bergerak???..or redah jek??

sebab selagi aku kat rumah ni hati tak tenang..lagi2 bila dengar bisikan parents aku yang senantiasa dapat aku dengar..cerita tentang kejayaan anak2 jiran mereka..yang kata- tak masuk universiti pun boleh dapat kerja...

ya- sesungguhnya aku memang memilih kerja..sebab aku dah lalui sendiri penderitaan bekerja pekerjaan yang tak disukai..hati sakit,jiwa tak tenteram...

TUHAN - tunjukkan ku jalan...

real world vs drama

memang terkena batang hidung sendiri..how the cruel real world act..

petang sabtu yang lepas entah kenapa tak tahu jari ni tertekan remote tukar tv ke channel tv3..masa tu tengah cerita hindustan..aku bukan lah jenis orang yang layan cerita hindustan..tapi sebab adegan comel 2 orang pelokon dalam lif tu buat aku terstuck kejap kat channel tu..

adegan tu berlaku bila dua sahabat baik ni nak keluar dari lif..yang sorang ni usher yang lagi sorang suh kuar sulu..yang kawan ni pun buat benda yang sama..last-last pintu lif nak tertutup balik dan diorang serentak keluar dari lif tu bersam-sam..rasa comel, aku pun tengok kejap cerita tu..

cerita tu mengisahkan sorang lelaki ni yang masih lagi menganggur sebaik saja tamat belajar..member-member dia yang belajar sama-sama dulu semua dah dapat kerja yang bagus while dia masih ke hulu-kehilir carik kerja...sedang kan dulu dia dalah seorang pelajar terbaik masa dia belajar dulu..

tapi nyata rezeki tak menyebelahi dia..real world memang kejam..dulu member2 dia yang len result slalu bawah dari dia pun dapat kerja yang hebat yang mana dia rasa dia lebih layak untuk memegang jawatan tu berbanding kawan dia tu..tapi disebabkan kawan dia ada kontek ngan orang kat kompeni tu senang-senang je dia boleh kerja kat situ..

pastu je ,main tuka2 channel... terus xingat nak tengok apa ending dia..

hurm...itu je la yang aku dapat rasakan persamaan antara aku dengan watak utama tu dengan life aku sekarang ni..perkara yang sama berlaku kat mana-mana jek..so aku kena adapt ngan semua benda ni..kena expect lebih la..haha..gelak plak..

Sunday, November 29, 2009

wangg...

does money really matter?



bagi aku, wang adalah keperluan hidup yang berupaya untuk mengadakan keperluan asas manusia untuk terus hidup iaitu- makanan, pakaian dan tempat tinggal..

kekadang aku rasa jeles yang teramat pada orang zaman dulu kala yang bejaya menyediakan 3 perkara asas tersebut untuk hidup tanpa mengeluarkan waima  sen wang pun..tapi bila pikir-pikir balik, nak tinggal dalam gua dan pakai fashion style tarzan, aku rasa perasaan jeles tu macam tak berasas la pulak..

ok..what about- orang zaman dulu kala yang brjaya sediaka keperluan asas tu tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang super duper hebat macam yang dialami zaman sekarang ni..nilai mata wang yang rendah..pakaian pun tak payah la nak berpesen sangat, asal boleh tutup apa yang patut ditutup pun dah cukup..tempat tinggal- asal selesa..makan- makan aku tak kisah sangat pasal makan pun..kalau tak makan pun tak apa..haha..(pemikiran orang aneroxia tapi berbadan besar)..

tapi..itu mungkin boleh achieve kalau kita hidup zaman dulu..sekarang kena ikut cara sekarang..ikut arus zaman bak kata orang zaman sekarang..kalau kita tak nak ikut pun, kena ikut jugak..kalau tak alamat terkebelakang sangat lah kita...orang apa peduli dengan kita..kalau bukan kita yang nak majukan diri kita sendiri, siapa lagi..betul tak..

so?

money is important..sapa kata duit tak penting..persoalannya, keinginan atau keperluan?..wang lah yang akan jadi base untuk kita tentukan segalanya..makin kaya kau,makin banyaklah keinginan kau..kalau kau tak kaya mana sekadar untuk mengisi keperluan kau itu pun dah kira ok..macam mana pulak kalau golongan orang yang tertinggal jauh?..nak isi perut pun tak lepas, apatah lagi nak pikir pasal keinginan..makanya mereka hidup dalam kehidupan yang tanpa keinginan kah???

contoh nye macam encik robert (bukan nama sebenar) ni la..dulu gaji dia dalam rm1500 jek..tolak bayar kereta,bagi kat parents,sewa rumah,duit makan,minyak,tol,segala jadah semua tu boleh la dia bernafas hingga hujung bulan dan tunggu gaji bulan berikutnya masuk untuk teruskan hidup...bila naik pangkat dapat pulak gaji rm3000..benda yang sama ditolak..yang peliknya benda yang sama berlaku..hujung bulan tunggu gaji masuk untuk teruskan hidup dengan balance yang sama...

bila naik gaji lagi contohnya dapat rm10000 sebulan..still, dia rasa wang gaji dia masih tak cukup..perasaan dia sama macam masa mula-mula dia dapat first gaji dia dulu...patutke kita sedarkan encik robert kita ni yang sememangnya wang memang tak pernah cukup??..makin banyak wang kita dapat, makin besar keinginan kita..macam ada satu cerita yang nak aku share kat next post aku karang..

yang puan maslina (bukan nama sebenar) ni lain pulak cerita dia..10 tahun kerja kat tempat yang sama..gaji yang naik dalam 100 setiap 2 tahun..dengan gaji tu la dia hidup  sepanjang bulan..adakah bermaksud puan maslina ni cepat berpuas hati dengan life dia di mana dia tak punya banyak keinginan seperti encik robert diatas yang sentiasa rasa tak cukup dengan wang gaji dia walaupun gaji dia semakin bertambah?/?

hurm..yang mana satu aku???..yang mana satu kau???boleh fikir??

tapi aku boleh agak yang puan maslina ni akan jadi macam encik robert ni jugak kalau gaji dia pun bnyak..kau pun kan?..aku pun macam tu aku rasa..bila duit sikit,elok je kita budget..ngam2..lebih sikit lebih tinggi la maintenance kita..jadik kat banyak orang kan benda ni..so no point la aku nak bebel pasal benda ni sebenarnya..hurm...




                       

aidiladha..



slamat hari raye haji pada semua yang menyambut dan bakal menyambutnya..

gambar tu aku google dan itu adalah first gambar yang keluar..terus save dan upload ke post ni..malas mau cari gambar jauh2..kan..

raya haji kali ni aku berjaya mengadakan diri kat rumah seperti yang di janjikan..walaupun kakak sulung aku xde kat rumah and abang aku yang first tak ada kat rumah- still- raya is still raya..

raya kali ni memang luar biasa dari raya2 sebelum ni..jap..raya tahun lepas aku tak ada sebab training kat lumut..ok2..back to story..raya tahun ni a lil bit different yang boleh dilihat pada mata kasar dan juga pada mata hati..

banyak drama...

drama swasta..kekeluargaan..blablabla..apa yang buat aku seronok?..tentulah adik beradik aku..kami berempat dan abang-aku-yang-dah-tak-patut-join-kitorang-kalau-diukur-dari-segi-usia-tapi-ngam-satu-kepala....yang lain??..parents??..abang dan kakak ku yang first tu??..ya..itu lah drama,yang bakal diceritakan dalam post yang lain..

huhu..

ape2hal pon..slamat ari raya aji..pada sapa yang tak balik sebab kerja atau study atau training- korang rugi satu hari yang mulia untuk di celebrate bersama femly..pada yang tak mau balik- korang sangat rugi..pada yang sedang menunaikan haji- selamat mengerjakan haji dan selamat pulang ke tanah air..moga2 dapat haji yang mabrur hendaknya...

type off..


Tuesday, November 24, 2009

pak cik tua yang tegar...


Warga tua teras masyarakat..lalala..which mean aku pun xbrp nk ingat lirik dia....

Tetibe nak tulis entry pasal warga tua..kenapa dengan warga tua?..seperti yang kita tahu kita kenalah hormatkan orang yang lebih tua dari kita..kenapa?..satu sebab dah jadi budaya kita kat negara ni...aku pun tak berapa nak reti sangat untuk eloborate panjang lebar kenapa kita kena hormat orang tua ni..cumanye cuba bayangkan kalau orang buat kurang ajar kat parents kita...nampak tak elok kan..

so..tetiba tergerak hati ni nak tulis pasal warga tua ni adalah disebabkan aktiviti kat kedai makan tadi..dari awal aku sampai kat kedai makan tu lagi aku dah perhatikan gerak geri sorang pak cik tua ni..tak adalah tua sangat tapi nak dikategorikan sebagai muda tu adalah tak mungkin la..

umur dia dalam lingkungan 50-an maybe awal 60-an..aku ni memang teruk sikit dalam meramal usia orang ni..tapi kalau terpandangkan dia memang terdetik rasa kesian la dalam hati..tak tipu..aku perhati je aktiviti dia..lepas angkat pinggan mangkuk dan cawan bawak pergi belakang kedai, dia pergi lap meja pulak..bila nampak orang datang dan duduk kat meja kosong, cepat-cepat dia ambil kertas dan pen untuk ambil order customer...

lepas tu cepat-cepat dia hantar order tu kat dapur tmpat memasak..bila dah siap order dia angkat segala macam makanan dan minuman dan hantar kepada customer dia..bila dah sampai turn kitorang untuk order, dia pun cepat-cepat datang ke arah kitorang..terbongkok-bongkok dia masa nak tulis order kitorang..nak tulis pun ambil masa yang agak lama untuk diingati singkatan minuman yang kitorang pesan...

bila salah tulis dia garis pada perkataan yang salah tu banyak kali..seakan-akan nak biar peerkataan yang salah itu hilang sama sekali..aku cuma perhati..dan bila order kitorang siap, dia pun ambil dulang berisi air dan bawak ke arah tempat kitorang duduk..dalam pada dia berjalan bawa dulang tu tangan dia shaken..air dalam cawan tumpah-tumpah sedikit seiring dengan dia berjalan..

dengan bantuan kawan-kawan aku yang lain dia cuma perlu menyuakan dulang dan membiarkan bebudak ni ambil minuman tu sendiri..kosong saja dulang, terus dia kembali buat kerja lain..ada saja yang dibuatnya..lap meja..betulkan kerusi..kebetulan masa tu baru lepas hujan..makin rancak tangannya mengelap meja dan kerusi yang basah..

aku cuma perhati..tak ada rasa bosan..kenapa ye..soalan pertama yang aku fikir- kenapa dia masih nak bkeja dalam usia yang sepatutnya dia tengah sedap berehat kat rumah..tak pun tengah seronok layan anak cucu..tak pun tengah lepak depan tv dengar bertia atas kerusi malas...

kenapa?..adakah dia terpaksa bergantung hidup mencari rezeki kat kerja tu atau pun memang dah hobi dia bekerja..ada sesetengah orang tua ni dia memang tak boleh duduk diam..ada je kerja yang nak dibuatnya..tapi kalau tengok keadaan dia, kesian pun ada..kesian melebihi segala-ganya,,kesian tengok dia bersusah payah buat itu ini..

ntahlah..mungkin dia suka..siapa tahu..atau mungkin dia juga rasa sakit sebab terpaksa bekerja sampai kehujung usia demi sesuap nasi..tak adalah aku ni seorang peramal yang hebat..tapi, kesian sangat tengok dia..dahlah kurus je pak cik tu..buat kerja pun larat tak larat jek..

bila dah tengok pak cik tu, maka teringatlah aku orang tua kat rumah..terbayang kalau diorang ada kat tempat pak cik tua tu..aduhai sedihnya hati..harap mak ngan abah tu heppy la hendaknya berada di tempat mereka berada..walau tak adalah mewah mana, asalkan dorang dah tak payah membanting tulang, memerah keringat untuk menari sesuap nasi sudah...

jadinya- pakcik tua tersebut dah menginsafkan aku sekejap..betapa tegarnya dia bekerja untuk mendapatkan wang...jadi jangan pernah menyesal untuk cari kerja untuk memperbaiki hidup supaya bila dah tua nanti tak payah bersusah paya bekerja lagi...

tq pakcik..



Monday, November 23, 2009

-sorri sesape y terasa-

     "Senang-senang korang dua orang kahwin je dengan dia. Senang. Kekasih kau dapat, sahabat pun kau dapat. Tak payah nak gaduh-gaduh,"

    "Itu tamak namanya,"

    Itu perbualan beberapa bulan yang lalu antara dia dan Maria, sahabat baiknya yang sedang menuntut di Melbourne. Agak jauh untuk sering dihubungi. Tapi masih ada kelebihan dia untuk meluahkan segala ceritanya kepada temannya yang satu itu. Segala rahsia dan ceritanya pasti tersimpan kemas di tangan Maria. kerana dia jauh.

   Bukanlah maksud kawannya yang dekat dengannya tak boleh dipercayai langsung. Tapi dia tahu, sesaat dia memberitahu rakannya disini, sesaat kemudian pasti ceritanya itu tersebar luas. Entah siapa-siapa pun boleh tahu. Itulah jadinya kalau hidup dalam komuniti yang kecil.

    Lama Aniza termenung di skrin laptopnya. Mengingat kembali perbualannya dengan Maria suatu ketika dulu. Matanya tertumpu kearah wallpaper desktopnya. Gambar mereka bertiga, dia, Halim dn Zetty. Gambar yang di ambil didepan restoren Sushi King. Halim berada ditengah-tengah diapit oleh dirinya dan Zetty.

    Lengan kanan Halim dipaut Zetty manakala tangan kiri Halim memaut bahu Aniza. Hampir sebulan juga Zetty tak bertegur sapa dengan Aniza gara-gara gambar itu. Kecik hati. Cemburu kerana Halim memaut bahu Aniza dan kecil hati kerana Aniza mebiarkan tangan Halim melingkar dibahunya. Tapi dengan Halim tak pula dia merajuk.

    Kenapa mahu cemburu sedangkan dia sudah ada orang lain dalam hidup dia?Tak cukup kah Syafik, dengan Halim sekali mah dia jadikan miliknya?Aniza mengeluh lagi.

    "Dia kenal Halim dulu sebelum aku. Kiranya aku ni adalah orang ketiga antara dia dan Halim. Zetty tu bestfriend aku. Takkan lah sebab seorang lelaki yang belum tentu milik aku, aku nak hancurkan persahabatan aku dengan Zetty,"luah Aniza suatu masa dulu kepada Maria.

    "Memanglah betul dia yang kenal Si Halim tu dulu dari kau. Tapi ni soal perasaan.Bukan siapa kenal siapa dulu. Lagi pun dia dah ada tunang kan. Kenapa dia still nak kejarkan si Halim tu. Sedangkan korang dah saling suka, kenapa tak terus terang je kat Zetty. Memanglah at first dia akan kecil hati, lama-lama pandai lah dia fikir sendiri,"balas Maria panjang lebar.

    Aniza terdiam. Bukan sekali dua Maria memberikan nasihat yang sama. Dia tahu itu. Memanglah senang bila bercakap. Nak buat tu yang susah. Lagi-lagi bila Halim pun dah mula layan Zetty lebih dari Syafik layan Zetty. Aniza pun tak faham apa perasaan Halim pada dia. Sayang dah terucap, tapi masih melayan perempuan lain. Bukan itu saja, malah tak berani mengaku perhubungan mereka.

    Sampai bila mereka nak berhubung secara rahsia?Tanpa mempedulikan perasaan masing-masing. Aniza tak mahu Zetty terluka bila Zetty tahu yang dia dan Halim saling suka. Dia tak mahu kehilangan Zetty sebagi teman. Halim pula tak mahu Zetty membenci dirinya.

   Dan buat kesekian kalinya air mata Aniza tumpah lagi. Pantas dicapai telefon bimbit dihujung katil dan nombor Maria di dail.

    "Oit. mengngis lagi eh. Apa yang diorang dah buat kat kau?,"soal Maria. Bila Aniza sudah menelefon tapi tiada suara, dia sudah mengagak sahabatnya yang seorang itu sedang menangis. Bukan sekali dua dia begitu. kerap sekali.

     "Cakaplah. Mahal ni call jauh-jauh tapi tak cakap apa,"ujar Maria lagi. Memang betul mahal. Sedangan keluarganya sendiri pun tak pernah menghubunginya sekerap Aniza mnghubungi Maria.

     "Aku sedih la. Tadi aku tengah berborak dengan Halim, tiba-tiba Halim cakap dia nak letak telefon. Alasan dia sebab dia nak tidur kan Zetty. Kalau kau jadi aku kau sakit hati tak?Dia tak rasa ke aku sakit hati. Siapa sebenarnya aku kat hati dia?,"balas Aniza antara dengar tak dengar. Deselangi degan sedu sedan yang menyebabkan suaranya kurang jelas.

     Maria terdiam.

     "Tidurkan?Macammana tu. Dia dodoikan nyanyi lagu ke?"soal Maria bodoh-bodoh. Tesenyum Aniza mendengar soalan Maria itu.

     "Berborak sampai tertidurla,"balas Aniza. Ni mesti tak pernah buat ni, sempat dia mengutuk Maria dalam hati. Kemudian dia tersedar, Mari mana pernah bercinta.

    Kadang-kadang dia terasa kelakar pula kerana meminta nasihat berkenaan cinta pada orang yang tak pernah bercinta. Tapi Maria bukan calang-calang orang. Daya pemerhatian dia tinggi. Cara penyelesainya pun bagus. Sebab itulah ramai orang yang suka berkongsi cerita dan meminta pendapat dia.Termasuklah dirinya.

  "Oh camtu ke. Ingatkan dia berdondang sayang ngan Zetty sampai dia tidur. Entah apalah agaknya yang diorang borakkan,"balas Maria selamba. Seperti mahu membakar hati Aniza.

   "Entahlah. Kadang-kadang aku nak end up je semua ni.Tinggalkan dua-dua. Tak nak involve dengan diorang. Biar tenang jiwa aku sikit. Tak payah ada boyfriend pun aku boleh hidup ap,a" balas Aniza penuh emosi. Air matanya turun lagi. Maria tahu Aniza tak memaksudkan kata-katanya. Dan di saat itu Aniza sudah mengongoi kesedihan. Dan Maria hanya diam.

   Kisahnya bermula begini.

  Zetty dan Aniza memang sahabat baik sejak di sekolah menengah lagi. Sehinggalah berada di university mereka masih bersahabat baik. Persahabatan mereka berterusan sehingalah mereka berada di alam pekerjaan. Mereka banyak berkongsi kegemaran yang sama. Dan salah satunya adalah sushi. Maka selalulah mereka melepak di restoren sushi setiap kali ada kelapangan.Dan tempat kegemaran mereka adalah sushi king restaurant.

    Kebetulan Halim adalah pengurus kepada restoren tempat merea selalu kunjungi.

    Satu hari Zetty makan berseorangan di restoren tempat Halim bekerja. Disebabkan waktu itu sudah sampai masanya untuk restoren ditutup, Halim pun menegur Zetty. Bermula dari perbualan biasa mereka terus bertukar-tukar nombor telefon.

    Hari berikutnya Zetty datang lagi. Kali ini bersama Aniza. Terkejut bukan kepalang Halim sebaik ternampak Aniza. Anizalah gadis yang selalu diperhatinya setiap kali dia datang makan disitu. Tak kiralah bila dia berseorang atau berteman. Tapi tak pernah pula dia perasankan Zetty bersama Aniza. Maka mereka bertukar nombor telefon tanpa pengetahuan Zetty.

    Dalam usaha Halim untuk meraih perhatian Aniza, Zetty turut cuba mendapatkan perhatian Halim. Untuk tidak mengecilkan hati Zetty Halim turut melayan Zetty sebagai kawan. Tapi keadaan menjadi teruk apabila Zetty semakin sukakan Halim dan Aniza dan Halim juga suka sama suka. Dan semakin teruk apabila Halim suda punyai perasaan yang lebih dari kawan terhadap Zetty.

    Kalau Halim tak punya perasaan terhadap Zetty, untuk apa dia melayan Zetty setiap kali Zetty perlukan teman.Tambahan lagi dia sudah tahu Zetty sudah punyai tunang. Aniza pula semakin kasihkan Halim kerana Halim memang pandai mengambil hatinya. Zetty pula bagai sudah melupakan kewujudan Syafik sebagai tunangnya.

     Akhirnya mereka bertiga terperangkap dalam perangkap cinta tiga segi ini.
     Masing-masing pun tak punya upaya untuk mengecewakan antara mereka.

    Kali terahir Maria mendenganrcerita mereka adalah ketika Aniza menghubunginya dengan tangisan menyatakan kecewanya terhadap Halim yang melebihkan Zetty dari dirinya. Sehingga itu tiada berita dari Aniza. Facebook tak di update. Telefon tak diangkat, mesj tak dibalas. Dan akhirnya Maria berputus asa untuk menghubungi Aniza. Biar Aniza menghubunginya saja.

    3 bulan kemudian.
    Sedang Maria bersiap-siap untuk menutup komputernya tiba-tiba ada satu mesej masuk ke peti inboxnya. Dari Aniza. Pantas dikliknya dua kali dan terpaparlah mesej Aniza yang panjang lebar.


    Firs of all, sorrryyy sangat tak kontek kau. Aku emel kau sebab aku tak nak tau macam manareaksi kau bila aku cakap benda yang aku nak sampaikan ni.

   Secondly, aku nak bagitau aku dah dapat kerja baru! Terlalu sibuk sampai tak ada masa nak hubungi sesiapa. Banyak benda yang berlaku sepanjang tempoh ni. Kau tau tak Syafik dan Zetty dah putus tunang. Diorang putus sebab Syafik ada orang lain. Zetty pun ada orang lain. So dia orang putus cara baik.

    Zetty tak nampak sedih sangat. Sebab dia tahu dia ada Halim. Tapi Zetty mengamuk gila bila aku dan Halim kantoi dengan dia. Dia tak sanga aku dengan Halim suka sama suka. Dan yang kelakarnya, marah Zetty tak lama. Kami berbincang. Dan akhirnya kami come up dengan satu keputusan.

    Aku dan Zetty sanggup berkongsi kasih Halim. Kelakarkan? Dulu aku jugak yang oppose berkongsi kasih. Tapi kalau dah terlalu cinta- semua pun boleh jadi. Janga lupa datang ke majlis kami nanti. Dont worry, aku support pergi balik kau ok.

p/s: Aku ikut nasihat kau, ambil kedua-duanya sekali.


   Maria tersandar dikerusi.Biar betul.Bila masa aku bagi nasihat macam tu?

   "Senang-senang korang dorang kawin je dengan dia.Kekasih kau dapat, sahabat pun dapat,"

    Maria sengeh sendiri. Tak sangka mereka ambil serius gurauannya. Cepat-cepat diatutup komputer dan terus masuk tidur. Masih tak menyangka itu pengakhiran kisah cinta tiga segi mereka.

azam baru...

post yang kedua untuk malam ni..

tangan tetibe rajen nak menaip

'masa tony fernandez nak wat airasia 2 pn die pk gak, ade x org nk naik flight die.skang sumer org pn naik airasia'

thanx pada smezam~ akak aku yang tak pernah jemu bagi support kat aku untuk ayat yang sangat bermakna kat atas tu..dia pun salah sorang orang yang sayang kat aku..kne tmbah kasih sayang kat dia nih..hahaha...

okeh..ayat tu dia bagi kat aku bila aku cakap aku nak kerja sendiri..mau bukak bisnes sendiri dalam bidang berbakti kat tanah..then terlalu banyak yang aku doubt kan..so dia pun bagi ayat kat atas tu sebagai perangsag..aku pun..hurm..kan?..btol gak..

setiap usaha tu memang kene ada kick start dan usaha..lagi2 orang macam aku yang tak suka kerja bawah orang ni..so mesti la kena take risk kan..kalau mau berjaya mesti la ada usaha lebih..jangan fikir banyak just do and go jek..ke go and do??..xkesah la..yang penting kena happy...

honestly..sejak kecil aku memang tak punya cita2 yang tetap..impian pun tak ada..yang tau nak blaja reajen pastu masuk u..bila dah keluar u terus kepala otak jem sekejap..aha..itu la masalah aku..sekali masuk u amek kos yang tak berapa orang nak pakai sangat..last2 tanam tanaman kat farmville..

then, after study- tak kerja lagi- g tauliah..hampir 2 bulan after abes blaja, aku x carik kerja lagi...abes tauliah, tunggu grad..duk rumah bagi cerah balik muka..then- pas grad start cari kerja..xdpt lagi..tungu2..sempat kerja jusco 2 bulan..then sebulan lepak usm kunun2nye carik lobang pekerjaan kat mana2 lab yang nak pakai research assistant..melambak resume aku hantar..satu pun xberbals melain kan dar dr othman sulaiman yang cakap dia dah ada terlalu RA untuk amek aku...

so..

menganggur..title yang tak pernah aku impikan untuk aku apat..sebulan aku menganggur..amek lesen motor..tapi stuck dekat L..sebab raya aji nak balik rumah..dan x plan pon nak datang penang balik..melibatkan kos yang banyak..aku dah rugi gaji sebulan aku sebab masih x berjaye carik keje lagi...

balik rumah nak print segala borang dan anta..hope2 dapat rezeki aku..eyh..tadi bukan kata nak kerja sendiri ke???..ahah..funny la..sekejap je fikiran boleh berubah..adeh..

penat jek...kan dah cakap..xyah pikir..just buat jek..huk2..

baru je nak buat post ni nampak bergaye..xberjaye la plak..haha...

mau jadik writer boley?sape mau hire aku jadi writer bebas???i'm all here..right here waiting...

yatta!!

finally..

finally aku suksess suda untuk get over orang y dah 2 tahun aku stuck with..xboley mau blame kepala otak aku ini..sebabnye yang buat aku stuck dengan dia dalah emosi aku..perasaan, perasaan yang degil..walau pun otak aku yang rational ni cakap dia lgsg x wort it untuk di admire, tapi hati dan perasaan ku yang dungu ini masih degil..

xmahu melepaskan perasaan ni atas dasar..err...dasar apa ye?..entahla..pikir2 balik, why on earth did i stuck ngan dia?..sedang kan obviously antara aku dan dia adalah sesuatu yang sangat2 mustahil untuk berlaku..dia tu kerak bumi..mungkin lapisan mental bumi..sedangkan aku kat lapisan ionosfera atau lapisan yang paling tinggi kat muka bumi ni which aku x ingat apa nama lapisan tu...

klaka kan hidup aku?..adoi yai..stuck kat orang yang salah..terlalu lalu salah..ni perasaan dan emosi yang punya pasal..otak aku pun salah jugak sebb tak pandai nak kawal  emosi dan perasaan nih..last2 kesian kat diri aku ni...

tapi bila dah tersedar ke alam yang nyata..baru lah rasa lega yang amat..dalam masa tak sampai sebulan aku dah berjaya cari cinta aku..cinta untuk diri sendiri..aku lupa aku kena sayang diri aku lebih dari aku sayang orang yang tak sayang aku..kenapa nak sayang orang yang belum tentu sayang kat aku sedangkan aku punya ramai lagi yang sayang aku which is aku sendiri pun tak tau ade ke tak- selain famili aku...

then tetibe rasa pity kat siri sendiri sebab menolak orang lan demi perasaan sayang aku yang tak berasas tu..soooooo pathetic..dan kemudian sengaja aku mencipta alasan kenapa orang ni x seswai dengan aku..kenapa aku xbley go on dengan orang tu..sedangkan aku sendiri yang ter trap dengan perasaan yang aku cipta sendiri..

pity me..tapi sekarang bukan masanya nak kesali masa lalu..hidup kena terus kan..orang lain dah move on..tak kan aku masih mau stuck kat tempat lama ni..kenangan tu biar jadi kenangan..memang kenangan memang seronok untuk dikenang..tapi bila dah terlalu asyik di kenang- takut tak ada ruang untuk masa depan...

biarpun masa depan bukan dapat di lihat oleh kita- tapi kita masih mampu merancangnya..kan2..

ok..

move on..xmau pikir lagi dah..nak buat terus..bukak ladang lada...sape mau lada kecik meh boleh order kat aku nanti ok..lalala~

gambate rosss!!!

Friday, November 20, 2009

xde tajuk..

macam pelik..

macam biasa.bangun tido, onine, bukak email dan rasa pelik jap bila tengok xde unread msg dalam inbox..mmm..'macam satu petanda je'...haha..pinjam jap ayat member farah yng agak psiko tu jap..kawan ke??..

dorang sumer dah packing barang..hari ni hari last dorang exam..yan aku ni bila plak nak serambus dari usm ni?..buat nyemak je kat sini..wang dalam akaun pun dan makin menyusut..ada kemungkinan stay kat rumah je lepas raye aji ni...

owh lupe..aku masih xberjaye dapatkan lagilesen motor aku..tunggu ecah la i..kalau esok ecah x nak buat gak, welli'm going to do it by my self..tinggal 6 jam je lagi..apa mau tunggu lagi..kan..penat dah tunggu2 ni...

so..

this is it..i'm over it..getting over..and its over..mimpi tu memang indah cuma kita tak berupaya nak bawa keindahan mimpi tu ke alam realiti..

cakap pasal mimpi teringan impian..cakappasal impian- eyh ade sesapa tau camne nak jadi pembaca berita kat radio tu??rtm pon jadi la..cam bes kan..

Wednesday, November 18, 2009

cerita satu malam..

menggigil jap otak bila nk recall balik kejadian semalam...

moralnye- jangan cepat fall pada kechomellan seseorang dan ingatan palsu..

for those yang pernah blajar psikologi mesti tau tak banyak pun sikit la pasal ingatan palsu..kalau tak silap aku ingatan palsu ni adalah ingatan yang di buat-buat bila seseorang tu tak sure tentang sesuatu perkara..contahnya si abu ni dia pergi dinner untuk satu majlis..beberapa minggu kemudian member dia tanya makan apa masa dinner haritu..di sebabkan selang masa yang agak panjang buatkan si abu ni tak sure apa yang dia makan..

nak kata ingatan lemah pun iye jugak..benda dah lama kan..so dia pun try nak ingat2 balik dan kata la apa yang dia makan sedangkan dia tak berapa sure dengan jawapan dia tu..itu boleh dikatakan sebagai ingatan palsu..sebab otak dia tak dapat connect balik dengan memori lama dia iaitu menu apa yang dimakan olehnya..bukanla bermaksud dia mahu menipu sesiapa..

(betulkan diriku kalau salah eh utk sesapa yang tau)..

ok..why..kenapa tetiba cerita pasal ingatan palsu ni?..apa kes?,,well..the case is very simple..nama pun cerita satu malam kan..

i tot orang yang slalu msg aku kat ym setahun yang lepas adalah orang yang sama yang aku jumpe kat fesbuk yang menggunakan nama yang sama dalam yahoo messenger dia..disebabkan dia agak chomell encik tu, so tetibe terasa macam termenyesal sbab x layan msg dia dolu2...

maka dari situlah ingatan palsu tersebut terjadi..

akhirnye jawapan muktamadnye adalah encik yang agak chomell dalam fesbuk tu adalah mereka adalah 2 manusia yang berbeda..ilang terus excited aku mlm tuh..

kuciwa..lalala~

so, cerita nye tamat camtu jek..heheh..klaka la jugak..tulah..memori dalam kepala otak ni pun makin kurang..22 tahun pakai x upgrade2 lagi..maka terjadilah salah input..huhu..

so start dari tadi aku dah decide untuk layan je la sesape y tetibe muncul dalam hidup ini..ececeh..ayat xbley bla...asalkan aku tau camnerupe bentuk org tu...

cerita 2 tahun tu- biar je la...penting pon x...mulekan idop baru dan memori baru..yosh~

Saturday, November 14, 2009

Posted by Picasa

Kisah Punch Card

sumber - syok.org

PUNCH CARD --- korang biasa dengar dan tau benda nih kan? dan korang
biasa meminta kawan2 tolong punch kalo korang lewat sampai ofis kan? atau
kalo korang nak balik awal? alasan korang sebab takut dan tak nak punch card
tuh tulisan warna merah.. ye la nanti satu keje la pulak nak ngadap bos
then create alasan kenapa merah.. kalo ade alasan munasabah macam traffic
jam ke bole la kot.. tp kalo korang bangun lambat? takkan nak bg alasan tuh
kat bos kan? mesti bos marah.. tak pasal2 kena brain wash pepagi buta kat
opis..


TAPI korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalo mintak tolong
punch card? bukan risiko kat diri korang je.. risiko skali kat kawan yang dah
baik ati tolong korang punch card tuh.. kesian kawan tuh..

Kawan aku -- Ali (bukan nama sebenar) lewat datang keje... then minta la
Amat (bukan nama sebenar) punch kan.. then Amat tolong la.. tup-tup on
da way nak sampai opis tuh Ali accident.. mula-mula dia koma then 2 ari lepas
tuh dia meninggal dunia.. apa yang menyedihkan. . bila isteri Ali nak buat
tuntutan..banyak tuntutan tidak diluluskan.. macam nak buat pampasan ke
kuarkan KWSP ke apa2 la yg bole waris tuntut bila seseorang tuh meninggal.. korang
tau tak kenapa susah?? sebab dalam punch card tuh memBUKTIkan Ali berada
dalam opis pada waktu yang sama dia accident.. so opis nak luluskan pampasan
dan everything camana? opis bole luluskan JIKA ada sape2 yang mengaku dah
tolong Ali punch card.. Amat tak nak mengaku.. ye la.. kalo dia ngaku
dia mesti kena tindakan tatatertib kan? silap2 dia kena buang keje.. so smpi
skang pampasan tak dapat.. yang susah isteri Ali.. dah la tak bekerja then
anak dah ade 2 lak tuh.. nak kuarkan KWSP pon hadapi masalah yg sama..

Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan
korang? kalo la korang mintak punch then jadi pape kat korang tgh jalan sape
nak bertanggungjawab? for sure la kawan yang tolong punch card tuh tak nak
mengaku.. ye la kita dah tolong sat lagi kita yang kena tanggung?? kalo
kena denda je tak pe la.. sat lg siap kena buang keje mana mau cari
keje??? yang si kawan yang tolong tuh pulak mesti seumur idup akan rasa bersalah..
kalo accident just patah kaki je bole la lagi tak dikisahkan tapi kalo dah
melibatkan nyawa ni.. walaupon niat nak tolong tapi biar la mcm org tua
cakap.. buat baik berpada-pada. . jgn buat baik tak kira tempat.. nanti
susah kat sendiri.. so aku just nak mintak tolong kat korang sume..
jangan la buat keje nih lagi.. tolong fikir ajal maut kita tak tau.. mungkin kita
mati pas tuh dah tak de pape tanggungjawab. .. tapi org yg idup.. mcm keluarga
kita.. nak tuntut pape susah.. korang nak ke mcm tuh? mesti korang tak nak
famili korang susah kan? aku harap mulai sekarang.. kalo korang datang lewat
macamana sekalipon.. punch card la sendiri.. biarla bos marah sekali
pon.. tapi jangan menyusahkan diri org lain.. dan diri sendiri.. tolongla
diri sendiri dan kalo nak tolong kawan2 pon biar la kena tempatnya.. next
time..kalo korang rasa dah lewat tuh.. call la bos bg tau lewat sampai then
jumpa bos bila dah sampai.. kalo korang rasa nak balik awal lak.. mintak la
time off atau permission kuar awal dari bos.. atau minta jer la cuti
ke?..jangan la main kuar suka2 ati je..

p/s :- pas aku dgr cite tuh dari isteri Ali.. aku dah tak nak buat mcm
tuh lg.. sbb sebelom ni.. aku penah beberapa kali mintak tlg punch dan
beberapa kali tlg org punch.. aku rasa ngeri dgr cite tuh.. lg pon aku sempat
lawat arwah sebelum dikebumikan. . terasa macam.. ish ape yg dah aku buat..
rasa bersyukur sangat sbb sepanjang aku buat keje tuh.. aku tak terlibat
ngan pape accident dan org yg aku tlg tuh selamat sampai.. kalo aku pon kena

mcm tuh.. aku tak tau la apa jadi.. nangis air mata darah pon x guna lagi...

Thursday, November 12, 2009

Seadanya ku- Nubhan


Seadanya ku - Nubhan

Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

bebelan yang panjang...


tak mungkin ini adalah bebelan yang paling panjang pernah aku publish di blog ini..tapi nak juga aku katakan yang aku mahu bebel sepanjang yang mungkin untuk melegakan apa yang ada dalam kepala otak ku ini..

aku sure ramai je yang ta larat nak baca blog aku ni..sebabnye adelah kerana tulisan dan huruf semata..ye la..nak bebel memang la kena words je yang keluar..x pernah pulak aku tengok mak aku bebel sampai keluar gambar dari mulut dia..so sesapa yang teringin nak baca post aku kali ni sila la bawak bersabar..kalau xnak sabar anda boleh save niat anda untuk baca post ini bebila masa bila anda free lain kali..

jangan kata aku tak warning...



cuci mate jap...same ke pic atas bawah ni?


ok...selesai cuci mata..back to business...

first thing first..aku tak gi act..which act adalah the second reason as why aku ada kat penang ni..so..what am i suppose to feel rite now??..sedih kah aku??..terkilan kah aku??...but apparently dan obviously, kenapa aku tak rasa apa2 pun??..maksudnye aku tak kecewa...why??why????

kerana aku tahu..which one is more important dalam life aku ni..act, raya aji dan femly???

ok la..biar aku jadikan benda ni simple la..kalau g act x bley balik raya aji dan kalau nak balik raya x boleh buat act...lama gak aku pikir kan pasal benda tu..siap argue ngan kakak aku lagi..kejam insist aku balik rumah..iyela since itu memang adalah rutin yang slalu kitorang buat..

bile raya ke birthday ke, apa-apa je mesti kitorang semua gather sesama and buat majlis makan2..dan dalam ramai2 dalam femly aku tu cuma aku je yang slalu miss benda2 penting yang jarang jadik..macam wedding akak aku dulu aku tak balik..abang ros tunang pun aku x balik..raye aji tahun lepas pon aku tak balik..kejam grad pon aku xg..kejam admit hospital punaku x g..dan banyak lagi benda yang aku slalu xde..

dan akhirnye ia selalunye berakhir dengan kesalan..xkira la sapa yang nyesal pon..especially aku la..so..for this year, aku pun nekad la mau pulang..kalau dulu aku xdapat balik sebab aku tak ada pilihan lain..tapi sekarang- option ada ditangan ku..sama ada aku mau balik atau x semuanya terpulang pada aku..

di saat aku mau bagitau kat kak as yang aku tak nak buat act tuh, maka datang la perkhabaran yang orang kat kd tu tak perlukan khidmat aku untuk act ni...so kira settle macam tu je la...

dorang ada gak offer aku untuk g act mids kat lumut..giler apa??...baru je balik lumut..malas dah nak jejak kak kat situ..dah la sengsorang jek..tobat cikk ampun..mintak simpang 88..lain la kalau ada sumber inspirasi kat sana..huhu..

ok..

next topic...

dreams..dreamss....

dalam bahase melayu orang panggil mimpi..mimpi bunga tidur..mimpi mainan tidur..

aku ada baca satu artikel ni yang cakap apa yang kita mimpikan tu adalah hasil dari apa yang kita lalui sepanjang hari dan apa yang kita fikirkan..maka perkara2 tu terbawak2 la dalam mimpi...

realitinya- aku punxtau..kadang2 aku pergi la gatal jari g google maksud mimpi aku tu..sebab mimpu tu sangat clear..clear as crystall...tap perlukah aku percaya kan setiap tafsiran mimpi tersebut?..so..aku decide untuk tak yah percaya sangat..takyah la taksub sangat pon kan..

pastu sejak akhir2 ni setiap kali aku bangun tidur je aku rasa macam sakit hati sangat..kenapa??..well, satu sebab mimpi orang yang sama berturut-turut..dan yang kedua adalah kenapa ia hanya dalam mimpi???..hurmm..bukan la maksud aku nk biar mimpi tu terjadi betul2 dalam realiti..tapi geram sebab rasa kecewa bila bangun tidur dan sedar semua tu hanya mimpi semata..terlalu mustahil untuk jadi realiti..

siapa orang tu??ntah..makhluk tu xpernah nak keluar dari kepala ni..sengal kan??? 2 bulan mana cukup nak bagi feel yang dah 2 tahun tu mendiam dalam hati ni pergi..takes time kan..xpe la..aku xharap dia mengerti tapi aku tahu dia dah tahu..n xde apa2 pn yang jadik..so faham2 sendiri je la kan..for me to start the first- rasanye dalam mimpi je la kot...hurm...

bangun la ross...

hurm..

kalau lah aku boleh controll mimpi tu..tapi kalau boley takut aku taknak bangun tido plak..lagi la takot..huhu...


<--- mau tdo sperti ini....


kan aku dah cakap bebelan aku kali ni pendek jek..dah nak abes dah pon..a ah la..lpe lak nak update masa g kursus dya aritu..perluke??perlu ke???xperlu kot..

alahai..

tetibe terasa rindu lak moments masa 2 bulan kat kl aritu..rindu dan rindu..rasa cam nak g sane..tapi xnak ulang balik..kali ni nak dapat kerja yang tetap..tapi sebagai apa?????..hurmm...rezeki tu ada kat mana2 kan??

famili ku...ku rindu anda semua....

aku dah jem..

sape ade keje kosong nak bagi kat aku??..gaji kena seribu ke atas..ada?





When its rain- Paramore


When its rain - Paramore

And when it rains on this side of town
It touches everything
Just say it again and mean it
We don't miss a thing
You made yourself a bed at the bottom
of the blackest hole (blackest hole)
and convinced yourself
that it's not the reason you don't see the sun anymore

and no (oh) how could you do it
(oh I) I never saw it coming
(no oh) I need an ending
So why can't you stay
Just long enough to explain

And when it rains
You always find an escape
Just running away
From all of the ones who love you
From everything
You made yourself a bed at the bottom
Of the blackest hole (blackest hole)
And you'll sleep till May
You'll say that you don't want to see the sun anymore

and no (oh) how could you do it
(oh I) I never saw it coming
(no oh) I need an ending
So why can't you stay
Just long enough to explain

(Explain your side, Take my side)
Take these chances to turn it around
Take these chances we'll make it somehow
And Take these chances and turn it around
Just turn it around.

and no (oh) how could you do it
(oh I) I never saw it coming
no (oh) how could you do it
(oh I) I never saw it coming
no (oh) how could you do it
(oh I) I never saw it coming and
(no oh) I need an ending
So why can't you stay
Just long enough to explain

You can take your time, take my time.

suksess!!!!

yay!!!!!

ok.thats the first word..
now i'm going to spill the rest of million words..lalala..

haha..

kenape heppy sangat..well the answer is, saye pass dalam ujian berkomputer undang2 untuk lesen saye itu..lallala...well mungkin pada orang lain xde la besar sangat pon cerita ni..orang lain pon pass gak test tu, tapi xde la segembira ini nak post kat blog dan gembira yang teramat....hurm..kalau nak kata aku jakun - well i'll nvr mind 'bout that..tapi dalam ramai2 orang yang pass tu, berapa ramai yang dapat full mark 50/50 untuk test tu?

apa y aku tau- i'm one of them...

misi tercapai...dan sangat gembira..mstila sangat gembira sabab berjaye dapat apa yang nak..

pasni amali n teori lak..hurm...

dan..xdapat buat act..xdapat buat act bermaksud xde benda nak buat..diriku menganggur lagi..apa yang harus aku lakukan??..lama dah carik kerja tapi xdapat2..adoi..hantar resume dah berapa banyak dah kat lect..tapi sorang je yang balas..yang len haram nak balas..ni yang malas ni...susah2 sambung master je la...

cam senang je ka cakp?

kerja-datang la cepat...

Tuesday, November 10, 2009

mimpi..

tadi tdo disiang hari..tetibe terjaga..bile terjaga ni teringat lak kat mimpi tadi..sejak akhir2 ni banyak sangat mimpi yang datang singgah dalam tidur...

walaupun aku tak berapa nak percaya sangat akan mimpi dan apa relatednye ia dengan kehidupan seharian ni, aku tetap nak tau apa maksud mimpi aku tuh..sebab mimpi ni bukan sekali dua aku dapat..so secara tak langsungnye jari jemari ini pun menaip dengan laju di laptop, google kan tajuk mimpi aku tadi...

dan pap!!...keluar lah banyak website yang menceritakan tentang tafsir2 mimpi..bukak..kliik kklik dan klik..akhirnye aku jumpe jawapan..kebanyakan jawapan yang diberi adalah lebih kurang sama..which mean rezeki nak datang..

betol ke rezeki nak datang???..tapi kenapa dalam mimpi tu aku rasa scary semacam??..adoyai..ntah la..itu la..nak kata percaya tu- takde la nak percaya sangat..kalau nak deny pon xde la ponint juge...

tengok la life aku dalam beberapa masa akan datang ni..insya allha kalau rezeki tu mau dtg- ada la dia kan?

huhu...

mau tdo..sok mau test komputer untuk amek lesen..aritu nak amek pending lak sebab g kursus kat kdsi..hope lulus...harap2 sangat3..sok nak baca lagi satu raound..biar melekat semua kat kepala otak neh..huhu..

ok..cio...

dear you..

Dear you;

I already get over you..ok?..so next time when we meet, just remember this one thing,keep repeating in your head,say it loud, tell yourself that - I already get over you...

I won't look at ypu anymore, I would ignore your existence, I wont even talk to you- even not to make eye contact,and most important thing is - I wont bother your life anymore..

and if i could, i wont breathe the same air with you at all- but obviously i cant..so why dont you just go to sleep and while you sleep you will forget me and when you wake up the other day you would totally forget about me..

ok?

Sunday, November 1, 2009

btol ke apa aku buat ni?