Thursday, September 1, 2011

asalnya santan..

santan dalam bahasa omputeh nya coconut cream..pada yang tak tau tu sekarang anda dah tau..semua orang tau kot asal santan adalah dari buah kelapa..tapi aku yakin tak semua orang tahu macammana proses nak menghasilkan santan terjadi. maksud aku bukan datang terus dari kotak santan segera yang banyak bertebaran kat pasar raya sekarang ni.
so, mari kita ikuti prosesnya.

 Ini adalah satu periuk besar santan. Kau kena beli jumlah yang banyak kalau beli nak beli kat supermarket kalau nak samakan jumlah kuantiti ni.


 semuanya bermula dengan kelapa tua. Sesiapa yang nak try guna kelapa muda pun boleh. Boleh belah la jawapnya.

 Memula ambil satu mangsa. Prefer yang besar sikitlah untuk memudahkan perjalannan majlis.

 Menggunakan alat kupas kelapa (yang-aku-malas-nak-google-nama-dia), kita cucukkan dia ke buah kelapa tu.

 Kena make sure cucuk dia kat center of the buah kelapa.


 Pastu, kita bukak kulit dia.

 Bukak lagi dengan penuh perasaan hingga nampak dia punya kulit kelapa. Yang juga dikenali sebagai tempurung kepala.

 Dah nampak tempurung, the next step adalah membuang sabut-sabut yang tak di perlukan. sabut tu nanti korang boleh letak atas air. Untung sabut timbul, kalau dia timbul maksudnya sabut tu beruntung.

 ya..kita rentap dia dengan penuh kasih sayang sampai licin kelapa tersebut...


 tada..dapat dah 6 bijik...

 dari situ, kita kena belah kelpa tersebut, bahagi dua untuk di parut..

 yang penting skill kena ada supaya kelapa terbelah cantik, tak bengkang bengkok..Parang tak tajam pun tak apa.


cungkil buah kelapa itu biar air keluar.

 Air kelapa tua ni cuma orang mengidam je nak minum. Langsung tak sedap Tawar bebeno. Mungkin manisnya sudah hilang pabila sudah tua?

 Nilah maksud aku kepala yang terbelah dua dengan cantik. Skill tu penting.

sila gunakan mesin parut kelapa untuk parut kelapa. Kalau nak guna parut kelapa yang ol skool tu, korang tak yah belah kelapa tu jadi dua. Korang just kena buang tempurung kelapa tu je untuk memudahkan aktiviti pemarutan kelapa. Yang itu serius penat dan lambat kalau dibuat dalam kuantiti yang banyak. Dulu akulah orangnya yang jadi mangsa memarut kelapa. Ntah berapa banyak darah aku da yang dorang makan kibat luka terparut jari sendiri. Yang itu aku komfem dorang tatau..Hahaha..
Thanx to technology..#tears

 Ha..nilah kelapa parut. Mulus jek tekstur dia. Cuma letakkan air putih, gaul-gaul-gaul, maka akan terhasillah santan kejap lagi. Bila perah  nanti dapatlah santannya.

 Nak perah santan kena guna tapis. Sebab tak nak ada hampas dia masuk. Perah dia tak sama ye dengan cara kita perah susu lembu.

 Ya, gunakan jari jemari dan tangan anda untuk memerah santan itu. Lagi kuat berpeluh tangan anda lagi afdal. Perisa tambahan katanya.

Dan inilah hasilnya. Santan segar dari ladang. Boleh dibuat apa saja yang anda suka selain di minum. Buat mandi pon boleh, kot.


Yang kat bawah ni adalah alatan-alatan yang harus ada,kalau tak ada memang susah hidup korang dalam perjalanan untuk mendapatkan santan..


 as i said before aku tak tau apa nama dia. 

 view bila di buka..

kalau anda tak kenal ni, sila beri tepukan kat diri sendiri sambil menepuk nepuk dahi.


so, tak susahkan prosesnya. as simple as abc. credit to my abah and my emak yang turut bekerjasama untuk penghasilan dokumentari ini.

by the way, my abah cuma kopek sebijik je kelapa, the rest is her daughter yang buat. hebat jugak anak aku ni, bisik my abah dalam hati.
haha, sebab aku tak ada entri raya aku divert jadi entri macam ni pulak. so, jumpa lagi di lain entri.
next entri- penternak kacang yang berjaya.

0 comments: