Tuesday, October 28, 2008

another writing therapy..

so..

another writing theraphy huh?

well, yeah i guess...

xtau la sampai bila aku mampu bertahan hidup dalam persekitaran macam ni..kadang2 rasa mampu bertahan macam tak ada apa-apa masalah langsung..tapi kekadang tu rasa macam nak blah macam tu jek..lari kat mana2 tempat yang aku suke...

tapi soalannye kat mana?kat mana boleh aku lari dari segala permasalahan hidup yang berlaku ni?mungkin pada mata orang lain apa yang aku lalui ni adelah simple saje..benda kecik, sure boleh handle punye..tapi bagi aku yang melalui semua ni?camne nak handle?

ntah la..aku pun tak paham la..aku dah tak larat nak berdepan dengan certain orang yang disekeliling aku..rasa macam nak tukar karakter2 dia kalau boleh..

aku dah x larat nak berdepan dengan orang yang selalu depends kat orang lain dalam banyak hal..sejujurnya aku bukanlah orang yang reliable..yang dependable even agak independent..aku bukannye laid back person...aku nak hidup dengan orang yang mcam aku jek..

yang mane takkan membebankan kepala otak aku untuk pikir pasal masalah orang lain..aku lebih rela hidup sorang macam masa aku duduk kat CG masa first year dulu..duduk bilik pon sorang2 sebab tak ada rumate..

bukan la aku tak boleh hidup dalam kelompok masyarakat orang lain..tapi masalahnye aku lagi selesa lepak sorang2, manage life aku sendiri tanpa ada orang perlu perhatikan segala gerak geri diri aku..aku rimas sebenarnye...

memang la best ader kawan..tapi kan bagus kalau dorang tak interrupt aku punye personal life aku..aku nak tido kol bape..aku nak tido camne..aku nak buat bising mane, tak ade orang nak tegor..kan bagus begitu..macam dulu2..

tapi aku tau..masa tu tak kan datang kembali..aku takkan dapat kecap balik zaman2 macam dulu tu sekarang..aku kena sedar aku hidup dalam satu komuniti..nak tak nak terpaksa bercampur dengan orang lain jugak..tapi kenapa ak tak jumpa dengan orang yang betul2 sesuai dengan cara hidup aku?kenapa?

kenapa aku slalu jumpa dengan orang yang tak menggembirakan hati aku..kenapa kena hidup dengan orang yang sangat bertentangan dengan prinsip hidup dan peribadi aku?kenapa kena hidup dengan orang yang punya cara hidup yang sangat berbeza dengan aku?kenapa kena hidup dengan orang yang pemikiran jauh berbeza dengan aku?kenapa?kenapa?kenapa?

kenapa aku seakan meyesali kehidupan aku sekarang?kenapa?tak bersyukur ke aku?tak bersyukur ke aku sbab masih mampu bernafas di bumi ALLAH ni?tak bersyukur ke aku bila masih ade orang yang masih concern dan care pasal aku?tak bersyukur ke aku bila aku masih mampu berjumpa dengan orang ramai dan berkomunikasi seperti sekarang?tak bersyukur ke aku?

manusia memang tak pernah puas..tapi perlu ke aku ikut skema yang ditentukan oleh manusia lain?perluke aku jadik macam orang lain in order untuk jadi sebahagian dari diorang..atau perlu ke aku stick pade prinsip 'be yourself' aku...maksudnye, terima takdir hidup aku?

life is short..tapi perjalanan hidup aku masih panjang lagi..tak perlu kot aku nak stuck kat sini pikir perkara2 yang berulang setiap kali..ntah la..perlu ke aku pasrah jek???

kerana patah hati..

god..
5 days left for exam..
while i'm here mcm org x betul..
can't focus...

ngeri nyerrr...

solution?

pepandai le bahagi masa..aku kan hebat dengan buat banyak benda dalam 1 masa ni...huhu..

pasal bende2 yang dah lepas tu, biar le lepas..kita ganti ingatan lama dengan buat ingatan baru..ye..memorized sumer bende y bkaitan ngan exam..so secara tak langsung kotak ingatan yang menempatkan ingatan yang tak best tu boley digantikan dengan ingatan baru..

gambate!

p/s: sian umai ngan ecah accident ngan budak mabuk smlm..seb bek dorg x teruk sgt..
heppy exam sume org...

Sunday, October 26, 2008

the tuuuuut peg koordinasi..

'seronok ke dibenci orang?orang pun dah tak larat nak benci dah..tak kan tak sedar2 lagi..betullah..some people will never change..and it prooved..'

ayat kat atas tu aku tujukan khas kepada pegawai koordinasi palapes laut usm yang macam tuuuut tu...yang xpernah nak paham2 kenape orang xsuke kat dia, yang tak pernah paham macam mane nak setllekan problem elok2, yang xpernah paham cara yang betul nak manage benda dengan elok, dan yang tak pernah paham yang dia tak diperlukan di sini kalau setakat nak buat hal je kat kitorang...

aku akui, dia memang komited, dia boleh buat kerja..tapi dia kena be profesional..jangan biar emosi menghantui diri..dia dah masuk alam pekerjaan bukan belajar lagi macam dulu..kat kitorang semua boleh la dia nak buat perangai, marah,merajuk, sensitif dan buat keputusan ikut kepala dia jek..tapi bila dia dah kena campur dengan masyarakat out there dia memang tak ada chance nak hidup kalau stay dengan sikap macam tu..

logik la..dulu dia senior kitorang..nak bantai kitorang macam mana pun kitorang terpaksa pasrah..bila dia dah grad n tauliah kitorang ingat boleh terlepas dari genggaman dia..tapi ternyata salah bila dia buat keputusan jadi pegawai koordinasi kat sini..yang sepatutnya menguruskan kebajikan kitorang semua..

mula2 agak relieve sebab at least akan ada orang yang akan kisah pasal kitorang, since tahun lepas kitorang tak ada pegawai koordinasi..ada jugak la orang yang merayu-rayu kat dia supaya jadi pegawai koordinasi supaya senang hidup mereka..fine..aku pun try la think positive..aku pikir dia bukan lagi senior kitorang tapi pegawai koordinasi..dia tak akan menyusah kan life kitorang dengan menaji kitorang dan sistem pemerintahan dia macam zaman dia senior dulu...

tapi ternyata salah..hak kitorang sebagai senior telah ditidakkan oleh dia..kitorang hilang hak sebagai seorang senior setelah 2 tahun menempuh zaman kadet (yang mana normally orang lain cuma lalui selama setahun jek)..selain tu banyak perubahan yang dilakukan demi memantapkan lagi navy usm..sounds nice huh?..tapi yang terseksanya kitorang gak..

tak cukup2 lagi ke kitorang kena teruk dari kitorang super junior dulu?..adakah dengan bilangan kitorang yang ramai dah sangat menyusah kan dia?banyak orang, banyak la ragam nya..takkan tak pernah dengar ayat tu?..kalau tak nak kitorang ramai-ramai kenapa dulu beria sangat nak ambil ramai2?kalau nak drop kan kitorang sorang demi sorang, kenapa tak nak buat dari dulu?kenapa sekarang?setelah semua yang kitorang lalui..setelah 5 sem bergelumang dalam benda ni dan tinggal 1 sem je lagi nak tauliah?

nak kata intake kitorang teruk sangat, siapa yang ambil kitorang masuk dalam komuniti ni at the first place?sape yang jadi tukang ajar kitorang dalam benda2 macam ni?siapa kalau bukan dia dan rakan-rakannya?..kenapa dia tak boleh fikir yang dalam setandan kelapa tu tak semuanya bagus?mesti ada yang komeng..mesti ada yang tak elok..kenapa dia tak boleh terima yang tak elok tu?sedang kan dulu intake dia pun ada yang way too bad dari kitorang?

ada yang langsung tak turun trening..ade yang x proper even nak bangi command pun masih tak tau even kami yang junior dari dia pun lagi tau?..tapi kenapa dorang masih bernyawe lagi dalam komuniti ni masa tu hinggalah sampai saat-saat dorang di tauliah kan?..takkan dia tak boleh toleh belakang sekejap, tengok macammana sejarah bermula..ade ke semua intake yang perfect yang sumer intake sentiasa full setiap turun trening, yang ikut semua cakap orang atas tanpa bantahan?

kalau nak compare ape yang kitorang buat ni memang jauh lagi baik dari apa yang pernah super senior kitorang buat dulu kat pegawai organisasi dorang dulu..lagi hebat..siap sumpah seranah maki hamun depan orang tu lagi..kitorang xde la buat macam tu skali..dia nak ke kitorang buat sampai camtu sekali?bila kitorang tak cakap depan2 dia cakap kitorang pengecut..bila nak cakap depan2 dia pulak yang lari..so siapa yang pengecut sebenarnye?

aku akui, dia seorang kawan yang baik..walaupun muka dia sentiasa separa ikhlas setiap kali membantu tapi aku tak tahu hati dia..so aku tak boleh jump into conclussion jek..mana la tahu inside dia ikhlas ke apa kan..who knew right?..dulu memang dia banyak tolong aku, even sekadar nak ambil hati awek dia yang merangkap kawan kitorang satu masa dulu...memang dia baik jugak la dulu...memang aku berterima kasih..

tapi after everything,setelah ape yang dia buta kat kitorang, segala kebaikan dia macam dah tak boleh dinampak lagi..bila buat list, comparison antara perkara baik dan perkara tak berapa baik yang dia buat kat kitorang,aku jadi pelik sendiri...kenapa bahagian tak berapa baik yang lebih banyak dari perkara baik?

aku tak tau apa yang dia nak buktikan kat kitorang..aku tak tahu kenapa dia masih nak stay kat sini..aku tak tau kenapa dia tak tukar je kerja lain atau posting kat tempat lain...tapi yang nyata kehadiran dia kat sini sentiasa tak disenangi oleh orang2 macam aku dan kawan-kawan yang len..

yang nyate kitorang sume dah xboleh tahan dengan sikap kebudak-budakan dan x profesional dia yang tak reti bezakan personal dengan hal kerja..entah la..untuk orang yang macam ni,kita cakap sampai berbuih mulut pun dia takkan faham..kerana dia lebih mementingkan perasaan dia sendiri dan orang yang penting disisinya saja..bias..biasa lah tu..

aku tak expect dia akan berubah..yang aku tahu dia dah berjaya merubah kami dari seorang yang obedient kepada rebellious..itu yang penting..kami berubah bukan sebab kami yang mahu..dia yang mengubah kami jadi begini...

Friday, October 24, 2008

ok..

baru je lepas tengok movie SEPI..bagi aku kalau nak compare antara sepi ngan cerita i'm not single aku bagi rate 4.8/5 untuk sepi dan 2.2/5 untuk i'm not single...kenapa?..tengok la dulu dua2 cerita tu, barulah boleh faham kenapa aku cakap camtu...

kalau tak pikir nak jaga air muka, dah lama aku melalak gile2 masa aku tengok sepi tadi..nasib la rumate ader kat blakang ni..kalau tak memang banyak la tissue kat depan aku basah..siap boleh diperah lagi...malu la i kalau nangis depan orang..huhu...

terasa tersentuh bila tengok setiap kisah dalam cerita tu..betul lah..realtinya, tak kan ada semua cerita yang akan berakhir dengan pengakhiran yang gembira..tak semua akan jadi happily ever after..tapi dalam masa yang sama tak mustahil untuk kita achieve apa yang kita nak..

dalam sekelip mata segalanya boleh berubah..kadang-kadang prinsip yang kita pegang sepanjang kita hidup boleh berubah sesaat saja bila kita bertemu dengan orang lain..tanpa kita sedari prinsip yang kita pegang boleh goyah..kita jadi berubah..itu lah realiti..kita tak mampu nak halang...

well...
ntah la kan...

rasa macam nak tulis lagi..tapi hati macam tak nak plak...

enuff for today..

life aku memang tak lepas dari kutukan dan makian terhadap orang yang berdosa pada aku..
cube sabar sket boley tak?
alahai kalau boley sabar tak de la kepala otak aku pusing2 macam merry go round cam ni...adeh la..

Tuesday, October 21, 2008

curious..

agak terkejut bila tiba-tiba dia masuk dalam bilik dengan tergesa-gesa pada petang tu..apa yang pelik ye?..aku terpikir-pikir..farah ngan ida dah berpandangan antara satu sama lain..mungkin berfikir jugak..tiba-tiba dia terus keluar..kali ni dengan memakai jeans dan t shirt seperti biasa..apa yang pelik sangat..dia memang dah tak duduk bilik sangat pun sejak akhir-akhir ni..panasss sangat kot...

bila pikir-pikir balik, baru lah aku teringat..tadi dia pakai t shirt yang sangat besarlah adanya..labuh sampai hampir ke paras lutut..dipadan kan dengan seluar PT..ish..dari mana pulak budak ni pakai baju macam tu..kat luar memang hujan..mungkin baju kurung dia basah..itu aku paham..tapi soalannya mana dia boleh dapat baju tu?..

yang penting baju tu bukan milik dia..

entah la..malas nak pikir...

tapi tiba-tiba terpikir balik sebab tadi aku jemur baju kat ampaian..sidai sebelah baju-baju dia..eyh..cam pelik..tak pelik la bila nampak t shirt kuning tu..tapi pelik bila nampak seluar khakis yang dijemur kat situ..well, bila di perhati..sah-sah la bukan dia punye jugak..sebab bukan saiz dia..panjang sangat ke kaki dia nak pakai seluar panjang macam tu?

aku pun bisik2 guna bahasa isyarat ngan farah..masa tu aku kat ampaian, farah kat bilik dia..dia cakap dia nmpk minah tu basuh seluar tu...aku pun..hurm..berani sungguh jemur baju lelaki kat public..bukan xpernah dia basuh baju laki dia tu..tapi kali ni..sangat mencurigakan...

hurm..lantak ko lah..aku pun malasa nak ambil pot pasal kau..pepandai la jaga diri..kat sini tak de sesapa nak jaga ko..ko la yang kena bertanggungjawab atas L.I.F.E ko sendiri..ko pun memang tak perlukan kitorang pon kan...

tunggu dan lihat je la..

Monday, October 20, 2008

serbei..

1.Does your password have to do with a boy?
nope...

.2.What's one thing a guy can do to make you like them?
sing for me..haha..cepat sangat jatuh chenta kat orang y terer nyanyi ni...
3.Are you a girly girl?
mesti la tak..

4.Small or a big purses?
yang sedang-sedang saje..

5.What are the signs you like a guy?
berangan..pastu tetibe sengeh sorg2..camtu la kot..

6.Do you enjoy drama?
suke2..

7.Do you stay friends with your ex's?
saye xpernah ada ex yer..

8.Did you dress up on Halloween?
hoh?kenape pulak?
9.Do you call anybody by their last name?
xx..ikot nama dia la..

10.How many guys will read this just because it says "FEMALE SURVEY"?
kat my blog ni?none..

11.Do you wear makeup?
x..xreti..dan xnak..

12.Can you put on Mascara without opening your mouth?
boley saje..buat pe bukak2 mulut nnt lalat masuk..

13.Have you ever cooked for a guy?
x..saye pon memang xreti masak org nye..sob2..

14.Have you ever broken a guy's heart?
xtau la..xpernah tye pon dorang..

15.Eyeliner or Mascara?
eyeliner..

16.American Eagle or Hollister?
ape tuh?

17.Heels or flats?
flats..

18.Skirts or jeans?
Jeans..

19.Socks or leggings?
socks..

20.Heels or sneakers?
sneakers..

21.Hoops or dangling earrings?
entah yek..xpakai pape pon kat tlinge nih..

22.Have you ever had your heart broken?
mesti la pernah..even x penah becinte pon...

23.Do you prefer light or dark haired guys?
dark kot..

.24.Do you have a best friend?
yes2..
.
25.What do you think about the person you like?
saye x ada org kesukaan buat masa skang nih..

26.Have you ever thought of having plastic surgery?
x..xpenah...saye suke muke saye walau bukan standard model pon..

27.Do you like your life?
suke la..kalau bukan aku y nk suke sape lagi..bersyukur sbb stikk alive..

.28.Ever walked into the guy's bathroom?
nak buat ape g situ?

29.Have you ever jumped in the pool with your clothes on?
x..

30.Have you ever slapped a boy in the face?
xpenah..xpasal2 karang dorang tampar aku baik..


31.Ever not been able to get someone off of your mind?
Yup...

IN A BOY :
33.Cowboy or gangsta?
xnak aku dedua tuh..

34.Preppy or Punk/Goth?
Juge xmau..

35.Well-educated or Drop out?
wel educated..

36.Contacts or Glasses?
not glasses for sure..huhu..

37.Good cook or took you out a lot?
mesti la yang pandai memasak..cam le grand cchef tu..

38.Funny or serious?
both..tapi kena kena tempat nye la kan..

39.Romantic or Daredevil?
both jugak..tamak nye aku...

40.Cute or hot?
better be cute..

41.Long or short hair?
in between..haha..xnak pnjg sangat xnak pendek sangat..

42.Smoker or nonsmoker?
non smoker..tapi wujud lagi ke spesis ni?

43.Willing to be your love one life partner?
yup2..

akhirnye..
hari ni berjaye jugak aku menggagahkan diri melangkah ke lab phytoplankton untuk meneruskan aktiviti mencari objek2 halus dengan bantuan mikroskop..setelah hampir seminggu aku meng'invisible'kan diri aku, akhirnye aku muncul..walaupun cuma satu slide jek yang aku observed at least projek aku still berjalan gak la..huhu..

tak de la lama sangat pon..dalam satu jam lebey jek nak tengok satu slide tuh..tapi cam penat la nak kira ngan identified benda2 halus tu..tetekan rasanya buat benda tu..hurm..nak buat macam mana kan..terpaksalah bertahan..hope bley dapat A la atas susah payah aku selama ni..uhuks..

balik jek hujan..nasib baik tak hujan lebat sangat..tunggu bas merah agak lambat la sebab banyak bas RST..terasa macam diri terabai la plak kan..huhu..

balik bilik, pas semayang, main tenet jap, terus naik kati..ingat nak tdo kejap jek..tak budget la plak sampai kul 6lbey..hujan punya pasal..tido pon rasa nyenyak semacam jek..
siap mimpi plak tu..kalau mimpi yang best2 tak pe la gak..ni mimpi lelaki jahanam dengan awek dia tu..kalau boley dedua pun aku nak get rid dari bumi ni..tak ingin aku nak bernafas guna udara yang sama ngan dorang..eventhough awek dia used to be my bestfriend satu masa dulu, aku xkan bagi muka dah..

sebab dia la punca kenapa friendship kitorang huru hara..nyampah tol mimpi tadi..dah spoil mood aku sekejap..

dah la..better get going now..nak baca apa yang patot..lusa de kuiz..sok malam ade kelas ganti lak..malas nye..

tak pe..

gambate-ne~

Sunday, October 19, 2008

xtau r..
tapi aku rasa dunia aku dah crumbling down skarang..
smalam benda2 yang teruk jadi kat life aku..
hari ni lagi teruk..

apsal la usm dah block download link for english series yang aku slalu gune..smalam link okey lagi..xkan la dorang kerja ahad pagi tadi kot..komited nye dorang..kompius aku jadik nye..

adeh la..tertekan sungguh jiwa raga ni xdapat tengok cerite lagi..mau mati aku dibuatnye..

petanda nak suh aku study ke ni?

tolong ye sape yang ade download link untuk english series..bagi la kat aku..

Saturday, October 18, 2008

for those yang bergelar ketua atau orang atasan, why dont u recall balik life korang sebelum korang sebelum korang jadik orang atasan yang mempunyai kuasa terhadap orang bawahan korang..mesti korang pernah rasa bagaimana perasaaan ditekan oleh pihak atasan, rasa diri tak berharga bila disuruh buat itu ini even korang tak rela nak buat..

mesti korang pernah rasa menyampah yang teramat atas dasar pentadbiran yang pernah dilaksanakan oleh pihak atasan korang..takkan korang tak pernah rasa tertekan atau rasa tak puas hati atas apa2 yang pihak atasan yang pernah buat kat korang..masa tu korang sebok la duk mengata jaja cerita tentang orang atasan yang tak berhati perut dan bodoh sebab tak pandai buat kerja sebab mengabaikan kebajikan korang sebagai orang bawahan...

tapi bila korang jadi orang atasan, tiba2 korang pun mewarisi kebodohan orang atasan korang dulu..dengan alasan tanggungjawab korang dah makin berat..lepastu sebok suruh orang lain fikir dan faham keadaan korang yang berada di atas orang bawahan korang..sebok mintak simpati jangan blame la itu la ini la...

maksudnye korang memang tak ade beza la dengan orang atasan korang dulu tu?

tak payah la aku nak cerita benda2 jauh macam hal2 politik dalam dan luar malaysia ni..tengok sekeliling dah..baru jadi pemimpin kepada organisasi yang bilangan ahlinya tak sampai 200 orang dah gelabah ayam..buat kerja cincai boncai..orang tegur sikit nak naik angin..cakap kita tak faham keadaan dia sebab kita tak berada kat tempat dia..

so what?..korang yang jadi pemimpin, bukan kitorang yang suruh pun..bukan ada penamaan calon oleh kami pun..bukan kami yang angkat tangan pun barulah korang jadik pemimpin kitorang..korang yang sibuk pergi interview..hafal segala macam benda mcam nak rak semata-mata nak dapatkan jawatan tu..kononnye rela dibenci orang asalkan dapat berbakti..

tapi akhirnye ape yang jadi?..bila ditanye, macam2 alasan yang keluar..kalau alasan yang relevan dan boleh diterima pakai tu tak apelah jugak kan..ni even orang IQ 70 pun tak mampu nak terima alasan2 yang sentiasa berubah dari masa ke semasa ikut siapa yang menanyanya..

satu soalan, beribu jawapan, beribu alasan yang memang langsung tak boleh pakai..berbelit2..begini ke cara pemimpin?..nak selamatkan diri sendiri sanggup guna nama orang lain..tak faham betullah..kalau rasa diri korang tak mampu nak jadi pemimpin, jangan la berangan besar nak memimpin orang..

kalau dah terang-terangan orang tak suke kat korang, buat la satu pembaharuan dalam diri korang sendiri.memang bukan senang nak buat orang suke kat korang, tapi try la buat yang terbaik...ko pernah jadi orang kat bawah, mesti ko paham ape yang orang kat bawah rase..tapi orang kat bawah tak pernah rase ape yang orang kat atas rasa, dorang takkan paham..

settle kan la benda elok2..bukannye cakap main ikut sedap rase je..buat kepala sendiri je bila nak settlekan benda..kan ada otak..pikir la..bukan susah sangat pun nak pikir..yelah..orang zaman sekarang..nak pikir pun payah...

entah la..

tak tau la bila la pemimpin yang tak reti memimpin ni nak tau memimpin...

Wednesday, October 15, 2008

hari tu gi rumah kejam kat kl..rumah sewa la of course..pastu budget nak balik raye sama2 la pastu..bila dah jumpe banyak la cerite story mory yang keluar..memang best la jumpa balik since memang dah lama pun kitorang tak berjumpa ...
cam biasa..bila dah turun kl tu banyak la aktiviti yang kitorang buat..pointnye adelah berjalan2 sambil bershopping jugak la..gaji part time aku pun baru masuk kan masa tu..apa lagi..sakan jugak la..tapi at the end..jalan punye jalan, tak beli apa pun..end up beli sudoku ngan magazine..jumpe gak code blue, Jdrama yang yamapi blakaon..tapi cam sayang jek nak keluarkan duit dari poket semata2 nak beli cd kan (haha aku ni kedekut sket...)..sebab bley download kat mana2....
pastu dengan excitednye kitorang beli luggage kecik untuk memuatkan kueh raye yang banyak giler yang dibeli untuk raye ni..
tapi memang sedap giler ar kueh raye tu..tak tipu la..next year nak suh kejam beli lagi la...
huhu...
masa nak nek bas balik segamat tu kitorang kena pergi kat bukit jalil..alahai susah la pulak nak cari tempat..kena lintas jalan lagi..dah la tangan sarat ngan barang msa tu ( terasa rugi lak tak amek gambar masa tu)...
masa nak naik bas tu hati berkobar la nak balik raye..siap bukak lagu2 raya plak tu..semangat btool pakcik bas ni nak raye, dalam hati aku pikir cam tu la...
tapi tetibe tak pepasal pakcik bas tu bley plak nak mengamuk sakan sebab marah2 orang yang pegang tiket next bas naik dulu..kitorang macam panas gak la..nak balik bley plak dia nak gaduh2...
'ni badan saye je yang ade kat sini, hati dah dekat kampung dah' itu ayat dia keluar..means macam dia kena paksa untuk bawak bas tu kalau tak bawak bas tu sampai segamat femly dia kena bunuh ke rumah dia terbakar ke..nampak sangat la dia tak ikhlas nak bawak bas tu..
aku ngan akak aku doa2 je la dalam hati..biar sampai rumah ngan selamat...tak nak kitorang tetibe kitorang beraye kat spital atau lebih teruk lagi 6 feet under..
pastu pak cik driver ni pun berborak la dengan sorang pak cik penumpang yang dah macam kelindan bas ni..(sebab dia sibuk2 jadi speaker n jadi batu api masa pak cik bas ngamuk sakan tadi)..berborak macam nak bagi satu bas dengar la kan..aku nak tidur pun tak bley...
topik dorang berkisar kan tentang raya la...
pak cik bas tu cakap camni,
'kalau ada duit tu hari2 pun raya..tak payah tunggu habis puasa'
dan statement tu dipersetujui oleh pak cik kelindan bas tadi..
aku ngan akak aku berpandangan..
konsep dan pengertian raya dia dah salah..tu yang akak aku cakap..
means keberkatan bulan ramadhan tu dia tak cari la since dia kata kalau ada duit hari-hari pun raya..
aku tau..aku paham..setiap orang ader pengertian hari raya yang berbeza..cuma kena la dengan konsep dia kan..duit tu penting..tapi bukan segalanya..duit tak boleh beli iman..
aku pun pikir2..patut la pak cik bas tu kerjanya pandu bas jek..dah pemikiran dia stakat macam tu jek..no wonder la dia dia cuma seorang pemandu bas yang berperangai sedemikian..
no offence pada pemandu bas yang lain..aku cuma refer kat pak cik bas aritu jek..tak de kena mengena dengan pemandu bas lain yang saye hormati..
dan akhirnya..nasib baik kitorang sampai ke segamat dengan selamat..nampaknya doa kami termakbul..

miserable thought...

i know its been a while i'm not crapping mumbling at this page..not because i have nothing to worry about or something or anything happened to my L.I.F.E...its just..i dont know..maybe time is always limited for me to wrote anything here since there too much things to do, yet just little time left for me...
so..what drive me to write today?..hurm..i dont know..maybe i need time and space for my own..i just can't stop thinking about that thing..L.I.F.E stuff...
about future..about M.O.N.E.Y..about relationship- friends, family...myself...duh...

so...
what am i thinking right now?
i'm thinking of C.H.A.N.G.E.S...
i want to change..i want to be some one else..i dont like me, the way i am right now..i loss my confidence towards my self..i lost my faith..i lost it all..
i want to the the person who i want to be.. who i should be..not the person who think this whole world is belong to me...
i want to find my true happiness..my own happiness...i dont want to care about people around me who doesn't care about me..i want to be free..free from thinking the unsolve problems..i'm sick consider other people's feeling while they just thinking about themselves...

i hate to sellfish who think they are the greatest..that they have succseed in their life..that think their life is completed after received others help without thanking to themmm

i'm sick and tired of this whole world..

yess..i know..i need some space and time to relax...may should go somewhere where there's peace...

peace in my head...

maybe i just need some sleep..