Thursday, October 8, 2015

kerja sampai mati pun takkan habis- wise man.

2 hari simposium kat PWTC, 3 hari ponteng work out, sedar-sedar esok dah Jumaat, tengok atas meja dah rupa meja si genius Einstein yang cintakan kemeriahan. Time kerja melambak macam ni la baru ada mood nak kemas-kemas meja, asingkan kertas recycle bagai. Macam mana ni? Kalau buat company sendiri, perangai tak semenggah macam ni mau lingkup kampeni hang.

Hmm..

Masuk tahun ni rupanya dah 3 tahun lebih aku kerja kat tempat yang sama. Eleh baru 3 tahun nak kecoh. Lama kot 3 tahun. Tempoh paling lama pernah aku dedikasikan masa dan usaha dan tenaga aku pada satu tempat. Kalau tak memang lompat-lompat kerja saja hobi aku.

Tambah 1 tahun time aku kerja kat koperasi dulu. So dah 4 tahun lebih aku kat sini. Eleh baru 4 tahun pun nak kecoh jugak. Haha. Tapi aku suka kat sini. Serius aku suka. Dulu dalam 2 tahun aku boleh tukar kerja sebanyak 4 kali. Dan dalam sebanyak 4 kali tukar kerja tu memang banyaklah yang aku dapat dan belajar. Paling teruk, aku pernah sebelum pergi kerja kena nangis dulu sebab stress punya pasal. Sebelum tidur, jantung berdegup-degup fikir apa la yang akan jadi esok harinya kat tempat kerja. Haha. Penangan kerja contact center. Itu kenangan. Aku siap boleh gelak-gelak kalau ingat balik.

Sekarang, ye, aku tau aku kena buat kerja sekarang, kerja melambak, 2 hari tak kerja, next week melambak meeting nak handle, esok pun ada satu meeting kena handle, pastu nak follw up banyak benda, and i should be working now, tapi kemon la, sekarang dah habis ofis hour, asal dah lepas ofis hour je aku jadik lembik sikit semangat nak siapkan apa yang tergendala.

Maka aku kembali susun-susun kertas, kemas-kemas meja sambil tunggu 2 days 1 night aku siap donlut. Boleh tengok sementara tunggu adik aku abis shift kerja dia kat ioi tuh.

Friday, October 2, 2015

Kalau nak sewa rumah, tolong jangan buat perangai macam ni.


Aku agak hangin jugak dengan budak rumah yang nak keluar rumah tiba-tiba. Dia cakap dia akan carikan pengganti. Sejuk sikit rasa. So, aku pun biar dia yang cari pengganti dia. Bila dah dapat, dah confirm nak masuk bila, tiba-tiba pada hari kejadian, hilang. Tak muncul-muncul. Mesej tak reply, call tak jawab, tutup phone.

Aku dah start hangin balik dah. Nasib baik budak yang baru keluar tu ada rasa tanggungjawab untuk bayar sewa bulan depannya. Sebab haritu aku baik hati bagi dia masuk bilik tu tak payah deposit.

Tak memasal kena up lagi iklan kat mudah untuk cari orang lain masuk. Tak susah pun nak buat benda tu, tapi manners kau mana manners tu? Bagilah tau awal-awal kalau tak jadi masuk ke, apa ke. Aku ni bukannya ada telepati nak fahamkan apa yang kau rasa dari kejauhan.

So, kesimpulannya lepas submit iklan kat mudah (iklan, haha), aku pun print iklan tersebut untuk tampal kat 7e, mydin mahu pun mana-mana board yang bakal aku jumpa. Boring kot buat benda ni berkali-kali macam siaran ulangan.

Time ni la berangan nak dapatkan dream house yang aku idam-idamkan dari dulu. Tak plan pun nak beli rumah dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Pedulikan saja bila orang cakap sampai bila nak menyewa. Sampai mati pun tak ada hal. Memiliki rumah  atas nama sendiri tu bukan keperluan kalau tak silapaku. Makanan, pakaian, tempat tinggal – 3 kemudahan asas untuk hidup yang aku belajar dulu. Tak kisah la baju pinjam ke, rumah pinjam ke apa ke apa ke. Just my 2 cent.

Oh, angin geram aku dah habis rupanya. Pengajarannya kat sini, nak cari pengganti penyewa- memang kena cari sendiri. Suruh dia bayar deposit, baru confirm and bagi kunci. Selagi dia tak bagi deposit- jangan confirmkan dia. Aku cuba tak nak berkira sangat, lagi-lagi dengan bangsaku (cewah) dan ekonomi sekarang ni. Tapi sesungguhnya perkara itu sungguh tak sesuai untuk apply kat sini.


Makanya, no deposit no room for you. Harap segalanya dipermudahkan. Huuuu…