Sunday, July 17, 2011

pen merah pen biru, jangan marah i lap yu..

Sekadar gambar hiasan..aku agak mereng malam ni..


 




penjaga keamanan bumi..kenapa kau tak datang bagi keamanan dalam hati aku sekarang ni?

ini aku yang buat...

 ini anak aku buat..haha





Monday, July 4, 2011

bila hati dah jatuh sayang..

nafas aku tarik dalam-dalam.,lalu di hembus melalui mulut..membentuk satu keluhan yang maha berat..sekali lagi aku berbuat demikian..

adoi, sesaknya dada...

setiap kali fikir pasal karier aku akan jadi cenggini..serabut yang amat..hurm..caner tah..

aku baru plan nak cuba stay kat satu tempat at least satu tahun untuk gather experience..baru 4 bulan, datang pula benda yang tak berapa pasti untuk change life aku yang aku rasa dah agak tersusun ni berbanding 4 bulan sebelum ni..

aku keliru..aku tak discuss dengan sesape lagi..sebab aku tau apa jawapannya..worth to try la, lalala, jangan takut, cuba la..dan banyak lalalalala lagi...aku tau.sebab aku pun pikir macam tu jugak..

untuk seorang pekerja seperti aku yang berjawatan sementara yang bebila masa aku boleh berhenti dan bebila masa dia boleh suruh aku berhenti, mungkin ada orang fikir ada baiknya aku cuba nasib masuk mana- mana program yang boleh ajar aku soft skil-which-aku -pernah-attend-benda-benda-macam-tu-sebelum ni, in order untuk dapat better job in future, but then- aku rasa berat hati..berr, berat, berat sangat hati ni nak pergi, nak tinggalkan tempat kerja aku sekarang ni..

walau pun pada hakikatnya interview pun aku tak g lagi, even jawapan nak g ke tak nak interview tu pun aku tak bagi lagi..

semuanya gara-gara aku sudah jatuh sayang pada mereka...

kau tak kan rasa semua tu selagi kau tak rasakannya..atau pun hati kau bukan tercipta untuk mereka kalau kau tak rasa apa-apa setelah kau merasakannya untuk sekian lama..

bagi aku, tempat kerja aku sekarang ni, adalah yang terbaik berbanding 3 tempat kerja yang pernah aku berkhidmat sepanjang dua tahun ni..environment, nature of work, aku sangat-sangat suka kannya..aku tak payah pedulik pasal politik kerja ke, internal affair ke, scandal ke, musuh dalam selimut ke atau yang sewaktu dengannya..

sebab aku dealing dengan hati-hati yang bersih yang dahagakan perhatian dan ilmu..walau se annoying mana pun mereka, walau sebising mana pun mereka, hati akan sunyi bila aku tak jumpa diaorang lebih 2 hari - aparts of sabtu ahad la kan..

aku akan jadi excited untuk jumpa diorang semua, walau pada hakikatnya tak semua yang excited untuk jumpa aku..aku langsung tak kisah tentang pergaulan aku dengan pekerja yang lain- as long aku treat them nicely- and i'll expect the same from them..

bila fikir satu masa nanti diorang akan tinggalkan aku, aku still boleh rasa ok lagi, since that the normal thing la kan to do..tapi untuk aku untuk pergi tinggalkan diorang, di saat hati ni dah penuh dilimpahi dengan kasih sayang dari diorang, aku rasa macam tak sampai hati..

entah..

honestly, gaji memang tak besar..half dari gaji tempat lama aku..tapi sejujurnya aku rasa, aku masih puas hati- bukan sebab aku seorang yang cepat berpuas hati-atau tak ada keinginan towards life (jangan lupa aku adalah si gadget freak)..but then..aku dapat rasa kan, bila kita ikhlas- tuhan akan permudahan jalan kita..

sepanjang-panjang aku kerja kat sini, aku masaih belum ada sindrom malas nak pergi kerja, tak nak pergi kerja, nak balik, tak nak hidup lagi, nak jadi suri rumah, atau yang sewaktu dengannya..bukan tak ada stress..ada, cuma stress tu akan hilang, bila kau tau kau ada banyak hati yang sedang sayang kau..dan kau juga sayangkan mereka..

dulu aku langsung tak berani nak naik suara atau naik tangan or kaki kat diorang..diorang cuma lah the cute and adoreable 5 and 6 years old kid, kenapa nak buat macam tu kat dorang kan? but once kau dah ada rasa sayang kat diorang, secara automatiknya kau ada rasa tanggung jawab nak jadikan diorang jadi orang, bukan jadi sampah mahu pun kuih dorayaki milik doremon..

aku marah diorang kaw-kaw bila diorang tak nak dengar kata..aku tarik telinga diorang sampai nak tercabut bila aku cakap elok elok tapi still tak nak dengar and buat the same mistake- dan lepas aku buat macam tu diorang stop buat benda-benda yang tak patut..aku bebel (psycho) kat diorang bila masing-masing dah start buat kepala sendiri..

dan sesungguhnya aku faham kini..mereka akan dapat rasai keikhlasan kau bila kau ikhlas kat diorang..diorang akan tahu kau sayang kat diorang walau teruk mana pun kau pernah buat diorang menangis..dioarang tahu semua tu..itu naluri diorang biar pun diorang tak mampu berfikir lebih jauh dari kita..

entah la..4 bulan bukan satu jangka pendek..4 bulan, banyak benda aku belajar dari diorang..kadang-kadang bebudak kecil lah yang paling banyak mengajar kita erti hidup tanpa diorang sedar pada kita..sampai aku terfikir, aku kerja macam ni memang tak masyuk, tapi apa yang aku gain, the experience, pelajaran yang aku dapat dari diaorang lebih worth it dari nilai mata wang sekarang ni..

ok, ada tipu sikit kat statement aku yang last tu..duit memang penting- ok la, sama-sama penting la..huhu..

aku rasa macam aku dah terlalu serius kot..mungkin ada banyak ayat macam bunga bunga cinta dari misha omar kat situ..pengaruh cerita korea la kan..

point nye senang kan kat sini?..aku tak ready lagi nak keluar dari comfort zone aku yang baru 4 bulan terbentuk ni..bagi aku masa boleh?jangan expect aku tinggi tinggi sangat boleh?..aku nak jadi manusia yang menikmati kehidupan..yang dapat mengecap kegembiraan biar pun hanya dari secebis perkara kecil..

boleh bagi aku nikmati saat-saat yang aku rasa sekarang ni walau sekejap?at least for another 8 months..or another 17 months?..

we'll see what would happen later ok?
 for those yang terlalu ingin sangat tengok aku berjaya, gaji banyak, pakai kereta, pakai baju cantik cantik, make up lawa- lawa, kahwin nanti boleh buat grand giler, thanx bebanyak- atas do korang- insya allah..tapi bukan tu yang aku kejar sekarang..aku nak experience..aku cintakan bidang ni..satu je, bagi aku masa- ok?