Saturday, July 8, 2017

That Human Vitamin.

Human Vitamin adalah term yang digunapakai di Korea Selatan merujuk kepada manusia yang mempunyai aura yang sangat positif, selalu gembira dan menjangkitkan kegembiraan itu kepada orang sekeliling, (Ross, 2017).

Setiap orang ada sumber human vitamin diorang yang tersendiri melainkan orang yang selalu bersedih, depress, tak ada life dan jenis yang tak reti nak create their own happines instead selalu bergantung harap pada orang lain untuk bahagia disamping tak mahu bahagiakan orang lain kerana fikirkan bahagia dia saja dan orang lain tak penting.

Wow, statement macam minta kaki di muka. Atau tujahan maki bertalu-talu.

Aku ada satu human vitamin ni. Kekerapan nak berjumpa macam 3 or 4 kali setahun. Kerja di bangunan yang sama. Tapi sebab masa dan jarak dan work load yang mengarut menjadikan kami tak ada reason pun untuk selalu bertembung mahu pun berjumpa.

Bila jumpa dengan human vitamin ni dia akan bagi kita perasaan ringan yang luar biasa. Yang boleh bertahan sampai berbulan-bulan lamanya. Nama pun ala-ala supplement kan, tak payah ambil kalau tak perlu. Kalau ada banyak-banyak pun membazir juga. So, ia adalah indah jika jumpa once in a while.

Ia adalah sangat berbeza dengan crush mahu pun perasaan yang seangkatan dengannya sebab tak melibatkan perasaan jiwa-jiwa langsung. Kalau lama tak jumpa tak akan bagi sebarang efek langsung. Tapi bila dah jumpa dah ada banyak conversation rasa maca ada bubbles atau belon besar yang terbang disekeliling kita dan bawa kita naik sampai ke awan gitu. Cenggitu sekali rasa dia.

Dah habis jumpa- dah. Habis kat situ je. Tak teringat-ingat langsung. Which is sangat la nice adanya.

So, itu saja yang nak di sharenya.

Happy good weekend to me yang terpaksa mereput kat ofis for the sake report yang tak siap lagi. Sekian.

Tuesday, July 4, 2017

Lepas gian merindu pada blog.

In before- cringe gila tajuk.

Rindunya zaman blogging. Rindunya zaman membebel di alam maya. Rindunya nak baca update dari kawan-kawan blogging yang lain.

Kenapa aku berhenti blogging untuk tempoh masa yang sangat panjang?

Satu, tak ada isi yang menarik. Dua, aku tak pandai nak menarikkan isi hidup aku. Dalam masa aku nak cerita semua benda- dalam masa tu jugalah semacam ada satu kuasa agung suruh aku berhenti dari share semua benda. Kadang aku pun tak faham juga dengan pendirian aku ni. 

Kadang-kadang aku nak jadi anonymous so aku boleh cerita semua benda dalam kehidupan seharian aku. Tapi kadang-kadang aku nak juga tempek sehelai dua gambar buat ingatan bila aku baca balik post-post aku yang lepas. Tapi kerisauan pula kalau nak menempek gambar, takut digelar cari publisiti or orang ambil gambar yang aku tepekkan itu untuk kepentingan sendiri yang bertujuan tidak baik.

Nampak tak betapa confusenya seorang aku ini.

Small matter je sebenarnya benda ni. Kau ingat blog picisan kau ni ada reader sangat ke? Ketahuilah, dah bertahun-tahun blog kau hidup segan mati tak mahu- banyak post yang kau dah revert jadi draf- kau ingat ada orang nak baca blog trashy tak ada isi macam ni? Haha, (gelak dalam hati yang pedih sambil menafi realiti).

Yang seronoknya tentang blogging ni, bila aku baca balik post-post lama yang aku dah revert jadi draf dulu-dulu. Betapa selamba dan tak matangnya penulisan aku dulu rasa macam cringe semacam nak baca balik. Rasa lonely la, sedih la, macam hidup ni tak ada kegembiraan langsung.

Ya, sesungguhnya aku memang tend untuk share rasa yang tak gembira dan segala macam kerisauan dalam blog ni. Benda yang happy-happy semua aku duk enjoy dalam dunia nyata. 

Matlamat aku blogging dulu pun sebab nak buat blog ni sebagai medium untuk lepaskan rasa yang tak enak terhadap life dan orang sekeliling aku. Aku kononnya nak appear sebagai seorang yang positif depan orang lain dan campakkan segala negativity dalam blog. Aci tak?

Well, hows life?

It's getting better and better each day. Sebenarnya it depends on how kita cope dengan the situation juga kan. Kalau dulu risau boleh grad on time atau tak. Lepas tu risau pasal nak cari kerja pulak. Lepas tu risau pasal nak cari jodoh pulak. Lepas tu risau macam-macam lagi - which is tak perlu pun nak risau. Go with the flow saja. Kita tak tahu apa akan jadi untuk hari esok. Maka, marilah appreciate hari ini dengan bersungguh. Appreciate orang sekeliling dan opportunity yang ada. 

Maka berakhirlah lepas gian aku untuk hari ini. Mau sampai petang menaip kalau dilayankan.