Saturday, August 28, 2010

nak resign..

sejak dua menjak ni bangun pagi bagai dipaksa-paksa..langkah kaki makin longlai..hati rasa berat..bangunan oren yang berdiri megah rasa seperti ingin diruntuhkan..setiap kali dalam bangunan oren itu terasa seperti mahu terjun dari tingkat 14..

semangat makin pudar...

terlalu banyak alasan untuk aku pergi berbanding alasan untuk stay..terlalu lalu banyak..alasan untuk stay cuma ada satu, sedangkan hati melonjak ingin pergi..tapi satu-satunya alasan itu mampu merubah  pendirian aku..tapi aku tahu alasan yang satu tu takkan menjadi nyata...

entahlah..saban waktu mengira masa..setiap case yang diterima terasa beban..start minggu depan, beban semakin berat..di campur dengan sistem baru yang karut itu..kalau tak pecah kepala start minggu depan memang bukan aku la..

terlalu stress..dah tak jadi diri sendiri..motivasi tak ada..insentif tak ada..hanya kerja yang semakin melambak..di tambah dengan ugutan demi ugutan dari pihak atasa jika gagal melaksana kan tugas dengan baik..cane?..

kalau aku resign pun ada dorang kesah?..sorang pergi sepuluh dia boleh cari dalam masa yang sama..tak ada effect pun kat company dia..apa dia peduli pekerja bawahan dia kena maki sama itu customer, yang penting dia dapat untung..apa dia kesah kalau sorang pekerja dia blah..ramai je yang jobless kat luar sana yang boleh ganti tempat orang yang blah tu..

gaji yang sikit mau di tolak..elaun di tarik kalau tak perform..walhal syarat untuk perform semakin mengarut..mc satu hari terus effect performance..nak dapat mc bukan main susah..cuti raya, jangan harap nak dapat kalau setakat masuk operation baru sebulan dua..orang atas sibuk tekan orang tengah, orang tengah sibuk tekan orang bawah..orang bawah nak tekan siapa?sendiri tertekan..

kekadang aku kagum gila kat senior2 yang mampu bertahan kerja kat siti sampai sanggup nak renew kontrak..kagum kat team leader yang tegar bekerja kat stiu sampai lebih 3 tahun..hati sure kering..tengok supervisor aku dah la..kurus kering je dia makan hati..tak ada perasaan pulak tu..

macam tak nak pulak jadi camtu..owh alamak..kena mintak maaf la plak kat encik tl tu..sampai kat sini pun nak terkutuk..takpe..raya ni boleh mintak maap..itupun kalau aku ada lagi kat situ lah kan..

pastu..solutionnya, adalah..bukak balik jobstreet, update resume, dan apply sebanyak mana kerja yang termampu..selagi boleh klik submit kat situ klik saja la...hopefully ada masa depan yang cerah untuk aku kali ni..serius!!

hopefully..

Sunday, August 15, 2010

mencari motivasi..

motivasi ku tiada..
hilang..
selama 4 hari..
campur esok jadi 5 hari..
giler rrrrrr..

owh cik motivasi, datang la....
datang la...datang la...
tolong la datang...

camne lagi la nak seru kau supaya kau datang...
MOTIVASI!!!
alamak..dah terjerit...

make sure ari selasa ni kau ada ye motivasi..
kalau tak..
xbermotivasi la aku hari tu...

hari ni pun separuh mati cari motivasi nak teruskan hidup...
semalam dah separuh mati tanpa kau cik motivasi..
tengok-tengok je kosong, tiada...

sekosong pemikiran hati...

tolong ye cik motivasi..be there- eventhough i know u would never be mine~

Wednesday, August 11, 2010

mau lari..

off  hari ni..tak keja..
first day puasa..
bangun pukul 5 suku, bersahur..sorang-sorang..kak su pun bangun, pastu dia geleng-geleng kepala dengan muka kecewa..sedih la tu..tak ada rezeki nak celebrate first day ramadhan..

entah kenapa aku rasa sayu juge..suis kettle elektrik yang kaler putih tu aku tekan..air semalam, panas kan ajelah..malas nak tambah air baru..milo 3 in 1 dituang dalam mug..sambil tunggu air masak tuna dari peti ais dikeluarkan..dua keping roti gardenia yang dibuang tepinya disapu dengan tuna mayonis pedas..tak ada lah pedas mana..

makan-makan, minum-minum, air milo yang secawan tu pun tak habis..simpan saja dalam peti ais..boleh buat buka karang..lepastu tutup lampu, sambung tido balik..

entah kenapa ramadhan kali ni rasa sayu sangat..entah..mungkin tercompare dengan ramadhan tahun lepas..at least ada orang untuk bersahur bersama..berbuka bersama..walau masa tu kehidupan rasa perit yang amat..tapi dengan kehadiran orang disisi boleh membawa kebahagiaan..

dulu duduk serumah dengan kejam, kerja kat jusco, tensen, benci, boring, tapi kejam ada..boleh cerita segala bagai rasa..sekarang nak cerita apa kat sesiapa pun dah tak reti..tak pandai nak mengolah cerita..sekarang masing-masing pun busy..walau aku tak busy mana, tapi still nampak busy..

sekarang ni...ntah la..dalam tidor pun boleh mimpi tempat kerja..rasa macam  kena hauunted pun ada..siapa kata kerja aku ni boleh relek bila balik rumah..siap terbawak dalam mimpi pun ada...scary sungguh..

pukul 6 lbey dengar bunyi bising-bising..bunyi orang bukak periuk nasi dan plastik roti..dengar-dengar juga nama aku di sebut-sebut..biah tanya kak su kenapa aku cuti arini..sebab aku off day la arini..suara dia kedengaran cemburu..tapi perluke kau cemburu pada aku yang off day ari ni sedangkan kau fixed setiap ahad dab sabtu adalah off day...aku lagi jeles kat korang sebenarnya...

spontan aku cakap camni, "oi, orang sahur pukul 5 lbey la bukan pukul 6 lbey,"..pastu aku dengar diorang tergelak sambil membalas sesuatu kepada aku..ntah..tak jelas, sebab sebenarnya aku memang tengah mamai yang amat masa tu..

dekat pukul 7 aku bangun..tak shenunuh kan..patut takyah tido lepas sahur tadi..buat la apa yang patut..tapi nak buat macammana, tuntutan mata ni lain macam sangat hari ni..lepas subuh aku terus jammed nak buat apa..laundry, cleaning..pastu, jammed lagi sekali..tengah-tengah tengok tv sekali lagi aku terlelap..

dapat pulak mesej bunyi gini dari team leader,

'salam.slamat menjalani ibadah pose.start sok semasa jd level 1sila isi EXIT POOL TRACKER masing2 stp ari.soon u all will be back up ATT.tq..'

sumpah sepatah haram aku tak paham ayat dia..nak balas balik, comfirmcomfirm dia takkan balas..jadi aku berbalas mesej dengan zai..dibukak pulak cerita yang elaun akan dipotong kalau tak achieve performance..aku dah, what the what??..kenapa teruk sangat ni?..kerja dah la makin banyak..sibuk suruh promote cd, kena mintak rating dan segala bagai lagi..pastu kalau tak achieve kena potong elaun pulak..

selamba je nak pinda-pinda kontrak..pastu kalau tak setuju nak buat macammana?..resign?..zai macam dah bulat, macam dah nekad..abis kontrak dia nak angkat kaki..aku tak tau macammana nak pujuk dia lagi..sedangkan ati aku sendiri ni pun dah tak terpujuk..

kalau zai pergi- aku sorang..saat tu hati aku rasa sebak semacam..entah..aku dengan zai tak de la rapat mana pun..xde pun pernah cerita heart to heart story..tapi sepanjang sebulan lebih ni aku rapat dengan dia..basicly pasal kerja..kalau dia takde, haish..xready lagi la...

bertambah sayu aku di pagi 1 ramadhan ni..lagi sayu bila zai kata kesian kat team leader..kalau dia kesian aku lagi kesian..sebab kitorang, cik tl kitorang tu pun x achieve performance dia gak..itu mungkin aku tak perlu pikir..tapi dalam banyak-banyak orang kat tempat kerja aku tu cuma 2 orang je yang aku boleh rely- satu si zai, dan satu lagi cik tl aku tu..

walau pun perangai tl aku tu ada sikit ignorant (bak kata ahli group aku), tapi bekerja dengan dia senang..tak banyak soal..ikut cakap dia, everything ok..maksud aku bukan ikut membabi buta..selagi ok, ikut saja la..xde masalah pun..

entahla..bila hati rasa kosong sangat, aku try buat benda yang menenagkan jiwa, tapi tetap tak tenang..last-last aku sampai kat sini..dalam cc hampir 2 jam aku kat sini..usha2 life orang lain..cuba compare dengan diri sendiri...tak banyak beza..masing-masing ada masalah sendiri, masalah dunia, masalah peribadi...

cumanya, aku tak reti nak luah pada siapa..tak nak bebankan kepala otak orang lain dengan masalah seciput ni..jadinya..disinilah tempat aku meluah rasa..hurm..

entahla..orang kata bulan puasa ni kena banyak sabar..memang kena banyak sabar, tak sampai satu hari puasa dah banyak dugaan dan cabaran terbentang depan mata..tak tahulah sampai bila aku boleh bertahan..harap sangat mampu bertahan..tak tahu dah berapa gelen air mata tumpah dari pagi tadi..sayu, syahdu, sebak, sedih..segala macam perasaan s yang datang..

tambah-tmabah dengan rumah kat kampung lagi..hurm..mengeluh lagi..mau lari...

Sunday, August 1, 2010

denial state~

dan sebenarnya,

sesunggunya apa yang aku baca dari buku merah, iaitu buku yang aku tulis setiap kali aku bosan itu, adalah benar semua sekali..isinya aku baca kuat-kuat, tanpa skip sebarang perkataan..waima titik noktah sekali pun..jadinya jika orang itu tidak mempercayai apa yang aku baca itu sebenarnya ialah yang kutulis, terpulang kepadanya untuk mempercayainya atau tidak...

dan sebenar-benarnya, \
sesungguhnya aku mahu mengakui bahawa diri ini masih lagi dalam denial state yang mana bukan kehendak hati ini untuk melalui state ini lagi..akan tetapi, kerana dari segi logiknya akal dan fikiranku yang berfikir ini, perkara yang dibincangkan sebentar tadi itu adalah sesuatu perkara yang sangat mustahil untuk terjadi di realiti..

hanya mimpi dan impian semata..tapi, pernah dengar tak quote ni,
' tanpa keberanian, mimpi takkan jadi kenyataan,'

tapi, masalahnya saya tak ada keberanian tersebut..dan takkan mungkin ada kot..tak pe, kita follow with the flow saja lah ye.manalah tahu kan, satu hari nanti, keberanian tu akan datang, dan mungkin, mimpi tu akan jadi realiti..siapa tahu kan?

thanks for listening, and for the serbuk cuci yang digunakan untuk -oh clorox, yang di gunakan untuk membasuh saya tadi..

cukup sampai disini hari ini..saya melalui weekend yang gembira pada minggu ini..terima kasih lagi sekali yer..