Sunday, November 23, 2008

huhu..

berakhirnya sudah sem 5..tinggal 1 sem jek lagi aku kat usm neh..haahh..kalau la aku boleh stay macam ni jekan bagus..tak payah melangkah ke alam pekerjaan..biar la selalu rasa sakit hati dengan bebudak dan orang sekeliling tapi, at least..rasa tu tetap best huhu...

sekarang kat cahaya gemilang..kat block h-35..aku ingat nak skoting jek, tapi cam leceh la pla..cam nyemak jek ka bilik orang lain..so decided untuk sewa bilik sendiri..dapat satu bilik ngan amal..nasib baik dapat..terima kasih banyak-banyak kat cik hassan sebab approove kitorang duk sini tanpa banyak bicara..

terima kaceh skalai lagik..huhu..

seminggu lagi nak act kdsi..perasaan?..bengong ke hape?..lagi mau tanye..huhu..rasa cam tak nak g la plak..adoish..toink..toink...lalok suda...

sumenye sebab penat sangat merempat..dan menunggu..start kol 11 lbey tadi kitorang tunggu nak dapatkan bilik sampaila kol 6 lbey tadi..mane tak penat..sempat gak la aku membuta kat pejabat cahaya gemilang tadi..ngantuk gila babas..lantak la pun..segan gak la kena gelak sebenarnye..huk2...

jari ni gatal sebenanrnye nak menaip..tapi xde bende yang bnak nulis dalam kepala otak nih..so..

a ah la..tadi kate nak g tesco..

huhu..

Thursday, November 20, 2008

your existence has nothing to do with me..ever...

i won't say sorry if i'm acting weird only to u- which is i think u ask it by decieving me..

i won't say sorry if i'm not reply any of ur messages - which is really not necessary for me..

i won't say sorry if i'm ignore u in all kind of circumstances - which u deserve that..

and..

don't u worry, because i already forgive u n forget u - so don't act like we know each other..

because, your existance has nothing to do with me- in my L.I.F.E..

p/s-contribute to those who hurted me before..but hey- i'll forget that since i don't want to have any piece of memories about you..

i'm done.

Tuesday, November 18, 2008

sayonara~

18 september 2008
8.05 p.m - 8.45 p.m
taman cendawan i.k

aku tak kan pernah untuk lupakan tarikh, waktu dan tempat yang dinyata di atas..dan punca yang menyebabkan aku menitiskan air mata ke atas kehancuran sebuah persahabatan yang aku pertahankan selama ini..

biar pun air mata tak bisa merubah apa-apa, tapi aku yakin, air mata itu penawar..penawar di kala suka, penawar di kala duka bagi aku..aku tak mengharapkan lebih..hanya satu, biar hati ku terpujuk sendiri dengan sebuah kenyataan yang sangat menyakitkan..

seorang bijak pandai menyatakan 'kebenaran adalah sesuatu yang terlalu pedih untuk ditelan'..sejujurnya, aku mengakui kata-kata si bijak pandai tersebut..

hati ini terlalu terluka untuk digambarkan dengan kata-kata bila sedar diri dikhianati selama ini..rasa tertipu dengan layanan mereka selama ini..terasa terpukul bila mengetahui senyum dan tawa dulu hanya palsu..

aku tak menuduh..jauh sekali menjatuhkan hukuman..siapalah aku?..aku bukan TUHAN..aku hanya manusia biasa yang hanya hamba..aku sedar diri..aku manusia yang penya kelemahan dan kekurangan diri..

mungkin aku memang tak layak untuk bergandingan dengan mereka..tertawa riang seperti masa-masa dahulu..mungkin..

dan nyatanya, kalau dulu kami adalah berenam, kemudian tinggal lima dan kini tinggal empat..jadinya harus saja aku meneruskan impian mereka untuk menjadikan jumlah sebenar menjadi tiga..biar aku seterusnya yang pergi..kemudian bolehlah mereka certia kan segala macam perkara tentang aku..baik yang tidak di suka hinggalah terus yang di benci...

aku pasrah..aku redha..ALLAH itu sentiasa ada..ada dimana-mana..dan aku berharap ALLAH tetap mendiam dalam hatiku..

dan untuk itu..
18 november 2008,
tarikh saya menggalas kembali gelaran, miss lone ranger..

sahabat,terima kasih..
kenangan kamu teman semua akan sentiasa berada didalam ingatan..

'apsal kau tak suka balik rumah?'

soalan-soalan tu selalu je orang tanya kat aku..xkira la masa matrik ke msa kat u ke..ada je yang rajin ringan mulut tanyakan soalan tu kat aku..

slalunya aku akan blur kejap sambil merangka ayat dalam otak untuk jawapan paling sesuai.tapi selalunya gagal. ntah.bagi aku tak ada jawapan yang spesifik..jawapan aku berubah-ubah ikut keadaan..

kebiasaannya aku akan jawab, 'jauh, tambang g balik je dah dekat seratus lbey'..
xpun aku jawab camni, 'tengah miskin'..

hakikatnya?

sejujurnya, memang jawapan tu selalunya lahir dari hati..faktor jarak, masa dan wang selalu jadi keutamaan..lagi-lagi bosan bila perjalanan selalunya berseorangan..

dan selalunya mereka hanya berpura-pura mengerti..mesti diorang sangka aku berdalih..mesti diorang fikir aku ada masalah dirumah yang membuatkan aku tak nak balik setiap kali ada waktu mengizinkan..seperti yang aku katakan, fakto-foktor di ataslah yang sebenarnya mempengaruhi..

terlalu banyak alasan sebenarnya...

siapa yang tak sayang keluarga sendiri? biar sebesar mana pun masalah, biar setebal mana pun perasaan tak senang terhadap adik beradik, mereka tetap keluarga..tetap darah daging sendiri..aku tetap sayang mereka..jagan sesekali tuduh aku enggan pulang kerana tak sayang mereka..atau melarikan diri..

bukan..

salah tu..

bermula usia 13 tahun (mungkin belum cukup waktu tu), aku dah diajar berdikari..duduk di asrama..jarang pulang kerumah..ada saja aktiviti yang tak mengizinkan untuk balik ke kampung..berterusan sampailah aku belajar di universiti...

berdikari..bukan maksud melupakan keluarga..aku xpernah pun lupakan diorang..cuma aku tak nak menyusahkan diorang..aku ingat lagi..masa aku tingkatan 4, aku pindah sekolah..masa pendaftaran kat asrama, aku cuma dihantar abang..melakukan proses pendaftaran sendirian dengan abang yang kerap menggesa dan tak bagi sokongan bila ada masalah datang waktu tu..walau pun dilihat kecil pada mata kasar masalah tu, tapi bagi aku yang sendirian..umpama masalah terbesar sepanjang hayat..

pergi untuk pertama kali berhantar..nak balik, pandai-pandai la kau sendiri..
memang diorang tak pernah pun cakap macam tu..cuma aku yang buat kesimpulan..setiap kali cuti sekolah atau cuti sem, takkan pernah aku dijemput untuk pulang ke rumah atau dihantar semula..semua atas usaha sendiri untuk sampai ke rumah..

bukan bermaksud mereka mengabaikan aku..tapi aku sedar kedaifan diri..transpot..cuma abang yang ada kereta..takkan nak bergantung sepenuhnya pada dia..

budak kampung..usia 16 tahun tak pernah jejak kaki ke kuala lumpur..tiba-tiba dapat belajar di situ..
budak kampung..usia 18 tahun tak penah jelajah seluruh negeri sembilan, tiba-tiba dapat tawaran belajar di situ..
budak kampung..usia 19 tahun tak pernah teringin ke pulau pinang, tiba-tiba dapat twaran belajar kat situ..

akhirnya?

pasrah dan akur..

selalu je mak mengeluh..kenapa jauh sangat..susah nak balik..ditambah dengan perangai aku yang jarang telefon, even sms..berdikari ke ni?..aku xpernah ada niat menjauh dari famili..tak pernah..biar sepahit mana pun kenangan silam, disitulah aku membesar..disitulah aku memulakan 12 tahun pertama dalam hidup aku...

biar pun aku jauh dari kampung dan famili, tapi hati aku tak pernah jauh dari mereka..

kalau orang lain kata aku tak nak balik rumah, sesungguhnya cuma tuhan saja yang tahu, betapa aku menginginkan berada disana...

re-evaluate...

aku xrasa aku perlukan proses ni sekarang..dan sampai bila2..sebab aku dah decided..dah tegar kan hati..dah set dalam minda..dah tanamkan dalam jiwa..agar perasaan keanak-anakan itu biar pudar terus..

still..sayang sebagai sahabat masih ada..sahabat mungkin sudah terlalu agung untuk aku gelarkan pada dia..cukuplah sebagai kawan..kawan yang tak pernah mengerti dan biar saja terus menjadi kawan yang tak perlu di ertikan..

maaf ya, pengaruh tulisan Faisal Tehrani dah mula terbawa-bawa dalam gaya penulisan aku...

ini tentang perasaan..yang di sangkal dan di deny setiap kali mahu difikirkan..ini tentang perasaan..yang mahu dilupakan terus dari sudut hati..

sudah aku gali sedalam-dalamnya di hati ini, agar bila dikambus, perasaan itu tak kan menjelma lagi..biar tiada ruang untuk ia singgah di hati ini lagi..kerana, perasaan itu bukan untuk hatiku..dan dia dan aku tidak tercipta untuk masing-masing...

p/s: ntah pape je yang aku merepek pagi2 buta nih..

Friday, November 14, 2008

Lagi2 Abu pose...

Saje bawak budak Abu main2 kat bawah...

usha mangsa..sape lalu dia terkam..

kalau terer teka la sape kat blakang tu..(hint- tgk saiz sliper dia)


hehe..cute..

khusyuk mengodam benda..

nasib budak nakal..

huhu..pasrah suda..

dah penat sbenanye tuh..(bantal aku inter frame..hehe)

yeah..dapat baring2..siap dapat massage lagi..


aktiviti terakhir...
huhu...cute kan?..skang ntah mane ntah budak abu ni merayap..

kalau lah..

kalaulah, apa yang aku tengok dalam cerita tu adalah bersandakan dari realiti, kenapa, kenapa aku tak pernah jumpa perkara tu dalam dunia sebenar?

kenapa?

contoh?

simple..basicly aku suka tengok J-drama.. cerita tentang bebudak sekolah..pasal life dia masa kat skolah, pasal friendship pasal femily, pasal love relationship dan macam-macam lagi..

aku nak highlightkan pasal persahabatan..kenapa aku tak pernah jumpa persahabatan yang betul-betul ukuh didunia nyata ni? yang sentiasa ada bila kita memerlukan..yang tak akan betray kita, yang tak akan tikam kita dari belakang , yang akan sentiasa support kita no matter what happen dan yang paling penting yang sentiasa percaya kat kita..

aku suka tengok corak persahabatan yang ditonjol kan dalam penceritaan cerita drama jepun yang aku tengok..contohnya macam dalam cerita Nobuta Wo Produce, Operation Love, Gokusen, My Boss My Hero dan yang len2..

dalam cerita2 tu dia membayangkan persahabatan ni memang sangat powerful..banyak masalah boleh diselesaikan dengan bantuan sahabat..segala halangan dan cabaran dapat di atasi dengan kuasa persahabatan..tapi kenapa dalam real life someone yang kita anggap sebagai sahabatlah yang mendatangkan masalah kepada kita?

kenapa tak jumpa dengan sahabat yang boleh buat kita ketawa sama-sama, menangis sama, dan bukan setakat berkongsi kemarahan bersama..aku tak tau la sama ada memang wujud ke tak dalam dunia ni persahabatan yang macam cerita-cerita dalam drama tu..

tapi bila fikir-fikir balik...

i did have bestfriends..and i'm having it..

bila pikir lagi..siapa orang disekeliling aku kalau bukan sahabat?..siapa orang yang selalu mendengar aku merepek? siapa mereka yang selalu bertahan dengan sikap aku yang bermusim ni? siapa mereka yang sentiasa ada perasaan tak boleh berjumpa kalau tak semua kerja tak jalan sebab borak memanjang? siapa mereka kalau bukan sahabat?

walaupun tak semanis seperti yang ditunjjukkan dalam drama tv..at least aku ada mereka disekeliling aku..yang jauh pun ada jugak..

hurm..

nampak macam tak bersyukur kan?haha..yang sebenarnya, pandang dari sudut positif la kan..some one say aku ni sangat negatif..i'm hardy denied it..sangat2 tak boleh terima..somehow aku kena terima fact tu..sebab orang sekeliling yang nampak macammana aku yang sebenarnya..aku boleh pikir aku orang yang macammana tapi, hakikatnya, mereka yang tengok aku hari2..

so tak boleh la lari dari kenyataan..hurm..

yang penting, always look from the bright side..

i have friends..so jangan jeles sangat dengan persahabatan yang selalu tengok dalam cerita tu..try to be like them..loyal to their friendship..

yup..

Tuesday, November 11, 2008

Oversensitive or they changed?

One fine day, I asked my friends, ‘am I oversensitive or people around me did change?’..
Well, obviously they didn’t get what I mean. So I ask again. Is it I’m oversensitive or some people around me who changed a lil bit. Still, they don’t understand. But then, I just stoned. Well they don’t realize that yet. Which mean, it’s good. Because, if they knew it already, it’s mean that I lost my sensitivity, which is I think a gift.

Later.
This some person who I thought had changed, who keep firing me with her words, firing me, once again. I can say it again and over again. Maybe she didn’t realize that I’m hurt, but, hurm.. Maybe she doesn’t have feeling at all.

It’s ok with me. Because she used to said stuff like that to me. And maybe I’m just too oversensitive to feel hurt with her simple words. But then, one of my friends suddenly said, ‘well it’s hurt me if u said that to me’…

Then I realized something. Hey, it’s not me who am oversensitive. It’s her, who got that sharp tongue. And I ask that friend of mine (which is also her friend, we all friends here after all),
‘am I the only one who oversensitive?’
She shook of her head and said,
‘Nope,’
‘Mean she has that sharp tongue la?’
This time she nodded freely like burung belatuk. With sense of relief, I walk away. At least there’s someone who still understand me and feel the same way as I feel. It proved that I’m freak. Rite?

So the solution here is, in order to not let my precious one and only my heart hurt, I just need to avoid her. No more heart ache then. Rather leave than hating.

Thursday, November 6, 2008

new watak...

Welcome to L11, blok kekanak riang yang luar biasa keriangannye..

Khas buat tetamu yang tak diundang tapi sangat di alu-alukan kehadirannye dalam kehidupan kitorang semua espesially bebudak aras 1 yang rata2nye pencinta makhluk sejenisnye...

well, tanpe banyak membebel dan tanpe perlu terus menekan keyboard, meh aku introduce budak bertuah yang dah berjaye menceriakan hidup kitorang yang separa cacat disebabkan minggu exam...huhu...







Introducing himself......





haha..still mystery..

merenung di luar jendela..(habis luggage aku jadik mangsa)..

sekodeng...\(*_^)/

tgh blasah langsir y xbekerjasama semasa sesi sekodeng...

huhu..terkantoi suda...

usha orang tgh jemur kain...

layan..

dah puas usha..


layan kan aje la budak seko ni..


setelah selesai sesi sekodeng...

cute giler..rase cam nak goreng2 jek budak ni..

serius giler...pk nak buat ape after ni...


dan inilah keputusan nye..tido siang..ZZZzzz....
lokasi: bawah meja aku yang dialas ngan towel buruk aku..huhu...
kitorang pun xsure dari mana kucing ni datang..tibe2 jek turun dari aras atas..ade orang cakap ni kucing belaan orang lain..jalan2 ikut ntah sape ntah balik blok pastu kne pegang2 ngan bebudak ni terus stay kat sini..
baru je 1 hari setengah kat sini..
tu yang tetiba aku ngan nad smalam kuar g 7-E g beli makanan kucing..itupunsetelah dipaksa rela oleh cik umai kite tu..
tapi...
urm..
biasalah..benda comel..ramai jek yang nak tunjuk pakar tentang bela2 haiwan ternakan eh..silap haiwan belaan ni..tak pe la..xkisah le tu..asalkan xde yang sampai gadoh2 masam muke sudah..nama pun bawa keceriaan kan..huhu..
but as for me...we need some break..rite..
layan kan je la..
lupe nak gitau..nama budak tu A.B.U...refer kat bulu dia yang kaler kelabu tuh...
so..next time aku akan update apa2 kalau ader citer pasal abu tu k..