Monday, December 24, 2012

this is madness

This is crucial.

Aku dah giler nak menulis balik. Bukan dalam scribble, tapi dalam life. Yang aku tau scriblle itu sangat fake. Oh fake, sungguh fake. Diri yang aku cuba tonjollkan untuk orang lain tatap.

Oh, tidak. Tak mungkin aku ingin terus jadi fake seperti itu. Memang tak berjaya. Akibatnya hati aku sendiri macam terkurung dalam lingkungan tayar yang sepi. Aku pun tak pasti apa yang aku tulis ni. Atau lebih kepada taip. Tapi aku seronok melihat jari jemari aku yang gemuk ini menari-nari disisi key board.

Perasaan yang aku tak dapat masa aku menulis dalam scribble.

Life bagi aku adalah sangat jujur. Apa yang aku nak luahkan terus terluah tanpa sebarang tapisan dari mana-mana bahagian dalaman badan aku sendiri. Biar hati kata no, otak kata yes, jari ini tanpa segan silunya akan terus menari di atas papan kekunci ini.

Crucial, kerana dalam satu hari kalau boleh aku nak post berapa banyak post yang aku suka. Aku suka. Sebab aku sorang boleh baca. Aku suka. Sebab tak ada orang lain yang boleh baca unless akaun aku kena hack.

Nak kena hack pun buat apa. Bukan artis fofuler pun. Bukan ada porn pun dalam ni. So kalau kena hack pun aku takkan rasa sedih, terluka mahu pun terkilan.

Dan this is madness, sebab after this post aku nak post bedna lain pulak.

Life partner

25 tahun hidup.

Tak pernah bercinta. Tak pernah bermesej sayang dengan lelaki. Tak pernah berpegang tangan dengan lelaki apetah lagi lebih dari itu.

Tak pernah ditanya bila nak kahwin oleh warga-warga yang dah berkahwin.

Ini bukanlah satu keluhan. Bukan juga satu rintihan hati. Tak guna aku nak mengeluh. Tak guna aku nak merintih memandngkan cuma aku sorang je yang boleh baca apa yang aku tulis ni.

Akhirnya pagi tadi aku decide untuk buat solat istikharah. Untuk curi-curi tengok masa depan, dengan keizinan-Nya. Tak tahulah dapat ke tak.

Aku solat 5 waktu pun tak lengkap setiap hari tiba-tiba nak buat solat istikharah kan.

Aku sedar, dunia ni dah sampai ke penghujung. Aku sedar yang hidup ni memang tak boleh di jagka. Ntah-ntah sok lusa aku akan bertemu dengan pencipta aku. Tapi kesedaran tu tak cukup untuk buat aku kembali ke jalan yang betul.

Kalau ikutkan rekod aku baik sejak zaman sekolah dulu. Aku sebolehnya menjaga perkara yang 5 tu dalam kehidupan seharian. Jadilah walau apa pun akan aku cuba untuk lengkapkan.

Tapi sejak ahir-akhir ni, sejak beberapa bulan kebelakangan ni, aku macam lupa nak tunaikan benda yang wajib tu. Aku paling lalai sekarang ni. At least masa aku kerja tadika dulu, aku jaga semua tu.

Bila aku kerja kat sini, patutnya lagi senang. Tapi kenapa ye?

Makin bertambah baik hidup seseorang tu, makin lupa kita pada si pemberi rezeki kita ke? Macam tu ke?

Sendiri cakap nak masuk syurga. Tapi apa amalan yang aku dah buat?

Tengok balik tajuk kat atas tu.

Mungkin sebab ni kot aku masih macam ni. Kalau dengan Tuhan pun aku tak nak dekatkan diri, macam mana Dia nak bagi kebahagiaan kat aku.

Hurm..

Kena banyak muhasabah diri lagi ni..

Disiplin..disiplin..

welcome back.

This is it.

I'm back to you.

Aku rasa lagi selesa dengan kau. After everything we've been trough together, tetiba aku nak abandon kau. Sangat tak adil kan?

Aku update page sana, dan biarkan kau bersendiri. Sangat tak patut.

Aku turut abaikan perasaan aku jugak. That's the truth.

Aku update blog belah sana sebagai update tentang diri aku untuk kawan-kawan aku baca. Dan akhirnya, the other part of me tersadai begini saja.

Kesian kau. Jangan risau. Aku akan selalu datang sini lepas ni.

Aku tak ada sesape..aku ada kau saje untuk mendengar tanpa membalas.

Aku rasa cukup kot aku kongsi dengan orang.

masa untuk back to normal. Masa untuk reunion dengan cik ross semula.

Aku rindukan diri aku yang dulu.