Friday, January 28, 2011

urggggh!!!! then hahahaha~...what a lol~

tadi adalah sangat marah yang teramat..dan sekarang ni tiba-tiba-tiba boleh tergelak yang galak..

sambil tunggu page blogger ni nak loading untuk melampiaskan kemarahan, tiba-tiba teringat balik insiden tadi rasa macam tak jadi nak marah bagai..instead aku tergelak sakan..

ni kesah seorang mak cik yang ego..tak nak terima bantuan orang lain..macam biasa ini kisah benar, tiada tokok tambah perisa untuk menjadi kan kisah ini lebih menarik..another story- original~

di pagi yang hening, ada sorang mak cik ni, ber exercise ikut instuctor dalam dvd yang di beli oleh saudaranya..badan dah makin kembang, haruslah dia bagi kurang sikit idora (lemak, nanti aku cerita camman lemak tu boleh dapat nama idora) kat badan tu kalau nak muat baju yang lama-lama..nak beli baju baru ekonomi negara dan ekonomi dompetnya seakan tak mengizinkan sekarang..barang semua mahal..sale pulak pada barang yang dia tak minat..

so dia pun tegarkan hati kuatkan semangat ber eksesais di pagi hari selama sejam lebih..memang berpeluh satu badanlah lepas aktiviti tu..sementara tunggu peluh kering dia layan la dulu tengok cerita korea, tajuknya Marry me, Marry! yang ada hero kacak kegemaran dia tu..dalam tengok-tengok tu dia rasa tak selesa la pulak..baju melekit kat badan, bau baju berpeluh pun menusuk hidung...

jadi dia pun ambil la inisiatif pakai towel saje..dalam rumah sendiri je pun..apa nak segan..tingkap semua tutup, pintu berkunci, tak ada sape nak sekodeng la senang cakap..bila dah rasa selesa sikit, dia pun terus menonton sampai habis satu episod..dah abis satu episod dia pun gerak la nak gi mandi..

terfikir seluar baju semua kat ampaian lagi..so dia pun pergi la kat ampaian tu nak ambil apa yang patut..tengok-tengok ada baju terjatuh kat bawah..mak cik ni duduk rumah flat..bila baju jatuh, sangkut la dia kat bumbung tempat ampaian orang bawah..macam biasa beliau ambil batang penyapu dan cuba tarik-tarik baju yang jatuh tu..

sambil menyumpah seranah dalam hati, dan keluar tempikan usaha dari mak cik tu, tiba-tiba jatuh lagi satu baju..tangan dah la pendek, tinggi pulak tu gap antara bumbung tu dengan jeriji kat ampaian tu... payah bebeno di rasa nak ambil baju yang jatuh tu...selepas berusaha dengan gigih, satu baju berjaya di kaut..

satu lagi gagal sebab material kain dia tak mengizinkan..tapi dia tetap berusaha..iyah sana iyah sini tak dapat dapat jugak nak ambil baju tu..tanpa di sedari nya jiran sebelah tingkap dok perati lama dah..terkejut beruk mak cik ni bila tiba-tiba kena tegur..punya la baik hati jiran tu nak offer pertolongan, mak cik ni punya berlagak cakap tak pe, tak payah..budget dia boleh buat sendiri..

jiran dia ni pun, yelah, orang dah tak sudi, nak buat macam mana..tak sampai 20 saat mak cik ni give up dan cakap, 'esok je la amek,' dalam nada yang tak puas hati..

dia pun terus berlalu sambil duduk balik di depan komputer dan update status fesbuknye..
.....

aku paham kenapa mak cik tu tolak pertolongan jiran tu..
1)dia mungkin memang seorang yang independant..
2) sebab jiran tu lelaki dan masa tu dia tengah pakai towel saje..

Wednesday, January 26, 2011

cheating method. you cheat on them to get their money. you live with the money that you cheat on. you feel the success, but the truth is you live in the sucksness..they'll curse you knowing that you cheat their money, but they can do nothing since the deal is sealed. now- you want me to do the same damn thing?.thanks, but no thanks.
kalau sesiapa perasan kat status fesbook aku ada tulis ayat panjang lebar kat atas..ye, english aku memang sucks, tapi bila aku dah marah sangat secacra tak langsungnya aku termarah dalam english..bila aku tengah speaking english dan aku jadi sangat marah, tetiba accent aku jadi accent british..itu yang aku perasan since aku kerja kat vads aritu..
aku pun tak paham kenapa..cuma aku boleh bangga kat diri aku sendiri sebab aku tak berapa pandai nak cursing orang guna ayat kasar dan kesat yang tak sedap didengar telinga masyarakat kat mana-mana kat dunia ni..
ah sudah..terus masuk ke dalam point yang sebenar..kenapa aku tiba-tiba keluar statement macam tu..
semalam aku pergi keluar..gi appointment jumpa customer..memang sangat half-hearted nak pergi since memang aku rasa sangat sangat berat hati nak pergi..then lalala, yada yada, tetiba aku dah sampai destinasi..aku pergi dengan senior aku ni..sebulan je kot beza, lantak la, panggil je la senior..
tengok dia present kat customer aku dah start ngantuk..nasib baik masa tu tengah berdiri..aku dah start paling muka, pandang atas bawah kanan kiri depan belakang, ntah bila la mamat ni nak berhenti bercakap..cakap pun macam dah style direct selling punya bercakap..tunggu nak menguap je la..
 tiba kat satu point ni aku macam terkejut sikit..errr....rasa macam lain je dari knowledge aku..bila di tambah ni??aku pun dengar punya dengar punya dengar..ko tipu eh??..nak je aku tanya macam tu kat dia depan customer tu..tapi aku senyapkan aje..
dalam kereta baru aku tanya..dia pun jawab..
"ala, tipu-tipu sikit jek..nak tarik dia bagi minat kat produk kita. cik tuuut pun cakap tipu sikit sikit tak apa..kalau ross perasan kan, ada satu geng baju biri yang selalu makan kat cafe bawah tu, diorang selalu closing dengan customer pakai cara tipu..tu yang boleh dapat masyuk tu..."
err..ayat dia aku modified sikit since aku tak berapa nak ingat sangat exact ayat dia..aku pun, bila dah dengar macam tu- is this what have you've been done all this while?..menipu untuk dapatkan sale?and then kau pun suruh aku buat benda yang sama untuk kitorang makan komisyen sebab kalau tak kita takkan dapat hidup for the next month sebab takde gaji memandangkan kita memang tak ditawarkan gaji basic???
what the what?
bila aku buat cara penerangan yang betul, kau tegur, cakap- jangan cakap macam tu dengan customer, nanti dia tak minat..so what?..kalau memang dia akan kena interest time buat saving tu, apa salahnya kita bagitau dia awal-awal so that they can be prepared dan tak rasa tertipu dengan piliha yang dibuatnya atas tawaran kita tadi tu?..
call me stupid, call me what ever you want..aku tau dunia ni memang tak adil..aku tau tak semua orang jujur dan sebagainya..tapi aku pilih untuk jadi orang yang boleh aku hormati kalau bukan orang sekeliling biarlah diri aku sendiri pun tak apa..kenapa aku nak makan duit orang yang aku dah tipu tu..sebab aku selalu letak diri aku kat diri customer tu..bak kata senior aku dulu, 'biar orang buat kita, jangan kita buat orang'..
kalau korang nak cakap, pedulikan je lah, kan buat ni untuk kelangsungan hidup..kalau kita tak buat orang lain yang akan buat..sama je..nope!..bagi aku tak sama..ini tentang integriti..tentang etika..aku sangat berpegang pada prinsip..Tuhan tu adil, kalau tak balas kat aku, mungkin dia kan balas kat orang terdekat aku, family ke kengkawan ke, dan aku tak nak semua tu berlaku kat sesiapa pun especially pada orang2 yang aku sayang..
jadinya, aku kembali kepada keadan asal, the pathetic me, but stronger than before..but then, still pathetic..haha..
dialognya lebih kurang macam ni, "kalau bayar pakai kad kredit lagi senang. bayar separuh je. separuh lagi ***bank akan bayarkan since encik buat saving dengan kami,"
dan encik yang lurus tu pun percaya..dan by the end of the year, sekali tengok dia kena bayar lebih banyak dari yang di offer masa mula-mula dia sign kat polisi dulu sebab dah kita explain kat dia macam tu dulu..sekarang dia nak marah siapa?..dia yang tak fikir panjang (memang), atau kita yang offer dia dengan cara menipu itu?..

Monday, January 24, 2011

pemuja rahasia..

kisah benar, diceritakan kembali kepada aku oleh seseorang yang tak mahu di kenali..

dia cakap dia pemuja rahasia (entah ada ke tak maksud rahasia dalam kamus dewan ke tak aku pun malas nak check), dan sebab aku tak berapa nak suka guna perkataan tu aku just guna pemuja rahsia..kenapa dia cakap macam tu, sebab dia kata dia selalu memuja seseorang dari jauh, tanpa beritahu sesiapa rahsia hati dia tu..dari start zaman sekolah sampai la dia dah masuk alam pekerjaan ni..

kawan aku tu permpuan dan dia sangat-sangat konservatif, berpegang pada budaya timur yang sopan di samping sangat menjaga maruah diri, keluarga, agama negara dan bangsanya..plus ego yang super duper tinggi, kekadang mengalahan ego lelaki (entah, aku pun tak tau ego lelaki tu macammana, since dia yang cakap macam tu aku dengar je la)..

dia kalau suka kat seseorang tu, dia takkan pernah beritahu sesiapa..dia simpan dalam-dalam..biasanya sebab dia rasa dia dah suka pada orang yang salah..ye lah, orang yang dah berpunya biasanya..jadi nak tak nak dia terpaksa kikis perasaan tu- biasanya dia berjaya bila mengingatkan yang orang tu adalah hak milik orang lain walau pun tak comfirm lagi..

one day, dia cakap kat aku yang dia rasa dia ada rasa suka kat satu orang ni..aku macam biasa tak banyak taya, tunggu dia cerita sendiri..kali ni orang tu memang single..tak attach dengan sesiapa lagi..ok serba serbi dari mata dia..cukup comel, perangai molek, kerja elok dan blablabla lagi..

masalahnya sekarang pulak, bila orang tu adalah kawan kepada abang dia, dan lelaki ini, let say nama dia encik cawan..encik cawan ni kawan kepada abang dia dan menyatakan kepada abang dia bahawasanya dia sudah jatuh hati pada adik dia..oh, bukan pada kawan aku ni, tapi pada adik dia..

adik kawan aku ni dia advane sikit dari member aku ni..dia ada kawan lelaki ramai, dan dalam ramai-ramai tu dia dah ada steady boyfriend- cuma tak comfirm lagi je la..yang kawan aku ni pun- dalam state yang blur..dia fikir, apsal la selalu sangat dia suka kat orang tapi orang tu tak suka kat dia..lagi satu member aku ni ada self esteem yang sangat-sangat low..

dia rasa dia tak cantik, dia rasa dia tak bagus, dia rasa dia tak layak untuk dapat orang yang bagus (perkara ni cuma berlaku dalam hal-hal yang melibatkan perasaan je)..tapi bila dia bekerja ke apa ke, dia memang sangat konfiden..

aku pun tak tau nak nasihat apa kat dia..dia cakap adik dia memang sah-sah tak nak kat encik cawan tu sebab dah ada orang lain- lagi pun bukan style adik dia encik cawan tu..bila depan abang dia dan encik caan tu dia boleh je buat-buat  tak ada perasaan langsung..bila abang dia nak kenenkan dia dengan encik cawan tu, dia buat bodoh, siap marah-marah lagi cakap tak mau..(itu yang dia kata marah-marah tapi mau kot, haha)..

sebab dia fikir encik cawan tu nak kat adik dia, bukan dia..so, ego dia agak tercalar bila abang dia buat macam tu kat dia..adik kot..ntah la..aku pun tak tau..aku tak pernah rasa situasi macam tu..

yang member aku ni kekadang bila nampak facebook abang dia, dan abang dia tak ada kat tempat kejadian, dia akan bukak page encik cawan tu melalui akaun facebook abang dia..nak add sendiri dia segan..so dia stalking encik cawan tu lalu facebook abang dia..

kekadang aku nak gelak gak depan member aku ni..tapi kesian pon ada..kalau aku gelak kat dia, aku gelak kat diri aku sendiri gak..sebab kekadang aku pun cam tu gak..stalking facebook orang guna akaun kakak aku..haha...tapi cerita aku langsung tak sama dengan member aku ni..

aku saja nak tulis cerita member aku tu kat sini..sebab lepas dia cerita je kat aku haritu, aku asyik teringat-ingat kesah dia..agak memberi kesan yang mendalam kat aku..ntah..aku sendiri pun tak tau kenapa..

Wednesday, January 19, 2011

malam ini, menangis lagi..

aku tak faham apa yang aku nak sedihkan sangat..mungkin kah kerana aku seorang yang kaya dengan perasaan, atau aku seorang yang terlalu menghargai?..

aku paling bencikan farewell..aku paling benci nak say goodbye..thats why masa aku berhenti kerja dulu aku main blah macam tu je lepas anta surat resign..aku tau agak biadap kalau buat macam tu..tapi aku tau aku mesti tak boleh nak kawal perasaan time tu..thats why aku buat gitu..

masa bukan pengukur kemesraan..masa juga bukan pengukur kasih sayang..masa tu cuma pengukur waktu..dalam waktu singkat persahabatan tercipta..kasih sayang pun mula bercambah..sebab tu la aku bina tembok setinggi alam dengan semua orang supaya aku tak rasa sedih bila terpisah..

tapi malangnya, rasa tu tetap ada..air mata macam seronok je nak mengalir dari celah-celah ruang mata ni..lagi-lagi dalam waktu yang singkat..ko bayangkan je lah..even 2 bulan sengah dah buat aku sedih nak rak untuk berpisah, inikan pulak 3 tahun (note untuk intake-20 yerr)..

aku tak tahu, Tuhan nak tunjuk apa pada aku kali ni, tapi aku selalu engharapkan yang terbaik..semoga Dia mendengar suara hati aku setiap kali aku merintih berdoa pada-Nya..kerana aku tahu Dia maha adil dan hanya pada-Nya tempat untuk kita bermohon..

thanks pada yang banyak bagi moral support pada aku time aku tengah down, down and down..down...to qila, to kejam (beloved sister ever), pka (yang tetibe msg aku lps baca post aku kat sini..terharu beb!) dan semua semua tak kire sesape..thanks bebanyak..

aku akan toleh belakang untuk ingat semua perkara baik yang pernah berlaku dalam hidup aku dan akan cuba move forward dan jadi seorang yag super duper kuat..last-last aku dapat tau cita-cita aku apa setelah banyak kali bertukar kerja..dan cita-cita ni  akan aku reveal bila aku dah berjaya gapai dia..ok..

wish me luck ok..and 780 member's i;ll miss you all..

Saturday, January 15, 2011

pernah tak jumpa orang yang tak kesah sangat gaji berapa asal kan dapat cuti sabtu ahad n cuti public holiday?

kerja shift 24 jam memang ngeri..tambah lagi dengan 6 hari seminggu..tambah lagi tak dapat cuti sabtu dan ahad..tambah-tambah lagi tak dapat cuti public holiday..gaji?..haha..gelak jela..

sampai aku lupa yang aku ni orang..haha..gelak lagi...

ntah la..sabar kot..tabah kot..entah lagi dan lagi..dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi..

merepek meraban..untuk qila, berani ko x letak ruang komen kat blog ko..aku baru je nak komen yang ko bakal dapat keter baruu...congratesss in advance k...

kalau kau rasa nak buat akaun saving yang banyak benefit kontek aku k..tak rugi ape pun, just saving ok...haha..

aku melalut lagi..

p/s: nak kawan baik balik dengan heels..haha...

Tuesday, January 11, 2011

lifeless life.

banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun lepas..banyak yang tak best berbanding yang aku harapkan..paling aku suka bulan 8 ari tu masa aku pergi penang jumpa balik kawan-kawan lama..paling sedih masa bulan 9 aritu sebab aku kena pilih antara famili atau kerjaya. dan paling sucks masa bulan 12 aritu aku dengan housemate aku kena cari rumah baru and pindah sebab owner m**on tu kata rumah yang dia sewa kat kitorang tu dia dah jual..aku dah malas nak fikir dah yang ni..

aku story tentang penghujung tahun lepas je sebab aku rasa awal dan tengah tahun lepas is still ok bagi aku..permulaan tahun ni aku rasa macam akan ada sedikit perubahan yang akan berlaku..tapi aku tak tau lagi apa..aku tak tau la ini di panggil dugaan dalam hidup ke apa..sebab aku kerja dalam field yang tak sama level dengan education aku..aku tinggal dalam sarang burung yang mana bloknya cuma bersebelahan dengan building lama rumah aku..

bayangkan tetiap hari keluar pergi kerja guna route yang sama tapi feeling yang berbeza..yang mana tetiap hari nak keluar dari kawasan kediaman tu macam bertarung nyawa..dengan lif nya yang kau rasa bila-bila masa je boleh terhempas jatuh (aku duduk tingkat 12 kot), tunggu lif macam tunggu tren komuter (lambatnya ya rabbi), then bila decided untuk turun guna tangga kau lagi takut (tapi tu je la option yang aku ada since aku paling benci menunggu)..bukan aku takut penat kena turun tangga- tapi sebab tangga dah tak serupa tangga..

aku memang tak suka tempat ni..so each and every flaw yang ada kat sini buat aku bertambah tak suka..aku cuba pujuk hati ni..pujuk lagi dan lagi dan lagi..sebab aku tahu setiap kesukaran tu- kalau kita sabar akan terbalas..

yang sebenarnya aku bukan nak mnegomel pasal kedaifan kehidupan aku sekarang ni..mungkin semua ni pengalaman berharga buat aku..sebab tak semua orang akan ada experience hidup macam ni..berada dalam kasut yang sama dalam masyarakat yang selama ni di pandang ----- (korang isi sendiri apa yang korang rasa sesuai)..

kalau orang tanya apa azam aku untuk tahun ni, seriously aku tak boleh bagi jawapnnya..sebab aku sendiri pun tak rasa dah masuk tahun baru dah..bila aku fikir balik-balik, aku nak keluar dari kehidupan yang macam ni..biasalah, bila dah terbiasa hidup selesa, senang dengan zon selesa tu, tetiba kena pergi turun satu level demi satu level- rasa dia mesti teruk gila macam ni..

aku cuba bayangkan perasaan orang kaya yang jatuh miskin dan kehilangan harta kat dunia dia ni..aku rasa aku dapat selami perasaan dia..dari dia hidup kat kawasan mewah, rumah besar yang cantik, pakai kereta mewah, tiba-tiba kena mula balik dari bawah, dengan kehidupan yang sangat bertentangan dari yang sebelumnya..kalau tak banayk pun, at least ada sikit la faham kot tentang perasaan orang-orang macam tu..

jadi bagi anda yang sedang selesa dengan kehidupan anda itu- bersyukurlah..hopefully dapat sustain kehidupan sebegitu or even much better..

bila dah jadi macam ni- aku rasa aku jadi lebih kuat dari dulu..which means its good, dan makin aku tak sabar nak keluar dari kehidupan macam ni..dan aku harap sangat keajaiban tu akan cepat-cepat datang..tengok progress life orang lain rasa sangat tertinggal jauh ke belakang..

apa-apa pun aku harapkan yang terbaik untuk diri aku, femli, kengkawan dan korang-korang yang tengah baca post aku sekarang ni..cukup kot untuk hari ni walau jari ni masih gatal nak menari-nari atas keyboard ni..