Sunday, August 28, 2011

memorial~


tegah aku dudukduduk atas lantai bilik kitorang berempat (satu bilik share 4 orang kalau aku ngan kakak aku balik,kalau tak adik aku 2 orang je yang menghuni bilik tu), tiba-tiba mata aku terpandang sebuah nametag. Terbalik. Aku membebel dalam hati. Budak 2 ekor ni, name tag pun nak di sepah kan. Taulah cuti raya, at least jaga la sikit barang sekolah tu. Nanti naik cuti menggagau nak cari.

Dengan niat yang mulia semulia minyak masak cap sri murni, aku pun ambillah name tag tersebut untuk di simpan. Sekali pusing, tengok nama aku sendiri daa. Terkejut mak, noxx. 

Itu name tag aku masa aku sekolah form 4 ngan form 5 dulu. Dah 7 tahun name tag tu rupanya. Aku pun tak tau yang benda tu masih wujud lagi. Ingatkan dah hilang ke mana dah. Ada lagi rupanya. Ada tambah aksesori sikit disitu. Aku tak tau apa nama dia. Tapi aku assume benda-benda putih tu adalah sejenis cendawan yang tak boleh dibuat sup.

Ni gambarnya.


Nostalgik la pulak tetibe...

Yang ni pulak key chain yang aku jumpa kat sebelah name tag tu. Aku baru je nak kutuk-kutuk betapa old skool nye bebudak 2 ekor tu sebab masih menggunakan keychain sebagai sumber kenangan. Orang zaman sekarang mana tak pakai keychain kot lagi. Tapi aku sendiri pun tak tau apa yang orang zaman sekarang bagi untuk kenangan. Tab mungkin.

Kedy chain ni tahun 2003, masa aku form 4 dulu. Aku tak ingat ada majlis apa yang membuatkan aku dapat benda alah ni. 8 tahun kot menda alah ni. Agak-agaknya bebudak yang lain ada lagi ke tak..

Dulu aku suka tulis nama aku roze, tapi sejak last sem masa aku study kat u dulu, aku terus tukar nama tu. Semua sebab bebudak ni bahan aku nama lebih kurang dengan budak uum yang annoying tuh. Aku memang mudah di psycho pada zaman-zaman itu. kini tidak lagi. Lama kot aku pakai nama roze tu, 5 tahun lebih.

semuanye sebab ko rozza..chais..

argh..apsal entry aku lebih kurang sama dengan orang lain neh..out of topik jap..


Thursday, August 25, 2011

dehydrate~

aku tak pasti terms tu sesuai ke tak dengan condition aku sekarang..biasalah..bulan puasa..mana nak boleh minum air siang kala ni..

mata ni dah pedih semacam..rasa macam nak sumbat banyak-banyak air kat liang-liang mata neh bagi segar semula..nak minum karang jadik lain pulak..

hari ni aku ambil half day..so skarang aku kat rumah tengah seronok (?) online lepas bake 'muffin coklat lembap air mata maria' yang sangat special..diadun dengan penuh perasaan seperti menonton adegan air mata dalam drama korea genree kelakar yang tiba-tiba ada scene sedih giler kat situ..

so, dengan sedikit perisa tambahan yang secara tak sengaja termasuk kedalam adunan muffin itu, aku harap adik aku boleh berasa sedikit kegembiraan untuk menjamah muffin yang didedikasikan untuknya itu.. tak sabar pulak rasanya aku nak balik rumah untuk menyajikan hidangan istimewa itu untuknya..

kenapa dengan adik aku?..refer pic kat bawah jap...



dialah super-iron-girl..ye, itu nama super hero dia..nama betul dia seperti yang di atas..bermula dari aksi supergirl terbang-tak-tinggi-kemudian-tergolek-dijalanraya, akhirnya dia di tempatkan di rumah istimewa bermula jumaat lepas..akibatnya terpaksa berehat seketika diatas katil kerana hilang nikmat bergerak untuk seketika plus menaggung sakit gila nak mati...

aku tau, tak ada siapa pun yang nak musibah melanda kat diri..tapi tu kan ujian dari tuhan..nak tak nak terpaksa deal with it..kadang-kadang tengah seronok kita drive kat lane tengah kat highway, bawak 90 km/h jam, tak kacau orang lain, tiba-tiba ada pulak driver gila tak sedar diri yang nak sondol kita..orang lain punya careless, kita kena tanggung sekali..

lebih kurang macam tu jugak la dengan kes adik aku..bezanya ia tak berlaku di highway dan dia tak memandu kereta berkelajuan 90 km/h..tapi aku kesian jugak ngan budak yang sama terlibat tuh, chances untuk hidup cuma 50 percent jek..itu yang aku dengan seminggu yang lepas..badan berselirat dengan wayar bagai..koma..sekarang aku tak tau la pulak macam maan keadaan dia..hopefully masih bernyawa lagi la..dia baru 16 kot..nak blame dia 100% pun bukannya boleh sangat..things happen for a reason, kan..

at least adik aku walau patah sana patah sini, at least dia masih bernyawa lagi..masih boleh berfikir macam biasa..for sure dia akan ada different view tentang life after this..menjadikan dia lebih menghargai saat-saat yang bersisa dalam hidup..menghargai setiap nikmat yang tuhan bagi..

enough part positif..

adik aku sakit..she's in pain..deep pain..sakit yang tak terluah dengan kata-kata..dia senyum..tak bermaksud dia ok..abah kata  tadi dia ceria, dah ok kot..sebab tu la boleh bawak balik rumah..

aku: what da f?..dia baru operate selasa haritu masuk besi kat kaki, u expect dah boleh bawak balik?..ok2..aku xkesah kalau ada heli atau private jet yang hantar dia balik rumah plus private doctor n nurse kat rumah kitorang..tapi dengan jalanraya segamat yang penuh liku dan selekoh dan driver yang camnak haram kat segamat tu, comfirm dia boleh hilang separuh nyawa dia on the way nak balik..sakit giler kot..

memang doktor, nurse semua cakap dah boleh balik..tapi masalahnye, last time aku cakap ngan minah tu semalam, dia kata dia mintak painkiller paling kuat dalam dunia untuk hilangkan sakit kat kaki dia yang baru lepas operate itu..dah la kaki tak kena simen, pastu bagaimana dalam neraka dia mahu naik kereta dan pulang ke rumah?..baru semalam dia cakap, dia tak boleh nak tidur seharian sebab sakit yang mencucuk kat kaki dia..

dah tu, kalau duduk rumah, boleh ke mintak pain killer lagi..or, perlu ke  pergi farmasi dan borong pain killer banyak-banyak untuk hilangkan sakit..sebab once kita dah ambil pain killer, the second dose kena higher dari the first one in order untuk bagi effect..(itu kata orang yang ada experience belah-belah anggota badan , )

dengan kaki yang masih bengkak 2 kali ganda tu...aku tak adapat imagine betapa sakitnya adik aku tu nanti..even nak tukar baju pun dia boleh menangis sebab sakit gila..apatah kena angkat dengan orang yang tak ada basic hospitality..btw, adik aku adalah seorang yang tak pernah tunjuk dia tengah sakit or what..

so please dont judge..even dia senyum, tak semestinya dia dah ok..

aku plak yang emo terlebih..demm...hopefully dia ok skang..sbab dah samapi rumah..macam mana la agaknya sepanjang perjalanan tadi..bertambah emo aku di buatnya bila terkenang kembali..

nak buat macam mana..nak cakap lebih karang dapat tittle anak derhaka..urgh..aku tensen..

Wednesday, August 17, 2011

nuzul quran..



pagi tadi orang kat surau announce, sesape yang tak kerja arini meh la ramai-ramai turun..memeriahkan majlis untuk sama-sama bergotong royong buat bubur lambuk ramai-ramai..aku yang rajin ni memang la liat nak turun..bila petang, usus dah mula rapping, tiba-tiba terbau sesuatu yang enak..

apesal la aku tak tutup tingkap..kalau tak mesti tak terganggu nafsu nak main internet selama 24 jam aku dengan bauan yang bisa mencairkan air liur ku yang sememangnya mencari-cari sesuatu untuk di dissolve kan..semalam dah la berbuka dengan makanan berbuka kelmarin..beli banyak sangat food kelmarin..tak habis kunun nak simpan buat sahur..jap lagi sahur tak bangun, makanya simpan buat berbuka..yang penting kenyang..

tapi masalahnya sekarang dari pagi tadi tangan ni duk rajin bukak peti ais..walau tak ada makanan dalam tu..tengok air pun jadilah..tak dapat nak makan, imagine saje la..duduk sorang-sorang kat rumah, kalau tak puasa pun bukan orang tahu..tapi tuhan tau..wawawa..

rasa sunyi sungguh hari ni..suara pun tak keluar seperti biasa..macammanalah nak kurus..setakat puasa, tak makan siang, pastu terlepek depan laptop main tenet..ngutuk orang kat yutiub..haish..yang kurusnya puase aku, bukan aku..lalalala...

tak silap aku dah 2 entry aku buat untuk ari ni..bila malas-malas bebenor nak meng upadate..skali dah update terus nak menaip..tulis pepanjang karang jari aku pulak yang sakit..nak upload gambar tenet lak cam siput babi vavi..hurm....

rindu lak kat alien alien kecik tu..tapi bila dah jumpa tak cukup suara nak jerit kat dorang..

wa..aku tak sabar nak cuti panjang..nak duduk rumah je boleh tak? tak payah beraya rumah sedara or mara..ataupun tak yah ada sesapa yangg datang rumah untuk raya tahun ni..pleaseee....raya tahun ni je...tahun lepas tak puas beraya kat rumah sendiri, asyik beraya dalam kereta jek..hukhuk...




pic for the day~ 
4 ekor alien yang berjaya di abduct..ni gambar masa kau memula masuk..gila lain muka diorang sekarang..cepat betul mereka membesar..tak percaya aku di buatnya..hahah..hopefully aku tak macam tu..aku nak forever 16..lalalala

syawal..

cuti raya tahun ni aku dapat 9 hari..starting 27 Ogos sampai 5 sept 2011..

semakin lama cuti aku, semakin sikktlah gaji yang aku bakal dapat..bulan puasa ni pun aku dah rugi rm2 setiap hari sebab balik awal sengah jam..kalau 15 hari dah rm 30 kena tolak..(sebab gaji aku adalah gaji hari at the moment)..tolak cuti nuzul quran lagi..raya pulak 5 hari cuti masa hari bekerja..dekat 2rat aku rugi sebab cuti..

haha..aku gelak sebab aku paham..itulah harga yang patut aku bayar untuk dapatkan cuti yang di idamkan itu..asalkan dapat settle bills sudah la..nak kaya jangan kerja dengan orang..baik bukak bisness sendiri..tak gituh?

ramadhan kali ni aku rasa sungguh ceria dan hati berbunga-bunga..tak tau la sama ada ni imaginasi atau perasaan yang terlampau je..but i like it..entah lah..aku rasa mood sorrow aku tu dah jauh aku tinggalkan..blur ke apa ke, aku malas nak pikir dah..

kalau nak ingatkan balik ntah berapa ratus video klip aku buat dah sepanjang hidup aku beberapa tahun lepas sejak aku start kerja dengan pelbagai jenis kerja before this..dalam mp3 penuh dengan lagu yang mellow, sedih dan sebagainya..tuntutan perasaan masa tu..

so..kesimpulannya, raya ni aku agak sedikit tenang walau tak sekaya dulu..ah, macam aku cakap tadi, kalau nak kaya raya bukak bisness sendiri la weyh..jangan kerja dengan orang berjawatan sementara dan gaji pakai hours..haha..

dan klakar juge bila aku terfikir balik yang last crush aku ended september tahun lepas..almost a year eh aku tak ada jiwa kacau?..

haha..



 
oh, ini ayam belanda yang sangat lazat untuk di santap di waktu berbuka..dia pelat..bila dia bukak mulut  langsung aku tak paham..bercakap pun laju semacam..dapatlah kau gelaran ayam belanda..amsyar nanti dah besar add fb ye, nanti 'kakak' tag amsyar..hahahaha...