Monday, September 19, 2011

lupa tak ada ubat..

malam ni aku tak boleh tidur..dan aku blame 100% pada old town white coffe yang aku telan sepanjang balik dari segamat ke kl malam tadi..tak..aku tak over dose..aku minum 1 tin je..balik rumah aku teguk 2 teguk old town white coffee hazelnut yang ada dalam peti ais yang tak habis jumaat hari tu..

kesannya, aku tak boleh tidur sampai sekarang..aku rasa efek kopi tu jugak yang buat jantunga ku ni berdebar tak tentu arah..aku nak saman syarikat kopi tu..dia mesti lebih letak bahan tak boleh tido dalam tin tu..aku takkan minum old town white coffee lagi kalau aku nak tidur malam..

sok aku kena g keje..kalau aku tak boleh tido sampai ke pagi, maksudnya sebelum pergi keje aku kena minum 2 jag air kopi untuk elakkan aku rasa ngantok..

bila aku tak boleh tido, macam macam aku pikir..ni semua salah kopi tu..

dalam banyak-banyak benda yang aku pikir, aku teringat benda yang aku  nak ingat tapi aku tak boleh ingat..

aKU ada tulis dalam satu entry ni, di mana aku langsung tak boleh ingat muka satu orang ni..sampai sekarang aku tak boleh nak recall muka dia macammana..so aku jejalan gi kat blog dia..blog yang dah setahun lebih tak di update..ada gambar sikit kat situ..aku usha..tengok..camtu rupanya muka dia..

pastu aku gi toilet..

aku jalan-jalan kat website lain..tiba tiba..aku rasa macam aku ada terlupa sesuatu..bukan aku lupa nak flush toilet..aku dah terlupakan lagi muka orang yang baru aku tengok tadi..baru je kejap..kejap sangat-sangat..aku ada masalah dengan otak ke?..serius..ke memori tu dah terflush sekali seiringan dengan tangan aku flush toilet tadi?

apa point ko cik ross dalam cerita sebegini?

aku kesal..ingatan aku sudah semakin merosot..apakah maksud ini semua..aku tak pernah hidapi penyakit lupa yang sebegini..ada ubat tak?

0 comments: