Tuesday, March 21, 2023

FIGHT FOR MY WAY (2017) - REVIEW-

Cerita ni aku simpan lama dah. Masa adik aku suruh aku tengok, aku pergi perlekehkan cerita ni dan taste dia. Sebab masa cerita ni baru keluar aku tengah gila dengan cerita misteri, penyiasatan, serious, dark, thriller, dan genre yang seangkatan dengannya. Memang tidaklah aku nak tengok cerita ringan-ringan comel-comel macam ni.
 

Lagi-lagi ada Park Seo Jun. The Park Seo Jun yang wataknya semua lebih kurang sama dan tipikal watak lelaki utama kdrama yang aku dah biasa tengok religiously seawal 2002. Pendedahan aku pada kdrama memang awal sebab aku ada kakak yang gila dengan Kang Jung Sang dan masa tu aku tak faham sungguh dengan cerita yang tak ada banyak dialog. Banyak termenung, merenung, dan monolog dalaman.

Berbalik pada cerita Fight My Way (FMY), punca utama aku tengok cerita ini adalah- tak lain tak bukan adalah kerana Park Seo Jun kita, Ha, tepuk!. Hari tu dia datang Malaysia sebab ada event Milo. Gigih abang yang hantar family dia pergi umrah ambil video fan Malaysia yang berlari berkejaran dekat air port untuk sambut dan lihat PSJ depan mata.

Kenapa tiba-tiba aku nak tengok cerita ni sedangkan cerita ni dah lama? Sebabnya aku ada tengok satu variety show ni, Na PD punya cerita. Diorang pergi buka restoran, masak-masak dan manage the restaurant. Paksojun terer gila masak. Dan, kalaulah personaliti dia masa variety show tu adalah lakonan, maksudnya dia adalah pelakon yang sangat hebat. Sebab pembawakan diri dia dalam variety tu, memang S class. Superb!

Sebab aku tengok cerita tu sebab PSJ, aku tak ada banyak nak cerita tentang cerita tu sendiri. Aku start sebab PSJ dan aku stay sebab PSJ dan Kim Ji Won. Aku memang suka dengan Song Ha Yoon sejak dia berlakon cerita Baby and Me (2008) dan kebanyakannya pelakon dalam FMW semuanya familiar faces dan aku suka lakonan ceritanya.

Dari segi writing ceritanya, ada part yang agak draggy yang buat aku terpaksa lajukan untuk beberapa babak sebab isu dan masalahnya boleh diselesaikan sepantas kilat. Tapi secara realistiknya, dalam dunia nyata memang begitu. Selalu saja ada masalah yang kita boleh nak selesaikan awal-awal oleh kedua-dua pihak, tapi kita memilih untuk delay sampailah semua orang yang terlibat dan melihat akan rasa frustrated gila-gila dan bila dah membuak rasanya dan tak termampu nak ditahan lagi barulah nak meletup dan ambil keputusan yang sepatutnya dah lama dibuat tanpa perlu nak sakitkan hati banyak pihak at the first place.

Relatable sangat situasi itu, dan adalah moral dekat situ. Ni aku cerita part second couple, sebab isu second couple ni memang menarik perhatian aku pada awal-awal cerita ni. The ordinary couple yang selalu aku jumpa kat real life, dan masalah pun lebih kurang sama, cuma pendekatan yang berbeza untuk selesaikan masalah tu.

Aku suka cerita ni sebab ia berkisarkan tentang orang kebanyakan yang ada impian dan bakat masing-masing. Yang sentiasa berharap dan ada keinginan. Mungkin nak dapatkan efek dramatik, diorang gunakan konsep sepuluh tahun barulah watak-watak utama ni nak jejak balik impian masing-masing dan usaha ke arah tersebut.

Aku suka dengan plot dan jalan cerita yang disampaikan. Langsung tak bosan dan buat aku nak tahu apa cerita di sebalik cerita. Ada teka teki juga, dia ni siapa, apa relationship dia dengan dia ni, dan buat kita berfikir. Tidaklah kita menerima saja apa yang disuapkan oleh the writer dan the director.

Aku tak boleh nak benci watak yang jahat - Kim Tak Su  sebab aku suka pelakon dia (Kim Gun Woo). Haha, pak cik ni aku jumpa dia dekat The Glory (2022), pun watak dia sebagai si jahat yang annoying yang desperate.  Satu lagi watak annoying yang desperate, Park Hye Ran (Lee Elijah) yang aku tak boleh nak benci, sebab dia cantik gila dan berjaya dalam karier yang dia ceburi. Aku teringin nak tengok spin off kisah dia kejar cita-cita dia dan at the same time dia ada safe place dekat hati Ko Dong Man (PSJ).

Lagi satu spin off yang aku nak tengok adalah kehidupan Namil dekat Jepun dengan mak dia. Macam mana dia boleh ada dekat Jepun sorang-sorang, stray away dari kehidupan yang normal, macam mana dia jumpa jalan yang benar. Itu pun menarik juga. Tak payah nak buat drama panjang-panjang. Drama dua episod pun cukup dah. Banyak watak menarik dalam cerita ni yang kita boleh kembangkan untuk buat spin off.

Aku macam malas nak sentuh sangat tentang main couple, sebab diorang comel gila nak mati- letih pipi aku ni nak sengeh je bila tengok diorang. Acting diorang sangat natural dan tak rasa cringe, cheezy dan sebagainya. 

Cerita ni pun ada juga air mata yang mengalir. Boleh jadi penat nak sambung semula. Aku kan kalau dah start berjuraian air mata, mata boleh jadi bengkak dan sakit dan pedih dan terpaksa rehatkan mata (read: tidur). 

Ada Choi Woo Shik & Kwak Dong Yeon juga dalam cerita ni. Banyak pelakon yang aku suka tengok ada dekat dalam ni. Dan kerana itu jugaklah aku boleh berjaya habiskan cerita ni dalam masa 2 hari saja. Hahaha (ketawa bangga).

By the way bulan puasa dah dekat sangat. Barang pun aku cuma sempat beli telur je satu papan. Nak keluar cari barang tak boleh lagi sebab tengah kuarantin Covid positif untuk kali kedua. Jadinya aku terbuka shopee dan aku terbeli milo yang dapat free bag paksojun. Dua bungkus aku beli sebab aku nak dapat free 2 bag walaupun tak ada muka dia dekat situ. Haha.

Nah, poster cerita untuk mencantikkan post ini.

Poster ni comel gila. Feeling-feeling baca manga.




Sekian.