Tuesday, December 27, 2011

sambungan dari karangan aku yang lepas..

..

Akhirnya setelah pening-pening kepala berputar berfikir, keputusan di ambil. Gathering bakal berlangsung. Tujuan, untuk meminta pendapat akan segala persoalan yang bermain di kepala. Apa pro dan kontranya sesuatu perkara itu sebelum aku membuat keputusan.

Bila bersama rakan lain, yang semuanya sama jantina dengan aku itu, terasa tenang seketika. Masing-masing ada sesuatu ingin di bincangkan katanya. Kiranya memang tepatlah timing untuk kami semua bertemu di waktu ini.

Seorang demi seorang mengutarakan masalah masing-masing. Aneh..

Sesampai saja di giliran aku, agak teragak-agak pula untuk aku bercerita. Seandainya aku turut bercerita, ini bermakna masuk 4 kali siaran ulangan berlangsung.

Aneh semua seperti mempunyai masalah yang sama.

Kami semua berpandangan antara satu sama lain.

Betul. Benar. Dan tepat sekali. Kami semua kena troll.

Si dia yang selama ni buat aku kusut, rupanya turut mengusutkan empat lagi kawan aku yang lain. Dia juga turut mengakui hakikat tersebut. Gurauan semata katanya.

Kau, memang biadap! Kalau iyapun 4 orang cukuplah. Buat cukup-cukup kuota. Ini sampai lima orang dia buat. Aku sumpah anak kau nanti kerja doktor, tak pun engineer. Paling teruk kerja call center.

Huh! Tak nak kawan dah.

Friday, December 23, 2011

aku dan dia sama seperti aku dan rakan yang lain. Sama-sama mengejar mimpi. Sama-sama berlari mengejar pelangi.

Dia, habis saja belajar terus ditawarkan dengan kerja yang berkedudukan hebat dan gaji yang lumayan sedangkan aku masih lagi sibuk menghantar resume ke setiap syarikat. Tatkala aku masih lagi belum stabil dengan kehidupan baru, dia sudah mampu berkereta mewah, duduk di rumah atas nama sendiri.

Dan tatkala aku baru berjaya memiliki tayar dua sebagai satu kebanggaan, dia sudah mula meneruskan langkah baru yang lebih besar. Bekerja di luar negara yang menawarkan kehidupan yang lebih sempurna. Sedangkan aku masih lagi terkebil-kebil di sini menunggu rezeki yang belum kunjung tiba.

Aku dan dia tidak serapat mana. Bergaul atas dasar kawan kepada kawan kawan-kawan. Aku perempuan, dia lelaki. Namun setiap kali kami berbicara aku terasa dekat. Perasaan itu aneh. Aku perempuan, dan dia lelaki. Tapi kenapa aku sering menganggap dia seperti seorang kawan perempuan?

Dia langsung tak ada rupa seperti perempuan, fizikal, suara- jauh sekali. Tapi perasaan yang dia beri, umpama seorang yang sama dengan jantina dengan aku. Sama seperti apa yang aku rasa terhadap rakan perempuan lain.

Dan sebelum dia pergi, katanya, dia mahu membawa aku pergi bersama. Bukan sebagai kawan biasa. Namun sebagai seseorang yang punyai ikatan yang sah disisi dia.

...

Dia..aku tahu dia tak pernah menaruh perasaan terhadap aku. Dan aku pasti dia juga tahu aku juga begitu. Katanya atas dasar kelangsungan hidup. Dia tahu aku tak punya sesiapa, dia juga begitu. Jelasnya kita akan saling memerlukan bila di sana. Aku bantu dia, dia bantu aku. Sewaktu saling membantu itu, mungkin akan tercetus satu perasaan lain.

Aku..Hati terasa sakit yang amat. Pedih dan luka. Beginikah kisah aku. Saat itu aku menyesali perbuatan lalu. Kalau lah ku tahu realiti seperti ini, takkan aku sanggup mengorbankan tidur malamku untuk membaca novel-novel cinta sewaktu usia remaja ku dulu.

Aku terlalu terbuai dengan kisah cinta dalam watak-watak novel itu, membuatkan aku turut menginginkan putera atau bidadara dari syurga menjemput aku masuk ke alam khayalan milik kami berdua.

Alangkah bagusnya andai yang kubaca satu masa dulu hanyalah buku-buku ilmiah. Maka perasaan aku bebas dari sebarang harapan kisah cinta yang terlalu indah. Aku patut mengajar diri aku untuk menerima takdir, dari mengharapkan takdir.

Dia, lelaki yang bukan aku harapkan, punya wang dan harta, punya peribadi yang molek, namun memberikan perasaan seperti seorang rakan perempuan yang lain, adakah mungkin perlu aku ubah perasaan itu menjadi sebaliknya?

Ataupun aku harus terus berada disini, bersama masa depan yang tak pasti, mengharap pada yang tidak tentu, yang jauh lebih kurang dari dia yang menginginkan ku.

Bodohkah aku andai ingin mencari yang sebenarnya cinta, yang membuatkan hati berdebar sejuta rasa setiap kali bersama, yang mampu mengeluarkan diri aku yang lain dari diri aku sendiri setiap kali disisi, dan yang berjaya membuatkan hati berbunga-bunga walau tiada di sisi?

Bagi ibu yang terlalu risaukan anaknya yang padanya sudah lanjut usia ini, disuruhnya menyambut harapan dia. Ibu selalu persoalkan, untuk siapa harus aku tunggu lagi, sudah sampai masanya, satu peluang yang baik. Nampaknya ibu sanggup berjauhan dengan aku asalkan ada seseorang yang menjagaku.

Aku..

Aku...

Aku blurrr...

blur yang amat...tatau nak buat ending apa..

aku puas ati..bukan aku sorang je GAGAL..menunjukkan aku tak bengap tahap dewata raya..hahaha...yang bijak-bijak pun tak berjaya..(statement pujuk hati)..

sekian..

Saturday, December 10, 2011

baru aku perasan..bila aku recall balik, setiap kali aku bercerita aku akan miss out important point..jalan cerita semua ada..penghayatan ada, cuma point penting yang akan bagi special effect pada sesuatu cerita tu aku akan tertinggal..dengan kata lain, sengaja tinggal..

ambil contoh..

contohnya kucing hilang..aku cerita balik macammana aku jumpa kucing tu..macam mana aku panjat tangga dari tingkat satu sampai tingkat 5,pusing keliling floor sambil menyeru nama kucing tu...cari-cari dan cari..akhirnya aku jumpa dia kat certain location..aku cerita kat mana aku jumpa, macam mana keadaan kucing tu, reaksi muka kucing tu, dan sebagainya..

lepas tu aku cerita, aku terus mandikan kucing tu, macam mana keadaan kucing tu, ada luka ke, apa dia buat lepas mandi dan sebagainya...lepas tu habis...

tapi aku tak cerita macammana keadaan aku masa tengah cari kucing tu macam mana..aku tak cerita apa perasaan aku bila jumpa dia balik..aku tak cerita betapa koreanya air mata aku berjurai bila aku strat jumpa budak kucing tu sampai lah selesai kucing tu mandi dan terus tertidur...aku tertinggal point tu untuk di cerita kan...

itu contoh je..

sebab bila aku recall balik..setiap cerita yang aku ceritakan, mesti ada satu point paling penting untuk di sampaikan kepada orang yang mendengar dah tertinggal..akibatnya, pendengar tu cuma faham satu cerita je..on the other side, kalau aku tambah point tu dia akan jadi satu konflik lain pulak..aku cuma ceritakan proses..tapi dari sudut perasaan akan tertinggal secara automatik...

maksudnya aku bukan pencerita yang baik...hurm..bukan aku sengaja..sebab aku dah terbiasa jadi pendengar yang baik, aku dah lupa macam mana nak jadi pencerita yang baik...ah..kerugian di situ....

Wednesday, December 7, 2011

avoiding mission failed..

tepis tepis dan tepis..
kalau gagal menepis, bertahan..
kalau gagal bertahan, u die!

gladly i'm not..

hahah!

mimpi potong kuku semalam..mimpi menyapa orang semalam..tak..aku tak buang tebiat..aku bukan nak cerita details mimpi aku..aku bukan nak suruh orang tafsir mimpi aku..semua details tu ada dalam kepala aku..semua tafsir mimpi tu aku tak perlu langsung..aku cuma nak bila aku terbaca balik post aku yang ngarut ni, aku akan ingat balik perasaan dalam mimpi tu..

dan ironinya, bila berhadapan dengan mimpi bersama si pemotong kuku walau telah cuba di avoid untuk ke sekian kalinya..ironi, ironi...

wah, kiwi kuning.lazatnya..si pemotong buah dah potong..nyummy2...