Friday, February 26, 2010

~

semalam rasa sakit hati yang amat sangat..aku sendiri pun tak faham kenapa aku terlalu emosi sampaikan kepala otak aku ni tak boleh nak fikir straight..biasalah, bila dah marah ada je satu pihak ni yang suruh aku pikir yang bukan-bukan..

aku end up bercerita kat qila dengan air mata yang berlinangan dan suara yang nak tak nak keluar dari peti suara ni..bunyi pun sengau semacam sebab hidung tersumbat..

punca?..kalau aku cakap aku geram kat mak aku, mesti korang akan cakap, tak baik, tak elok..dan blablabla..sebab aku sendiri pun tau semua benda tu..sebab aku gak slalu bagi advise kat memember aku yang ada problem ngan parents dorang..tapi bila diri sendiri ada kat tempat tu- advise la guna ayat terror mana pun, memang tak jalan..

bila dah geram, jadi marah..bila dah marah mula la nak pikir yang bukan-bukan..bila dah pikir bukan-bukan, gila la sekejap..walhal isi cerita kemarahan aku tu bukan terjadi kat aku pun..even bukan kat aku, tapi bila kau dah sayang yang amat kat orang yang kau sayang tu, and then dia dilukai, sama la seperti kau dilukai..betul tak?

itu la yang aku rasa..simple je benda ni sebenarnya..tapi kalau benda yang simple tu dah bertakung lama dalam hati..ditambah dengan benda simple yang lain bertalu-talu, mana tak berat perasaan..

pagi-pagi bukak mata, tengok muka kat cermin mata dah serupa alien..umpama baru lepas completekan tengok stairway to heaven dari cd 1-16..tekak pun rasa haus semacam..kurang air dalam badan la tu..

then tetiba air mata ni nak menitis balik bila baca entry junior aku citer pasal tukang sapu..

even parents aku cuma jadi tukang sapu kat rumah dia je, but still hati aku tersentuh bila aku baca entry dia kali tu..slama ni entry dia penuh dengan pandangan tentang aktiviti seharian dia jek..sangat terkesan la kat hati aku..

ye..apa-apa pun, parent tetap parent..hormat tetap kena hormat..sayang memang kena sayang..marah mana pun kita kat dia, tanpa mereka siapalah kita..kan?..telan kan saja apa yang mereka kata..kalau tak mampu nak beri apa yang diorang nak, suruh diorang sabar..rezeki kan kat tangan tuhan..semua kerja tuhan...nak percepatkan ke nak awal kan ke, segalanya berbalik pada yang satu tu...

sudah lah sudah..aku lebih tenang kini...

Sunday, February 21, 2010

hehe..

terbaca balik assignment psiko aku 3 tahun yang lepas..terjumpa masa aku godeh2 pc aku aritu..huhu..cam klaka plak bila baca balik..kalau korang lecturer aku brape korang nak bagi grade kat aku???

22 September 2007
       Hari ini adalah hari Sabtu bersamaan dengan 10 Ramadhan 1426. Pada hari ini sepatutnya adalah hari cuti bagi saya dan rakan-rakan yang lain. Ini berikutan dengan Latihan Mingguan Ko-kurikulum yang sudah berakhir sebaik saja masuk bulan puasa.
Namun kami dikejutkan dengan perkhabaran bahawa akan diadakan pemeriksaan bilik oleh senior-senior kami. Pada mulanya kami memberontak kerana merasakan perkara ini tidak adil buat kami. Namun kami terpaksa akur akan arahan dari senior kami itu. Perlakuan ini dikenal pasti sebagai keakuran kepada otoriti iaitu merujuk kepada proses di mana individu akan mengikut arahan seseorang yang bersifat autoritif.
Sejak pagi lagi kami mula berkemas, menghilangkan segala habuk dan sawang-sawang yang melekat di dinding dan lelangit. Kami percaya, dengan melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan menjadikan bilik kami bersih, kami akan mendapat pujian dari senior kami. Sekurang-kurangnya usaha kami dihargai. Ini adalah berdasarkan teori Perkembangan Moral Kohlberg pada peringkat satu iaitu berorientasikan ganjaran. Jika kami melakukan sesuatu perkara dengan baik maka kami akan mendapat ganjaran. Begitu juga dengan sebaliknya.
         Sebaik selesai bilik diperiksa, kami diarah untuk turun berkumpul di belakang Kafe Indah, iaitu tepat jam 11 malam. Tujuan kami berkumpul adalah untuk memeriksa kehadiran anggota kami yang hadir dan melakukan aktiviti ini. Namun malangnya terdapat beberapa orang rakan kami yang tidak turun berkumpul tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Perasaan tidak puas hati bersarang dalam hati kami ketika itu kerana dengan sengajanya salah seorang dari rakan kami, Sti, yang tidak hadir pada malam itu telah menyalahgunakan hubungan rapatnya dengan senior kami sebagai alat untuk melepaskan diri dari aktiviti ini. Akibatnya kami telah di beri hukuman akibat perbuatan rakan kami itu.
          Sebaik tamat perjumpaan itu saya dan beberapa rakan lain bersemuka dengan Siti. Keadaan menjadi tidak terkawal kerana berlandaskan emosi, kami telah memarahi Siti dengan teruk. Siti langsung tidak boleh menerima hakikat bahawa dirinya bersalah. Pada ketika itu kami seperti sudah hilang kawalan. Kawalan adalah tahap sejauh mana kita boleh menghalang atau mendorong sesuatu kejadian. Dalam hal ini kami tidak mampu untuk menghalang diri kami dari terus memarahi Siti. Namun akhirnya Siti telah meminta maaf atas kesalahan dirinya beberapa hari kemudian. Dan atas dasar persahabatan kami telah memaafkan kesalahannya itu. Perkara ini telah menjadi pengajaran buat Siti.
 
26 September 2007
        Sejak semalam lagi saya tidak boleh melelapkan mata saya. Pada hari ini saya dan kumpulan saya akan mempersembahkan pembentangan SHE 101 iaitu Hubungan Etnik kepada penasihat akaedemik kami. Dalam tempoh beberapa hari ini saya tidak mampu tidur dengan sempurna kerana kerisauan mengenai pembentangan tersebut. Saya selalu terfikirkan bagaimanakah akibatnya jika tiba-tiba saya tiada suara pada hari ini atau tiba-tiba saya terjatuh ketika sedang melakukan pembentangan kelak. Apa yang saya lalui ini adalah merupakan kecelaruan Anziati. Kecelaruan Anziati ialah merupakan reaksi biasa terhadap ketegangan.
Semakin lama saya berada dalam keadaan ini telah menyebabkan saya mengalami stress. Saya sukar untuk menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja lain dan sukar untuk menyusun pemikiran secara logik.                  
      Walaupun ketika tu saya sedang berbual dengan teman sebilik saya, saya masih memikirkan mengenai pembentangan tersebut dan tidak menumpukan sepenuh perhatian mengenai perkara yang dikatakan oleh rakan saya itu.
            Pada saat-saat pembentangan akhirnya saya telah mengalami serangan panik. Serangan panik adalah episod perasaan takut dan risau yang amat teruk. Benar, saya terlalu risaukan bagaimana prestasi saya apabila membentangkan topik itu kelak. Ketika rakan saya yang lain membentangkan bahagian masing-masing, saya dapat rasakan degupan jantung saya yang pantas, badan saya berpeluh-peluh dan yang paling teruk adalah saya terasa seperti hendak pitam dan mengalami kesukaran bernafas. Ini merupakan tanda-tanda serangan panik.
       Saya mengambil keputusan untuk bertenang. Saya cuba merelekskan diri dan akhirnya saya berjaya melalui saat-saat pembentangan itu dengan baik. Selain itu cara yang baik untuk mengurus stress adalah dengan melakukan senaman dan bermeditasi.

4 Oktober 2007
        Sebaik saja bersolat fardhu Subuh, saya terus memanjat katil untuk meneruskan tidur. Kelas saya pada hari ni bermula jam 11 pagi. Jadi masih ada banyak masa untuk saya bersiap nanti. Saya tahu perbuatan saya ini tidak elok. Kalau diketahui ibu saya di kampung pasti saya dileterinya. Saya teringat, ibu akan memarahi saya setap kali saya bercadang untuk tidur semula selepas mengerjakan solat Subuh. Katanya rezeki tdak masuk. Ingatan ini adalah berdasarkan ingatan jangka masa panjang. Ingatan saya itu juga dikenal pasti sebagai ingatan eksplisit iaitu melibatkan ingatan tentang peristiwa tertentu dalam konteks masa dan tempat.
      Tak tunggu lama, saya terus melelapkan mata saya. Saya sangat mengantuk, apatah lagi malam tadi saya masuk tidur jam 3 pagi lebih berikutan mengulangkaji untuk ujian pada petang ini. Dorongan untuk tidur ini dipengaruhi oleh dorongan tidurhomeostatik iaitu proses fiziologi yang cuba memastikan tidur mencukupi untuk berfungsi.
        Sebaik saya terjaga iaitu kira-kira jam 8.30 pagi, ketika itu sinar cahaya matahari telah menerobos masuk melalui tingkap bilik yang sentiasa dibiarkan terbuka. Proses ini menyebabkan saya sedar pada waktu tertentu iaitu dengan adanya cahaya.
        Saya sempat termenung di birai katil saya sebelum saya turun dari katil. Saya cuba mengingat semula mimpi saya sebentar tadi. Saya bermimpikan sesuatu yang aneh dan pelik. Jika difikir semula sememangnya mimpi itu tidak logik. Namun saya dapat mengingati mimpi tersebut dengan jelas. Saya bermimpikan saya hidup di kawasan pergunungan dan bekerja sebagai penggembala kambing biri-biri. Namun hairannya di dalam mimpi tersebut, saya tetap menjalani kehidupan normal saya sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia. Saya hanya akan bekerja sebagai penggembala kambing biri-biri sebaik kuliah saya tamat setiap hari.   
           Kemudian saya tersedar dari mimpi.
         Setelah difikirkan semula, perkara yang saya alami sebentar tadi ialah mimpi dan saya terjaga pada fasa REM iaitu Rapid Eye Movement. Jika saya terjaga pada fasa NREM iaitu Non Rapid Eye Movement, saya pasti sukar untuk mengingati mimpi tersebut. Mimpi yang selalu terjadi pada fasa NREM ialah mimpi dalam bentuk biasa. Saya juga tidak akan dapat mengingati mimpi saya sekiranya saya tidak terjaga ketika saya sedang bermimpi.
          Secara realitinya saya sangat tidak sukakan kambing biri-biri. Ini adalah kerana pada masa saya kecil dahulu saya pernah disondol oleh kambing biri-biri dan perkara ini telah menjadikan saya fobia untuk mendekati kambing biri-biri walaupun saya sudah meningkat dewasa sekarang. Fobia adalah mempunyai ketakutan yang amat sangat terhadap objek tertentu yang biasanya tidak ditakuti oleh orang lain. Walaupun saya sedar bahawa ketakutan yang saya alami itu adalah tidak rasional, namun saya sukar untuk mengawalnya. Saya pasti akan melarikan diri sebaik ternampak kambing biri-biri walaupun kedudukan haiwan itu berada jauh dari saya.
          Saya cuba untuk menggagahkan diri saya supaya terus bangun dan tidak menyambung semula tidur. Saya memotivasikan diri saya agar saya pergi ke kuliah hari ini kerana ini adalah kuliah terakhir saya untuk subjek LKM 400. Saya mesti tegar kerana jika saya tidak ke kelas saya akan ketinggalan.Motivasi adalah satu keadaan yang mengaktifkan dan menentukan arah tingkahlaku. Akhirnya saya berjaya memotivasikan diri saya dan mengucapkan selamat tinggal kepada katil saya pada hari ini.

all the right move~

All The Right Moves Lyrics - OneRepublic

All the right friends in all the right places
So yeah, we're going down
They got all the right moves in all the right places
So yeah, we're going down

Let's paint the picture of the perfect place
They got it better than what anyone's told you
There'll be the king of hearts
and you're the queen of spades
And we'll fight for you like we were your soldiers
I know we got it good, but they got it made
And the grass is getting greener each day
I know things are looking up
but soon they'll take us down
Before anybody's knowing our name

They got all the right friends in all the right places
So yeah, we're going down
They got all the right moves in all the right places
So yeah, we're going down

Said everybody knows
Everybody knows where we're going
Yeah, we're going down
Said everybody knows
Everybody knows where we're going
Yeah, we're going down

Do you think I'm special, do you think I'm nice
Am I bright enough to shine in your spaces
Between the noise you hear and the sound you like
Are we just sinking in the ocean of faces
It can't be possible, the rain can fall
Only when it's over our heads
The sun is shining everyday but its far away
Over the world they said, they got

They got all the right friends in all the right places
So yeah, we're going down
They got all the right moves in all the right places
So yeah, we're going down

Said everybody knows
Everybody knows where we're going
Yeah, we're going down
Said everybody knows
Everybody knows where we're going
Yeah, we're going down
(going down .. going down ...)

It don't matter what you see
I know I could never be
Someone that'll look like you
It don't matter what you say
I know I could never face
Someone that can sound like you

All the right friends in all the right places
So yeah, we're going down
They got all the right moves in all the right places
So yeah, we're going down

All the right friends in all the right places
So yeah, we're going down
They got all the right moves in
All the right places
So yeah, we're going down

Said everybody knows
Everybody knows where we're going
Yeah, we're going down
Said everybody knows
Everybody knows where we're going
Yeah, we're going down

Yeah, we're going down
Yeah, we're going down
All the right moves, hey
Yeah, we're going down
All the right moves, hey
Yeah, we're going down 
 
copy lagu ni dari cik has sebab super duper malas nak search lyrics dia..bley kan?..huhu...
 
to be honest lagu ni adalah lagu yang aku suke giler since aku dengar lagu ni kat fly fm..masa tu on the way balik dari stamford college ke cheras..(e eh, aku xcerita lagi eh perkembangan terbaru aku?..later yerk kalao ader masa..huhu)..
sambung balik..masa tu dalam lrt and kat luar sana tu baru je lepas hujan..dengan lagu ni berkumandang kat telinga, mata memandang ke arah kawasan area pj, di ulangi lepas hujan, perasaan yang lembab (wet) tu menusuk dalam kalbu..

aku percaya ramai yang tak berapa nak paham ngan metaphore yang aku guna ni..perasaan lepas hujan, bila suasana sejuk, and matahari try nak memancarkan cahayanya semula dan bagi perasaan warm kat makhluk kat bumi ni..kira pertukaran suhu dari sejuk ke panas..dan pertukaran mood dari gloom ke sunny..hah!..aku percaya ramai jugak yang malas nak paham ngan apa yang aku tulis ni..

but, never mind..kadang-kadang aku sendiri pun payah nak paham apa yang aku tulis ni..huhu..senang cakap- aku sangat-sangat sentimental adanya..huhu..
 
lagu ni memang besh..dengar beribu kali pun xde rasa bosan..macam lagu here without you - 3 doors down tu..bagi aku la..
huhu..merapu je aku ni..ok la..

orait..wish me luck untuk forum sok..agaga..skrip segala bagai x hafal lagi..huhu...


Monday, February 15, 2010

happy pengantin baru..

 selamat pengantin baru...



Entry kali ni ditujukan khas buat sahabat baik aku masa sekolah rendah dulu, Arnizah Arbai yang melangsungkan perkahwinan dia minggu lepas..agak terkilan sebab tak dapat attend wedding dia disebabkan ada komitmen lain..terkilan sebab dia sendiri datang rumah untuk bagi kad kahwin dia, dan bila tak berjaya jumpa aku, dia siap call suruh datang..bukanya aku tak nak datang, keadaan tak mengizinkan la dear..
 
aku rapat dengan minah ni start dari darjah...errr..darjah berapa yerk??..aku pun dah tak berapa nak hengat sangat..tapi kitorang memang dah kamceng giler masa darjah 6 dulu..gi skolah sama2, balik sekolah sama2, kadang-kadang waktu cuti sekolah pun lepak sama-sama..entah amenda yang kitorang buat masa lepak sama-sama tu pun aku dah tak ingat dah..lama punya kenangan..

yang buat aku makin rapat dengan dia adalah kerana kitorang duduk seblah-menyebelah masa sekolah agama dulu..rumah pun tak jauh..so senanglah komunikasi berlaku..

so, dengan tamatnya zaman bujang dia, maka prediction kami 11 tahun  yang lepas jadi kenyataan..dulu kitorang 4 orang member kamceng..aku,ika,arnizah ngan yayang..slalulah lepak sama-sama, berangankan masa depan..cerita kat beranda rumah arnizah, sambil membayangkan apa yang akan jadi pada kitorang pada masa depan, berkongsi impian dan cita-cita dan sebagainya..

bila tiba soal jodoh, (jangan memain, bebudak darjah 6 yang tak habis upsr pun dah sibuk cerita pasal jodoh..huhu), kitorang buat giliran..siapa yang akan kahwin dulu..so selepas perbincangan hangat tamat, we come out with the decision..

orang yang pertama akan kahwin adalah arnizah, diikuti dengan ika, pastu yayang dan yang last sekali aku. aku pun tak tau kenapa aku dapat last skali..huhu..jangan tak kawin sudah...kitorang gelak-gelak masa tu..sebab tersedar, apa yang kitorang bincangkan tu adalah terlalu awal untuk kami bincangkan..

11 tahun kemudian, prediction kami menjadi kenyataan..arnizah berjaya menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati dia..lelaki sekampung juga..huhu..moga berbahagia hingga ke akhir hayat k..

alahai, masih lagi rasa bersalah sebab x datang dia kahwin..jalan-jalan kat facebook bebudak ni..so jumpa la gambar2 ni..

  
 kahwin gak lepas beberapa tahun couple..

  
 kenduri sebelah perempuan..

 
 usah ditanya, aku pun tak tau apa atas kepala dia..huhu...

apa-apa pun selamat pengantin baru buat arnizah dan omar..walaupun dia dah nampak chubby berbanding dulu dia tetap cute..takpe, chubby tanda kebahagiaan..

Sunday, February 7, 2010

kosong..

rasa kosong..
hati rasa kosong, jiwa rasa kosong, otak rasa kosong, fikiran rasa kosong, minda rasa kosong, segalanya bagai terasa kosong..

tiada apa..

adakah penawarnya?

rasa ni sukar ditafsir..cuma orang yang pernah rasa akan berjaya menyelami perasaan ni..buatlah apa pun, fikirlah apa-apa pun, berbual-buallah dengan sesiapa pun, rasa tu tak kan meninggalkan kita pergi..kenapa?..dari mana datangnya perasaan yang sebegini?..hati? jiwa? otak? fikiran? minda?..

dan buat sekian kalinya aku mengeluh lagi..keluhan demi keluhan keluar dari mulut ni..entahlah..pelbagai ayat penyedap rasa keluar dari otak, untuk menyedapkan rasa hati..masih tak berjaya..kenapa yerr?..

sekali lagi..adakah penawarnya?