Monday, May 13, 2013

Aku boleh ralit tengok rerumput dan dedaun yang ditiup angin kat bawah sinaran matahari terik.

Itu satu addiction. Dari kecil lagi memang seronok tengok panorama dan suasana tu. Orang lain tengok nampak macam tengah trmenung. Memang termenung kot sebab tak fikirkan apa-apa masa tu. Satu ketenangan abadi kot.
Bila jaga kaunter- ralit tengok luar. Padahal dekat luar cuma ada pokok-pokok renek dan rumput-tumput panjang je. Tapi cantik. Bergoyang-goyang. Macam nampak dari arah mana datangnya angin tu.Kekadang ada butterfly sekali. Warna putih. Ke tu kupu kupu? Kupu-kupu terbang malah la..

Masa ajar iqra masa kat tadika dulu, pun ralit tengok luar. Kekadang ada burung-burung. Cari sisa-sisa makanan yang budak-budak buang merata. Comel juga yang itu. Sambil dengar bacaan Iqra, sambil semak bacaan, sambil menghayati alam.

Masa kat kaunter 7E dulu, memang selalu termenung pandang luar dari balik pintu kaca kedai tu. Bila matahari terik, keadaan makin cantik. Ada satu pokok lonely, bila kena tiup angin dia bergerak-gerak. tapi tak banyak yag dapat dipandang kat situ. Dalam kedai sejuk gila, bila kat luar panas membakar.

Masa kat Vads aku tak dapat nikmati suasana ni. Kerja dalam ofis, pandang komputer 8 jam tak henti, bercakap tak henti. Keluar ofis dah gelap. Selalu buat video klip sambil tunggu tren. Life itu sangat gelap.

Masa kat Scicom academy, hidup dalam keadaan yang sangat pura-pura. Pakai topeng lbih dari 6 inci. Tak ada kehidupan.

Masa study adalah sangat heaven. hari-hari pandang awan, pandang langit, pandang arah angin dari katil. Katil double decker, duduk sebelah tingkap. Sangat heaven. bila malam tengok lampu jalan yang berderet dekat jalan menyusur ke arah sungai. Rasa macam kat dunia lain.

Paling best bila kat rumah kat ka,pung. Bertenggek dekat pintu dapur je dah boleh dengan bunyi angin.

Tuesday, May 7, 2013

Entah.

Segumpal wang keras dari poket jeansnya di tarik keluar. Fokusnya pada not RM 50. 2 helai not RM 50 diasingkan. Selebihnya disumbat semula ke tempat asalnya. Wang kertas seratus ringgit itu diperkemaskan. Berlipat-lipat dan renyuk. Nampak tidak kemas.

Sehelai kertas yang dikoyak dari buku latihan dicapai. Wang tadi diletak diatas kertas tersebut dan dibalut kemas. Pada balutan kertas itu dia menulis,

"Encik Abah, tak seberapa, mungkin berguna."

Ditulisnya tarikh hari ini, 6 Mei 2013. Sehari selepas Pilihanraya Umum Malaysia ke 13. Jam didinding di kerling. 3. 50 pagi. Turut dicatat waktu itu di atas kertas yang kini bertukar menjadi sampul wang kertas itu.

Masanya sudah semakin hampir. Kakak dan adik-adiknya sudah pun bersiap. Selesai bersalaman dengan semua yang ada di rumah itu. Dia menghampiri abah yang sudah tidur semula selepas bersalaman dengan anaknya yang lain.

Dia terpanadangkan buku catatan abah yang menjadi teman bual abah. Diselitkan wang berbalut kertas itu pada muka surat hadapan yang separa lutsinar. Moga tidak hilang dan mudah dijumpai.

Abah dikejutkan, disalamnya, dan sempat dia berpesan supaya tidak menghilangkan kertas di buku catatan itu. Abah yang mamai seakan tidak mendengar. Memang separuh sedar.

2 hari kemudian.

Marah sungguh dia dengan perangai kucingnya yang semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba mesej abah masuk ke dalan telefon bimbit.

"Terima kasih. Kau bagi abah duit,"

Entah kenapa air matanya bergenang.

Entah.

Dan masih entah.

Duit mak dan abah banyak habis beli ubat yang di suggest oleh abang yang pertama. Bila dah makan ubat itu, mak enggan makan ubat hospital. Sakit mak makin menjadi-jadi. Abang pertama tak balik menjenguk selepas itu.

Dapur rumah kosong mungkin sebab itu.

Entah.