Thursday, April 19, 2018

hallo..

this is my first post..
hope can enjoy it welll...
nothing much to say right now but i really do feel excited about this blog...
see u next time...

Berakhir sebelum bermula.

Perlawanan bola jaring antara gabungan fakulti petang itu berakhir dengan kekalahan untuk team kami, which is sangat melegakan aku. Lega sebab dah tak ada game lepas ni. Penat dia lain macam, tapi seronok itu tetap ada. Dah lama sangat tak pegang bola, magisnya pasti sudah hilang.

Disebabkan netball juga aku tak pergi berlari petang mahu pun malam sebab terikat dengan training dan game pada petang hari. Kalau dulu, time stamina tengah power, badan tak berat sangat memang boleh sangat sambung lari lepas training mahu pun game.

Jadi, petang itu selepas menerima kekalahan dengan hati yang ringan aku dan kawan lari aku pun decide untuk lari di stadium saja. Nak lari di bukit confirm tak sempat. Maka dengan kaki sakit, pakai sport shoes orang lain, tanpa garmin tracker dan yang paling penting tanpa lagu untuk lari, aku pun gagahkan diri lari pusing stadium.

Serius boring. Pusing-pusing tempat yang sama. Dengan ramai orangnya, dengan ada yang training bolanya, lempar lempar, memang banyak betul benda nak tengok. Tapi mood memang dah ke laut, maka lari pun ala kadar saja.

Sampai dekat satu area ni, ada orang jerit, go go, sambil sebut nama aku. Kalau aku pakai earphone dengar lagu memang takkan dengar punyalah. Sekali aku tengok student phd fakulti aku tengah bagi semangat untuk aku lari. Aku pun, heiiiii, wah semangatnya aku jumpa orang yang aku kenal. Kenal pun sebab pernah join jadi pegawai pengiring student camping few years back.

Next two round, jumpa pula staf yang pernah train kitorang lari 4X100 m. Dia cakap, makin bulat kau aku tengok. Aku pun balas, sabar, sabar sikit masa je lagi nak kurus, sambil aku lari anak-anak dan semakin lama semakin perlahan.

Tiba-tiba aku rasa sakit hati yang teramat. Apa yang dia kata memang betul sangat. Tak salah lagi. Aku geram sebab apa pasallah susah sangat aku nak bagi kurus badan ni. Stress tau.

Beza betul dengan perasaan bila student tadi bagi semangat nak lari. Last-last aku berhenti lari sebab rasa penat sangat. Emosi dan fizikal. Tisu sungguh hatiku tatkala itu.

Sambil tunggu member aku lagi sorang tu lari, aku pun boraklah dengan member lagi sorang yang tak lari. Sambil dia dengan handphone dia. Rajin juga dia layan aku nak buat sit up bagai.

Ini semua penangan tak bawa earphone. Kalau tak, tak adalah aku frust sangat dengar sapaan manja staf tadi. Tapi kalau aku pakai earphone dan dengar lagu sewaktu berlari tadi tidaklah aku dengar sokongan moral dari student tadi, yang berjaya buat aku bersemangat dan sedikit berbunga hati ini. Yang mana dah terlalu lama tak rasa sensasi sebegitu.

Moralnya lepas ni tak payah lari dekat stadium lagi. Tak payah rasa apa-apa. Senang.





Tuesday, April 17, 2018

Stwess day.

Zaman blogging dah ditelan zaman. Dan sebab itu jugalah aku kembali ke sini. Tapi ada juga yang still view post aku. Aku tak tahu siapa, tapi pada siapa yang sudi membaca tu- wah banyaknya masa kau. Aku terharu.

Anyway.

Aku stress. Medium untuk aku lepaskan stress dah kembali kepada aktiviti mengetuk-ngetuk keyboard sambil kelihatan seperti sedang tekun bekerja di waktu bekerja. Ya, disebabkan aku stres di waktu kerja dan disebabkan oleh kerja maka aku tak ada idea lain untuk melampiaskan kestressan aku ke mana-mana setakat ini.

I'm done with stress eating. Aku gain more than 20 kg because of stress eating dan nak turunkan balik ke saiz asal susahnya bukan main.Rindu betul zaman-zaman orang panggil aku cikeding dulu.

Oh ya, stress pasal kerja.

Bukan isu besar tapi benda kecil yang ditimbulkan oleh orang yang aku tak gemar, maka dia jadi besarrrr betul dalam kepala otak aku ni.

Scene 1.

A: Terus terang saya cakap, saya malas betul nak buka attachment dekat email tu. Boleh tak kita tulis terus dekat bawah ke so that tak payah buka attachment?
Me: So nak buat karangan kat dalam emel? Telenovela? Cerpen? Cerjang? Novel?

Tidak. Aku tak jawab macam tu. Aku cuma mengiyakan sambil angguk kepala sambil dalam kepala aku dah fikir, kenapa aku kena cater untuk orang pemalas macam kau? Dan kau? Kenapa aku yang kena mudahkan kerja untuk orang yang mengaku malas nak buka attachment macam kau. Susah ya nak buka attachment?

Ye, aku tak faham kesukaran kau sebab aku memang bekerja guna PC, tidak secanggih orang lain yang boleh bekerja guna smart phone saja. Tapi come on la, yang tukang karang email tu nanti aku. Yang tukang hantar emailnya tu nanti aku juga. Pakai nama email aku. Bukan email engkau. Aku pun kerja bukan setahun dua, kenapa kau treat aku, suruh aku buat kerja tadika punya student boleh buat lagi elok?

Itu satu.

Nak benda siap cepat. Tapi kalau kau sendiri bagi input lambat, lepas tu aku bagi draf minta kau semak sampai kesudah tak ada respon. Alih-alih hujung minggu aku kau kacau suruh buat itu ini. Aku tak payah ada weekend ke? Kenapa etika kerja kau macam baru kerja seminggu dua tiba-tiba naik jawatan jadi CEO?

Aku stress sebab dia bukan bos aku. Aku faham dia baru, tapi kalau baru tu buat cara baru. Minta advice, tanya kalau tak tahu. Oh lupa, dia ada tanya ada minta advice tapi bila kita bagitau jawapan bagi advice tak nak terima pula. Nak buat cara dia sendiri. Lepas tu menyusahkan orang. Kalau guideline dengan SOP pun tak boleh beza payahlah gini.

Time tak ada kerja dulu sanggup je ye nak buat apa saja. Ni bila baru dapat kena buat kerja dengan orang mengarut sikit dah stress. Haha.

Kalau ikutkan ada banyak lagi scene yang aku nak ceritakan, tapi since stress aku dah makin kurang dan mood bawang aku dah makin jauh. Maka, good bye lah untuk hari ini. Sekian.