Saturday, April 26, 2014

after 8 months.

Sambil layan suara Kak Siti yang mendayu dayu, sambil telinga ni terkadang tertangkap bunyi guruh dekat luar, sambil tengah cari idea nak tulis tentang apa, sambil jeling-jeling 1.6 liter green tea tawar yang memanggil-manggil, sambil terkurung dalam ruang lingkup berwarna merah ni, sambil dengar bunyi spray perfume automatik yang baru pasang 2 hari lepas, sambil hidung terbau haruman perfume bertajuk 'air' keluaran brand Ambi Pur sambil aku tengok skrin komputer, dah pukul 3.54 petang.

8 bulan aku tinggalkan blog ni. Ada banyak benda yang berubah, banyak juga benda yang tak berubah. Aku tak kurus kurus jugak. Makin bertambah sihat adalah. Sampai kaki ni rasa mcam tak larat nak bawak badan. Bila naik tangga dah rasa mengah. Jalan jauh sikit boleh sakit lutut. Ok aku tipu. Minta dijauhkan.

It's 2014 now. dah nak masuk bulan 5 pun. Banyak benda dah jadi.

Aku masih lagi kerja kat tempat yang sama. 5 bulan lagi genap 2 tahun aku berkhidmat di sini. Sepanjang hidup aku, inilah kerja yang paling lama aku pernah bertahan. Aku suka tempat ni. Aku suka gaji aku. Aku suka orang sekeliling aku.

Hurm.. Apa yang berubah?

Tak banyak beza. Tapi semakin matang, makin pelupa, makin ignorant dan yang paling penting aku makin cinta pada diri aku sendiri.

Haha.

Makin banyak benda nak tulis makin blur nak tulis. How to start, what should I start with, etc etc etc.

Welcome back Cik Ross.

Good Luck Cik Ross in life.


Tuesday, April 22, 2014

22 April 2014.

I'm back.

Kembali selepas berpaling untuk keberapa kali entah. Scribble, Greatest Wingman, dan terbaru Queen Roxe. Tapi kesemua tu tak mampu nak tandingi LIFE aku yang satu ni. I always come back for you, 7 tahun kita bersama, banyak benda yang kita share bersama kat sini, walau banyak post yang aku dah revert to draft sebab terlalu personal untuk aku share to public.

Ini sekadar teaser. Aku nak kembali bersama dengan blog cabuk yang aku start dari zaman study aku ni. Aku nak kembali setia pada yang satu. Aku takkan berpaling pada yang lain. Aku nak publickan balik blog ni.

Bukan ada orang baca pun anyway.