Thursday, January 28, 2010

quick update..

ada dalam sepuluh minit untuk aku menaip dengan lajunya untuk entry kali ni..

xnak cakap banyak..its been very busy week..minggu yang aku harapkan menjanjikan sesuatu yang terbaik buat aku dan orang yang hidup disekeliling aku..dan aku harap sangat ada sinar harapan dan kejayaan after this..

detail tak boleh nak cerita lagi..simpan dulu..nanti terlepas kata, kena tahan lak..dengan sesiapa pun siapa peduli kan..

so skarang ni, apa yang boleh aku cakap kan ialah..

aku suka muse..album baru dah keluar..sesapa nak bagi aku?..sesapa?..oh..tinggal 9 minit lagi..

apa lagi mau bebel?sebenarnya masa dah suntuk sangat ni..xde masa nak main-main lagi ni..

huhu..muse me please..

-malam tadi dapat beautifull nighmare yang panjang..mana taknye..kol 9 dah tido..soknya bangun muka kembang setaman..aduyai..kena beguk rupanye..chess..

Tuesday, January 19, 2010

ari ni xnak update blog..xde apa nak citer..sorrow~

Friday, January 15, 2010

mari merapu..

minta maaf ye kalau ada yang terasa annoyed bila baca entry aku kali ni..yelah..sebab aku baru je terasa jengkel yang amat setelah membaca satu entry yang di post oleh seorang yang aku kenali ni..terasa macam nak muntah darah pun ada bila baca apa yang dia tulis..disebabkan tak nak mencemarkan kebersihan ruang rumah ni aku terus drag cursor pergi button pangkah kat page dia..tak habis baca pun, sebab dia sendiri kata kalau tak mau baca boleh tinggalkan page dia..dan aku akur...

tadi ada sorang member aku cakap ada sorang yang dia kenal ni baru clash dengan soerang lelaki yang berpangkat datuk..datuk kat sini adalah refer kepada orang yang kaya yang mempunyai sejumlah wang yang banyak dalam akaun dia..aku pun cakap, gi la usha dia..boleh support kau g pangkor nanti..

dengan nada menyampahnya (even dalam sms aku boleh sense tau), dia cakap dia tak nak kawan dengan orang kaya..sebab dia dulu ada kawan dengan anak orang kaya yang suka merendah-rendahkan orang miskin..dan sejak dari hari tu dia tak sukakan orang kaya..especially yang berlagak, sebab dia tau diri dia siapa..kalau tengok balik kawan aku ni bukanlah miskin pun..cuma tak sekaya kawan dia dulu tu je..

aku pun, ok fine..setiap orang ada pendapat yang tersendiri..manusia asalnya semua sama, cuma tempat dia berdiri je berbeza yang membuatkan dia berbeza antara satu sama lain..bukan salah sesiapa kita dilahirkan dalam mana-mana keluarga pun..bukan kita boleh pilih pun siapa ibu bapa kita, siapa keluarga kita..kalau kita miskin harta, kita mesti kaya dengan sesuatu yang lain..

positif la pulak..

aku sendiri pun tak tau apa yang aku nak sampaikan kat entry aku ni..memula ingat nak buat orang annoyyed dengan apa yang aku tulis..tak tau la sama ada aku berjaya tak buat korang annoyyed ngan aku..berjaya kah aku?..oh- sila bagi feedback yer..

lagi satu..ada satu persoalan yang dah lama dalam kepala otak ku ini..korang suka kerja yang gaji x banyak tapi korang enjoy masa buat kerja tu, or korang prefer kerja yang menjana pendapatan yang tinggi tapi cam x seronok sangat while melakukan kerja itu semua..

yang mana satu idaman hati?..boleh share?..ko ingat blog ko ni forum ke cik rosmaria?..dah la yang baca pun boleh dibilang dengan jari..tulis pun syok sendiri jek..pastu ada hati nak mintak pendapat orang...haha..

tak kisah la..sesapa yang nak komen memang di alukan..yang bagi kutuk hebat pun akan di baca, cuma soal aku nak publish ke tak nak je la nanti..hoho...

orait..jangan lupe komen~

Monday, January 11, 2010

few words to share..

bukan aku orangnya kalau sekadar nak tulis entry pendek seciput..tapi bila dah ada banyak sangat benda yang nak ditulis, perktaan berebut-rebut keluar dari otak ini, jari pula tak menyabar nak menaip, membuatkan lagi banyak tekan kekunci backspace dari kekunci huruf, ditambah dengan suasana cc yang macam 3 kelab malam yang membuka muzik berlainan bergabung menjadi satu, akhirnya aku terus hilang ayat..

lost..

mulanya niat di hati nak cc ni ada satu je..nak check e mail..tapi hampa dan luka lagi bila tengok inbox penuh dengan email karutan, email yang di tunggu tak kunjung tiba, sesat ke apa ke aku lagi la tak tau..di sebabkan dah janji kat diri sendiri tak nak pikir lebih lagi, aku pun tarik cursor pergi bukak tab baru..jalan-jalan kat facebook mula-mula..then baru singgah blog orang lain..

seronoknya bila tengok orang lain move on dengan hidup mereka..ada suka, ada duka, ada marah, gementar dan sebagainya..so colorfull..dan saat tu aku mula berfikir, tapi cepat-cepat otak aku block dari memikirkannya..orang banyak masa memang suka berfikir kan?..yang penting bila kita fikir kita susah, ada orang yang lebih susah dari kita, dan kita takkan pernah susah seorang diri..

seperti yang aku baca dari kisah en. megat yang menderita sebab buatan orang sehingga sekarang, hingga seluruh kehidupan dia terganggu, aku akan terus bertabah..masalah yang aku hadapi sekarang sangat kecil kalau nak bandingkan dengan apa yang dia alami...

dan sekarang aku masih lagi dalam tempoh menunggu..doa aku pada Tuhan, semoga segala urusan dipermudah..moga rezekiku terbuka luas dan dengan berbekalkan sisa-sisa semangat yang ada aku akan terus tunggu..hingglah satu masa, bila aku perlu bergerak kembali..moga dapatlah apa yang di harapkan...

sebelum gegndang telinga aku jadi kurang kenyal, ada baiknya aku melangkah pergi dari cc ni..balik, duduk depan tv, memikirkan jalan cerita seterusnya sehingga jam 12 malam, kembali ke bilik, dan sambung menulis..dan masa tu tak ada keyboard untuk di ketuk..cuma pen dan kertas peneman sejati aku..

salam..

Wednesday, January 6, 2010

chenta tasik biawak~

    Hari-hari pun jogging. Hari-hari juga berlari. Selain sihat tubuh badan boleh turunkan berat badan. Oh~ badan ni pun sudah mula ditumbuhi lemak-lemak. Bahana makan malam lah ni. Haha..selain itu hari-hari pun boleh cuci mata di tasik.
    "Jogging ke? Happynye?" entah dari mana datangnya Dira, tiba-tiba suaranya kedengaran. Oh, di atas katil rupanya. Baru bangun tidur. Biasalah, katil double decker. Ada tak ada orang bukannya perasan.
    "Iye. Mau ikot?" soal Emily pula sambil menyumbat earphone mp3 ke telinga.
    "Ada training futsal jap lagi. Eyh, team kitorang tak ada reserve player la. Takut kalau ada yang injured karang tak ada back up. Kau nak join? Kau tau mainkan?," soal Dira. Matanya digenyeh bersungguh. Dia tahu emily memang pandai bermain banyak jenis sukan. Cuma sekarang minatnya lebih terarah pada berjogging.
    "Setakat reserve tak nak la aku. Mana glemer. Hehe, aku gerak dulu" balas Emily. Dia sudah berada di depan pintu. Menyarung kasut sukannya. Dan terus melambai selamat tinggal keepada Dira.
    "Iyelah.." balas Dira sambil membalas lambaian Emily. Dia menguap dan terus turun dari katil. Kalau bukan match futsal itu hujung minggu ini dab hari ini tiada training, harus saja dia membuta hingga ke Maghrib.                       
                                         
                                                                   ********
    Emily jalan melenggang senang. Udara petang dihirup nyaman. Waktu-waktu begini memang ramai suka berjalan-jalan di tasik. Walaupun ada dua tasik di universiti itu, dia lebih gemar ke Tasik Aman berbanding Tasik Harapan. Malas dia mahu berjogging sekali dengan budak-budak rowing yang mengadakan latihan disana. Nampak sangat kelambatan dia berlari berbanding mereka.
    Lagipun di Tasik lebih ramai orang bersiar-siar. Banyak port untuk duduk-duduk dan bermain sukan seperti badminton, frisbee dan juga aktiviti memberi ikan makan di tasik. Dia suka melihat pemandangan tersebut.
    Seperti biasa dia akan mula berjogging sebaik selesai melakukan pemanasan badan. Matanya cepat saja menangkap satu pemandangan yang tak pernah ditemuinya sebelum ini. Dari arah bertentangan dia ternampak seorang pelajar lelaki berkerusi roda sedang mencampak cebisan roti ke dalam tasik. Dia tak pernah pun nampak lelaki itu sebelum ini. Selalunya Abang Khairy yang selalu lepak di tasik bersama kerusi rodanya setiap petang. Nampaknya Abang Khairy dah ada kawan baru.
    Setelah dirasakan badannya berpeluh satu badan dia berhenti. Berjalan pula mengelilingi tasik. Sambil-sambil itu dia menjeling juga kawan baru Abang Khairy itu. Boleh tahanlah comelnya. Emily sengeh. Apa salahnya mengkagumi ciptaan Tuhan.
    Semakin dia berjalan semakin dia hampir ke arah lelaki itu. Tekun sungguh dia memberi ikan makan. Dia berhenti melangkah sebaik dia berada betul-betul dibelakang lelaki itu. Dia berkerut. Pertama kali dia melihat orang memberi biawak makan. Kagum dan takjub, tanpa sedar dia sudah berada disebelah lelaki itu. Terlalu kagum dengan aksi vegeterian si biawak tersebut.
    "Nak try ke?"soal lelaki itu tiba-tiba. Mengejutkan konsentrasi Emily. Padahal apa yang dikata tadi kurang jelas ditelinga Emily dek gangguan mp3 yang sedang berkumandang indah.
    "Apa dia?" soal Emily sambil menarik earphone keluar dari telinganya.
    "Nak try bagi makan ke?" ulangnya lagi sambil menunjuk baki roti yang tinggal beberapa keping dalam plastik roti.
    "Nak," tanpa berfikir panjang Emily terus memberi jawapan. Tangannya pantas menyeluk kedalam plastik roti. Sekeping roti diambil dan terus dicampak kepada biawak yang sedang timbul dipermukaan air itu. Mulutnya saja sudah besar inikan badannya. Rakus ia menangkap sekeping roti itu dan terus dibawanya lari. Berenang ke arah tempat yang lebih jauh meninggalkan ikan-ikan kecil yang ada di situ.
    Mereka berdua berpandangan.
    "Sori, dia dah lari," ujar Emily. Terasa bersalah. Mesti dia dah tak seronok lagi sebab biawak tu dah lari.
    "Tak apalah. At least ikan boleh dapat makan pulak," balasnya.Disuakan lagi roti kepada Emily. Emily sengeh. Hilang rasa bersalahnya. Nasib baik tak kena marah.
    Sekeping lagi roti diambil. Di campak terus kedalam tasik. Berebut-rebut ikan-ikan kecil itu mendapatkan roti. Tak sampai tiga saat bayang roti tersebut terus hilang dari panadangan. Rasa terhibur.
    "Dah nak magrib ni. Balik dulu ye. Esok datang lagi tau bawak roti banyak-banyak," ujar Emily. Sempat dia bergurau. Kalau dah ramah terlampau itulah jadinya. Dengan siapa-siapa pun boleh dibawa bergurau.
    "Esok datang lagi ke?" soal lelaki itu. Emily angguk. Senyum dan terus berlalu. Earphone kembali di sumbat ketelinga. Lelaki itu hanya memerhati Emily pergi. Sesaat kemudia dia melirik jam ditangan.
    "Baru 6.45, Maghrib dah ke?," soalnya sendiri.


                                                  ***********************


     Lampu biliknya menyala terang. dari jauh dia dapat melihat pintu bilik yang terbuka luas. Uiks..Dira dah balik ke? Selalunya selagi tok bilal tak melaung azan selagi itulah Dira tak jumpa jalan balik.
     Sampai didepan pintu yang terbuka Emily ternampak Dira yang sedang duduk betul-betul dibawah kipas.
    " Awalnya balik. Training tak ada ke?" soal Emily.
    "Ada je. Baru balik ni. Lawan dengan team Razman tadi. Menang..Hehe," balas Dira.
    "Kau lawan dengan team, lelaki?..Laa..sure la dia kasi team korang menang,"
    "Hehe..tau tak pe. Diorang pun macam malas nak main sebab sorang team dia injured masa main bola hari tu. Ha, tadi aku  letak nama kau dalam reserve player tau. Sabtu ni jangan pergi mana-mana tau."
    Hampir tersedak air yang diteguk Emily. Tak sangka Dira seserius itu.
    " Aku nak siapkan lab report Sabtu ni," balas Emily.
    "Match start pagi sampai petang kot. Dengar kata kali ni ramai yang participate. Terbuka kat sesiapa yang nak masuk,"
    "Ini yang anjuran karnival desa cahaya tu ke?" soal Emily. Sebelum ini pernah juga dia terlihat poster yang tertampal di perhentian bas. Di kafe-kafe pun ada. Tapi dia malas nak ambil pusing. Bukan ada member pun yang minat main futsal. Kalau ada pun Dira, roomatenya itu. Itupun sebab dia terpengaruh dengan Ramzan yang kaki bola. Course mate Dira pun ramai yang berkawan dengan budak-budak bola, sebab itulah Dira ada teamnya tersendiri.
     Nak harapkan coursematenya sendiri, mereka lebih gemar menari dan menyanyi berbanding bersukan.
     "Iye. Tau. Jangan lupa tau Sabtu ni. Pergi sekali dengan aku," sekali lagi Dira mengingatkan Emily.
     "La, kan aku cakap aku nak buat lab report. Tak pun bila dah ada player injured nanti baru aku masuk ganti. Masa tu kau rogerlah aku. Bukan jauh pun dewan tu dengan blok kitakan?.Kan?. Bernas tak idea aku?," balas Emily. Sebolehnya dia mahu mengelak dari mengikut Dira.
    Hari Sabtu sememangnya dah diperuntukkan untuk membuat segala jenis report yang tak siap lagi. So, hari Ahad dia boleh berehat sakan sambil melayan movie di laptopnya.
    "Ok. Asalkan kau tak keluar pergi mana-mana," akhirnya Dira bersetuju. Emily tersenyum. Dalam hati dia berdoa semoga tiada siapa dalam team Dira akan tercedera pada hari kejadian tersebut.
     Emily terus menghadap laptopnya. Entah berapa hari laptopnya itu tidak ditutup. Dia mahu berehat seketika. Berehat dengan cara bermain permainan Farmville di Facebook. Sudah tiba masa untuk menuai hasil tanaman.


                                            ********************************** 


Hari berikutnya.


          Seperti biasa, setiap petang Emily akan meneruskan aktiviti berlari-lari di tasiknya itu. Tapi hari ini dia agak lewat memandangkan kelasnya lambat habis. Tambahan bas pula tak banyak petang-petang begini. Walaupun penat berebut bas dengan pelajar lain, namun dia tak pernah penat untuk berjogging. Kecintaannya terhadap berjogging sememangnya amat tinggi. Bermula dari mahu menurunkan berat badan akhirnya aktiviti itu terus menjadi rutin harian.
           Lagipun menunjukkan hasil. Makinlah dia berkobar.
          Dari jauh lagi dia sudah nampak kelibat pelajar lelaki semalam. Masih ditempat semalam. Bersama bungkusan roti di tangan. 
         Oh~ roti jumbo. Kenyanglah kau petang ni ikan, getus Emily. Tak tunggu lama dia terus meneruskan rutin hariannya sebelum berjalan perlahan menuju ke arah lelaki semalam.
       "Hai,"sapa Emily.
       "Oh. hai. Lambat hari ni?," balasnya sambil tersenyum. Wajah Emily yang kemerah-merahan dipandang sekilas. Emily sudah duduk disebelahnya.
        "Kelas habis lambat. Eyh, tak bukak lagi roti tu?," mata Emily memerhati roti ditangan. Masih belum dibuka. Dia senyum lagi. Nampak jelas lesung pipit disebelah kiri pipinya.
         "Ni nak buat makan malam ni,"balasnya. Emily terdiam.
        "Owh~," Emily membalas. Agak kecewa.

         "Tapi boleh jugak kalau nak bagi ikan makan," cepat-cepat dia buka bungkusan roti ditangan.
        "Uik..boleh pulak macam tu," ujar Emily sambil ketawa kecil. 
        "Boleh je, tak ada masalah," balasnya. Emily mengambil sekeping roti yang dihulurkan. Di cebis-cebis roti tersebut sebelum di campak ke dalam tasik. Di cubit-cubit lagi roti itu. Tanpa sedar dia memasukkan cebisan demi  cebisan roti tersebut ke dalam mulutnya. 
         Bila tersedar cepat-cepat dia berhenti. Memandang keliling, dan pandangannya mati ke arah lelaki berkerusi roda di sebelahnya.
         Terasa seperti diperhatikan, dia memandang kepada Emily yang sedang memandangnya. Mulutnya masih mengunyah baki roti didalam mulut. Begitu juga Emily. Kedua mereka tergelak Rupanya roti lebih banyak yang masuk kedalam perut mereka berbanding ke dalam tasik.
         "Sedapkan roti ni?," ujar Emily, mengakhiri tawanya. Lelaki disebelahnya hanya terangguk-angguk. Spontan. Bukanlah lapar mana. Cuma terliur. Haha, Emily gelak lagi.
          "Ini last day saya kat sini," ujar lelaki itu.
          "Oh, nak pergi mana?," soal Emily. Ada sedikit kecewa dihatinya. Entah, dia sendiri pun tak tahu kenapa.
          "Treatment kaki," balasnya pendek. Matanya terarah ke kakinya yang ditutupi selimut. Emily angguk-angguk faham. 
         Sunyi. Tiada siapa antara mereka yang bersuara. Hanya suara dari pengunjung tasik dan derap kaki orang yang berjogging yang kedengaran.
          "Roti ni macam dah nak habis je. Tak nak simpan untuk dinner ke?," soal Emily. Roti tinggal separuh. Tapi mereka seakan tidak mahu berhenti memberi ikan makan.
         "Tengah dinner la ni," balas lelaki disebelahnya sambil menyuap cebisan roti ke mulut. Selebihnya dicampak ke dalam tasik. Emily tersenyum. 
         "Dulu masa saya first year, akak bilik saya rajin ajak saya datang sini. Ketenangan abadi dia cakap. Sambil bagi ikan makan, sambil kitorang makan sekali. Kadang-kadang siap bawak tuna lagi. Rindu pulak kat dia," cerita Emily. Masa tu dia perasan ramai yang memerhatikan mereka. Mungkin disebabkan bau tuna yang kuat. Lagipun tempat yang mereka selalu duduk itu betul-betul disebelah papan tanda larangan makan di tasik.
         Tapi selagi tak kena tegur mereka buat tak tahu saja.
         "Piknik?," soalnya. Dia melihat Emily tersenyum.
         "Lebih kuranglah. Selalunya bila dia ada problem dia buat macam tu. Saya pun tumpang seronoklah," balas Emily. Jam ditangan dikerling sekilas. Times up!
         "Ok la. Dah nak balik dah. Thanx roti ni. Kalau nak claim, saya selalu ada kat sini,"ujarnya. Dia bangun. Mengibas rumput yang melekat di belakang seluarnya.
         "Ok..mm...." sebelum sempat dia menghabiskan ayat Emily sudah berlalu pergi. Hendak dipanggil tak tahu nama. Sudah jauh lagipun.
         ".......,"  dia termenung seketika sebelum dia pulang menuju ke blok kediamannya.




                                                    ********************************************


      Lama dia termenung dihadapan laptopnya.
      Mengelamun. Semalam dia ke tasik lagi. Melakukan rutin harian. Memang benar apa yang dikata lelaki berkerusi roda itu semalam. Hari ini memang langsung tak nampak kelibatnya..Dari awal dia sampai sehinggalah ke penghujung petang. Yang ada hanya abang Khairy yang seperti biasa hanya mengayuh kerusi rodanya di sekitar tasik.Bila tasik sudah mulai sepi, dan azan maghrib berkumandang, barulah dia bergerak pulang ke bloknya. Entah kenapa dia rasa kosong.
     Dialihkan pandangannya ke arah meja study Dira. Bersepah dengan segala jenis nota dan buku rujukan. Di sudut kanan meja itu terletaknya sebotol besar mentega kacang yang tinggal separuh isinya dan..sebungkus besar roti potong. Roti...wuwuwu....kenangan roti di tasik. Emily mencebik. Kalau tahu awal-awal yang dia akan jadi gila bayang begini mesti awal-awal dia dah minta nombor telefon lelaki tersebut. Peduli apa biar dia berkerusi roda sekalipun. No discrimination, kan?
      "Huhhhhhh~," panjang dia mengeluh. Menarik perhatian Dira yang baru balik dari bilik air. Alat mandiannya di letak di bawah katil.
      Dira memerhatikan Emily yang masih termenung.
      "Esok petang tak yah jogging tau. Kita ada match futsal," ujar Dira. 
      "Hmmm..," hanya itu balas Emily.
      "Kalau tak ada sesiapa yang injured esok kau tak yah la main," ujar Dira lagi. Sekali lagi Emily membalas dengan perkataan yang sama. Kepalanya sudah landing di atas meja study.
      "Dira, kalau satu hari, kalau la, Razman mengalami kecacatan kekal, agak-agak kau still nak terima dia tak?," soal Emily tiba-tiba.
      "Contoh cacat?," balas Dira pendek.
       "Apa-apa.Macam dah tak boleh berjalan ke, hilang sebelah tangan ke," pandangan Emily sekarang sudah terarah pada Dira. Dira yang sedang menyikat rambut berfikir-fikir.
      "Suruh dia pakai tangan mekanikal kalau macam tu,"balas Dira melawak. Emily mengeluh. Kepalanya kembali terletak di atas meja.
      "Kalau dah sayang, macammana cacat sekalipun pasangan kita, hati kita tetap akan boleh terima," ujar Dira. Emily angguk-angguk. Dira memang pakar cinta. Hampir 10 tahun dia bersama Razman tanpa jemu. Tapi lain orang lain pendapat, kan.
      Emily termenung lagi. Hurm..entah bila boleh jumpa lagi. Ada jodoh jumpa la kan. Tanpa sedar dia tertidur disitu bersama menungannya.




                                                ************************************************




    Butang hidup printer di tekan. Kertas yang sudah siap dicetak dibelek. Puas hati dia terus memasukkannya ke dalam fail. Jam di sudut laptop dikerling sekilas. Awal lagi. Baru pukul 3. Tak sangka pula lab reportnya siap cepat. Sekarang dia sendiri pun tak tahu nak buat apa. Tak ada mood untuk main facebook, waima tidur sekali pun.
    Sebelum keluar tadi Dira sempat berpesan sekali lagi agar tidak kemana-mana. Kalau-kalau khidmatnya sebagai pemain reserve diperlukan nanti. Tadi pun Dira baru buat report, team diorang menang sakan. Rasa macam nak tengok pun ada. Bukan jauh pun dewan tu. Tak tunggu lama Emily terus bersiap. Memakai pakaian sukan hariannya dan bersedia untuk pergi. Buka saja pintu Dira sudah berada di hadapan pintu.
    "Eyh, ko nak pergi mana ni?," soal Dira pantas. Tercungap-cungap.
    "Tengok korang main la. Dah habis ke main?," soal emily pula.
   "Elok sangat la tu. Jom. Haida injured pulak," balas Dira sambil menghulur helmet kepada Emily. Tanpa banyak soal Emily menyambut dan menuruti langkah Dira ke bawah blok. Enjin motor dihidupkan dan tak berapa lama kemudian mereka sampai ke dewan serbaguna. Agak banyak kenderaan yang diletakkan di luar dewan.
     "Kejap lagi game start. Kitorang dapat pergi final. Tapi Haida punya kaki terseliuh pulak. Kau tolong eh," ujar Dira ketika mereka berjalan masuk kedalam dewan. Memang betul-betul suasa bersukan. Ada satu perlawanan sedang diadakan. Dewan gamat dengan suara penyokong.
      "Haida main posisi apa?,"soal Emily. Matanya melilau keliling dewan.
      "Penyerang. Tapi Liza ganti dia. Kau ambil posisi Liza. Penyerang gak. Sama je," Dira jwab endah tak endah. Matanya melilau mencari teman sepasukannya yang lain. Mereka berjalan pantas menuju ke satu kelompok.
       "Korang, ni Emily. Bila game kita stary?," soal Dira sebaik dia sampai disitu. Masing-masing yang ada disitu memandang Emily.Emily senyum sambil mengangkat tangan.

       "Kejap lagi game ni habis kita start la. Lepas kita final untuk lelaki pulak," balas seorang dari mereka. Menuam kakinya dengan ais. 
        "Team ni pandai main ngelat tau. Ganas punya main. Baik-baiklah," ujarnya lagi kepada Emily. Emily angguk-angguk.
        "Kalau diorang ganas, balas je balik. Kat luar dah tak boleh balas dah..haha," tambah Dira lagi sambil tergelak. Emily turut tergelak. Hatinya baru tergerak untuk membuat aktiviti pemanasan badan. Namun terbantut apabila sudah dipanggil untuk meneruskan perlawanan. Nak tak nak terpaksa ikut. Sambil- sambil tunggu masuk padang boleh juga dia sambung.




        Perlawanan dimulakan. Separuh masa permainan, Emily cuba membiasakan diri dengan permainan. Seperti anak kucing kehilangan ibu dia hilang arah. Apatah lagi dengan keadaan pemain lawan yang bermain kasar. Walaupun bermain dengan teruk, dia tetap dibenarkan bermain, kerana tidak mempunyai pemain yang cukup.
       Separuh masa kedua, kesabaran Emily senakin menghilang apa bila dia kerap dikasari pemain lawan. Haida juga semakin kerap menjerit-jerit diluar padang seperti coach lagaknya.

       "Dira, tak apa eh aku main style budak kampung main bola," bisik Dira apabila Dira berada hampir kepadanya. 
       "Main je la macammana sekalipun asalkan diorang tak score," balas Dira pantas. Terus berlari mendapatkan bola. Emily mula bermain dengan sepenuh hati. Kalau tadi dia dilanggari, kali ini biar dia yang terlanggar. Walaupun kaki mula terasa seperti hendak tercabut, namun dia tetap bermain. Sekurang-kurangnya bagilah satu gol. Dulu masa kecil-kecil dialah ratu bola sepak. Bola sepak dengan futsal manalah beza sangat. 
       Nervousnya semakin hilang. Dia semakin seronok. Dan apabila peluang sampai dia terus cuba menjaringkan gol. Terpancar kegembiraan diwajah, terdengar sorakan dari pemain dari pasukannya.
      Permainan semakin rancak apabila pihak lawan cuba membalas. Namun tak berkesampaian kerana masa yang sudah sampai ke penghujungnya. Emily senyum. Bangga. Tamat perlawanan mereka berkumpul di tepi gelanggang. Tak mahu berganjak kerana ingin manyaksikan pasukan final lelaki berentap.
    


      "Aku rasa kaki aku cramp la," ujar Emily. Hujung seluar disingsing.Nampak otot betisnya yang kejang.
      "Try pakai ni," Lily menghulurkan yoko-yoko kepada Emily.
       "Kitorang kalau cramp pakai ni jek..ok lepas tu," sambung Lily lagi. Emily akur. Terasa betisnya berangin segar. 
       "Masa first game aku kesian tengok kau. Asyik kena langgar je. Tak sakit ke?,"soal Dira. Terasa bersalah kerana dia yang mengheret Emily bermain bersama.
       "Sakit. Campur nervous tiba-tiba main final. Masa koramg discuss strategi tadi aku tak dengar sangat. Serabut jap tadi," balas Emily. Dira dan Haida tergelak.
       "Macammana pulak tiba-tiba kau boleh ada hati nak bagi gol? Muka macam dah give up," soal Haida.
       "Habis tu, dah kau jerit gila-gila kat luar. Tak berani aku nak keluar tangan kosong..haha," balas Emily. Masing-masing ketawa lega. Berpuas hati dengan kemenangan. 
       Di hadapan mereka pasakukan final sudah bersedia untuk bermain. Pasukan Razman bermain kali ini. Berbeza sungguh kalau nak dibandingkan lelaki dan perempuan yang main. Permainan lelaki nampak lebih kemas berbanding perempuan.
       Matanya terpaku pada satu susuk tubuh. Seakan tak percaya.
      "Team Razman,  jersi 17. Siapa?," bisik Emily kepada Dira.
      "Adam, course mate Razman merangkap Roomate. Kenapa?," soal Dira kembali. Turut berbisik.
      "Muka dia familiar," balas Emily. Cukup fmilar. Walau pun cuma dua kali bertemu dia cukup cam dengan wajah itu. Dah boleh berjalan?
      "Yeke. Tapi dia tak suka expose sangat. Agak pemalu la. Kenapa? Kau nak kenal dia? Single tu," seperti biasa Dira akan cuba menjalankan aktriviti mencari pasangan untuk temannya itu.
       Emily terdiam. Hanya memerhati lelaki berjersi nombor 17 itu. 
       Habis separuh masa pertama. Emily masih mmerhatikan lelaki itu. Dia langsung tak peduli dengan perlawan. Mata mereka bertemu. Adam senyum. Emily hanya membatu. Tak pasti apa yang harus dilakukan. Akhirnya dia turut tersenyum,

       Sehinggalah tamat permainan, mata Emily masih terpaku padanya. Seakan melihat hantu. Tak mahu lepas. Takut bila dia mengalihkan pandangan lelaki itu akan hilang.
        


          "Aku gi kat Razman kejap," bila Dira berlalu meninggalkan mereka, lelaki itu datang menggantikan tempat Dira.
          "Anggap aku tak ada," bisik Haida.
           Emily diam.
           Masing-masing juga diam.
          "Bosan la korang ni," akhirnya Haida bangun. Berdengkut-dengkut kakinya bila dia berjalan menuju ke arah Razman dan Dira. Juga kumpulan yang lain.
           Diam lagi.
          "Saya dah boleh jalan," ujarnya.
          "Tau. Nampak," balas Emily.
          "Jogging ke semalam?," soalnya.
          "Jogging," balas Emily.
          "Oh..," hanya itu respon darinya. 
          Mereka berpandangan. Emily mula naik bosan.

          "Betullah Dira cakap. Awak ni pemalu? Kalah perempuan tau. Ni, kaki tu kenapa hari tu sampai kena pakai kerusi roda? Siap nak buat treatment lagi. Tiba-tiba hari ni main futsal," akhirnya Emily bersuara. Malas mahu bertarik-tali dengan lelaki itu lagi. Sepatah-sepatah perbualan. Dia pun naik rimas.
           Adam senyum lagi.
           "Kaki ni terseliuh je. Kerusi roda tu Khairy yang punya. Ingat nak buat sekali je kerja gila. Tak tau la pulak.." ayatnya mati disitu.
           Mereka berpandangan lagi.
           Patutlah tak nampak Abang Khairy dalam dua hari itu. Emily geleng-geleng. Sengal jugak mamat sorang ni.
           "Dia ke?," tiba-tiba saja Ramzan sudah berada dihadapan mereka. Adam  mengangguk.
           "Emily, kau tau tak, mamat kat sebelah kau ni mengada-ngada nak pergi tasik. Siap rembat roti aku lagi. Kalau aku tau itu kau memang aku join sekali," bebel Ramzan.
            "Ntah tu. Senyap-senyap je kau eh. Patut la dari semalam monyok jek," tambah Dira.
            "Adam, apa lagi. Ajak la pergi tasik. Bagi makan ikan ke apa ke. Kau nak aku sponsor roti pun tak apa. Emily punya pasal," mulut Ramzan seakan tak boleh berhenti. Seronoklah dia. Lagi-lagi bila Adam hanya diam sambil tersenyum.
             "Kau tau, malu dia kat perempuan kalah orang perempuan tau. Ni mesti kau yang start dulu kan, Emily?," kali ini mulut Dira pula.
             "Iye, iye..ada apa lagi?," soal Emily.Matanya menghadap ke arah Ramzan adan Dira.
             "Penyampaian hadiah, tak nak hadiah ke?," soal Dira. Dira menghulurkan tangan. Membantu Emily bangun.
             "Kejap boleh tak?," Adam mula bersuara. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya.
             "Nak nombor phone boleh?," soalnya sambil menghulur telefon bimbitnya kepada Emily. Cepat-cepat Emily pandang reaksi Dira dan Ramzan.
             " Kau tengah propose ke ni? Orang bagi cincin la, bukan henpon," usik Ramzan.
              "Diamlah kau," balas Emily. Telefon bimbit disambut dan nombor terus dimasukkan. Selesai, dia mengembalikan telefon tersebut kepada Adam. Emily bangun. Berpaut pada Dira.
              "Adam, tolonglah dia jalan. Apalah kau ni," usik ramzan lagi. Pantang ada peluang.
              "Diamlah kau," balas Emily. Masih berpaut pada Dira.
               Adam hanya berjalan disebelah Emily. Mereka beriringan ke tempat penyampaian hadiah.
              "Adam, sampai hati kau biar dia jalan dengkot-deng.."belum sempat ayat Ramzan dihabiskan, dia terasa seperti kepalanya di ketuk.
              "Diamlah kau," ujar Adam sambil menyembunyikan tangan dalam poket. Emily dan Adam berpandangan. Mereka berbalas senyum.
       Senyum Emily semakin lebar. Even kau berkerusi roda pun aku tak kesah, inikan pula mampu berlari. Hatinya riang.


                                                           ****TAMAT****

 

               

     

- idea ni datang time aku tengah rajen jogging dulu kat tasek aman..
-start tulis masa kursus kenaikan pangkat lt dya aritu kat kdsi..orang tulis nota aku plak g mengarang..
-lama dah siap, baru nak publish..hehe
-kat penulisan2u tak publish lagi kot..lama sangat aku tunggu, so aku publish sini dulu..heheh..

Tuesday, January 5, 2010

entry bang ang ang punya diri..

aku rasa macam nak tampar je diri sendiri lelaju..tak habis-habis nak pikir..pastu rasa ntah apa-apa..nak gerak, gerak je la..ni sembang je lebih..rasa tu la, rasa ni la..kata otak yang kontrol hati, ni hati yang dah kontrol otak..apa citer?

bengang sungguh aku dengan diri sendiri..dah!..stop pk2..dah decide dah pon..xyah pikir lagi..pikir lagi, aku ganti dengan otak baru nanti..ada paham?

-oh~ konflik perasaan la pulak..tabah na..

perasan yang paling di benci..

perasaan itu adalah seperti rasa tak selamat..rasa masa depan macam tak ada..tak nampak apa-apa, tak boleh nak imagine langsung, apa yang bakal berlaku in the next minutes,dan rasa macam terkurung dalam fikiran sendiri..

stress..

blur..sama ada do or dont..nak pilih jalan yang kat lurus, kona kiri, atau simpang belah kanan, atau paling teruk patah balik..rasa macam lost in the middle of no where..perasaan first time keluar dari comfort zone..yes..itu jawapannya, comfort zone..

confuse..tak tau mana arah tuju..kena buat decision sendiri, tak tahu apa future save for us..lepas tu tak tau nak rely kat siapa, kemudia rasa macam nak balik zaman study balik- which is zaman comfort..bila things yang di cuba tak menjadi..jadi tak tentu arah..rasa macam hidup terhenti...

now i understand kenapa orang nak balik ke masa lalu, dan jalani hidup tu balik..begini rupanya perasaan tersebut..

orang cakap kita kena keluar dari comfort zone kita..salah satu orang itu adalah lecture aku masa dia nak bahagikan group untuk buat mini project untuk lab..dia cakap, you are supposed to find new friend, not only stick with your friends before..lebih kurang macam tu lah ayat dia..then dia tambah, nanti bila kamu dah kerja nanti kamu kena jumpa dengan orang lain juga, bukan kawan kamu saja..

dan cakap dia memang betul..apa aku tunggu lagi?..

try untuk lawan kekonfusan diri ni..benci mana pun perasaan ni still kena lawan juge..dear god, tolong saye yer?..

(teruk sungguh self motivation aku kali ni)..

Monday, January 4, 2010

entry bangun pagi..

bangun pagi je mak dah order sarapan..oh, dah berani suruh anak dia yang sorang ni buat kerja ye..nampak sangat dah lama aku duk kat umah ni..tapi anak dia yang sekor lagi tu xbrani pulak nak disuruh..ahaha..lupa pulak..kalau disuruh jantan tu memang banyak mulut..kerja tak gerak..padan la muka sape yang manjakan dia dulu dari kecik..dah sampai tua bangka pun tak berubah-ubah..alamat sampai kerepot la dia dengan perangai pentingkan diri sendiri dia tu..

semalam dia buat panas lagi..sampai rentung hati aku dibuatnya..honestly, aku tak pernah marah sangat-sangat sampai air mata ni laju je turun kat pipi..dalam bengang dan sebal tu aku capai telepon bimbit..ada dua option je skang..nak koll kjm or qila..then aku end up call qila..

memula aku yang dok story psl saket ati aku ni, sambil melalak sambil ketawa-ketawa cam mental punya orang..kau tau kan perasaan marah dan sakit hati yang membawa kepada air mata..dan akhirnya kau sendiri nak tergelak sebab memikirkan kau tengah menangis sebab sakit hati..we suppose marah-marah, instead kita menangis pula..kelakar bagi aku..

separuh masa pertama aku yang duk bercerita..separuh masa kedua qila pulak cerita pasal sakit hati dia..padahal masa dia tengah cerita tu aku tengah sobbing sebab marah dan sakit hati yang tak reda-reda lagi..well, puncanya biarla aku cakap, salah dia sendiri nak blaming orang lain..plus dengan harsh barbaric word dari si jantan tak kenang budi tu buat suhu aku bertambah naik- even semalam hujan yang sangat lebat..

tak cukup ngan call qila, akhirnya aku msg kjm..still macam orang tak betul, kalau dilisankan apa yang aku tulis masa tu memang dah standard orang meroyan meracau..mood aku gila-gila swing malam tu..rasa macam nak rosakkan je motor dia yang letak kat dalam rumah ni..tapi bila pikirkan motor tu beli dari duit mak aku half, aku terus tak jadi..si setan jahat dah bisik-bisik kat telinga aku suruh aku putuskan tali brek dia..tapi mengenangkan yang kena pow untuk betulkan motor dia nanti adalah orang sekeliling aku, sekali lagi aku batalkan niat tu..dia memang tak guna kan?

bangun pagi je, dengar suara anak dia dan wife dia bergembira kat dapur tadi buatkan yang dah kool ni jadi membara balik..rasa macam nak campak diorang kat zoo je..

cop..

starting cerita dari mak suruh buat sarapan jek..tiba-tiba dragg cerita pasal dia pulak..aku rasa macam tak patut jek..lagi-lagi nak cerita kat tempat yang suci ini..oh~ blog ku dah tecemar dengan entry saket ati ku ini..maaf yek cik blog..saya nak menghiburkan hati saya di dapur (tempat yang paling saya tak suka dalam bahagian rumah), menunaikan harapan mak saya..sambil tunggu download anime spirited away saya siap..filenya besar gila, tapi saya sabar menunggu sebab dah dekat 9 tahun saya cari cerita ni..

aku pun sudi share linknya kalau kamu mahu..


jom, gerak..

Saturday, January 2, 2010

rakyat Malaysia gemar membawa parang ketika berjalan-jalan..


pisau penetak orang daging yang selalu di salah guna..


aku selalu terfikir, kat manalah agaknya diorang simpan parang yang diorang bangga-banggakan sangat tu..dalam poket sure tak muat..mungkin disisipkan kat pinggang macam orang dulu letak keris di pinggang..tak pun selempang kat belakang..nyorok dalam jaket pun boleh jugak (itupun kalau pakai jaket)..

bila ada orang cari pasal je, cepat-cepat boleh keluarkan parang dan buat adegan 18SG, tetak sana sini..senang..tak payah berlari ke dapur atau belakang rumah untuk cari parang, gergaji, tukul dan yang seangkatan dengannya..

dua artikel yang buat aku tiba-tiba nak buat kesimpulan kat atas tu boleh di dapati di sini dan sini..
yang sorang tu kena tetak sebab menjeling dan berterusan dengan salah faham yang menimpa dan satu lagi sebab dia mahu selamatkan wife dia dari kena tetak..

bagi aku biar apa pun puncanya, tak perlulah berakhir dengan sebarang aksi tetakan yang selalu je yang berlaku sejak akhir-akhir ni..kalau tak boleh nak settle elok-elok pun, tak perlu kot mengandaikan orang itu seperti daging lembu untuk ditetak sesedap rasa..

kalau tanya aku sure lah aku tak faham perasaan tetak menetak ni sebab tak biasa buat..tapi bagi mereka yang melakukan mungkin satu kepuasan yang tak terhingga..siapa tahukan?..siapa yang kaki tetak mesti tahu..

so kat sini jangan terperanjat la pulak kalau tengah jalan-jalan tiba-tiba nampak benda yang bersinar atau berkilat di sebalik baju orang yang berjalan didepan korang..manalah tau ada parang tersembunyi disitu..tak payah lah tiba-tiba tersengaja langgar dia untuk dapatkan kepastian atau letak magnet kat situ..mana tau korang pulak the next subjek untuk jadi bahan eksperimen latihan tetakan mereka...

doa aku satu je, supaya orang yang suka menetak orang tak baca apa yang aku tulis ni..mood aku sangat sinis hari ni..tulis pun sinis semacam..yelah, takut dorang carik aku pulak nanti...


sambil buat aksi gini..