Wednesday, October 26, 2011

pelikkah?

setiap kali orang tanya status aku, sejujurnya aku akan jawab single..sebab itu lah kenyataan nya..setiap kali aku jawab macam tu semua akan jadi terkejut dan tanya soalan yang sama, cuma diolah semula seperti contoh, betul ke single lagi?, tak tipu?..

bila aku dah dapat second question macam tu, selalunya aku akan senyum tanda aku malas sangat-sangat nak ulang balik jawapan aku yang obviously sama dengan jawapan pertama..

kenapa tak nak percaya?

fine..aku sudah tua..24 tahun..tapi aku still rasa muda..aku still rasa tak ada kepentingan untuk aku bercinta-cinta sekarang..aku tak perlukan ia lagi buat masa ni..aku tak takut untuk membujang dari aku kecil sampai la sekarang..aku tak tau la pulak kalau esok lusa aku akan jadi sangat kesepian sampai tahap despo dan merayu-rayu pada yang sudi..

aku tak mahu berlagak..tapi aku tak berlagak..aku tak nampak apa relevennya bercinta sekarang, dari dulu sampai la sekarang..aku suka pada konsep pemangkin, tapi aku tak perlukan pemangkin itu untuk bagi aku support seperti mana yang di perlukan orang lain..(no offense guys, thats what i thought)..

aku senang begini..bila dah banyak kali orng tanya, aku rasa, berdosa ke aku kalau single lagi? berdosa ke aku kalau tak pernah bercinta?

i know, they all love me, diorang care pasal aku, but please, tolong tak perlu tanya aku dengan gaya macam aku adalah sesuatu yang defect sebab aku akan merasakan aku adalah itu bila kamu semua bertanya dengan begitu kerap sekali..jodoh aku tak sampai lagi, dan aku akui aku tak berusaha keras untuk mencarinya kerana aku sendiri tak rasa mahukannya lagi...

insya allah, bila aku dah tua kelak, dan di takdirkan aku masih single- aku akan berusaha untuk tak susahkan kalian semua..

cukuplah aku fikir macam ni, aku tak nak bercinta banyak kali, aku tak nak ada memori dengan banyak lelaki yang mana aku kena delete gambar dia dari hard disk setiap kali break, aku tak nak tindih memori aku yang dulu dengan memori lain in order untuk mulakan hidup baru dengan orang lain..

orang sekekliling aku adalah orang yang bercinta..walaupun terkadang kata kononnya cuma kawan, tapi gaya lebih dari kawan, dan kalau aku rajin untuk compile kan kisah mereka mungkin aku dah jadi penulis cerita terbanyak dalam rekod malaysia, pelbagai cerita yang aku dah dengar, halangan, dugaan, cabaran , pahit, manis, rajuk, tawa dan sebagainya..buat aku rasa--- macam aku sendiri yang rasa pengalaman tu...

buat aku rasa- ah, aku tak perlukan perasaan tu semua..

mungkin kerana aku masih tak jumpa orangnya..dan di sebabkan itu, perlulah kiranya anda semua berhenti bertanya, bila aku nak ada boyfriend, tunang, mahu pun kahwin..aku still rasa aku ni tak layak..aku bukan perempuan cantik, aku tak ada harta, perangai aku tak bagus berbanding orang lain, dan paling penting, masa itu belum sampai...

tak perlu pelik kenapa aku masih single, tak perlu ulang soalan itu lagi bila sudah di berikan jawapan, sebab aku takkan tipu dalam apa-apa hal pun..kalau ada berita baik akan aku khabarkan..kalau aku diam, maksudnya tak ada apa yang berubah..

i just wanna live- bak kata good charlote, and happy for being what i am..

Thursday, October 20, 2011

your last 3 months in life...

satu hari, masa tu dalam kereta, tiba-tiba kakak aku tanya satu soalan cepu mas..yang buat aku ambil masa dekat setengah minit untuk digest balik soalan tersebut..

dia tanya, kalau kau ada 3 bulan je lagi untuk hidup, apa yang kau nak buat?

masa tu aku tak boleh berfikir..bukan sebab terkedu ke apa..cumanya aku tak pernah terfikir pun tentang benda benda macam ni..setelah ambil masa yang agak panjang, aku bagi jawapan yang mengarut kat dia..aku cakap aku nak travel satu dunia selama 3 bulan tu..tengok culture orang, jalan-jalan cari pasal, dan buat apa yang aku suka..

then dia tanya, kau ada duit nak buat macam tu?

aku lantas terdiam..ye, financial aku memang tak kukuh lagi..mana boleh nak buat semua benda di atas tu..lagi pun itu soalan on the spot..serius tak pernah terfikir..tapi tak ada lah pulak aku tanya balik kat akak aku apa yang dia nak buat kalau jangka hayat dia cuma tinggal 3 bulan je lagi..

dan perbualan tu terus mati kat situ..aku tak pernah fikirkan lagi perkara tu sehinggalah ke hari ni..

tapi tadi tiba-tiba, soalan tu bermain main kat kepala otak aku ni..what if, tiba-tiba life aku memang di takdirkan tinggal 3 bulan je lagi?..apa yang akan aku lakukan dalam tempoh tersebut?

dan kali ni, jawapan aku sangat berbeza dengan jawapan yang aku bagi kat kakak aku dulu..kali ni mungkin lebih releven...tanpa berfikir panjang, tiba-tiba jawapan terlintas di kepala..tanpa perbelanjaan wang yang besar untuk aku ke sana ke mari mengembara ke negara orang...bagi orang lain jawapan aku ni mungkin lame ass, atau pun pathetic, atau what-so-ever, tapi aku rasa ini yang aku inginkan untuk sisa-sisa 3 bulan terakhir dalam hidup aku..

ok, tolong jangan cakap aku kesian, atau buat bunyi awwww dan sewaktu dengannya..sebab aku malu..hehe..

aku nak habiskan last 3 months aku dalam hidup aku dengan bercinta..

ye, bercinta dengan orang , in the normal way..aku nak buat semua benda yang orang bercinta boleh buat..aku nak experience sendiri benda-benda yang selalu aku tengok dalam cerita-cerita dan dari buku-buku yang aku baca..

nak rasa sendiri perasaan tengok movie selain dengan kawan atau family, tengok bola sama-sama dengan kawan-kawan dia yang lain walau aku bukan kaki bola, piknik di air terjun, jalan-jalan kat tepi pantai petang-petang, panjat gunung sama-sama, main-main kat fun fair, shopping kat down town,dan banyak banyak banyak banyak gila lagi...

dengan siapa?..dengan orang yang aku suka dan dia tak suka aku sangat..kenapa?..easy..bila habis tempoh 3 bulan itu, dia dengan mudah dapat melupakan aku tanpa rasa sebarang sakit di jiwa..one sided love pun rasanya tak de masalah kot untuk aku..asalkann aku dapat layanan yang sepatutnya dan dapat rasa feeling yang orang lain rasa sebelum ni..

at least aku dapat rasa feeling bercinta for once in my life..kan?

bercinta dengan Tuhan sudah pasti pada waktu tu..

so, what is your wish?

Saturday, October 1, 2011

tribute to my ex-roomates Indah Kembara 2007-2009 , USM penang..

tadi aku godeh-godeh gambar-gambar lama yang ada dalam hard disk..saja isi masa lapang since home alone tak tau nak buat apa..nak gi uptown kajang sorang-sorang adalah umpama perbuatan meminum racun tikus..so, terpaksalah lepak di rumah saja.

tiba-tiba terjumpa satu folder bertajuk 'rounding day',,ceh..tengok sehelai-sehelai gambar tu..masa tu kita semua jr mids..ada round malam so petang tu kita semua bertungkus lumus kemas bilik kita yang orang ramai kata banyak barang tu..tapi bagi aku normallah kalau orang perempuan memiliki barang yang banyak, terutamanya yang tak nak guna lagi..

sambil-sambil kita kemas bilik, shine kasut sekali, iron baju, sempat aku snap gambar usaha kita yang murni tu..kalau tak bersih kita mungkin akan mati malam tu kena taji dengan senior..dah la mereka memang kuat taji..walaupun dah biasa kena taji, tapi kita memang sentiasa beusaha untuk beri yang terbaik..

aku tak ingat apa result inspection bilik malam tu..aku pun tak mahu ingat..apa yang aku ingat bila tengok gambar  gambar tu, aku teringat friendship kita masa kita baru mula-mula masuk bilik tu jadi roomate..

honestly, aku betul-betul tak nak jadi roomate korang..sebab kita satu course..bila dah satu course kita dah terbiasa pergi balik kelas sama-sama..lepak makan sama-sama bila tunggu next kelas yang satu jam lagi nak mula..kita akan ada banyak amsa yang sama..bila training pun kita akan jumpa muka yang sama juga..

aku tak berapa gemar macam tu..bila selalu sangat jumpa kau akan jemu..kalau kau tak, aku iye..aku x boleh jumpa orang yang sama 24/7..aku akan cepat muak..ye, aku cepat bosan..aku tak tau macammana life aku kalau kahwin nanti nak menghadap muka orang yang sama sepanjang hayat..tapi itu yang aku rasa..

nak tak nak, aku terpaksa jugak satu bilik ngan korang sebab roomate to be aku masa tu xdapat bilik kat IK, nama diorang stay kat Saujana..dan kebetulan bilik korang ada satu kosong..

sejujurnya aku dah ter over excited bila aku dapat tau yang aku dengan dua budak saujana tu akan jadi roomate..sebab aku tau 2 makhluk itu adalah species yang buat hal sendiri dan tak kacau life orang lain..kerana aku dah terbiasa hidup jadi lone ranger, jadi kriteria itulah yang aku perlukan untuk terus hidup aman dan tenang tanpa kacau orang lain dan juga di kacau..

tapi, bila keadaan jadi macam tu, aku pasrah..aku duduk jugak dengan korang..surprisingly, semua yang aku fikir pada mulanya meleset sama sekali..kita sangat fun jadi roo mate..happy sentiasa,,aku jadi gembira bila ada roomate..dulu aku tak ada roomate..aku duduk sorang-sorang kat cahaya tu sampai habis satu sem yang pertama..masuk sem 2 baru ada roomate, tapi serupa tak ada roomate..

so bila aku dapat roomate yang best macam korang aku jadi happy..

walau pun happy tu tak lama sebab berlakunya banyak insiden, aku sangat-sangat appreciate suasana dan perasaan yang korang dah bagi kat aku sepanjang kita kenal..korang ajar aku supaya jangan menaruh harapan tinggi sangat pada sesuatu persahabatan, korang mengajar aku realiti kehidupan bahawa yang terindah itu hanya sementara, dan korang mengajar aku akan erti kepercayaan yang sebenar..

walaupun friendship kita tak berakhir dengan baik sebelum dan selepas grad, tapi aku harap kita boleh jadi seperti orang lain..kalau pun tak serapat dan semesra seperti dulu, harap kita bukanlah strangers bila kita jumpa lagi kelak..

this is us satu masa dulu, masa rounding day..time tengah comot, hitam dan tak cun..sekarang aku yakin korang semua dah cun balik,kurus dan bergaya..

as stated, 26 Dec  2007, 21:06..

p/s: ini entry first n last aku tentang perasaan mellow mellow dengan ex ex neh..(kot?)..