Friday, August 16, 2013

Mereka kata, memori yang lama akan diganti dengan memori yang baru seiring dengan waktu berputar. Dengan itu, ciptalah memori baru sebanyak yang mungkin jika mahu menggantikannya dengan memori lama yang tidak diingini.

Tapi untuk aku, walau sebanyak mana pun memori baru yang dah tercipta, takkan mungkin dapat mengganti memori-memori lepas yang bagi aku sangat nostalgik.

Sekarang sudah tahun 2013. Tapi, selalu aku rasa yang aku masih lagi terperangkap pada waktu aku hidup antara tahun 2006-2009. Memori bukanlah perkataan yang paling tepat untuk aku gambarkan. Ia adalah perasaan yang aku rasa sepanjang 3 tahun tu. Perasaan aku jadi lone ranger, perasaan aku menjalani life sebagai student dan semi military, perasaan yag aku rasa setiap kali berseorang, perasaan nostalgik tu, .. semuanya tentang perasaan. Macam perasaan video klip.

Serius, aku tak macam mana nak elaborate perasaan tu, tapi perasaan tu tak pernah hilang. Dia macam, perasn kat dunia lain. Dunia lain. Ini lagi satu istilah yang cuma aku paham dan sangat susah nak explain pada orang lain.

Hurm... until now, aku still rasa yang mental aku masih lagi terperangkap kat suasana sepanjang 3 tahun aku study dulu.

tahun 2010, 2011, 2012 dan sekarang 2013.. aku rasa tak banyak kenangan yang aku ingat. Walaupun  banyak gila perkara yang berlaku sepanjang hampir 3 tahun yang lebih ni, still tak boleh nak dibandingkan dengan perasaan hebat kat dunia lain tu.

Aku sangat cintakan dunia dan life style aku masa tu.

Sekarang ni, setiap kali aku tetiba teringatkan saat-saat nostalgik aku dulu, mesti aku rasa macam nak kembali pada masa tu. sampaikan aku dapat rasa yang aku memang hidup tak berpijak pada realiti.

Untuk apa hidup berpijak pada realiti, sedangkan bukan realiti yang aku kejar?

Ok, otak aku dah nak rosak.