Saturday, June 25, 2011

Lirik Lagu Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Wednesday, June 22, 2011

kerja gila yang tak bergaji..


Ini,ini..ini memang kerja gila..

Seumur hidup aku memang banyak benda gila yang aku buat semata-mata nak hilangkan bosan atau untuk puaskan hati sendiri..sebab utama ia di gelar kerja gila adalah kerana kebiasaannya perkara-perkara yang aku buat tu adalah bakal mengundang bahaya dan kebinasaan pada diri aku kalau tersilap langkah atau kalau nasib tak baik..

Contoh kerja gila a.k.a benda bangang yang aku selalu buat ialah jalan kaki sorang-sorang malam-malam masa study dulu..balik dari kelas malam ke, melawat bilik member yang kat hujung dunia ke, aku memang selalu jalan sorang-sorang malam-malam..satu sebab aku aku tak suka tunggu bas, naik bas, apetah lagi berhimpit dalam bas..

Kadang tu memang dah lewat malam, bas pun dah berhenti beroperasi, so memang tak ada reason la untuk aku naik bas..member aku selalu bising sebab sikap bangang berani tak bertempat aku tu..tapi aku selalu buat muka bangang je, sebab aku memang bangang pun dalam hal-hal sebegini..

 Dulu masa satu u kecah dengan kes kehadiran orang minyak yang ditemui di sekitar u, menurut sumber yang entah boleh caye ke tak, yang mana students lain prefer stay diam-diam dalam blok, dan yang rumahnya dekat lebih suka balik rumah, aku pulak dengan selamba tenang lepak kat kedai makan berdua je dengan pikah sampai pepagi buta..pastu balik jalan kaki sorang sorang cross traffic light, cross padang kawat yang besar tu tanpa peduli keselamatam aku masa tu..

Bangang tak bangang aku ni..

Dan banyak lagi lah kisah mengenai keberanian tak bertempat yang bakal memudaratkan aku jika sikap aku ini berterusan..

Dan kali ni, di usia aku yang sepatutnya dah boleh berfikir secara bijak pandai, sekali lagi aku mengulangi perbuatan yang membahayakan itu..

Simply put, aku meng’experience’kan perasaan menjadi gelandangan yang sejati..dan setelah aku merasai pengalaman lebih 12 jam bergelandangan, aku dah rasa cukup terkesan dan amatlah bersimpati dengan orang-orang yang hidup bergelandangan yang pernah menjadi perhatian  media massa satu ketika dulu …

Ceh, ayat dah macam ape da..

Tapi overall yang paling tak boleh blah adalah masa kereta polis peronda follow betul-betul belakang aku tatkala aku tengah jalan dalam pukul 1 pagi lebih dan suruh aku berhenti untuk di soal siasat…dengan lancar dan konfiden je kepala otak aku ni twist fact sampai berjaya buat pakcik pakcik polis tu percaya apa yang 
 aku cakap..dengan erti kata lainnya- white lies..

Ye..semalam adalah hari menipu sedunia untuk aku..ramai giler orang aku tipu atas situasi aku semalam..sorry enchik-enchik sekalian yang sangat peduli akan diri ku..Cuma aku je yang tak sayang diri aku kot sebab buat benda macam ni kat diri aku sendiri..ikut perasaan sangat..

Lepas tu dengan tidurnya ditemani dengan irama dengungan nyamuk di kedua belah telinga bersama urutan mesra muncung sinyamuk, memang terbaiklah..berguling-guling aku di buatnya menahan gatal darah ku disedut..bongoks punya nyamuk..

Maka start dari semalam, rival aku selain dari amal adalah semua jenis nyamuk kat dunia ni yang suka ambil kesempatan menghirup darah suci aku tanpa rela itu..walau pada hakikatnya aku memang tak suka tahap gaban kat nyamuk sejal dulu lagi..

Akibatnya, belum pukul 5 lagi aku dah terjaga, padahal masuk  tidur dalam pukul 2 gitu..sure mengantok arini..what to do..aku ingat kan aku akan Berjaya untuk tak tidur langsung hari ni bila aku decided untuk amek  nescafe semalam..ternyata aku salah..aku memang tak boleh kalau tak tido..

So, for those gelandangan out there yang dah bergelandangan sekian lama, anda memang tabah..aku yang bergelandang tak sampai sehari pun dah serabut bagai, apatah lagi anda yang bertahun-tahun..
Perkara ini membuatkan aku rasa betapa bertuahnya kita bila ada shelter untuk berlindung walau kau ada housemate yang freaky dan haram jadah yang kau langsung tak boleh duduk satu space dengan dia even nak bernafas guna udara yang sama pun kau tak sudi,.yang penting ada tempat berlindung..

So, adik-adik, jangan lari dari rumah tanpa hala tuju ye..dan jangan jalan sorang-sorang di malam buta..nasib baik yang aku kena soal siasat dengan polis peronda- polis bantuan kot, dari kena sergah dengan penjahat tanpa belas..kalau tak-tak berani aku nak imagine derr..

Owh, ceritanya banyak lagi sebenarnya..Cuma jari aku malas nak menaip..setakat sini saja dulu..dan cik 
 rosmaizam, please don’t freak out bila anda tahu di mana keberadaan diriku pada 21 jun 2011 hingga pagi 22 jun 2011..yang penting saya selamat..ok?..(dan diriku memang tak plan pun untuk memberitahu anda mengenai kisah sengal ini)..hahah~

Saturday, June 11, 2011

calm decision..

the calmest decision ever..

to be happy whenever the person that you care is happy..

love, is only a feeling..i envy those who can reach out for their love, to love and to be love with the equal amount of love for each other..to fight for their love, and brave enough to confess their feel towards others..

well, for me, if the love is not from the person that i love, i might walk away before it even starts- like i used to do..and maybe when i'm in mid fifty or sixty years old (god will), and at that time i'm living with cats and rabbits, the person that i could blame is, only me..for waiting idly for someone who never knew my feeling towards 'em..

hard eh to be a tight lips person like me?

Friday, June 3, 2011

penang...

aku akui, aku memang banyak simpan memori kat situ. the moment aku cross jambatan penang yang mana air laut dan langitnya bersatu, hati aku terus tenang. rasa nostalgic datang tanpa diundang. kenangan 3 tahun kat situ datang lagi. terlalu nostalgik untuk digambar dengan kata-kata mahu pun tulisan.

selepas 2 tahun, walau ada banyak benda yang berubah, tapi perasaan tu tak pernah berubah..kenangan kat situ terlalu banyak..tak kira la sebelum grad or selepas grad..bila reunion ngan memember lama jek, mesti lepak usm..bila situ jek, akan  ter createnya memori baru..

akak aku cakap aku obsess ngan usm..tak..aku tak obsess ngan usm..aku obsess ngan the memories kat sana, the feeling of nostalgic yang aku tak rasa kat tempat lain, dan aku sangat cintakan friendship antara aku ngan bebudak kat sana..

tak payah mention satu-satu nama siapa yang orang-orang nya, anda tahu siapa anda..

dan buat sekian kalinya, aku jejak lagi kaki kat penang..for emah's wedding..

dan reunion buat sekian kalinya...teruja jumpa balik bebudak yang lama dah tak jumpa..teruja untuk spend masa together, walau pada mulanya aku macam nak tak nak datang sana atas sebab-sebab tertentu..

(menulis dalam ngantok memang cam ni)

dah la..ngantok lak tetiba..

p/s: qila, kalau kau ingat balik perbualan kita on the phone masa kau tanya aku nak g penang atau tak aritu, ada satu topik terselit disitu, dan sekarang aku tengah memikirkannya kembali...huarghh..ngantuknye..ZZZzzzzz...

wafiy dan 50 sennya..

Hari ini Wafiy tak menangis masa pergi tadika. Wafiy nampak teruja. Lepas salam mamanya dia terus letak beg di meja panjang. Selipar awal-awal dah di cabut dan di letak di rak kasut. Tak seperti selalu. Kadang-kadang dia menangis teruk bila di suruh ke tadika. Kalau tak di pujuk mesti kena bagi umpan gula-gula, atau coklat rocky, tak pun coklat choki choki sebagi alat untuk memujuk.

Tapi hari ini dia agak lain. Kepalanya tertoleh toleh. KEjap ke kanan, kejap kekiri. Pandangannya cepat menangkap ke arah gurunya yang duduk di meja panjang berdekatan. Wafiy senyum.

Cepat-cepat di buka poket begnya dan mengambil sesuatu dari begnya. Pantas dia berjalan menuju ke arah gurunya, Cikgu Maria.

"Cikgu, nah!" dihulurnya benda di tangannya kepada Cikgu Maria.

Pantas saja Cikgu Maria menyambut. Syiling 50 sen bertukar tangan. Dengan wajah confuse Cikgu Maria bertanya,

"Buat apa bagi cikgu ni?"

"Ambillah..cikgu kan tak ada duit. Wafiy bagi," balas Wafiy sambil di perhatikan rakan-rakan lain yang berada berdekatan.

"...."

..

Imbas kembali....

Hari sebelumnya.

"Maria ni duit OT ngan Ana. Bahagi 2 ye," ujar Kak Bib sambil menghulur sekeping wang bernilai lima hengget.

"OK," balas Maria.

Wang tersebut di lipat dua dan di selit ke dalam pencil case. Lepas siap kerja ni baru dia bercadang untuk diberi pada Ana. Kerja-kerja menggunting kertas untuk subjek seni kelas 5 tahun di teruskan. Dia langsung tak pedulikan kanak-kanak lain yang bising kerana teruja membaca buku bergambar di sebelah kanannya.

Baru letak rak buku tu. Masih jakun lagi. Nanti dah lama-lama, dah habis semua buku di godeh, bosanlah tu. Balqis yang sibuk menggeledah pencil casenya pun di biarkan saja. Malas nak layan, yang penting kerjanya siap sebelum kelas bermula.

"Wah, cikgu ada duit," ujar Balqis kagum.

"Jangan main duit cikgu tu. Cikgu tak ada duit ni. Hilang duit tu apa cikgu nak makan nanti," balas Maria pantas dengan suara yang mendatar. Sengaja diberikan ayat simpati untuk melihat reaksi kanak-kanak 5 tahun itu.

"Alah, tengok je la," balas Balqis lagi.

"Tengok tak apa. Jangan hilangkan sudah," akhiri Maria.

"Ye la.."balas Balqis lagi.

Maria semakin asyik dengan kerjanya. Sekejap-sekejap dia bertanyakan wang lima ringgitnya itu bila dirasakan wangnya sudah bertukar tangan.

Kebetulan Wafiy ada disitu, memerhati dan mendengar setiap perbualan Cikgu Maria yang berkaitan dengan wang di situ walaupun pada ketika itu dia juga sedang teruja membaca buku bergambar.

.....

Kembali ke masa sekarang.

Cikgu Maria tersengeh. Baru dia dapat relate kan kenapa tiba-tiba dia diberikan wang tersebut. Wang lima puluh sen di tangan di tenung. Kemudia beralih ke arah wajah tulus Wafiy. Wafiy tersenyum menunjukkan gigi susunya yang banyak rosak akibat banyak makan gula-gula.

"Terima kasih Wafiy. Tapi ni duit siapa ni?,"soal Cikgu Maria sambil menunjukkan koin di tangan.

"Duit Wafiy la. Ayah bagi," balas Wafiy agak manja bagi seorang budak lelaki. Rambutnya yang kerinting di bahagian bawah di pintal.

"Ye ke. Ayah bagi  eh. Wafiy simpan dulu duit ni. Kesian ayah Wafiy penat-penat kerja, Cikgu pulak yang ambil. Duit ni Wafiy simpan. Ok?" balas Cikgu Maria walau dalam hatinya begitu menginginkan sekeping syiling bulat yang besar itu. Dia memang ada obsesi pelik terhadap syiling 50 sen.

"Ok, tapi kesian cikgu tak ada duit," ujar Wafiy sebelum berlari ke begnya. Lima puluh sen di simpan semula dalam beg.

......

p/s: ada aku bagitau yang Wafiy ni ada iras-iras member aku masa aku study dulu?..muka lebih kurang, blur pun lebih kurang sama..kalau rindu kat member tu, tengok je mamat kecik ni, terus terubat rindu di hati..haha...