Friday, October 13, 2017

Aku, kau dan carrier kucing.

13 Oktober, Jumaat. Friday 13th.


Kisah annoying aku untuk hari ni.

Suatu masa dulu aku sangat baik dengan kakak-kakak ofice di pejabat bawah. Kadang-kadang aku lepak bilik diorang sambil sembang-sembang melawak hal dunia dan melayan kakak-kakak punya ayat yang ibarat angin lalu di telinga aku.

Kakak-kakak ni tak faham kenapa aku mandulkan kucing-kucing aku. Diorang kata aku sekat kebebasan diorang, menidakkan sesuatu yang normal dan semuanya menjurus kearah kezaliman terhadap binatang. Walaupun secara beterusan dihentam di kanan dan kiri- aku tetap teguh dengan decision aku untuk kembirikan kucing-kucing aku yang mana akhirnya mereka semua menjadi makhluk berbulu yang sangat manja dan bersaiz seperti anak biri-biri selain mereka juga tidak memancutkan urine di mana saja mereka suka dan pada bila-bila masa mereka suka.

Salah seorang kakak-kakak ini pun suka juga bela kucing. Buat teman sepermainan kepada anak-anak yang sedang membesar. Tak pernah vaksinkan apatah lagi mandulkan kucing-kucing dia. Bila hilang, tak pernah dicari tapi sibuk mencari pengganti kepada yang lama.

Kakak inilah yang selalu pinjam carrier kucing aku. Carrier kucing tu serius tak lah mahal mana. Dalam RM 60 boleh dapat di kedai-kedai kucing di seluruh Malaysia. Carrier kucing sememangnya keperluan kepada semua pemilik kucing. Senanglah engkau nak mengangkut haiwan peliharaan itu ke mana-mana untuk di bawa terutamanya kalau nak travel jauh seperti yang kakak ni selalu buat. Kucing kampung sememangnya gelabah ayam bila dibawa naik kereta. Kalau dibiar lepas dalam kereta, silap-silap dia yang bawa kereta tu.

Last time dia pinjam carrier aku dekat berbulan-bulan lamanya. Aku minta balik pun sebab nak bawak balik bebudak berbulu banyak tu balik kampung sempena hari raya puasa. Apalah makna berhari raya tanpa yang tersayang kan? Jadi aku pun tanyalah pada kakak tu, mana carrier saya? Dah jadi harta sendirikah? Yang tu aku tak tanya sebab takut menyinggung hatinya.

Dia pun jawab, ada kat rumah. Nanti akak bawa. Baiklah. Itu jawapannya. Minta keesokkan harinya jawapan yang sama. Aku dah mula rasa tidak enak di hati. Aku tanya lagi. Jawapan yang sama. Sampai aku boleh terlupa. 

Tinggal berapa hari lagi nak cuti raya aku pun buat lawatan mengejut ke office kakak-kakak itu. Lah, rupanya memang dia dah bawa carrier tu cuma tak beritahu aku. Dia letak carrier tu dekat pejabat dia dan rupanya kakak itu sudah pun bercuti hari raya. Dalam wasap sebelum ni kakak tu ada bagitau ada rosak sikit pada carrier tu. Tombol buka pintu dia tercabut. 

Bila aku tengok balik condition carrier tu, aku rasa sedih yang amat. Tombol dah rosak, macam mana nak bukak pintu carrier tu? Kena tarik besi dia pakai jari ke arah atas.Tombol yang tercabut tu dia letak kat dalam carrier. Cuma sorry saja yang dia bagi dalam mesej wasap tu. Nak suruh ganti baru memang macam tak patut. Habis tu nak buat macam mana?

Aku pun acah-acah cool saja. Takkan sebab carrier lambat pulang, rosak sikit, kotor sikit pun kau nak marah-marah kan? So, aku pun ambil balik carrier tu untuk masukkan si bantal dalam carrier tu nanti. Susah kau tau tak nak bukak pintu carrier tu sebab dah rosak?

Dan semalam, aku terserempak dengan kakak itu. Aku tegur dia dulu dari jauh. Dan aku menyesal. Sebab dia cakap nak pinjam carrier lagi. Aku pun, ok. Tengoklah kalau ada kat rumah. Kalau ada dia suruh aku bawak hari ni. Aku pun. Ok kan jelah sebab tengah nak pergi meeting time tu.

Hari ni pulak, tiba-tiba terserempak dengan dia. Dia tanya carrier bawak tak. Sumpah aku tak ingat pasal carrier tu. Yang aku ingat hari ni nak isi minyak sebab semalam degil tak nak isi minyak nak tengok sempat tak sampai rumah kalau tak isi semalam. So, aku cakap kat kakak ni, alamak lupa nak bawak. Nanti saya balik la, ambilkan. Kakak tu macam, yesss!

On the way nak balik office aku, aku terfikir-fikir, perlu ke aku balik rumah semata-mata nak ambil carrier kucing tu untuk dia? Setelah apa yang dia buat ke atas carrier aku sebelum ini? Emosi sungguh aku tadi. Aku pergi cerita kat budak kaunter. Dia suruh cakap- cakap je carrier tu kat kampung. Aku pergi cerita kat budak office aku ni, dia cakap benda yang sama. Yang kelakarnya aku awal-awal dah mesej kakak tu yang carrier tu tak ada sebab kakak aku pinjam dan tak pulang-pulang lagi. Nampaknya pemikiran kami memang sepesen.

Tak putus asa, kakak tu tanya lagi, tak ada carrier lain ke? Aku pun jawab, itu je yang ada kak. Aku suspek kakak tu suspek aku menipu. Sebab sebelum ni aku pernah cakap kat dia yang aku ada dua carrier. So, aku suggest dia tanya pada orang lain. Dia pun tanya orang lain dan aku tak peduli apa jadi kat cat dia yang nak balik kampung tu.

Kakak, carrier kucing tu murah je. Saya ini marah kerana kakak sudah selalu pinjam dan selalu simpan lama-lama sampai rosak kucing saya punya carrier itu. Saya boleh beli baru kalau mahu, tapi sekarang ni saya tak nak beli baru sebab saya dah ada carrier kucing walau pun dah rosak. Kakak tak nak beli ke? Tak adalah asyik nak pinjam orang saja. Kalau dah lebih 2 kali pinjam barang orang tu maksudnya kakak memang perlukan carrier itu.

Iya, ini perkara kecil. Perkara simple. Tapi benda-benda kecil macam ini la boleh jadi besar bila kumpul banyak-banyak. Tak campur lagi bila diorang selalu cakap aku gemuk dulu. Ha, tengok. One thing leads to another. Sudahlah kakak. Saya harap sangat kakak beli carrier sendiri. Sekian.