Sunday, July 18, 2010

prevention better than cure~

terkejut masih tak hilang lagi..biar dulu sebelum ni dia pernah betray aku dengan perbuatan mereka, tapi dia pernah jadi kawan aku..biar tak berhubung sekarang, tetap, dia pernah jadi kawan aku..tolong aku bila diperlukan, berjalan bersama ke stesen lrt setiap kali mahu pulang, kekadang jalan-jalam sesama kat times square, tengok wayang sesama kat mid..

biar tempoh perkenalan dan per'kawan'nan kami singkat saja, tapi bila tahu tentang update dia yang terbaru ni buat aku terkejut..kesal pun ada...kenapa boleh jadi sampai macam ni sekali?..apa yang dia fikir waktu tu sampai sanggup merelakan akibat ini terjadi?..aduh..ayat aku dah makin tak boleh belah dah..

tapi apa yang aku nak sampaikan nanti adalah totally kisah benar..walau hanya secebis info yang aku dapat dari informer, tapi aku rasa sudah cukup memadai untuk aku mencoretkan sebuah kisah, yang patut jadi teladan..buat gadis-gadis.. (baca style che'nelle)..

kisah si lalang~

nama dia bukanlah lalang..dia bukan sejenis tumbuhan atau rumput juga..dia manusia..sama macam aku, sama macam kamu semua juga..cuma apa yang membuatkan dia sama seperti lalang adalah kerana dia tiada pendirian yang tetap dan teguh..dia seperti tak pasti apa yang dia mahukan dalam hdupnya..

apa yang orang cakap, dituruti saja..seperti tidak punya organ yang dinamakan otak dalam sistem badannya yang membolehkan dirinya untuk membuat  keputusan dalam hidup ni..kerana itu dia umpama silalang yang ditiup angin bila membuat keputusan..

contoh-

aku: jom, g job interview
dia: kerja apa?
aku: kerja ni, bla bla bla..cenggitu..cenggini
dia: ok..

bila dah dapat

aku:yay
dia: hehe..(senyum saja)

bila dah start kerja

aku: gila suck kerja ni..sok aku nak interbiu kerja lain. nak ikut?
dai: tengok la..

(padahal dalam masa yang sama dia tak suka juga kerja tu)

esoknya.

aku: eh, ada pulak ko
dia: aku try jek dapat- dapat la. xdapat xdapat la.

bila dah dapat, training 2 bulan, mintak spa, dapat temuduga, dia berhenti.

aku: kenapa berhenti?
dia: tunggu spa..
aku: teruskan je la dulu, dapat nanti baru berhenti
dia: tak pe la.tunggu je la.malas la aku kerja ni.

wuhu..mudah saja mulut dia berbicara begitu..kau ingat senang nak masuk gov?..lagi la benda yang kau mintak tu jauh dari apa yang kau belajar dulu..tambah pulak dengan kau yang tak punya confident dan keinginan ayng tinggi dalam hidup ni....agak2 kau boleh dapat ke?

tapi tak sampai hati la pulak nak cakap macam tu kat dia..so aku diam kan saja..lagi pun beza 2 tahun lebih tua dari aku mungkin dia lagi pandai merencana masa depan untuk dia sendiri..siapalah aku nak consult tentang life orang lain kan?..

tapi ternyata, usia bukan pengukur kematangan seseorang..bukan aku nak claim yang aku ni lagi matang dari dia, bukan aku nak cakap yang aku ni lagi banyak pengalaman hidup dari dia..bukan aku nak cakap yang aku ni bagus sangat, tapi, setakat ni rasanya aku masih boleh bezakan yang mana betul mana salah setakat ni..

bila dulu dia cakap dia ambil kelas menjahit, aku cam pelik, mana dia dapat duit nak masuk kelas menjahit semua tu..dia tak kerja pun lagi..takkan banyak sangat saving dia masa dia kerja dulu untuk dia tampung kelas tu sambil tampung hidup sementara dapat kerja?..aku dah start pelik, lagi la dia anak sulung...

dan selepas 2 bulan aku tak jumpa dia, aku dapat tahu apa yang sebenarnya berlaku pada dia..kenapa dia makin lama aku nampak dia makin chubby masa training dua bulan dulu..kenapa dia selalu usap perut dia masa kat training room dulu..kenapa dia tak ada mood dalam satu-satu hari tu..kenapa dan kenapa dan pelbagai lagi persoalan lain yang aku malas nak ambil pusing satu ketika dulu..

tapi bila si k cakap yang dia bakal jadi mother (without wed-lock), aku terkesima kejap...

err..aku tak salah dengar biar k hanya berbisik pada aku..rupa-rupanya, kelas menjahit adalah kelas bersama teman lelaki..duduk serumah, dan itulah akibatnya...

kenapa aku terkejut, sebab selama aku kawan dengan dia, aku tak nampak tanda-tanda dia jenis perempuan macam tu..perempuan yang mudah- maksud aku..nampak macam perempuan baik saja..memangla bertudung bukan lamabang kebaikan seseorang, dan pakaian bukan melambangkan peribadi..tapi at least, act like one..

entahlah..aku ni sibuk cerita pasal orang, takut sangat jadi kat diri sendiri..sebab tu la aku cakap jadikan pengajaran..sekarang ni yang aku tau dia mau keep that baby..setahu aku dia kenal lelaki tu bukan lama pun..laki tu pun walau dah berusia still tak stable lagi- dari apa yang pernah dia cerita kat aku la dulu..

hurm..benda nak jadi kan..tapi at least kita boleh mengelak sebelum berlaku sesuatu kan?

prevention better than cure~

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita ~