Monday, May 23, 2011

Selipar putus, gigi, broadband..





“Aish..putus lagik..”

Cepat-cepat selipar di capai. Dimasukkan hujung selipar yang putus. Dimasukkan kembali ke dalam lubang yang tersedia. Lubang semakin membesar. Selipar lembut sangat. Cepat sangat boleh tercabut. Tapi dia suka.

“Cepatlah. Diorang dah tunggu lama tu,” sekali lagi Fairuz menjerit.

“Sabarlah. Selipar I putus lagi,” balas Maria tenang. Selipar yang Berjaya dibaiki cepat-cepat di sarung. 

Lepas ni, kalau ganas sikit saja confirm tercabut balik.

“Belilah selipar baru,” provoke Fairuz.

“Kaulah belikan untuk aku,” balasnya tenang.

“Suruhlah boifren belikan,” cadang Fairuz sambil tersengeh-sengeh. Makin kembang wajahnya kelihatan di sebalik tudung awningnya.

“Satu hal pulak nak carik boifren. Memang takkan dapat selipar baru la kalau camtu,” balas Maria.

“Aik, muka lawa camni takkan lah tak ada boifren. Tipula..” ujar Fairuz sambil terus menuju ke meja makan. Di situ sudah ramai yang menunggu.

Lawa? Maria mencebik. Perli la tu.

Sambil meeting sambil minum pagi. Semua seperti tekun mendengar. Maria Nampak paling tekun. Di pandangnya muka Datin setiap kali wanita itu bersuara. Namun bila di Tanya Maria Cuma menguis-nguis pinggan yang kosong. Padahal langsung dia tak dengar apa. Lagu-lagu di MP3 yang di sumbatnya sejak pagi lebih menarik perhatian telinganya. Apa yang di kata Datin bagai angin lalu. Dengar, tapi terus keluar tak sempat digest dalam otak.

Entah macammana masuk cerita tentang pasangan masing-masing.

“I masa tengah muda dulu, perkara paling penting yang I cari dalam lelaki is dia mesti ada gigi. Kalau tak ada gigi I terus tolak. Ye la, kalau tak ada gigi macam mana I nak cium dia? Geli tau. You all mesti ada ciri-ciri dia kan. Jangan nanti bila dah kahwin baru nak menyesal dia tak ada gigi ke apa. Lainlah kalau masa sebelum kahwin you dah tau dia tak ada gigi. Itu memang salah you la sebab tak cari betul-betul. Masa tu you tak boleh menyesal,” cerita Datin panjang lebar.

Yang lain semua tersengih-sengih. Hampir separuh di situ sudah berumah tangga dan punya tunang. Jadi yang dah berkahwin memang faham sangat apa yang di kata Datin. Yang sudah bertunang angguk-angguk faham. 

Sama juga dengan yang sedang bercinta.

Moral kat situ, it’s ok kalau nak memilih, agar tak ada kesalan di hari tua kelak.

Ok. Part itu saja yang Maria ingat sepanjang meeting tersebut. Habis minum pagi, gotong royong terus di jalankan. Kali ini buat buku rekod untuk pelajar pula. Menggunting dan menampal. Faham sajalah bila perempuan buat kerja. Tangan gerak, mulut pun haruslah bergerak sekali. Si Maria yang telinganya tersumbat dengan earphone pun terpaksalah respon sekali bila di soal. Kali ini dia tak boleh mengelak.

Bila masuk bab cerita tentang pasangan masing-masing sedaya upaya Maria mengelak. Beb, nak cerita apa? Song Joong ki? Jumpa dia sebab dia berlakon dalam drama Korea? Mati kena gelak karang. Bila dah macam tu, Fairuz buat kesimpulan sendiri. Pesan Fairuz,

“Tak semua lelaki sama. Bagi peluang untuk lelaki cuba dekati awak. Dan bagi peluang kat diri sendiri untuk merasa cinta,”..

Maria sengeh-sengeh. Satu, apa yang Fairuz kata tu ada betulnya. Dia tak nafikan. Dua, err, tak ada yang kedua. Ok. Dia terima nasihat itu.

Tepat jam 1 petang QMC 121 sampai. Masa untuk pulang. Maria terus pulang setelah mendapat kebenaran Datin dan Kak Bib. Yang lain masih ada di situ. Biarlah. Siapa suruh datang lambat.

Cerita pulak tentang broadband dengan Iza. Maria kesal kerana broadband sudah dipulangkan. Leceh. Macam mana nak download kalau tak ada internet.

“Susahnya boyfriend duduk jauh. Kalau dekat, mintak je, mesti dapat,” balas Iza.

“Dapat yang kaya bolehla,”balas Maria merujuk kepada boyfriend Iza.

“Kau cari la yang kaya,”pendek saja balasan Iza.

“Tapi kalau dapat yang sengkek camne?,” soal Maria bodoh-bodoh.

“Jangan lah cari yang sengkek,”

“Boleh ke camtu?” soal Maria sambil menggumam pipinya semakin bulat.

“Kita yang tentukan. Dari awal perkenalan tu kita yang tentukan sama ada kita nak dia ke tak nak. Semuanya terpulang pada kita,” terang Iza.

“Owh..”

Serentak itu dia teringat kata-kata Datin masa meeting tadi. Ciri-ciri pilihan. Dia cuba relatekan dengan kata-kata Iza sebentar tadi. Ciri-ciri pilihan dan kita yang tentukan untuk terima atau tak. Ok. Semuanya masuk akal.

So, still make sense lah as why she still single right now. It’s not like she’s not giving any chance to herself or to any man to be in that kind of relationship. As the matter of fact,  she thinks that  it’s a noble for her to be choosy in order not to regret for what she’ll choose in the future. To think back, she never regret for not accepted any man that had tried to make a move on her. Well, she think she will be rather single than being with the person who is not her type.

Releks la. Tak payah rushing-rushing. Ada, ada la. Tak ada, tak ada la. Bak kata Ayushita, banyak yang bercinta bertahun tahun putus jua. So, apa nak rushing. Yang penting kita enjoice!!

“Yang penting aku tak desperate,” fikir Maria, mengakhiri hari Sabtunya yang penuh dengan topic yang sama.

Monday, May 16, 2011

16 mei, hari guru, dan situasi-situasinya..

bangun pagi, first thought, esok cuti..yeay..

sampai tempat keje, senyum2..mata pedih2..start merah2..lens punya hal..cabut terus letak dalam bekas sharpener..kotor pon kotor la..balik nanti baru bubuh dalam solution dia..tah pehal dia buat hal arini..

jumpa ana, dia ajak buat pulut juning dengan pulut hitam untuk seni rabu ni..aku pun on jek..dia nak tolong, aku lagi la sudi..cadangnya aku nak buat gambar bee atau dalam bahasa omputehnya lebah..lukis cantik2, potostet banyak2, pastu suruh bebudak bubuh gam dan tabur pulut hitam or pulut kuning kat tempat yang dah di gam tu..

senang je nak buat pulut hitam and kuning tu..sebab bee kaler hitam and kuning, watercolor kuning ngan hitam di ambil..lumur kat  beras, pastu jemur..jadilah pulut hitam dan kuning..as simple as abc..nak buat esok kompem x sempat, sebab esok cuti..

settle dah..apa lagi yang jadik hari ni eyh?..owh..hadiah..jap..sebelum tu..

lepas rehat tadi masuk kelas budak 5 tahun..ajar bahagian ikan..recall balik bahagian burung..aku tanya burung terbang guna apa, pandai je jawab guna sayap..aku siap suruh dorang buat gaya burung terbang berseta bunyi sekali..dan dengan sportingnya dorang buat..

giler comel..tapi kalau bebudak umur 19-22 tahun yang buat dah tak  nampak comel sangat (teringat masa kenangan kat rotu navy dulu kena buat benda yang bukan-bukan)..

masuk kat bab ikan, dorang semua cam excited..aku tau dorang bosan..kelas cuma ada 16 orang je yang datang out of 30 orang..yang lain sambung cuti..so aku malas nak pressure sangat..sikit-sikit pun mulut boleh tahan dasyat..yang datang tu stok-stok bising..memang la..

bila aku tanya ikan ada berapa kaki, dengan yakinnya amirul cakap ikan ada 1 kali..bila aku tanya satu kaki je?, cepat-cepat yang lain tambah 2, 3 ,4 , 5 kaki..alahai..nasib baik korang comel..anak orang pulak tu..kalau tak amau ada yang dapat tangan comel aku ni..

seronok sebab diorang sporting..bila aku suruh buat gaya ikan berenang, masing-masing meniarap atas lantai buat gaya ikan berenang..maaf banyak-banyak ye buat parents budak-budak tu semua..diriku tiada niat jua untuk mempermainkan anak kalian..semua ini adalah sebahagian dari proses pembelajaran..

tak yah mop kelas tu untuk hari ni..

lunch hour..tiba-tiba fatin hulur satu bungkusan pada aku..semua orang dapat..tapi aku teruja bila dapat hadiah hari tu..tak kesa la apa benda yang dia sumbat dalam bungkusan tu, tapi aku sangat berbesar hati masa ambil bungkusan tu..by the way memang comel frame tu, even dia kaler pink, terima je la..

after lunch..owh, masa breakfast mak adlina bagi satu tupperware kek vcoklat moist..nampak lazat..pada penggemar manisan mesti dia cinta..aku cuma makan kek dia je..topping ngan coklat rice dia aku buang..aku makan atas dasar appreciate keikhlasan si pembuat kek..tampak kelazatannya di situ..

lepas lunch, dapat sebiji epal..aku tak dulik sape yang kasi..dah orang hulur aku ambil je..aku cium2 epal tu tanda aku bosan bila time meeting tadi..kak ina si tukang masak dah pandang aku semacam dengan senyuman pelik..aku cuma sengeh sambil pegang epal tu macam tak ada apa benda jadik..

abes meeting aku terus cabut dari meja makan..tak tahu daulat kat sape, epal yang aku cium-cium tadi bergolek-golek kat bilik air..dem..berlari-lari aku kejar epal tersebut di saksikan mata-mata yang memandang..

aku tak pedulik..aku ambil aku basuh dan aku blah..aku ngantok giler..

sempat aku singgah kat tempat bebudak lelaki tido..aqil tak tidur lagi..bulat biji mata dia pandang aku..adam buat-buat tido..afiq lagi la pandai berlakon..selalu dia yang tido dulu..aqil buat muka tak malu bila aku offer dia apple..

luas saje mulut dia tadah untuk gigit epal yang kecik tu..adam pulak segan-segan..ye lah..diakan gentleman among the boys kat situ..tahap keseganan dia memang tinggi..afiq lagi la..member tu lagi penyegan..bila aku cakap, sokay, makan je, tengok aqil yang tak malu tu..

dalam waktu yang sepatutnya diorang tidur, aqil, adam dan afiq (Trio A), mengunyah manisnya buah epal yang di seludup masuk..rasa ngantuk aku makin menjadi-jadi..so cepat-cepat aku ke tempat budak perempuan..si syafikah ngan vania pulak yang tak tido..

aku pun offer epal..bebudak perempuan ni segannya kurang sikit berbanding dua budak lelaki tadi..senang misi aku nak habiskan epal berjalan..hari ni memang gila..lepas makan aku terus tido..gila ngantuk..bangun plak rasa macam tak nak bangun..cam tapaper jek..

ape lagi?..petang tu aku ajar dorang tanam pokok kacang hijau..

dorang semua ada obsesesi dengan kacang hijau..jumpa kacang hijau je bagi aku, suruh tanam..betapa terujanya diorang untuk tunggu pokok tu tumbuh..siap tepuk tangan lagi bila aku siap lukis gambar rajah macam mana kacang tu akan mula bercambah sampai la keluar akar dan daun semua..aku student botani kot..mesti la detail aku lukis tadi..hahahah..

aku just nak diorang appreciate life and things around them je..huhu..bukan nak suruh buat report lab ke apa ke..just for fun..

dan gula-gula dari acara sukan aritu pun di agih pada budak-budak..

ini insiden yang buat aku terharu..nazim, dia budak nakal, ketegaq dia memang tak boleh nak handle..tapi bijak..kadang kadang kelakar..dia memang kasar..dia selalu buat issue, buat hal, terajang budak sana sini, kira dia buat orang boleh, dan kau jangan harap boleh buat dia or-kau-akan-kena-lebih-teruk-dari-yang-kau-buat..

dan tadi, aku nampak side comel dia..out of nowhere, tiba tiba dia datang..bagi aku gula-gula..aku yang teruja terus tanya, betul ke untuk aku..dia ngguk angguk sambil senyum..dia terus blah lepas aku ambil gula-gula tu..fifi yang nmpak kejadian tu terus hulur gula-gula jugak kat aku..double happines..ok..

then tiba tiba tak lama lepas tu nazim satang balik kat aku....tanya pasal gula-gula..dia tanya aku dah makan ke belu..aku pun tunjuk..ingatkan dia nak ambil balik..dia tanyakenapa tak makan lagi..aku pun suruh dia bukak kan..aku tak expect dia akan bukakkan, judging dari perangai dia..

dia pun ambil dan bukakkan gula-gula tersebut pada aku..serius aku terkejut..beyond my expectation ok..then, lagi sekali buat aku terkejut dan buat aku tersenyum lebar adalah bila dia tengok amsyar yang bersusah payah nak bukak plastik gula-gula tu, terus dia ambil gula2 tu dan bukakkan untuk amsyar..

aku tau amsyar takut si nazim tu terus masuk mulut gula-gula tu..sebab semua orang tau perangai si nakal tu macam mana..dan sebaik saja selesai keluarkan gula-gula dari plastik, terus dia bagi pada amsyar..amsyar yang tak sabar terus sumbat ke dalam mulut dia..

aku ter amazed kejap..

dan sepanjang petang tu aku dok sibik cerita hantu kat bebudak tu,.sebab dah terlanjur cerita kat bebudak tu masa nak keluar kelas aritu..haha..aku cuma cerita balik apa yang ada dalam cerita kak limah tu..boleh lak dorang jerit-jerit takut sampai ada yang menangis..part mana? part yang, enjit enjit semut...semua menjerit bila dengar..

dan segmen bercerita di teruskan sehinggalah alia jepoon balik..ntah apa yang aku bebel kat dia pun aku dah tak ingat..

hari berakhir dengan lepak kat restoren masjid jamek ngan ana..dia tunggu akak dia balik kerja, dan aku tunggu akak aku balik kerja..aku on laptop sambil ana sibuk menghirup kue  teow tomyam dia sambil mulut nya bercerita tentang perihal skandal tempat kerja sambil aku berpura-pura aktif mendengar sedangkan mata aku aktif membaca tulisan di internet..

dan sampai sekarang, 10.26 pm, aku masih menunggu di sini..thanks to mr toshiba milik kejam yang sudi menemani diri yang hampir 5 jam di sini..

16 mei hampir tamat, adios~

si kacak dan jersi no 17..

what a package~

aku x tau ape korang punya description bagi kacak..bagi aku kacak adalah kacak di mata aku..dan biasanya bila aku kata kacak, semua orang akan turut bersetuju..ini menunjukkan taste aku yang sangat average dan tiada uniknya berbanding orang sekeliling aku..

yang penting bukan masculine, more to metrosexual, yang cerah-cerah gaya cam budak perempuan yang trying so hard to be a man, walhal dia adalah true man..dan kacak bagi aku adalah more to comel- handsome jauh sekali..

dan biasanya, makin kau tetapkan ciri orang yang kau suka tengok, makin berbeza ciri yang akan kau jumpa..jadi, ingin aku tegaskan, berangan itu memang tak salah..salahnya bila tak reti nak bezakan antara realiti dengan fantasi..so, mari teruskan angan-angan itu..

ok..ape pointnye tajuk post aku kali ni..

no 17, adalah nombor peberet aku sejak dolu2 lagi..sejak mak aku tak jumpa abah aku lagi aku dah suka nombor ni..each pasword yang requires number memang akan aku letak nombor ni kat hujung password aku yang biasa..bagi aku 17 adalah lucky number aku..( yang sebenanrnya sebab aku lahir pada hari ke 17 dalam bulan aku lahir jek)..

ia adalah sesuatu yang menarik perhatian aku bagi si pemakai jersi no 17..lagi lagi kalau dia memang memiliki wajah persis lelaki yang cantik..

sebab tu la bila aku tengok running man tadi keterujaan aku tiba tiba sampai ke excited state..

skang ni tengah tengok kelantan lawan selangor..skali kapten slangor jersi no 17 da...haha..sib bek ko x berapa nak comel sangat di mata aku..soong ki~

Thursday, May 5, 2011

wild imagination..

 
Fairuz baru saja dua hari bekerja sebagai guru sementara di tadika persendirian milik Datin Rosma sementara menunggu hari konvonya menjelang bulan Oktober kelak. Masih bersisa 5 bulan sementara dia menanti tarikh keramat itu. Haruslah dia memanfaatkan masa yang ada itu dengan sebaiknya. Boleh dapat pengalaman, masyuk pun masyuk dari tak ada buat apa-apa.

Dalam tempoh dua hari tersebut dia hanya perlu memerhatikan bagaimana guru-guru lain bertugas untuk dijadikan panduan kerana sesungguhnya dia memang tiada pengalaman mengajar. Lalu, segala jenis aktiviti cuba difahami dengan baik agar perjalanan kerja berjalan lancar. Bukan mudah rupanya untuk mengajar di tadika ini. Sangkanya dia hanya perlu masuk kelas, mengajar, dan terus keluar. Kemudian tunggu di bilik guru sehingga masa yang seterusnya.

Rupa-rupanya tidak sama sekali. Bila bukan subjeknya yang di ajar di kelas, dia harus menjadi guru pembantu. dia harus memastikan urusan kelas lanacar seperti pensel di asah tajam, jika pelajar gagal menjumpai buku dia harus membantu pelajar tersebut, dan macam-macam lagi.

Selain itu bila dia menjadi guru pembantu dia harus menyediakan minum pagi untuk pelajar-pelajar 5 dan 6 tahun. Kalau pagi itu makan koko crunch mesti azab. mana nak isi koko crunch dan corn flakes dalam mangkuk, kemudian di isi sudu, disusunnya pula ke atas meja panjang di mana pelajar akan menikmati makanan mereka.

Susu tak boleh letak awal-awal. Nanti bijiran jadi lembik. Budak-budak tak suka. Ramai yang tak nak makan. Kena tunggu anak-anak duduk, baru boleh tuang susu dalam mangkuk. Itu pun bukan semua yang nak makan dengan susu. Silap tuang, kena tukar. Silap tuang, dapat budak yang suka main-main, di tadahnya susu suam yang mengalir keluar dari muncung jag guna sudu, maka jadilah air pancut di situ. Habis basah satu meja.

Kena lap.

Untuk dua hari yang pertama, dia tak mengajar lagi. Jadi lepas kelas, meja dan kerusi di susun kemas di hadapan kelas. Bilik darjah yang kosong akan di jadikan tempat tidur untuk anak-anak. Tapi sebelum tu anak-anak kena mandi dulu.

Untuk hari pertama dia jaga kelas anak-anak 5 tahun. Mula-mula budak perempuan yang mandi. Masing-masing gembira untuk mandi. Bersoronglah beg beroda yang rata-ratanya semua berwarna pink bergmbar princess. Masing-masing mengeluarkan tuala dan baju basahan dari dalam beg buat pengganti pakaian seragam sekolah. bukan main gembira mereka berborak, berlari dan menari-nari dalam kelas. Hatinya terhibur melihat gelagat anak-anak kecil itu.

Selesai mandi dia perlu menyikat rambut dan menyapu bedak pada mereka. Dengan gembiranya dia bersila dan memanggil anak-anak yang usai mandi dan lengkap berpakaian baru ke arahnya untuk disikatkan rambut dan di bedakkan mukanya. Anak-anak kecil yang dambakan perhatian seronok di perlakukan sebegitu. Ramai yang mengerumuninya. Fairus jadi bangga.

Rasa macam artis pula, tawanya dalam hati.

Sedang asyik dia melakukan tugas, tiba-tiba dia rasa gelabah. Kenapa lampu tertutup tiba-tiba. Lampu rosakkah? Apa la tadika ni. Dari luar kedengaran jeritan kuat Puan Bibah menyuruh pelajar perempuan masuk tidur.

"Kat mana la pulak budak-buadak ni nak tidur?," Fairuz menyoal dalam hati. Di sekelilingnya masih ada lagi beberapa pelajar yang masih belum siap bersikat rambutnya.

Tak sampai dua saat, kelas 5 tahun itu dikerumuni semua pelajar perempuan. Masing-masing muka terpinga-pinga. Malangnya Fairuz tidak mampu memahami apa yang tersirat di hati pelajar tersebut. Dia masih tekun dengan kerjanya menyikat rambut pelajar yang masih bersisa.

"Lah, tak bentang lagi ke comforternya?..Lupa nak bagitau..," entah dari mana tiba-tiba kedengaran suara Cikgu Yus. Dengan gigih Cikgu Yus mengusung badan montel comelnya ke arah sebuah almari. Di bukanya pintu almari tersebut sambil menjerit menyuruh pelajar lain yang berada di dalam kelas untuk keluar. Walhal dalam masa yang sama Puan Bibah menyuruh pelajar perempuan masuk tidur.

Pelajar akur. Mereka keluar. Namun bila di jerit semula oleh Puan Bibah, mereka masuk semula, dan di halau semula oleh Cikgu Yus.

Fairus sendri jadi pening dengan keadaan itu. Tak organise betul tempat ni, bisiknya dalam hati.

"Fairus, meh sini, bentang comforter. Patutnya awak bentang benda ni siap-siap," panggil cikgu Yus. Fairus terdiam. Cepat-cepat di sudahkannya kerjanya itu. La, tak sangka. Sebab aku ke tempat ni jadi huru hara macam ni.

Sepantas kilat dia cuba membentang comforter. Dengan bantuan ikgu Yus, segala kerja berjalan lancar. Berpeluh juga badan gempalnya ketika itu. Hari-hari buat macam ni boleh kurus kot.

Masa untuk tidur agak ngeri buatnya. Pelajar di jerit lagi untuk menyuruh mereka tidur. Ada yang di pukul. Sungguh tak patut. Kalau cakap elok-elok, bukannya mereka tak nak dengar. Akhirnya dengan cara itu pelajar tidur. Dia hanya memerhati.

Sedang dia berbaring di bahagian pelajar lelaki, dia ternampak satu kejadian. Terlihat seorang budak lelaki memanjat badan budak lelaki lain. Sebagai guru baru dia hanya memerhatikannya saja. Kejadian berhenti setakat di situ. Tapi fikirannya benar-benar terganggu. Gay ke? Budak 5 dan 6 tahun gay? Biar betul?

Seharian dia memikirkan hal tersebut. Takkan lah. Sehingga malam pun dia sibuk memikirkan hal tersebut.

Esoknya, dia datang bekerja seperti biasa. Hari kedua. Mungkin kerana sikapnya yang cepat ramah dengan orang membuatkan dia senang masuk dengan guru-guru lain, kecuali Cikgu Maria yang kelihatan suka menyendiri. Dia  lebih suka berborak dengan Cikgu Yus, mungkin kerana saiz mereka yang lebih kurang sama. dengan Cikgu Ana dia suka juga berborak kerana Cikgu Ana memang banyak kata, bolehla di bawa borak sentiasa.

Dengan Cikgu Maria, dia kelihatan agak sombong. Lebih banyak mendengar dari bercakap. Reaksinya pula tak banyak. Macam robot. Bosan.

Maka untuk hari kedua itu, dia sudah mula berborak sakan dengan cikgu-cikgu lain. Cikgu Maria dilihatnya sibuk bermain dengan kanak-kanak lain. Dia pun pelik kenapa begitu ramai kanak-kanak mengerumuni Cikgu Maria. Entah apa lah yang di borakkannya.

Hari kedua sama seperti semalam. Tak banyak beza. Jadi guru pembantu, mengawasi kanak-kanak mandi, menyusun meja dan sebagainya. Tiba waktu tidur hatinya jadi berdebar. Kali ini dia tidur di bahagian budak perempuan.

Setengah jam berlalu. Dia tergerak untuk mendapatkan handphonenya di kelas di mana tempat budak lelaki tidur. Alangkah terkejuta pabila dia melihat adegan yang sama semalam berulang lagi. kali ini lebih ramai. 4 orang. masing-masing tidak tidur. Bila seorang pergi ke tandas, tiga yang lain turut mengekori.

Dengan curiganya dia mengekori empat orang budak lelaki tersebut. mereka semua ke tandas. Mereka masuk sekaligus. Ada beberapa bahagian tandas disitu yang kesemuanya tidak berpintu. Dua orang masuk satu tandas. Makin bertambah curiganya.

Langsung tak didengarinya bunyi air. Entah apa yang di buatnya? Takkan buat projek kot?

Fairus tak puas hati. Dia mengekor. Belum sempat apa-apa empat budak lelaki tadi dijerkah oleh Cikgu Yus supaya pergi tidur. Berlari tak cukup tanah masing-masing pulang ke tempat tidur. Berderau darah Fairus.Seperti tidak percaya.

Lanats di ceritakan segalanya kepada Cikgu Yus dan Cikgu lain. Perkara ni tak boleh dibiarkan. kena bendung dari awal ni. Kalau biarkan, habislah generasi anak muda masa depan. Boleh effect pada kemajuan negara ni.

Tindakan harus diambil. Sebagai guru yang berwawasan dia harus membetulkan kesalahan besar ini, ikrar Fairus.

**************************** end************************************

apa? korang rasa ni cerita tak ada ending?..

defak!!

komen aku..

- aku rasa si fairus ni dah terpengaruh dengan dakyah-dakyah video seks pemimpin blablabla yang tersebar megahnya kat media tu sampai dia nak relatekan perkara tu kat kehidupan seharian..

-come on la, bebudak kot..even tak sampai 2 bulan aku kenal dorang, nakal nakal dorang, tak sampai kot tahap tu..bukan aku tak pernah tengok dorang pegang-pegang tangan sesama gender, peluk-peluk semua ( sebab some of them ada hug habits, especially one of them yang dituduh gay itu)..kalau peluk lelaki dah dia kata gay, kalau peluk perempuan tu apa pulak? kaki perempuan?

-aku bukan nak butthurt ke apa ke, tapi the way si Fairuz tu cerita kat kitorang tadi, kalau ko dengar akan menimbulkan rasa annoying giler..4 orang beb..4 orang dia tuduh as a gay..even aku bukan parents budak 4 orang tu, aku terasa giler beb..

-bukan agenda aku bak back up bebudak tu..tapi dari pemerhatian aku selama lebih 40 hari bertugas kat situ , bebudak tu bila dah tak boleh tido, dorang pusing kanan pusing kiri, kacau kawan sebelah, bila ada geng tak nak tido, pakat-pakat keluar dari tempat tidor..pergi toilet, dan agendanya main air..

banyak kali kot diorang kena tangkap sebab main air sampai basah lencun baju semua..yang tadi tu sebab tak sempat kot nak main air dah kena terjah..

-aku nampak emo di sini..yes, aku admit, aku tak boleh terima kenyataan outsider ( aku panggil dia outsider sebab dia baru 2 hari ada kat situ), dah komplen itu ini..dia kena learn dulu behavior dan habits bebudak kat situ sebelum buat tuduhan melulu cam tu..

aku diamkan jek sebab aku yang bersalah sebab tak sedar diorang keluar ramai-ramai..yes aku tido, tapi aku tido after aku make sure sumer orang dah nak fall into deep sleep..mata masing-masing dah layu..yes, once again my mistake sebab tak make sure semua tidur betul-betul..(sebab tu aku emo lebih kot, sebab its happened to be bila aku yang jaga diorang)

Tapi part diorang 4 orang kena tuduh gay beramai-ramai oleh si Fairus tu memang aku rasa busyet sangat-sangat..dem nonsense..


so, aku buat  conclusion kat sini, the wild imagination yang si Fairus tu ada, adalah datangnya dari curiga yang tak bertempat..aku akan anggap cerita dia adalah the joke of the year..

Monday, May 2, 2011

ironi~

aku admit yang aku dengan budak-budak adalah umpama air coke ngan mentos, which means tak boleh nak bersatu padu macam roti canai dan kuah kari..kalau bersatu pun akan menghasilkan letusan coke  dari botolnya..maka bersepahlah coke dan bersemutlah akhirnya jika tidak di lap air coke tersebut..

budak-budak bagi aku adalah seperti alien yang amat sukar untuk di fahami, di predict dan di kawal..perlukan kesabaran yang tinggi alam bila berdepan dengan diorang..aku selalu anggap yang aku ni hot temper, cepat naik angin dan sentiasa hilang sabar bila aku kena jaga budak-budak..

contohnya, aku ada 2 orang adik..dua-dua perempuan..beza umur aku dengan diorang adalah 5 dan 7 tahun..sepanjang aku jadi kakak diorang, aku tak pernah jadi kakak yang baik..aku tak pernah mengalah dengan diorang kecuali di paksa..aku tak pernah suapkan bagi makan kat diorang dan aku tak pernah pun mandikan diorang atau main-main ngan diorang masa aku kecik dulu (seingat aku la)..

dengan adik aku yang first tu, bila umur aku 13 tahun dan dia 8 tahun, aku dah tinggalkan dia untuk stay kat hostel sampai la ke sudah..dalam tempoh 8 tahun tu tak banyak kenangan yang manis-manis aku ingat dengan dia..yang aku ingat kitorang kuat gaduh..memang tak ngam langsung..pantang jumpa, mesti gaduh..

sampai satu tahap aku pernah hantuk kan kepala dia ke dinding gara-gara dia koyakkan kertas aku masa aku balik bercuti dari hostel masa aku form 1 dulu, which is tindakan yang paling bodoh dan bangang yang aku buat dan aku sangat menyesal bila aku ingat balik..bodo betul aku dulu..apa sangat la kertas tu kalau nak di bandingkan dengan kepala anak orang kan..

and as time goes by, bila masing-masing dah besar, secara automatiknya kitorang jadi kamceng pulak..share kegilaan yang sama dan style yang sama..so aku buat conclussion kat sini, bukan aku benci kat adik aku, its just aku tak boleh nak get along dengan budak-budak yang tak cukup akal very well..

mungkin..

dan ironi nya, setelah beberapa kali aku menggagalkan diri aku dalam dunia kerjaya aku, tiba-tiba pintu rezeki aku terbukak luas untuk aku berkerjasama dengan kanak-kanak yang memang tak cukup akal lagi apetah akil baligh..ini semua ku lakukan untuk aku membiayai yuran hidup aku untuk bernafas kat bumi ni..

dan bertambah ironi, bila aku, seorang aku yang aku selalu anggap yang aku ni hot temper, cepat naik angin dan sentiasa hilang sabar bila aku kena jaga budak-budak, boleh get along dengan budak-budak tersebut tanpa buat aku stress yang amat macam masa aku kerja jawab call dulu..

malah mereka amat menyayangi aku..

hahahah...biar kan aku perasan..kenapa? tak percaya? tengok neh..