Sunday, October 31, 2010

i'll be okay..

i'll be okay,
 i promise..


thanks to qila~

aku benci bila..

giving up..
rasa macam dah tak ada tempat untuk aku kat dunia ni..
even diri aku sendiri pun dah start benci dengan diri sendiri..(wtw?)

aku benci bila plan tak jadi..
aku benci bila aku over estimate kebolehan diri aku..
aku benci bila aku tak mampu nak buat apa yang aku fikirkan aku boleh..
aku benci bila jadi looser macam ni..
aku benci bila selalu bergantung pada orang lain..
aku benci bila lepaskan peluang sebab rasa peluang tu bukan untuk aku tanpa cuba dulu..
aku benci bila rasa macam ni..
aku benci bila orang dah start fed up dengan aku..
aku benci bila aku dah start fed up dengan diri sendiri..
aku benci bila saat aku rasa aku akan ok, tiba-tiba jadi sebaliknya..
aku benci bila compare life aku dengan orang lain..
aku benci bila aku tak dapat betulkan keadaan setelah sekian lama..
aku benci bila aku tak ada ketahanan mental dan fizikal yang kuat..
aku benci bila jadi macam ni..

sangat down sekarang..

Saturday, October 30, 2010

buku baru..

orang lain sibuk dengan muka buku, aku sebok dengan buku baru..walau buku baru ni tak canggih mana, tak mahal mana- standard buku budak sekolah tingkatan 1 je pun, haruslah kena appreciate..kalau tak ada buku tersebut macam mana nak jadi tempat mencatat..dalam masa yang sama buku tersebut akan di improove dari semasa ke semasa...so, fighto-oh!

sejak dua menjak ni cik ng khoo yie kekadang menjengah ke kotak ingatan..apa yang aku dah buat ni sampai tiba-tiba dia rajin duk ketuk-ketuk lapisan dinding otak sebelah kanan aku ni..jumpa 3 orang yang berbeza- 2 orang akak dan 1 brader ni, bila tercombine apa yang diorang cakap membuatkan aku teringat balik kat dia ni serta merta...

hurm..maksud?

mungkin sekadar sisipan saje..sebab cebisan-cebisan masih ada lagi..even dah erased the main point mesti ada sesuatu yang masih tertinggal..mungkin masa dapat membantu...what did you expect in just 2 months, kan?

update: tambah sorang lagi brader kat loyat tadi dah jadi 4..hadeh~

Friday, October 22, 2010

no update- just writing therapy ~

aku duk kat cc ni dah macam kat mana ntah dengar lagu yang macam-macam..at least better than dengar bunyi tembak-tembak orang main game ke apa-apa ntah...

tu baru intro...

dapat lagi invitation suh g interview untuk customer service executive position in contact centre..kenapa eh?..layaknya aku untuk kerja yang sebegitu sajakah?..dalam banyak-banyak tempat yang aku apply apahal benda yang aku tak apply tu je yang nak offer aku duit- mestilah setelah berpenat lelah layar manusia yang kuat royannya..

terbaca status facebook member aku dulu yang kerja tukang masak kat hotel kat genting..sekarang ni kerja kat maybank contact centre..dia seorang yang sangat jarang mengeluh pasal kerja..sebab bagi dia kerja tu sumber rezeki dia..plus plus ibadah dan segala bagai yang anda fikirkan sekarang ni..tapi hari ni dia mengeluh..

dia cakap dia rindukan suasana kerja masa kat hotel dulu..biar penat mana pun dia kerja dan gaji tak berapa nak besar berbandinng sekarang- at least ada orang appreciate apa yang dia buat..rakan sekerja, customer dan dia boleh rasa puas hati atas apa yang dia buat masa tu..dan seperti biasa ade je la komen2 membina yang dia dapat yang mana aku malas nak baca n tulis balik kat sini..

kerja kat contact centre- ada ke orang nak appreciate..tak habis kena maki..nak mintak compliment pun payah nak bagi..ye, saya faham perasaan tu..dan sampai saat ni aku masih lagi kagum dengan orang yang mampu bertahan kerja kat contact centre kat mana-mana kat seluruh dunia ni..saya tak setabah anda..huhu..

dan sekarang ini..nothing much to say..

writing therapy saje..no update, no nothing..just writing theraphy~

Tuesday, October 19, 2010

7 menet untuk update~

4 interview untuk 2 minggu- tapi semua job yang aku dah tak nak buat lagi..harus la aku pangkah..perlu ke aku buat same mistake twice?..anda tahu jawapannya..

plan yang unggul tu tetap tersemat di hati..makin tiba waktunya makin cuak pulak di rasa..tengah survey2 benda segala bagai..berdebar gak jantung ni sebab harga dia boleh tahan tak murah..caner eyh?

saat ni aku doa sangat2 yang claim 1.5k untuk pakaian istiadat tu boleh masuk cecepat..wuwuwu..

p/s: kakak doa la sameee....

Sunday, October 17, 2010

fizikalistik~

uh oh..sedang berjalan-jalan terjumpa blog ini..tentangcinta.com..ni contoh artikel dia..copy n paste 100% dari blog tersebut..banyak lagi benda yang dia bincang kat situ..yang buat aku tertarik adelah page dia yang chumell..haha...


Lelaki Handsome VS Lelaki Tak Handsome

7MAY2008
Kategori: Lelaki Cinta | Ungkapan Cinta 
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….
Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Artikel Lelaki Cinta ini telah disumbangkan oleh saudari Eiza.


aku tak dibayar apa-apa pun untuk promote blog neh..tapi x rugi kot tengok bagi sapa2 yang banyak masa dan rasa macam nak belajar sikit-sikit tentang cinta ni..(perlu belajar kah??)..

apa2 je la...

yang sebenarnya tengah search pasal 'fizikalistik', terjumpa pulak blog ni..layankan saja...

owh, ada satu pengakuan aku nak buat..ye, aku seorang yang fizikalistik..sekian terima kasih..

kasih ku pinjam wajahmu~





Teacher's Pet

Kasih (Ku Pinjam Wajah Mu) 

Kemana jua aku mengarah
Pandangan ku menggambarkan wajahmu
Oh! Kasihku dilangit tinggi
Di lautan yang sedang menari

Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan
Azimat penguat semangat
Bisaku gagahi cabaran yang datang

Kasihku harap kau sudi maafkan aku yang meminjam
Wajahmu mengisi kekosongan hati
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Ke dasar cinta yang tak bertepi

Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan penyuluh
Pabila malam gelap menyelimuti
Kembara ku menjejak bahagia
Dengan bayang malam ditindih malam
Memerah ke titis akhir ketulusanku

Diriku yg semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar cinta yang tak bertepi
Kasih ku pinjam wajahmu

Sumbangan syANaz


boleh dengar kat sini..


                                                 --------


ok..slamat bday qila..harapan aku supaya ko kawen cepat2..oke?


rite..sejak beberapa hari yang lepas ni lagu kat atas tu seakan menghantui mp3 aku..asyik ulang-ulang lagu yang sama tanpa jemu..jiwang ke apa mp3 aku tu?..telinga aku ni pun bertabah je la dengar lagu tu..addicted...mungkin kerana liriknya, atau genre lagu tersebut, atau vokal penyanyi tersebut, atau aku sendiri yang dah lama tak dengar lagu2 camni..


nama pun universal listener kan..


well, just nak share lagu yang aku tengah addicted giler je..nothing much..





Monday, October 11, 2010

henponles~

pagi-pagi i bangun sebab henpon i yang kejut..i pun bangun..rasa cam sakit perut semacam- tentulah sebab makan banyak semalam..last-last i tak pergi ke tempat yang sepatutnye pergi hari ni..mesej fika i tak sihat- dia reply dia pun tak sihat tapi dah sampai..dapat lagi satu mesej dari fika dia tanya bila boleh datang..i pun nak reply, tak sure sebab nak p klinik jap lagi..time nak tekan button send tu plak dia jammed..jamed dan terus jamed..

bila nak cabut bateri kat belakang tiba-tiba ada call masuk..skrin tengah tunjuk mesej yang tak send dari tadi, henpon berbunyi nada riang mintak diangkat..bila tekan butang hijau kat situ henpon tersebut masih berbunyi..apekah ini?

tak lama lepas tu bunyi ringing stop, cabut bateri, hidup kan balik- tak nak hidup pulak..lampu kat key pad ada..cuma skrin tak nak tunjuk apa-apa...

so kesimpulannya- at the moment i'm henponless..sehingga i umum kan nanti..so dont mad at me if i didnt reply any msg or answering any call..okei?

tq..

Friday, October 8, 2010

pengalaman yang hebat 2~

dalam perjalanan pulang dari mid valley ke tempat tinggal..

senang je kalau naik public transport..option 1: naik komuter dari stesen komuter mid valley, ambil ke bandar tasik selatan..dari bandar tasik selatan tukar star lrt- sampai salak selatan..sampai..

option 2: dari mid naik bas shuttle free sampai bawah lrt putra bangsar..dari lrt putra bangsar naik sampai masjid jamek..sampai masjid jamek tukar star lrt sampai salak selatan..sampai..

berapa banyak sampai da..

aku pilih option yang paling senang..option 1..tak banyak keluar duit walau agak membazir masa bertahun untuk tunggu komuter..tapi tak apa..proses pun tak banyak..lepas berpisah, aku terus tunggu komuter..siap-siap pakai mp3 dengan volume 16..

memang nasib baik sebab tak tunggu lama komuter pun sampai..niat memang nak masuk coach wanita sebab ramai gila kot umat kat situ..ramai baru balik dari career fair..aku pun dengan senang hati masuk coach kaler pink tu..chais, ada jugak yang bukan jantina yang nak masuk coach tu..mungkin warna kegemaran dia pink kot..

beberapa minit kemudian bila aku dah yakin aku sampai destinasi aku, aku terus keluar..dengan konfidennya aku keluar dan terus menaiki anak tangga satu demi persatu..dalam hati apesal pelik sangat tempat ni..lain macam jek..suda tukar ke..

dan persoalanan aku terjawab bila aku terbaca signboard stesen tu- salak selatan..maksudnye aku dah terawal satu stesen..giler ah nak tunggu tren lain boleh berkelah aku kat situ..boleh je nak masuk balik tren tu..sebab dia memang lama berhenti kat situ tadi..sempat je kalau nak lari-lari turun tangga sambil tahan pintu tren dari tutup macam drama lagaknya...

dalam pikir-pikir tu kaki ni laju je melangkah tinggalkan tempat tu...sedar-sedar dah sampai kat depan pintu utama stesen komuter tu..

itula dia..jalan ikut sedap kaki..kaki ni pun satu..memang saje cari pasal..nasib baik siang-siang..jalan punya jalan- serius memang tak familiar dengan jalan tu, follow je ada orang kat depan..rupanya ada bus stop kat situ..kalau nak tunggu bas pon aku bukannya tau naik bas..last-last aku jalan lagi..follow je orang yang lagi depan..

berjalan menyelusuri tepi jalan yang penuh dengan kereta lalu lalang..berjalan di bawah terik mentari jam 4 petang..tak peduli langsung dengan hon-hon gatal dari lori yang aku pun tak tau lori apa sebab tak pandang langsung..kalau naik ferrari mungkin aku pandang kot...

sampai kat satu tempat, rasa macam familiar je aku terus rasa konfiden..la, dekat rupanya dengan rumah aku tu..tapi berpeluh jugak la nak sampai..sampai kaki ni lenguh-lenguh..

at least aku tau la jugak jalan lain untuk sampai rumah..save 70 sen duit star lrt tapi penat cam nak mati..badan dah tak fit langsung..mulut ada tapi tak nak tanya orang..nasib tak sesat...

nasib baik jugak tak jadi apa-apa..malaysia ni pun bukannya selamat sangat, lagi lagi kl..tapi macam biasa- aku more to excited rather than takut..ye, lepas ni saya akan lebih berjaga-jaga dan alert..

tapi tadi rasa macam travel pergi dunia lain pulak..haha..~

Thursday, October 7, 2010

stick with the plan~

stick with the plan..
stick..
plan..

dan iye..hopefully apa yang dirancang akan kesampaian..
harus lah usaha lebih keras lepas ni..
kata mau jalan2 seluruh dunia..

and like she said, dont be a quitter..

baik!

Wednesday, October 6, 2010

pilihan~

pilih-
1) anda kaye..apa yang anda mahu anda boleh dapat..gaji masuk anda mampu shopping sakan walau tak ada sale..anda mempunyai hebat..kerja anda bukan semua orang boleh buat..anda kena overtime..anda balik lambat setiap hari..anda kena push dengan orang atasan..anda sangat stress dengan kerja anda..namun gaji anda besar..cuma stress kerja saja..

2) anda tak punya wang yang banyak..anda buat benda yang ada suka..gaji anda kecil..anda tak mampu nak bermewah-mewahan..anda tak mampu bershopping sakan macam orang kat atas tu buat..

pilih lah...

Tuesday, October 5, 2010

in english..

should I write in English, like the others do?

I think I should create another blog which is written 100% in English..

The feeling is so different while writing in English compared to BM..hurm..

Yes, I think I should create new blog for my english blog..so awkward huh?

Monday, October 4, 2010

katon jepoon~

setelah sekian lama terdetik hati nak cari katon jepoon (kj) di facebook, akhirnya baru tadi aku laksanakan detikan hati tersebut..melalui fesbuk gadis bising itu, aku cari dalam fren list dia..aku pecaya mesti dia ada fesbuk si kj tu..

dalam beribu-ribu orang kawan dalam frenlist dia aku berjaya cari dua orang yang nama seakan-akan sama..dan semudah abc aku berjaya jumpa..cam senang sangat je nih..aku add, dan aku tunggu dia approve..tunggu punya tunggu- apa lama sangat..

mungkin sama cam aku kot xkan accept sesape jek..

lantak ler..

yang penting aku teruje jumpe katon jepoon tersebut..

p/s: time does heal, ayte?

Sunday, October 3, 2010

khabarkan..

Ku.. khabarkan pada sang angin
cinta ku basah di tengah hujan
lemas di tengah lautan
dan ku.. khabarkan pada sang angin
hentikan pukulan ombak
agar cinta ku mampu berenang

bawa cinta ku ke sisir pantai
biar cinta ku ke daratan kembali
agar dapat mengejar cintanya
katakan padanya
bawa cintaku ke sisir pantai
biar cintaku ke daratan kembali
agar dapat mengejar cintanya
cintaku mahukan dia

khabarkan pada sang bunga
cintaku hilang panduan
hilang arah hampir rebah
tak tahu ke mana berjalan
khabarkan pada sang mentari
terangkan jalannya empunya hati
agar cintaku sampai padanya
 
angin khabarkan
cinta ini padanya
angin tolonglah
cintaku mahukan dia

khabarkan- by luscious....

entry karat di malam hari.
 
macam lagu kat atas tu, aku harap sangat angin boleh sampai kan rasa ini pada dia..supaya dia boleh tahu apa yang aku rasa..
 
huh!..kau ingat ni cerita korea?..

sudah-sudah la tu nak karat-karat..dia adalah mustahil, oke~

Friday, October 1, 2010

ada apa dengan menulis~

dulu masa zaman sekolah dulu aku bukan budak nakal..bukan jenis budak-budak yang panjat pagar, fly tengah-tengah malam atau yang nyorok dalam locker bila ada spot check bila tak pergi prep atau aktiviti ko-k..aku ikut je semua benda yang di suruh..kadang-kadang cuma lambat.orang dah nak habis perhimpunan aku baru letak beg kat kelas..lepas tu terhegeh pergi toilet- bertenggek dekat koridor tengok budak-budak lain tengah perhimpunan dekat dataran..tapi itu pun aku tak selalu buat..

selalunya aku ikut je..

lepas tu buat hal sendiri..dulu dalam kelas aku lagi suka duduk sorang-sorang bertemankan pensel pilot dengan kertas kajang..kamus english-bm kena ada atas meja..aksesori wajib aku..bila cikgu tak ada aku tak suka berborak dengan budak sebelah..aku langsung tak peduli dengan budak-budak lain yang memekak, baling-baling kapur, main bola kertas atau tidur..

aku tak pandai melukis..jadi dengan pensel pilot yang paling aku sayang antara alat tulis aku yang lain, aku mula menulis..menulis dan terus menulis..bila penat aku suka pandang tingkap belah kanan kelas aku..padang sekolah teknik..sekolah aku dulu sebelah dengan sekolah teknik..nampak hijau..aku rasa tenang setiap kali pandang situ..

aku duduk belakang sekali..meja aku sambung dengan 2 meja yang lain..dua orang yang duduk sebaris dengan aku tu suka ponteng kelas bila cikgu tak masuk..tempat kegemaran diorang tepi tangga, dan kadang-kadang dekat tandas..mungkin beri kebebasan yang lebih pada diorang untuk berborak apa-apa topik pun..ada yang terlebih rajin bila study sendiri..

mungkin budak-budak kelas aku yang lain pun sangka aku kuat study, bila tangan aku sentiasa ada pensel, kertas kajang dan buku teks yang terbuka depan aku..jadinya diorang tak kacau aku..tapi sebenarnya aku tengah menulis..bila tengok aku menulis, diorang fikir aku tengah tulis surat..mungkin dulu popular hantar-hantar surat ni..jadi aku tak ambil pusing..

bila dah selesai menulis..aku tunggu waktu rehat..pergi kelas yang berada di hujung aras yang sama..aku cari Muna, aku bagi dia baca apa yang aku tulis..dia bagi aku baca apa yang dia tulis..itulah kerja aku dan dia..

aku dan Muna bukan kawan baik..cuma berkongsi minat yang sama..dia berbakat dalam bidang penulisan..dia menulis cerpen..aku suka baca hasil karya dia..dia juga suka baca hasil karya aku..kami sama-sama berkarya..

aku pernah hantar karya aku kat majalah sekolah..memang dia publish..tapi feed back yang aku dapat tak menggalakkan.sebab diorang tak percaya aku yang tulis tu..tak apalah..aku tak kisah..tapi sejak dari hari tu semangat aku untuk menulis sedikit menurun..walau aku tak tulis nama penuh, tapi sekolah sekecil tu mesti dapat cari siapa penghantar untuk setiap karya di majalah sekolah..

Muna pun semakin jarang menulis..pmr katanya..apa yang aku tulis terus tersimpan untuk diri sendiri..kadang-kadang Tiqa Ain suka baca..naik form 3, keadaan berubah..kami 9 orang pelajar perempuan dalam kelas..sebaris dibelakang..bila sedikit, hubungan jadi akrab..

masa yang selalu aku peruntukkan untuk menulis- aku guna untuk berborak..kadang-kadang berbincang megenai masalah pelajaran..sampai satu tahap, aku berhenti menulis..

***

bagi aku menulis tu umpama cinta pertama aku..passion..rasa satu kepuasan bila baca balik apa yang di tulis..dan lebih berpuas hari bila baca balik datang satu perasaan - betul ke aku yang tulis ni?..

dan untuk blog ni- yang dah berusia 4 tahun, aku tak berniat untuk popularkan blog ni..bagi aku menulis adalah untuk satu kepuasan..manalah tahu dengan menulis boleh buat duit jugak kan?