Tuesday, January 17, 2012

aku khayal bila menonton ikan di foreng dalam minyak panas yang melimpah ruah

lagi-lagi waktu itu adalah tengah hari dan lokasi kuali yang sedang menggoreng tu betul-betul kat sebelah pintu yang terbuka luas..membenarkan sinaran cahaya matahari terik masuk menyuluh permukaan kuali..perasaan tengok ikan yang tenggelam dalam minyak yang membuak-buak seperti buih itu sangat asyik..

terlalu nostalik..tak dapat digambarkan dengan kata-kata..dengan aroma dia yang superb..xkesahlah ikan apa yang di goreng...asal di lumur dengan kunyit dan garam memang dah cukup menghiburkan deria bau ni..

dulu masa aku kecik-kecik memang bau ikan goreng paling kerap menusuk lubang hidung ni terbawa sampai ke paru-paru..setiap kali jengah dapur mesti time mak aku tengah goreng ikan..asal jengah dapur je mak tengah goreng ikan..asal mak goreng ikan je aku jengah dapur...pastu terus kena halau sebab buat kecah kat dapur...

tadi bila tengok kak ina goreng ikan, tetiba rasa khayal yang tak terbendung..sampai dia pelik kenapa aku duk tenung ikan dalam kuali tu lama-lama..dia tak tau yang aku rindu kat perasaan dulu-dulu..ah...nostalgiknyee...

.....

Saturday, January 7, 2012

finding my way back..

7 hari di tahun 2012 akhirnya aku dapat figure out apa yang aku inginkan tahun ni..

tahun 2011 adalah merupakan tahun aku tersasar jauh dari diri aku yang sebenar, yang satu masa dulu amat-amat aku cintai dan hargai..ceh, ayat paling tak boleh blah..aku mengharungi satu tahun yang tak berfikir..langsung tak berfikir tentang harapan dan impian..sepanjang masa tu aku just follow the flow dan tengok apa jadi nanti..

hasilnya aku naik 8 kilogram...wuwuwu..tragik..ini kisah hidup aku yang paling tragik sepanjang 24 tahun aku hidup..

aku pernah terfikir nak jadi lebih ladies bila sedar yang usia ni dah mencecah suku abad..tapi makin aku pikir makin sakit hati aku jadiknya..buat apa aku nak ubah-ubah diri sendiri? jadi diri sendirikan lagi bagus..apehal nak jadi orang lain semata-mata nak fit in into masyarakat..

lepas sakit hati tu, aku terfikir lagi..umur 25 tahun tak adalah muda sangat untuk aku sarung sweater ngan sliper all the time sampaikan dress code untuk g majlis kawen pun aku tak reti nak pikir apa..pakai tu tak nak, pakai ni tak nak..ko ingat ko budak lagi sampai semua apa yang ko nak pakai kena ditentukan oleh orang lain? (owh, i always ask my sistah opinion tentang apa yang perlu aku pakai, dan dia selalu suggest benda-benda yang ikut style dia dan akhirnya aku setuju sebab aku tak ada pilihan lain)..

kakak aku selalu cakap, keluarlah dari dunia hitam putih aku ni..enjoy the colors of life...yang aku pulak, apehal pulak?..sukatai aku la..life aku..apa aku nak pakai, macam mana aku nak behave pun biarla kan..style masing-masing..so?problem?

(yes..they are actually)

sampailah beberapa hari yang lepas..bila mana aku terjumpa sinar sang rembulan yang menyinar di siang hari..perasaan dingin yang nyaman..ah, apa yang aku merepek kan ni..aku tak rasa korang faham, terpulangla camane korang nak imagine sendiri perasaan tu..

perasaan di mana kau nak berusaha lebih kuat untuk diri kau dan orang-orang yang kau sayang, perasaan di mana kau teruja nak turunkan berat badan kau sebanyak 15 kilo dalam masa sebulan, perasaan nak jadi kiut dan stylo macam fatin liyana, dan macam macam lagi perasaan yang aneh-aneh datang mengajak kau berfikir panjang..

aku suspek aku jadik macam ni sebab aku rasa aku dah tua kot..tak sampai 3 bulan je lagi nak masuk 25..yet still x ada achevement yang membanggakan..orang lain dah pakai tayar 4, aku masih lagi bertayar dua..orang lain dah banyak wang dalam simpanan, aku baru terkial-kial nak start menabung..senang cakap, memang dah jauh sangat tertinggal..

aku harap sangat tahun 2012 ni memberi sinar untuk aku dalam semua aspek..aku tau kunci kejayaan aku semua itu adalah dengan mendapat kerja yang bagus, sekarang ni yang tak bagus adalah aku betul-betul underpaid..aku kena carik jalan..

dan yang last sekali, kawan-kawan, sila doakan supaya aku boleh dapat rasa bahagia macam orang lain..

mungkin dah tiba masanya untuk aku mandi bunga kot..#sarcasm on.

Wednesday, January 4, 2012

serabut memanjang..

ah..tiap kali aku serabut mesti aku nak update blog..setiap kali aku update blog mesti aku serabut..ntah apa aku nak tulis tah....tak kan la aku nak tulis level serabut aku kat orang ramai..x kool la macam tu..

nak share kat fb, lagi la serabut..ko hengat aku jenis yang suka share rasa yang tak enak pada kenalan yang ada yang rapat dan ada yang tak rapat itu?..segan aku karang..aku bebel kat sini sebab xde yang nak baca..baca satu perenggan terus chow..sape nak baca entry orang serabut..ye tak?

dah tu takkan aku nak cerita pasal mata aku yang bersinar-sinar tatkala stalking fesbuk orang seperti petang tadi?..tengok gambar-gambar yang indah di pandangan mata ini dan bercerita pada dunia betapa bahagianya aku di saat menjadi stalker..tak ke psycho namanya tu...

aku malas betul kalau dah start pikir ni..tido malam memang tak lalu..apatah lagi tido siang..otak yang berkarat ni sibuk bekerja keras memikirkan masa depan..aku dah tua weyh..stable pun tak lagi..mana nak tunggu lelaki kaya yang bergenetik kacak dan baik nak lamar aku jadik menantu dia..memang tak la..

abes tu?

memikirkan dah tua dan still tade pape, aku rasa macam nak jadik kuli batak kat negara orang..buat keje yang guna fizikal, kumpul duit bebanyak, bila dah banyak, balik mesia, convert duit dollar ke ringgit, bukak kedai runcit pun jadila, beli rumah pastu sewakan kat orang dengan harga yang masyukkk, pastu heppy bila dut tiap-tiap bulan masuk...

masalahnya sape nak support aku untuk pergi jadi kuli batak kat negara orang tu???

berfikir jimmy..berfikir..berfikir....

Tuesday, January 3, 2012

tips cari arah kiblat..

aku slalu ada problem nak cari arah kiblat setiap kali pindah rumah baru or nak tumpang solat kat tempat yang penghuninya tak berapa nak solat sangat (no offense kat sesape)..nak tanya kat jenjiran, maklum sangat yang jiran sekarang tak macam jiran dolu2..bagi salam dan ketuk pintu belum sure mau bukak pintu..tambah ngan aku yang bila orang tak jawab salam 3 kali terus blah..

especially bila duduk kat apartmen..bukan ada petunjuk kiblat pon kan kat atas siling tu..tak pun tetiba kena bermalam kat sekolah ke, hotel ke, berkursus kat mana-mana ke..kot2 management lupa nak tampal petunjuk arah kiblat kat atas siling tu kan...

yang ni aku pun baru tau dari pesbuk neh..memandangkan aku ada satu tips jek, aku akan sediakan kopi pes dia skali..kalo rajen baca la sampai abes, kalau tak jadi macam aku, skip jek..

tipsnye senang je..korang gi carik piring astro ( tak kan la jiran seblah tak de astro kan....), mana dia menghadap, kat situ la arah kiblat..reason dia ada kat bawah ni..oh ye, tips ni langsung tak applicable kat dalam hutan..mana nak caari astro dalam hutam, ye tak?

MENGAPA PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT?

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Fakta2 yg di nyatakan di atas ada di artikel2 kami di bawah ini mengenai 'tarikan graviti bumi berpusat di Kaabah!'


sumber