Tuesday, October 30, 2018

Putih Kutu


Ini bukan selamat tinggal.

Semalam terasa sangat ketiadaan putih kutu. Balik kerja, parking dekat padang, lepas tu meraung sorang-sorang bila tengok tak ada objek putih jalan perlahan-lahan dari pintu gate rumah. Cuma beberapa minit lepas tu si mok datang minta masuk dalam kereta.

It hit me real bad yesterday. Feel bad, segala perasaan semua datang menyerbu semalam. Rindu betul aku pada budak berhingus tu. Serius rindu macam korang rasa home sick masa first time tinggalkan rumah dulu. Aku tak. Tapi sedihnya lain macam betul.

Sedar tak sedar 6 tahun aku kenal budak berhingus tu. Mula-mula budak berkutu. Lepastu berhingus yang tak berkesudahan. Habis lantai rumah penuh dengan hingus dia. Bersin dalam makanan dia, bersin dekat muka orang. Dari duduk diam-diam dekat luar rumah, dia beranikan diri masuk rumah.

Peduli apa dia dengan Molly yang tak pernah tak serang dia kalau Nampak dia. Tapi dia steady je duduk bawah meja, bawah sofa. Tak ada nak melawan ke apa. Sampailah semua orang boleh terima kehadiran dia.

6 tahun tau. Bukan sekejap. Dari tak pedulikan dia langsung, sampailah belikan ubat kutu untuk dia, belikan ubat cacing untuk dia, sampailah tergerak nak bawa ke klinik bulan lepas untuk treat selesema dia. Doktor cakap dia dah tua, aku macam- tua? Nampak macam baby je lagi. Dia kata gusi bengkak, badan kurus rasa tulang, dehydrate sampai kulit boleh dipulas-pulas. No wonderlah dia tak nak makan. Even bagi wet food pun.

Lepas kena suntik, masukkan air dalam badan, bagi makan ubat, tukar makanan, tiba-tiba dia jadi cantik. Bulu dia dah tumbuh balik. Jadi gebu. Badan dia berisi. Mata dia dah boleh buka penuh. Mulut dia dah tak berbau lagi. Cuma selesema dia tak baik. Tapi dia jadi cantik.

Dia pakai kolar. Yang membawa maksud ada orang jaga dia. Dah dekat sebulan dia tak balik. Cari-cari tak jumpa. Dia tak pernah tak balik rumah. Dia suka duduk rumah. Pernah kena tinggal 4 hari tak ada orang kat rumah, tapi dia sentiasa ada.

Entah ke mana dia pergi. Entah-entah sudah sampai di syurga.

Hilang betul perasaan ni. Setiap kali teringatkan dia memang nak meraung je rasa.

Siot betullah.

Friday, October 12, 2018

Hujan Lagi

Selalu aku cakap langit menangis. Sebenarnya mungkin langit tak menangis. Mungkin dia berpeluh. Atau mungkin juga dia buat aktiviti lain (up to your imagination).


Dah berapa minggu asyik hujan petang. Dari petang bawa sampai ke malam. Makanya tak training untuk lari next event. Bila tak lari confirm pancit. Bila pancit nanti ramai-ramai tahan van angkut bawa ke garisan penamat. Nak tak nak terpaksa buat secret training. Secret training ni lain kali kita cerita. Panjang juga cerita dia.

Sebagai pencinta hujan, setiap kali hujan jiwa aku akan bersorak gembira. Jalan dalam hujan, lari dalam hujan, menari dalam hujan, drive dalam hujan, tidur dalam hujan, semua aku suka. Sejuk pun sejuk. Bukak kipas pun kat speed 1 je. Jimat elektrik. Mandi sejuk-sjuk lagi best. Rasa macam mandi dekat kampung. Dekat kampung tak kisahlah tengah musim panas ke musim hujan ke, airnya sentiasa sejuk. Masuk bilik air je pun dah rasa sejuk. Nyaman je rasa.

Paling best bila hujan dekat kampung. Dengan rumah berbumbungkan zink yang dah diguna pakai sejak aku belum lahir lagi, bila air hujan terkena pada zink akan hasilkan irama alam yang mengasyikkan. Siang-siang pun boleh melepek atas katil sambil tarik selimut. Lagi-lagi kalau hujan petang. Memamg tak bergerak masing-masing. Melepek sambil tengok henpon tengok movie or drama.

Cuma sekarang ni cuaca macam lain macam. Kalau dulu musim hujan bulan Disember. Sekarang ni tak ikut masa. Hujan ikut suka. Dekat negara jiran pula ada gempa bumi dan tsunami. Dekat Florida pula ada typhoon nak datang. 

So, sekarang tak tahu sampai bila hujan akan berlarutan. Dalam apps setiap hari buka memamang diramalkan akan hujan. Tak pasti la event 27hb nanti akan hujan ke tak.

Kalau hujan, ramai-ramai kita lari dalam hujan sampai kaki cramp.

Wednesday, October 10, 2018

Hari tak ada air sedunia.

Dapat notification dari group whatsapp office, email dari office, orang viral kat facebook yang kata area Lembah Kelang tak ada air start 9-11 Oktober 2018 ni. So, untuk aku, office tak ada air, rumah pun tak ada air. Nak tak nak memang kena sediakan bekalan air yang mencukupi untuk menampung hari-hari yang mendatang nanti.

Hari ni hari kedua tak ada air. Semalam pukul 9.00 pagi air semua dah kecil je kat office. Management cakap air kat tangki cuma boleh tahan sampai dua hari saja. So, semua orang dinasihatkan berjimat cermat dan berhati-hati bila pergi ke toilet. Part hati-hati tu nanti aku cerita kenapa.

Sebenarnya start dari 8 Oktober lagi dah air dah start tak ada dekat office ni. Bukan SYABAS yang dah start tutup, tapi mangement office dah start buat catuan air. Cuma toilet yang dekat bawah yang boleh guna bermula petang tu. Air kat sinki ada lagi, itu pun kecil yang amat. Bak kata senior aku masa sekolah menengah dulu, air kencing lagi laju.

So, bermula semalam air kat sinki, kat toilet semua dah tak ada. Dekat lab ada few test yang tak boleh nak dibuat sebab machine tak boleh nak function bila tak ada air. Boss aku dah panik-panik dah tanya nak reject sample ke apa, tapi bila inform kat dia cuma 3 test je yang tak boleh buat dia tenang sikit.

Asal jumpa orang yang lalu lalang je, mesti semuanya berkisarkan tentang air tak ada, jangan pergi toilet, atau bawa banyak-banyak air untuk pergi toilet. Ada beberapa toilet yang dah kena senarai hitam sebab ada orng tinggalkan kesan tinggalan di situ. Eww sangat. Hari pertama tak ada air pagi-pagi tu memang ok lagi nak guna toilet, menjelang petang masing-masing dah tak berani nak masuk toilet. Bila buka pintu toilet je, semerbak aroma masuk mencucuk ke lubang hidung- itu diorang cakaplah. Itu yang diorang cakap hati-hati tu bila masuk toilet.

Kadang kalau bukan sebab bau, sebab lain adalah berkemungkinan ada kejutan disebalik toilet lid yang sengaja diturunkan oleh pengguna toilet sebelum itu.

Kakak cleaner of course lah tak akan cuci semua toilet yang wujud dekat office ni selagi bekalan air tak ada.

Disebabkan itu juga semalam seharian aku tak pergi toilet. Beria aku minum air sikiiiiiiiiiit sangat buat basah tekak saja. Dan hari ni aku akan membuat perkara yang sama. Demi tak mahu ke toilet. Tak boleh nak imagine macam mana suasana toilet tu menjelang hari ini dan esok.

Kerana itu jugalah, sorang member aku ni sanggup apply cuti dan book hotel kat seremban 2 semata-mata tak nak deal dengan krisis tak ada air ni.

Kat rumah yang aku sewa tu pula, tak adalah pulak aku nak inform budak-budak bilik atas yang diorang pun kena tadah air bagai. Aku assume semua orang tahu benda-benda penting macam ni. Lagi pula diorang kerja kat are Bangi je pun, semua area Bangi terjejas. Supposed diorang tahulah pasal isu semasa ni.

Aku pun tadah jelah air cukup-cukup untuk aku tiga beradik guna. Baik kan aku siap tadah untuk orang lain. Semalam balik kerja tengok ada lagi air ada lagi keluar dari paip. Tapi rasanya tengah malam tu dah tak ada kot.

Nak dijadikan cerita sampingan, boleh pula budak bilik atas tanya 'tak ada air ke?' sambil tunjuk air kat sinki dapur yang semakin mengecil mengecil dan semakin mengecil dan terus tak ada. Time tu dia tengah tadah air dalam periuk kecil sebab nak masak meggi. Muka dia memang puzzled sungguh bila aku cakap memang tak ada air dan notification yada yada semua dah keluar kat fb bagai.

Kesian, tak sempat nak makan megi, terus dia call ibu dia bising-bising cakap air tak ada. Uiii, notification keluar lama dah, awat tak tau? Ke tak ada media sosial or orang-orang kat office tak bagitau. Ok, sebenarnya aku rasa bersalah juga sebab tak inform kat semua orang kat kawasan perumahan tu yang air tak ada nanti. Ok la, at least kena bagitau housemate yang lain yang air tak ada. Tapi aku still rasa ini bukan resposibility aku nak bagitau suruh orang tadah air bagai, sebab konsep rumah sewa yang aku duduk sekarang ni, dan dari dulu lagi adalah 'buat hal masing-masing, mind on your awn business bebeh'.

Panda-pandai lah- ayat senang dia. Aku pun bukannya wanita mulia sangat pun. Tapi aku offer je air yang aku tadah kat toilet tu untuk dia guna untuk sebarang kecemasan. Malas nak layan. time tu pun aku nak berangkat pergi ke Putrajaya untuk stay over kat rumah kakak aku. so, itulah kisah tak ada air untuk beberapa hari ni.

Tiba-tiba menulis balik kat blog ni dah kenapa yeaaaa? Rindu nak baca balik hasil tulisan. Tulisan tangan jadi buruk bila tulis panjang-panjang. Haha.