Saturday, April 21, 2012

to get over...

bukan strawberry crush, oreo crush dan sebagainya..bukan dalam golongan beverage yang sejuk dan lazat itu.

perasaan crush ini tak lazat. serius tak. especially kalau crush kita tu orang yang jarang dan tak selalu kita jumpa. atau dengan kata lain adalah impossible nak jumpa lagi.

tapi kalau celebrity crush itu sangat seronok sebab kita boleh tengok video atau gambar-gambar yang ada celebrity tersebut bila-bila masa kita suka buat pengubat rindu..hahah..dan yang penting kita aware yang celebrity crush itu hanya bersifat sementara.

aku tak sangka, dalam usia setua begini aku masih lagi di bayang-bayangi dengan perkataan dan perasaan yang menyampah ni. tak cukup-cukup dengan zaman sekolah dan zaman study dulu, sampai la ke sekarang pun nak jugak ulang benda yang sama. outdated sungguh.

di sebabkan aku ni seorang yang pemalu, (more tu penakut, sebab paling takut kena rijek), so setiap kali aku terjatuh suka kat seseorang aku akan terus diamkan saja. i'd rather keep it to myself since aku punya tahap keyakinan dalam diri ni memang melepasi tahap bawah zero. aku pun tak paham kenapa.

so, sepanjang zaman persekolahan, perasaan aku lebih tertumpu pada crush, yang biasanya bertukar sekali tiap tahun. kalau orang lain sibuk berkawan dan bercouple, aku cuba dapatkan sumber inspirasi melalui crush aku tersebut. sebab tu lah kot, selang setahun boleh tukar sekali. huhu..

zaman sekolah ngan zaman study dulu senang. perasaan tak sekaya sekarang. aku pun xpaham kenapa perasaan sekarang ni macam melimpah ruah. mungkin kerana peningkatan usia kot. dan mungkin juga kerana kucing aku di rumah itu tak sukakan kasih sayang dari jantina yang sama dengan dia. kalau dulu senang yang amat untuk get over seseorang itu, tapi sekarang, mau makan 4,5 bulan baru boleh clear kan kepala.

tapi masalah besar timbul bila terjumpa balik dengan crush lama itu. kununnya dah get over him la kan. tapi hari tu jumpa tak sampai 2 jam, bercakap tak sampai cukup 1 ayat, akibatnya dekat seminggu jugak la nak get over benda-benda ni semua.

oh, lupa nak masukkan satu fact penting kenapa aku selalu diamkan saja perasaan aku terhadap crush aku tu. sebab kebanyakaan mereka, rasanya semua, kesemua orang yang pernah aku terjatuh suka dulu adalah orang yang salah. maksud salah, dia dah ada girlfriend, tunang, nak kahwin, smoking, dan sebagainya. giler apa nak mencelah dalam kisah hidup orang lain?

bukan style aku kot..

hurm...

 so, apa yang aku harapkan lepas posting topik yang memang aku x pernah post sebelum ini adalah, aku boleh bebas dari rasa yang penat nih..cukup lah cik ross oih..

p/s: aku x pernah tanya kot bila kamu-kamu semua nak tamatkan zaman single (kecuali qila), so hopefully anda tak perlu tanya soalan itu pada diriku. just so you know, aku  memang forever alone dari dulu lagi.