Wednesday, October 26, 2011

pelikkah?

setiap kali orang tanya status aku, sejujurnya aku akan jawab single..sebab itu lah kenyataan nya..setiap kali aku jawab macam tu semua akan jadi terkejut dan tanya soalan yang sama, cuma diolah semula seperti contoh, betul ke single lagi?, tak tipu?..

bila aku dah dapat second question macam tu, selalunya aku akan senyum tanda aku malas sangat-sangat nak ulang balik jawapan aku yang obviously sama dengan jawapan pertama..

kenapa tak nak percaya?

fine..aku sudah tua..24 tahun..tapi aku still rasa muda..aku still rasa tak ada kepentingan untuk aku bercinta-cinta sekarang..aku tak perlukan ia lagi buat masa ni..aku tak takut untuk membujang dari aku kecil sampai la sekarang..aku tak tau la pulak kalau esok lusa aku akan jadi sangat kesepian sampai tahap despo dan merayu-rayu pada yang sudi..

aku tak mahu berlagak..tapi aku tak berlagak..aku tak nampak apa relevennya bercinta sekarang, dari dulu sampai la sekarang..aku suka pada konsep pemangkin, tapi aku tak perlukan pemangkin itu untuk bagi aku support seperti mana yang di perlukan orang lain..(no offense guys, thats what i thought)..

aku senang begini..bila dah banyak kali orng tanya, aku rasa, berdosa ke aku kalau single lagi? berdosa ke aku kalau tak pernah bercinta?

i know, they all love me, diorang care pasal aku, but please, tolong tak perlu tanya aku dengan gaya macam aku adalah sesuatu yang defect sebab aku akan merasakan aku adalah itu bila kamu semua bertanya dengan begitu kerap sekali..jodoh aku tak sampai lagi, dan aku akui aku tak berusaha keras untuk mencarinya kerana aku sendiri tak rasa mahukannya lagi...

insya allah, bila aku dah tua kelak, dan di takdirkan aku masih single- aku akan berusaha untuk tak susahkan kalian semua..

cukuplah aku fikir macam ni, aku tak nak bercinta banyak kali, aku tak nak ada memori dengan banyak lelaki yang mana aku kena delete gambar dia dari hard disk setiap kali break, aku tak nak tindih memori aku yang dulu dengan memori lain in order untuk mulakan hidup baru dengan orang lain..

orang sekekliling aku adalah orang yang bercinta..walaupun terkadang kata kononnya cuma kawan, tapi gaya lebih dari kawan, dan kalau aku rajin untuk compile kan kisah mereka mungkin aku dah jadi penulis cerita terbanyak dalam rekod malaysia, pelbagai cerita yang aku dah dengar, halangan, dugaan, cabaran , pahit, manis, rajuk, tawa dan sebagainya..buat aku rasa--- macam aku sendiri yang rasa pengalaman tu...

buat aku rasa- ah, aku tak perlukan perasaan tu semua..

mungkin kerana aku masih tak jumpa orangnya..dan di sebabkan itu, perlulah kiranya anda semua berhenti bertanya, bila aku nak ada boyfriend, tunang, mahu pun kahwin..aku still rasa aku ni tak layak..aku bukan perempuan cantik, aku tak ada harta, perangai aku tak bagus berbanding orang lain, dan paling penting, masa itu belum sampai...

tak perlu pelik kenapa aku masih single, tak perlu ulang soalan itu lagi bila sudah di berikan jawapan, sebab aku takkan tipu dalam apa-apa hal pun..kalau ada berita baik akan aku khabarkan..kalau aku diam, maksudnya tak ada apa yang berubah..

i just wanna live- bak kata good charlote, and happy for being what i am..

1 comments:

Unknown said...

yes...yg pasti belom dijodohi untuk bertemu dgn jodoh yg telah ditentukan di luh mahfuz...xperlu terkejar2 mencri cinte coz dye akn dtg secare tibe2 dan sendiri..n mmmg sgt xberdose if xbercinte...yg pasti kawen t sah2 hubungan lebih diberkati...chill~~~