Saturday, September 3, 2011

hari raya dan kenapa aku tak sukakannya..

cuti raya punya balance cuma tinggal 2 hari..rasa macam nak extend lagi 2 bulan..bagi aku part yang seronok untuk hari raya hanyalah cuti yang berbondong-bondony yang di berikan..sebab tu lah untuk raya tahun lepas dan 2 tahun yang lepas aku benci giler bila tak dapat cuti raya yang membuatkan aku amek  langkah bijak giler untuk resign..

call me stupid, call me dumb, call me what ever, aku memang cintakan cuti raya walaupun aku tak berapa sukakan konsep raya yang diamalkan oleh penduduk malaysia kat sini..aku tau ramai yang tak akan setuju dengan point sampah yang akan aku keluarkan nih.tapi kawan-kawan, sesungguhnya ia lahir dari hati ku yang tulus ini..

pertama- persiapan raya..bagi aku persiapan biarlah ala kadar..sesuai dengan ketebalan poket kita. kenapa nak berhutang kalau tak mampu nak bayar semata-mata beli perabot yang tah apa-apa yang digunakan setahun sekali dan sebagai hiasan saja untuk hari-hari yang lain...nak maintenance lagi satu hal..kalau ada amah yang sanggup nak tolong cucikan semua tu secara free memang tara hal lah...

kedua- beraya sakan dari utara ke selatan, dari timur ke barat. ini yang paling aku benci dalam dunia sepanjang aku lahir..tujuan aku balik kampung nak beraya..nak lepak-lepak kat rumah..merapatkan silaturahaim antara sesama insan kat rumah tu..since nak balik rumah pun paling kerap pun sebulan sekali..yang buat aku hangin nya bila kena jaga hati semua orang untuk turut sama menyertai konvoi beraya ke rumah sedara mara tanpa rela..

time tu la rasa giler rindu kat rumah sendiri..kalau ngan sedara yang boleh tahan kenal tu ok la..kalau yang tak rapat langsung tu, rasa berbuku je hati ni..haish...

ketiga- tetamu tak di undang..yang ni aku paling menyampah juga..henpon ada..takkan tak boleh nak call kot..hehe..kalo sayang sangat sama itu kredit boleh kot mau sms..kalau benci sangat nak kurangkan kredit dalam phone tu, pakai telepon rumah ke, public phone ke, telepon jiran ke..tak susah kan?..dah tu tak reti-reti nak call tanya ada rumah ke tak, boleh datang ke tak?..tak pun cakap, kitorang on the way, nak g umah hang..jangan tak bukak pintu plak...

kalau cakap awal-awal at least bersedialah juga mental dan fizikal ini untuk menerima tetamu..tak adalah sambut tetamu dengan mika terkejut yang sememeh dan berpakaian serba selekeh..ye, memanglah hari raya kena sentiasa bersedia untuk sesape juge tetamu yang datang, but then, itu adalah a part of manners kan before kita datang rumah orang?

i hate surprise yo!

dan seandainya anda dah cuba kontek tetamu to be anda, tapi tak ada balasan, telefon tak berangkat, dan sebagainya, adakah anda masih mahu meneruskan perjalanan ke destinasi yang anda tak pasti itu?..

urgh..

to be continue..akak ku yang chanek it (mata kat atas, tangan kat bahu), dah panggil untuk jadi assistan cook dia..salah satu reason juga kenapa aku malas nak hari raya sangat..

0 comments: