Tuesday, December 29, 2009

secebis kisah

'dahlah hitam, banyak jerawat pulak tu,'


bila dengar ayat tu dari mulut kawan aku, yang mana ayat itu memang ditujukan khas buat aku, dari seorang budak lelaki yang sekelas dengannya, buatkan aku terdiam..apa masalahnya kalau hitam dan berjerawat pun? bukannya aku susahkan dia pun..bukannya aku tergila-gilakan dia pun..habis tu nak suruh aku buat apa?..clorox muka aku ni sampai putih?..tak pun gosok muka aku ni dengan kertas pasir sampai hilang semua jerawat?


aku pun tak faham kenapa dengan tiba-tibanya aku boleh dapat komen yang sebegitu dari dia..aku pun tanya dan selidik dari mana datangnya punca sampai aku dikomen sebegitu rupa sekali..tambahan bukanlah komen yang boleh dibanggakan pun..aku kenal dia pun tak, lagilah dia nak kenal aku..


rupa-rupanya semua ini berpunca dari nama aku..mungkin komersial sangat sampai bawa sial terhadap aku.."nama tak seindah rupa,'..itupun aku pernah dapat dulu..tapi itu dari budak perempuan..budak perempuan yang sama yang membawa ayat hitam dan jerawat pada aku itu..aku tahu aku tak cantik..punyai jerawat dan kulit yang hitam..tapi perlukah aku dihina oleh kerana fizikal ku ini..kesal pun ada..


budak lelaki itu sebenarnya sukakan nama aku..tapi tak sukakan aku..jadi bila dia digosip dengan aku, marahlah dia..siapa yang suka di gossip dengan perempuan hodoh?..betul tak?..bermula dari situ, aku menjadi bahan ejekan dia dan rakan-rakannya yang lain..rakan-rakannya yang dungu kerana hanya mengikut dia mengejek kerana menganggap ia sebagai bahan hiburan..


bahan hiburan mereka, penderaan psikologi buat aku..



aku tak salahkan dia kerana dia punyai citarasa yang tinggi, tapi perlukah hingga ke tahap menghina ciptaan tuhan?..kadang-kadang budak-budak memang tak berakal..tak tahu berfikir dengan jelas..tak tahu akan hukum karma..jadinya segala yang dilakukan semuanya diikutkan kata hati..


aku tak salah kan mereka..memang sudah takdir tuhan aku menjadi si gelap dan si jerawat dalam masa yang sama..tak perlulah aku salahkan hormon dalam badan aku yang sedang betindakbalas dengan tubuh aku seiring dengan pertambahan usia aku..aku pun tak boleh nak berpatah balik ke zaman sekolah rendah dulu, di mana aku kerap berjemur di bawah terik matahari semata-mata untuk berlatih bermain bola jaring dan kemudiannya diteruskan dengan hoki pula..aku tak pernah salahkan semua itu..


tapi aku kecewa dengan sikap segelintir manusia yang cukup gemar menghina sesama manusia..seperti mereka sudah lupa siapa yang mencipta diri dia dan orang lain..aku tahu..mereka masih tak sedar..mereka tak rasa sendiri menjadi bahan usikan dan ejekan berpunca dari fizikal yang tak menarik..aku tak doakan mereka mendapat semula apa yang pernah mereka lakukan dulu..


tapi hukum karma, siapa pun tak boleh mengelak..aku serahkan semuanya pada tuhan..untuk memaafkan mereka, aku sendiri pun tak pasti..kemaafan itu terlalu mahal untuk aku berikan atas segala yang pernah aku tempuhi selama hampir 3 tahun di sekolah itu..aku tak harap pun mereka semua meminta pengampunan, kerana bagi mereka semua itu hanya gurauan..gurauan yang mana boleh merendahkan keyakinan seseorang..


tapi itu cerita 9 tahun yang dulu..


cerita itu sudah masuk darjah 3 kalau ia mampu di sekolahkan..tiba-tiba je teringat kembali zaman silam..






    .......................



masuk mood aku skarang lak--..huhu...kalau dulu ada banyak jerawat, tak yah risau..lagi-lagi bila masa tu umur tengah belasan tahun..hormon beb..releks ar..2-3 tahun lepas tu hilang la..pastu licin je muka kau sampai kawan-kawan yang lain boleh jeles sama kau..tak caya?..tanya pada yang pakar...risau sebab gelap?..tak yah la risau..lagi-lagi kalau gelap pasal sunburn..hilang punyalah..even orang kawad sebulan bawah matahari pun boleh secerah snow white (hasil produk hebat, murah pon jalan apa..aku pakai krim murah jek..hehe)



kalau memang gelap semula jadi tu lainlah..aku dapat 'hitam' masa dulu pun sebab muka dah terbakar tahap arang sebab tak reti-reti nak pakai sunblock, krim pencerah muka, pencuci muka segala bagai..memang lah jadi begitu..


so..entry kali ni aku memang dedicate kat org y suka ejek fizikal appearance orang lain..jangan ejek, nanti kena kat diri sendiri..tak kat diri sendiri maybe kat keturunan korang..(you know who you are)..hehe..


(kalau gitu dulu ada keturunan aku yang suke ejek2 orang la ni eh?..siapa la manusia biadap tu agaknye..huhu..)



1 comments:

Unknown said...

aku baru je nak empati dgn cerita ko,
tapi tibe2 ayat last ko tuh buat ak ketawa golek2 daa..~~!