Monday, December 21, 2009

kolej tipu..betul kah?

aku macam sangsi bila ada satu majikan ni iklankan jawatan kosong kat tempat dia..nama jawatan - pegawai akademik..requirements dia, kena tutup aurat, solat 5 waktu, berbudi bahasa (macam nak pilih calon menantu pun ada..hehe), kena ada lesen dan transport sendiri..dan buat aku rasa macam tak percaya bila dia tawarkan gaji sebanyak RM2500 sebulan..

tak tunggu lama aku pun klik sajalah kat butang apply tu walaupun aku ada syarat-syarat yang aku tak tepati seperti berbudi bahasa itu..hehe..keesokan harinya aku dapat reply dari majikan tersebut suruh attend interview..hati mana yang tak excited bila dapat interview kerja kan..

so dengan rajinnya aku pun buat la research tentang company apa dia buat ni..dan aku pun usha-usha..di sebabkan tak ada official website aku jumpa satu website grup ni..nama tempat tu Kolej Legenda Mantin..aku pun baca..baca lagi..baca dan baca lagi sampai berpinar mata..dan aku tertarik dengan satu komen ni yang ditulis oleh 'cengkerit'..


'Sy baca masalah wang PTPTN graduan yang dipengap Kolej Lagenda, sy baca masalah \”Guarantee Return Scheme\” yang tidak dipenuhi sekarang telah lebih dari 14 bulan pulangan sifar tentunya.
Sy juga membaca permasalah sosial pelajar diriuhkan pada tahun 2004 di Kolej Lagenda.
Bila sy yang berminat belajar di sini datang untuk sekadar meninjau persekitaran & bajet pembelajaran di sana, memang sy teruja untuk menyedilidiki lebih jauh kenapa Kolej Lagenda yang gah & indah ini penuh juga dengan lagenda@agendanya tersendiri.
Tuan rumah terpaksa perabis duit simpanan untuk menampung pinjaman bank lantaran sikap lepas tangan Pantai Lagenda Management Sdn Bhd.
Pemaju tetap mewah lantaran banyak lagi projek luar dapat menampung mereka.
Graduan sarat berhutang.
Pekerja silih berganti lantaran tak dapat cari graduan baru.
Keluarga graduan pula jerut pinggang bayar pinjaman bank, setelah anak mereka tamat belajar… belum tentu ada kerja.
Rumah di mantin yang patutnya dihuni 30,000 graduan kosong!.
Serba serbi jadi caca marba!
Encik Alias sy bukan orang dalam… sy sekadar datang bersama keluarga sy setelah sy dipelawa melanjutkan pelajaran di Lagenda Kolej. Harapan sy Encik Alias, Encik HC Tan janganlah ambil hati & perhatian sangat dengan pendapat sy. Tentunya tuan rumah & mereka yang tertipu dengan projek yang dikira mega ini lebih terhimpit begitu juga graduan yang telah keluar belajar dibebani dengan hutang yang banyak, tidak sepatutnya mereka berhutang sebanyak itu.
Daripada Kolej Lagenda, pekerja, tuan rumah, graduan malahan keluarga pelajar dibebani dengan hutang piutang tentunya akan tambah terhimpitnya kehidupan mereka.
Apakah mungkinkah Dataran Mantin hanya sesuai untuk golongan berada sahaja?.
Lantaran itu sy terfikir kena ada campurtangan dari semua pihak.
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kena turun padang. Kenapa timbul gejala yang boleh membuatkan tekanan hidup pada semua pihak. Kementerian Pendidikan juga kena mengkaji keujudan Kolej Swasta yang tumbuh bagai cendawan. Kenapa mesti mengujudkan kolej yang bertaraf dunia yang rakyat sendiri tidak mampu belajar di kolej tersebut. Sy tahu Kolej Lagenda berangan ke arah itu. Malahan kerajaan sendiri berwawasan ke arah itu.
Jika impian kerajaan & impian Kolej Lagenda sama, seharusnya ada jalan penyelesaian. Mungkin kerajaan boleh menaja pelajar yang berkelayakan ke sana demi menampung kekosongan kolej ini.
Bilamana perancangan Kolej Lagenda yang asalnya mahu mendapatkan 30,000 graduan bersasar@tersasau maka inilah jadinya. Semua orang mendapat tempiasnya. Rasanya sy itu isu utamanya.
Biarpun Kolej Lagenda menjanjikan HND terunggul di dunia. Tapi cuma sebahagian golongan sahaja yang dapat memilikinya, rasanya ini satu kerugian negara.
Maka itu jika kita mengkaji dasar negara luar, mereka tidak memperdagangkan ilmu; Meminimakan bayaran pengajian malahan ada yang memberikan percuma pendidikan rakyat. Kerana ilmu & pengetahuan rakyat adalah lambang kemartabatan bangsa & negara. Jika ini diamalkan di negara kita tentunya masalah di Mantin tidak timbul.
Apa yang terjadi di Dataran Mantin buminya telah tercemar dengan natijah keyakinan golongan rakus yang mahu mengambil keuntungan dari memperdagangkan ilmu tadi. Sayogia mempercampuradukan, perniagaan dalam memberi ilmu & pendidikan, kewajipan kerajaan diwastakan tanpa timbangtara yang berterusan. Halatuju pendidikan tidak jelas makan graduan yang keluar makin banyak menganggur, timbul pula kerakusan bilamana dikatakan HND itu terbaik dipasaran. Berlaku pula lorong yang luas ke arah kemaksiatan & perbagai lagi perkara caca marba di Mantin.
Memang ini kena dipantau & dibetulkan.’,0,’1′,’Mozilla/4.0'

bila dah baca benda-benda macam ni rasa-rasanya apa yang aku rasa..aku tau kau pun rasa apa yang aku rasa..hurm...nak kata tak nak percaya, adalah dalam beratus-ratus lagi komen yang tak rasa sedap untuk dibaca..cerita tntang betapa teruknya tempat ni..


aku suka pada comment dia yang panjang lebar ni sebab aku rasa dia pandai menulis..ayat yang sedang marah dengan tenang di campur sedikit kekecewaan..(ahah, sempat komen tulisan orang )

dan semua komen-komen tersebut teruslah berlanjutan dari tahun 2007 hinggalah ke beberapa hari yang lepas..bebudak yang dipanggil belajar kat situ konfius sebab tak ada surat tawaran..yang dah belajar kat situ pulak nyesal sebab financial problem..sedei la pulak..

0 comments: