Wednesday, December 16, 2009

sampah

jari aku menggatal mau menulis lagi..hati ni berbuku..banyak yang terpendam..rasa seperti mahu bercerita..tapi hati ni macam melarang..iyelah, tak elok cerita keaiban orang lain..tapi hati aku memang sakit sebab sorang hamba allah ni..oh ye, aku memang mendidik jari jemari ni dari menaip sebarang kata carutan atau makian yang tak sedap untuk aku baca diakhir tulisan aku nanti..so, walau pun ayat aku mungkin nampak macam biasa, sesungguhnya hati aku sekarang rasa macam nak meletup kerana mengalami pembengkakan perasaan yang hebat..

aku tak faham macam mana seseorang manusia tu boleh tegar untuk hidup senang lenang atas penderitaan orang lain..dia ambil benefit dari orang yang dekat dengan dia dan tinggal kan orang tu dalam kesusahan..macam mana dia boleh bermuka tembok meminjam wang dari orang  tanpa memulangkannya kembali..

aku juga tak faham macammana seseorang manusia boleh hidup dengan tenang setelah menjadikan hak milik orang lain sebagai hak mutlak dia tanpa pengetahuan pemilik asal barang tu..macam mana dia boleh pinjam separuh dari KWSP orang lain demi untuk dia memiliki harta untuk kegunaannya sendiri walaupun pada hakikatnya dia memang tak akan memulangkan kembali wang yang di pinjam tersebut..

cuba memahami macam mana dia boleh selamba guna transport orang lain dan lenjan minyak motor orang tu sampai dekat separuh tapi bila orang mahu guna transport dia terus tak jadi sebab langsung tak ada fuel dalam transport dia tu..dan lebih teruk dia suruh orang lain untuk take risk pergi isikan fuel untuk dia guna transport dia yang terngah kering tu..

masih lagi cuba untuk memahami, macam mana dia boleh ada keyakinan nak buat pinjaman bank dengan gaji dia yang tak seberapa itu dan hingga ke akhirnya aku masih tak mengerti macam mana orang macam tu boleh bertahan hidup kat muka bumi ni...

minta maaflah sesiapa yang terasa kerana mungkin ada perkara yang di atas ada anda lakukan..tapi aku cuma berharap, satu je yang aku harapkan..semoga dia dapat rasa balik apa yang orang sekeliling dia rasa atas perbuatan dia selama ni..

orang macam kau adalah sampah..raja segala sampah..dalam hati aku~

0 comments: