Sunday, December 20, 2009

suatu masa dahulu..


lokasi: L11 101
tarikh: 08 februari 2008
masa: 12:46 tengah hari
aktiviti: memasak dalam bilik menggunakan alatan canggih
alatan: mess tin, kettle,lighter, lilin untuk membakar,tin sardin, surat khabar (sebagai pengalas), sudu dan garfu
bahan-bahan: megi,dan air

disebalik cerita..

haha..(gelak tu wajib)..aku tak sure la pulak ada ke tidak orang pernah buat benda macam ni kat blok..tapi hari tu memang teringin sangat mahu makan megi yang dimasak direcly in contact with fire..asyik rendam dengan air panas je, tekak ni pun dah tak beapa nak lalu sangat..nak turun kafe malasnya bukan main..malas nak tukar baju punya pasal..

disebabkan masa tu baru lepas balik camping, banyaklah baki lilin askar yang dibekalkan yang tak habis..nak dibuang terasa sayang, nak disimpan tak tahu pulak nak diguna untuk apa..bau lilin ni pun boleh tahan jugak 'aroma terapinya'..haish..maka timbullah satu idea yang ternyata bernas..

nasib baik juge bilik kitorang tu bangunan lama..tak ada fire detector..kalau tak plan langsung tak jalan..pada junior-junior diluar sana- aku tau korang dah canggih skarang..apa barang mess tin..rice cooker kan ada..betul tak?..(especially for those yang selalu buat kenduri dalam bilik masak segala bagai guna rice cooker)..haha..

biarlah gambar yang bercerita..err tentunya bersama tukang pencerita yang merapu dibawah setiap gambar tu ye..huhu...


 
macam biasa, tambah air pada megi yang sedang dijerang atas api..kaedah kitorang kali ni  guna air panas yang di masak menggunakan kettle..biar cepat proses..

 
aha..ni part kelakar..sebab dapur besi dia tu dah dibuang, terpaksa la kitorang jadi kretif terlebey..tin sardin yang dilubang-lubangkan di jadikan tempat untuk lilin tersebut dibakar..suksess dengan sekali percubaan..memula ingat nak pakai tin biskut..satu hal pulak nak menebuk lubang karang..

 
akhir sekali tunggu dia masak..godeh2 dengan sudu..bila dah terasa kekenyalannya (yang mana takkan berlaku pada megi yang direndam), bolehlah diangkat dan dibedal bersama-sama partner in crime..masa tu masing-masing pun pikir- kalau ada telur ni lagi sodap neh..

tak sempat nak ambil gambar hasil sebab sedar-sedar je dah habis..perut lapar punya pasal..

p/s: buat kengkawan yang ada masa aktiviti yang dijalankan ni (ida,ecah n myself) -thanx for the memories..lalala~

0 comments: