Monday, December 14, 2009

merapu lagi..

'ko nak jadi mt jusco x?'

dan buat kesekian kalinya akak aku tanya soalan yang sama, sama seperti soalan beberapa bulan yang lepas..kali ni aku macam teragak-agak nak jawab..kalau dulu aku cepat-cepat je cakap tak nak sambil geleng kepala laju-laju..

agak-agak kenapa?

rupa-rupanya aku dah sampai tahap desperate nak bekerja..segala jenis kerja pun aku rasa macam ok je kot..cuba try nak buat..aku kan muda lagi..selagi terlarat buat ajelah apa yang mampu dibuat..lagipun teringat abah cakap hari tu, 'nanti bila dah kerja, kumpul duit sikit-sikit..hantar mak pergi haji. abah tak apa, boleh tunggu..mak kau teringin sangat nak pergi,'..aku pun masa tu, iyalah..tak silap aku masa tu baru seminggu lebih aku duduk rumah lepas baru balik dari penang..

buat masa ni mak ngan abah tak bising lagi suruh cari kerja semua..cuma kadang-kadang ada la dia bagi hint sikit-sikit..'kalau kau dah kerja nanti senang..'..

abah selalu mengeluh sebab transport tak ada nak keluar masuk.nak harap kan abang aku sorang tu- dia pun busy kerja walaupun duduk menetap sekali kat sini..so setiap kali akak aku balik dialah yang jadi mangsa..ayik kena tanya je bila nak ambil kereta since dah dua tahun dia kerja..aku pun dah naik kesian kat dia..

susah nak buat orang sekeliling faham..gaji dia bukan besar mana pun..dengan setiap bulannya nya kena pow dengan adik beradik (termasuk aku), macam mana la dia nak ada harta sendiri..lagi la nak puaskan hati semua orang..dia lagilah dasyat..belum grad lagi dah dapat kerja..tak sempat nak meronggeng-ronggeng kat rumah macam aku buat sekarang ni..

so secara tak langsungnya aku kenalah sedar diri sikit..ketepikan dulu pilihan kerja yang aku mahu..bukan semua orang dapat apa yang dia nak..dan aku pun tergolong dalam golongan tu..so nak tak nak, terpaksalah buat apa saja demi memenuhi desakan hidup..sampai masa nanti adalah rezeki untuk aku kan..

0 comments: