Sunday, November 29, 2009

wangg...

does money really matter?



bagi aku, wang adalah keperluan hidup yang berupaya untuk mengadakan keperluan asas manusia untuk terus hidup iaitu- makanan, pakaian dan tempat tinggal..

kekadang aku rasa jeles yang teramat pada orang zaman dulu kala yang bejaya menyediakan 3 perkara asas tersebut untuk hidup tanpa mengeluarkan waima  sen wang pun..tapi bila pikir-pikir balik, nak tinggal dalam gua dan pakai fashion style tarzan, aku rasa perasaan jeles tu macam tak berasas la pulak..

ok..what about- orang zaman dulu kala yang brjaya sediaka keperluan asas tu tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang super duper hebat macam yang dialami zaman sekarang ni..nilai mata wang yang rendah..pakaian pun tak payah la nak berpesen sangat, asal boleh tutup apa yang patut ditutup pun dah cukup..tempat tinggal- asal selesa..makan- makan aku tak kisah sangat pasal makan pun..kalau tak makan pun tak apa..haha..(pemikiran orang aneroxia tapi berbadan besar)..

tapi..itu mungkin boleh achieve kalau kita hidup zaman dulu..sekarang kena ikut cara sekarang..ikut arus zaman bak kata orang zaman sekarang..kalau kita tak nak ikut pun, kena ikut jugak..kalau tak alamat terkebelakang sangat lah kita...orang apa peduli dengan kita..kalau bukan kita yang nak majukan diri kita sendiri, siapa lagi..betul tak..

so?

money is important..sapa kata duit tak penting..persoalannya, keinginan atau keperluan?..wang lah yang akan jadi base untuk kita tentukan segalanya..makin kaya kau,makin banyaklah keinginan kau..kalau kau tak kaya mana sekadar untuk mengisi keperluan kau itu pun dah kira ok..macam mana pulak kalau golongan orang yang tertinggal jauh?..nak isi perut pun tak lepas, apatah lagi nak pikir pasal keinginan..makanya mereka hidup dalam kehidupan yang tanpa keinginan kah???

contoh nye macam encik robert (bukan nama sebenar) ni la..dulu gaji dia dalam rm1500 jek..tolak bayar kereta,bagi kat parents,sewa rumah,duit makan,minyak,tol,segala jadah semua tu boleh la dia bernafas hingga hujung bulan dan tunggu gaji bulan berikutnya masuk untuk teruskan hidup...bila naik pangkat dapat pulak gaji rm3000..benda yang sama ditolak..yang peliknya benda yang sama berlaku..hujung bulan tunggu gaji masuk untuk teruskan hidup dengan balance yang sama...

bila naik gaji lagi contohnya dapat rm10000 sebulan..still, dia rasa wang gaji dia masih tak cukup..perasaan dia sama macam masa mula-mula dia dapat first gaji dia dulu...patutke kita sedarkan encik robert kita ni yang sememangnya wang memang tak pernah cukup??..makin banyak wang kita dapat, makin besar keinginan kita..macam ada satu cerita yang nak aku share kat next post aku karang..

yang puan maslina (bukan nama sebenar) ni lain pulak cerita dia..10 tahun kerja kat tempat yang sama..gaji yang naik dalam 100 setiap 2 tahun..dengan gaji tu la dia hidup  sepanjang bulan..adakah bermaksud puan maslina ni cepat berpuas hati dengan life dia di mana dia tak punya banyak keinginan seperti encik robert diatas yang sentiasa rasa tak cukup dengan wang gaji dia walaupun gaji dia semakin bertambah?/?

hurm..yang mana satu aku???..yang mana satu kau???boleh fikir??

tapi aku boleh agak yang puan maslina ni akan jadi macam encik robert ni jugak kalau gaji dia pun bnyak..kau pun kan?..aku pun macam tu aku rasa..bila duit sikit,elok je kita budget..ngam2..lebih sikit lebih tinggi la maintenance kita..jadik kat banyak orang kan benda ni..so no point la aku nak bebel pasal benda ni sebenarnya..hurm...




                       

0 comments: