Tuesday, November 24, 2009

pak cik tua yang tegar...


Warga tua teras masyarakat..lalala..which mean aku pun xbrp nk ingat lirik dia....

Tetibe nak tulis entry pasal warga tua..kenapa dengan warga tua?..seperti yang kita tahu kita kenalah hormatkan orang yang lebih tua dari kita..kenapa?..satu sebab dah jadi budaya kita kat negara ni...aku pun tak berapa nak reti sangat untuk eloborate panjang lebar kenapa kita kena hormat orang tua ni..cumanye cuba bayangkan kalau orang buat kurang ajar kat parents kita...nampak tak elok kan..

so..tetiba tergerak hati ni nak tulis pasal warga tua ni adalah disebabkan aktiviti kat kedai makan tadi..dari awal aku sampai kat kedai makan tu lagi aku dah perhatikan gerak geri sorang pak cik tua ni..tak adalah tua sangat tapi nak dikategorikan sebagai muda tu adalah tak mungkin la..

umur dia dalam lingkungan 50-an maybe awal 60-an..aku ni memang teruk sikit dalam meramal usia orang ni..tapi kalau terpandangkan dia memang terdetik rasa kesian la dalam hati..tak tipu..aku perhati je aktiviti dia..lepas angkat pinggan mangkuk dan cawan bawak pergi belakang kedai, dia pergi lap meja pulak..bila nampak orang datang dan duduk kat meja kosong, cepat-cepat dia ambil kertas dan pen untuk ambil order customer...

lepas tu cepat-cepat dia hantar order tu kat dapur tmpat memasak..bila dah siap order dia angkat segala macam makanan dan minuman dan hantar kepada customer dia..bila dah sampai turn kitorang untuk order, dia pun cepat-cepat datang ke arah kitorang..terbongkok-bongkok dia masa nak tulis order kitorang..nak tulis pun ambil masa yang agak lama untuk diingati singkatan minuman yang kitorang pesan...

bila salah tulis dia garis pada perkataan yang salah tu banyak kali..seakan-akan nak biar peerkataan yang salah itu hilang sama sekali..aku cuma perhati..dan bila order kitorang siap, dia pun ambil dulang berisi air dan bawak ke arah tempat kitorang duduk..dalam pada dia berjalan bawa dulang tu tangan dia shaken..air dalam cawan tumpah-tumpah sedikit seiring dengan dia berjalan..

dengan bantuan kawan-kawan aku yang lain dia cuma perlu menyuakan dulang dan membiarkan bebudak ni ambil minuman tu sendiri..kosong saja dulang, terus dia kembali buat kerja lain..ada saja yang dibuatnya..lap meja..betulkan kerusi..kebetulan masa tu baru lepas hujan..makin rancak tangannya mengelap meja dan kerusi yang basah..

aku cuma perhati..tak ada rasa bosan..kenapa ye..soalan pertama yang aku fikir- kenapa dia masih nak bkeja dalam usia yang sepatutnya dia tengah sedap berehat kat rumah..tak pun tengah seronok layan anak cucu..tak pun tengah lepak depan tv dengar bertia atas kerusi malas...

kenapa?..adakah dia terpaksa bergantung hidup mencari rezeki kat kerja tu atau pun memang dah hobi dia bekerja..ada sesetengah orang tua ni dia memang tak boleh duduk diam..ada je kerja yang nak dibuatnya..tapi kalau tengok keadaan dia, kesian pun ada..kesian melebihi segala-ganya,,kesian tengok dia bersusah payah buat itu ini..

ntahlah..mungkin dia suka..siapa tahu..atau mungkin dia juga rasa sakit sebab terpaksa bekerja sampai kehujung usia demi sesuap nasi..tak adalah aku ni seorang peramal yang hebat..tapi, kesian sangat tengok dia..dahlah kurus je pak cik tu..buat kerja pun larat tak larat jek..

bila dah tengok pak cik tu, maka teringatlah aku orang tua kat rumah..terbayang kalau diorang ada kat tempat pak cik tua tu..aduhai sedihnya hati..harap mak ngan abah tu heppy la hendaknya berada di tempat mereka berada..walau tak adalah mewah mana, asalkan dorang dah tak payah membanting tulang, memerah keringat untuk menari sesuap nasi sudah...

jadinya- pakcik tua tersebut dah menginsafkan aku sekejap..betapa tegarnya dia bekerja untuk mendapatkan wang...jadi jangan pernah menyesal untuk cari kerja untuk memperbaiki hidup supaya bila dah tua nanti tak payah bersusah paya bekerja lagi...

tq pakcik..



0 comments: