Tuesday, January 11, 2011

lifeless life.

banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun lepas..banyak yang tak best berbanding yang aku harapkan..paling aku suka bulan 8 ari tu masa aku pergi penang jumpa balik kawan-kawan lama..paling sedih masa bulan 9 aritu sebab aku kena pilih antara famili atau kerjaya. dan paling sucks masa bulan 12 aritu aku dengan housemate aku kena cari rumah baru and pindah sebab owner m**on tu kata rumah yang dia sewa kat kitorang tu dia dah jual..aku dah malas nak fikir dah yang ni..

aku story tentang penghujung tahun lepas je sebab aku rasa awal dan tengah tahun lepas is still ok bagi aku..permulaan tahun ni aku rasa macam akan ada sedikit perubahan yang akan berlaku..tapi aku tak tau lagi apa..aku tak tau la ini di panggil dugaan dalam hidup ke apa..sebab aku kerja dalam field yang tak sama level dengan education aku..aku tinggal dalam sarang burung yang mana bloknya cuma bersebelahan dengan building lama rumah aku..

bayangkan tetiap hari keluar pergi kerja guna route yang sama tapi feeling yang berbeza..yang mana tetiap hari nak keluar dari kawasan kediaman tu macam bertarung nyawa..dengan lif nya yang kau rasa bila-bila masa je boleh terhempas jatuh (aku duduk tingkat 12 kot), tunggu lif macam tunggu tren komuter (lambatnya ya rabbi), then bila decided untuk turun guna tangga kau lagi takut (tapi tu je la option yang aku ada since aku paling benci menunggu)..bukan aku takut penat kena turun tangga- tapi sebab tangga dah tak serupa tangga..

aku memang tak suka tempat ni..so each and every flaw yang ada kat sini buat aku bertambah tak suka..aku cuba pujuk hati ni..pujuk lagi dan lagi dan lagi..sebab aku tahu setiap kesukaran tu- kalau kita sabar akan terbalas..

yang sebenarnya aku bukan nak mnegomel pasal kedaifan kehidupan aku sekarang ni..mungkin semua ni pengalaman berharga buat aku..sebab tak semua orang akan ada experience hidup macam ni..berada dalam kasut yang sama dalam masyarakat yang selama ni di pandang ----- (korang isi sendiri apa yang korang rasa sesuai)..

kalau orang tanya apa azam aku untuk tahun ni, seriously aku tak boleh bagi jawapnnya..sebab aku sendiri pun tak rasa dah masuk tahun baru dah..bila aku fikir balik-balik, aku nak keluar dari kehidupan yang macam ni..biasalah, bila dah terbiasa hidup selesa, senang dengan zon selesa tu, tetiba kena pergi turun satu level demi satu level- rasa dia mesti teruk gila macam ni..

aku cuba bayangkan perasaan orang kaya yang jatuh miskin dan kehilangan harta kat dunia dia ni..aku rasa aku dapat selami perasaan dia..dari dia hidup kat kawasan mewah, rumah besar yang cantik, pakai kereta mewah, tiba-tiba kena mula balik dari bawah, dengan kehidupan yang sangat bertentangan dari yang sebelumnya..kalau tak banayk pun, at least ada sikit la faham kot tentang perasaan orang-orang macam tu..

jadi bagi anda yang sedang selesa dengan kehidupan anda itu- bersyukurlah..hopefully dapat sustain kehidupan sebegitu or even much better..

bila dah jadi macam ni- aku rasa aku jadi lebih kuat dari dulu..which means its good, dan makin aku tak sabar nak keluar dari kehidupan macam ni..dan aku harap sangat keajaiban tu akan cepat-cepat datang..tengok progress life orang lain rasa sangat tertinggal jauh ke belakang..

apa-apa pun aku harapkan yang terbaik untuk diri aku, femli, kengkawan dan korang-korang yang tengah baca post aku sekarang ni..cukup kot untuk hari ni walau jari ni masih gatal nak menari-nari atas keyboard ni..

1 comments:

Unknown said...

thumbs up...trskn berusahe kwn ku..huhuhu