Friday, January 28, 2011

urggggh!!!! then hahahaha~...what a lol~

tadi adalah sangat marah yang teramat..dan sekarang ni tiba-tiba-tiba boleh tergelak yang galak..

sambil tunggu page blogger ni nak loading untuk melampiaskan kemarahan, tiba-tiba teringat balik insiden tadi rasa macam tak jadi nak marah bagai..instead aku tergelak sakan..

ni kesah seorang mak cik yang ego..tak nak terima bantuan orang lain..macam biasa ini kisah benar, tiada tokok tambah perisa untuk menjadi kan kisah ini lebih menarik..another story- original~

di pagi yang hening, ada sorang mak cik ni, ber exercise ikut instuctor dalam dvd yang di beli oleh saudaranya..badan dah makin kembang, haruslah dia bagi kurang sikit idora (lemak, nanti aku cerita camman lemak tu boleh dapat nama idora) kat badan tu kalau nak muat baju yang lama-lama..nak beli baju baru ekonomi negara dan ekonomi dompetnya seakan tak mengizinkan sekarang..barang semua mahal..sale pulak pada barang yang dia tak minat..

so dia pun tegarkan hati kuatkan semangat ber eksesais di pagi hari selama sejam lebih..memang berpeluh satu badanlah lepas aktiviti tu..sementara tunggu peluh kering dia layan la dulu tengok cerita korea, tajuknya Marry me, Marry! yang ada hero kacak kegemaran dia tu..dalam tengok-tengok tu dia rasa tak selesa la pulak..baju melekit kat badan, bau baju berpeluh pun menusuk hidung...

jadi dia pun ambil la inisiatif pakai towel saje..dalam rumah sendiri je pun..apa nak segan..tingkap semua tutup, pintu berkunci, tak ada sape nak sekodeng la senang cakap..bila dah rasa selesa sikit, dia pun terus menonton sampai habis satu episod..dah abis satu episod dia pun gerak la nak gi mandi..

terfikir seluar baju semua kat ampaian lagi..so dia pun pergi la kat ampaian tu nak ambil apa yang patut..tengok-tengok ada baju terjatuh kat bawah..mak cik ni duduk rumah flat..bila baju jatuh, sangkut la dia kat bumbung tempat ampaian orang bawah..macam biasa beliau ambil batang penyapu dan cuba tarik-tarik baju yang jatuh tu..

sambil menyumpah seranah dalam hati, dan keluar tempikan usaha dari mak cik tu, tiba-tiba jatuh lagi satu baju..tangan dah la pendek, tinggi pulak tu gap antara bumbung tu dengan jeriji kat ampaian tu... payah bebeno di rasa nak ambil baju yang jatuh tu...selepas berusaha dengan gigih, satu baju berjaya di kaut..

satu lagi gagal sebab material kain dia tak mengizinkan..tapi dia tetap berusaha..iyah sana iyah sini tak dapat dapat jugak nak ambil baju tu..tanpa di sedari nya jiran sebelah tingkap dok perati lama dah..terkejut beruk mak cik ni bila tiba-tiba kena tegur..punya la baik hati jiran tu nak offer pertolongan, mak cik ni punya berlagak cakap tak pe, tak payah..budget dia boleh buat sendiri..

jiran dia ni pun, yelah, orang dah tak sudi, nak buat macam mana..tak sampai 20 saat mak cik ni give up dan cakap, 'esok je la amek,' dalam nada yang tak puas hati..

dia pun terus berlalu sambil duduk balik di depan komputer dan update status fesbuknye..
.....

aku paham kenapa mak cik tu tolak pertolongan jiran tu..
1)dia mungkin memang seorang yang independant..
2) sebab jiran tu lelaki dan masa tu dia tengah pakai towel saje..

2 comments:

akki said...

aku rasa aku cam kenal je mak cik tu...
wah seksinya mak cik:)

r.o.x.e said...

kenal ker?

haha..