Tuesday, December 28, 2010

kesalan terbesar..

satu hari, yati (bukan nama sebenar), tanya kat aku, apa kesalan terbesar yang paling besar aku pernah buat dan menyesal sampai sekarang..

aku pulak bilaorang tanya soalan direct macam tu memang payah bebenar nak jawab..ye la, nak cari balik muka surat yang dah jauh aku tinggalkan sepanjang hidup aku..sama ada nak jawab menyesal sebab tak tukar course masan study dulu, atau menyesal sebab jadi terlalu ego satu masa dulu sampai terlepas sesuatu yang berharga atau yang lain-lain..

last-last aku surrender sebab tak tahu nak cakap yang mana satu..so, aku cakap aku berpuas hati dengan hidup aku yang lepas-lepas tu..yati angguk-angguk sambil berfikir panjang..aku mula tangkap sesuatu..yang sebenarnya dia sekadar bertanya pada aku soalan tu..maksud aku sekadar bertanya adalah, dia bertanya sebab nak berceerita tentang kesalan terbesar dalam hidup dia..

aku tak tanya banyak..aku tunggu dia cerita..sebab aku tahu dia memang jenis rajin bercerita..dan dia cepat bosan..bila dia bosan dia akan bercerita, dan aku seperti biasa akan menjadi pendengar yang baik dan memberi reaksi yang sewajarnya atas apa yang akan diceritanya kelak seperti selalu..(ada unsur- unsur berlakon disitu)

si yati pun memulakan cerita..umur dia baru 18 tahun, tahun ni..so apa yang nak diceritakan oleh dia adalah kisah masa dia sekolah menengah dulu beberapa tahun yang lepas..kejadiannya banyak berlaku di perkarangan sekolah..info tambahan- yati adalah seorang anak jati kl yang di besarkan dicelah-celah bandar kl yang hidup bawah dari sederhana, bersekolah di sekolah harian biasa dan penuh dengan masalah sosial yang selalu jadi isu sekarang ni..

kesalahan yang dia buat memang menyalahi undang-undang malaysia and what worse is menyalahi hukum syara'..apa yang dia buat memang dia kesalkan sampai la kesudah dan dia dah berazam tak nak ulang lagi apa yang pernah dia buat walau kawan-kawan dia merayu untuk dapatkan pertolongan dia..

masa tu dia dalam form 2- form 3 lebih kurang..niat dia masa tu cuma nak tolong kawan-kawan dia je..(itu kata dia)..aku pun, ok, angguk tanda faham- bukan tanda setuju..

kawan-kawan dia masa tu semuanya jenis budak-budak yang dah standard terbiar, yang mana rasa diorang sekadar meneruskan hidup untuk meneruskan life cycle diorang..yang rasa masa depan bukan untuk diorang..jadinya- banyaklah masalah yang di buatnya mereka..

himpunlah segala masalah gejala sosial- semuanya ada pada diorang..so, untuk memendekkan cerita, kekesalan bagi yati dalam hidup dia setakat ini ialah membunuh sesuatu yang masih belum bernyawa lagi..

dapat tangkap?..bila hidup tak berpaksikan pada agama- memang macam-macam benda boleh jadi..bila dah terlanjur dan melanjurkan diri- akan ada akibat pregnant anak luar nikah..jadi untuk mengelakkan anak itu dari terus lahir dan jadi seperti ibu bapa mereka, satu keputusan dasyat ( yang mana biasa bagi mereka) di lakukan..

dalam toilet sekolah aktiviti menggugurkan janin di lakukan..(tiba-tiba aku rasa seram sejuk)..aku yang sangat curious pun bertanya, macammana? pakai alat apa? boleh ke?

dan dengan konfidennya yati menjawab- boleh..tak pakai apa-apa pun..cuma satu teknik saja..iaitu terjun dari tempat tinggi..bila dah mendarat tu, secara tak langsungnya janin dalam rahim tu akan terjatuh..bila dah keluar, akan ada tali pusat keluar jugak..dari situ diorang akan tarik tali pusat tu sampai habis..bila dah tarik, terus flush dalam toilet..tali pusat tu dia kata memang panjang yang amat, tarik dan tarik dan gulung macam main layang-layang..

lompat macammana?.aku tanya lagi..nak dapatkan gambaran degan lebih jelas lagi..langsung tak boleh nak imagine kot..jadinya yati pun terangkan satu persatu cara diorang lompat tu..

dengan berpakaian sekolah, kain sekolah di sinsing hingga paras yang selesa untuk memanjat bahagian flush toilet ( biasanya applied pada toilet cangkung tu since tangkis flush tu agak tinggi)..dalam toilet tu kan kecik, so berpaut pada dinding toilet untuk menjayakan misi tersebut..

bila dah sampai kat atas, rasa macam dah elok, dia akan aim betul-betul tepat dalam lubang toilet..bila dah ready, dia kira satu dua tiga dalam hati dan terus buat aksi melompat..macam tu la dia cerita..memang biasanya akan tepat-tepat masuk kedalam toilet la, janin tersebut..

aku tak de pulak tanya berapa banyak liter darah yang akan mengalir bila perkara semua tu berlaku..tak terfikir..terkejut sangat kot..sakit memang tak payah cerita la- dia kata..jalan balik kelas mengengkang..yati pulak adalah orang yang tolong tarik tali pusat tu sampai habis..

lepas tu balik kelas buat macam tak ada apa-apa jadik walau masa tu sakit yang amat..

pernah sekali kantoi dengan pihak sekolah sebab ada orang mengadu bau busuk yang amat datang dari toilet tu..sekali check-check memang benda alah tu ada lagi kat situ..siap libatkan pihak polis lagi..entah macammana ntah diaorang cover sampai polis terpaksa tutup kes tu..

bukan sekali, dua kali..tapi 5 kali dia cakap..5 nyawa bayi yang tak berdosa berjaya dia bunuh..(by the way- dah ada nyawa ke masa tu aku tak sure sebab tak pula dia mention masa tu kandungan tu berapa bulan)..dan yang paling aku tak faham tu adalah bila orang yang gugurkan kandungan tu adalah orang yang sama kaang-kadang..tak serik-serik kot..

lepas tu, diorang akan pergi ke klinik untuk mencuci rahim dia-bagi buang semua yang tak patut ada..klinik ni memang popular dalam kalangan diorang..ramai regular customer dan nama klinik itu di rahsiakan- sebab dia tak nak bagitau apa nama klinik tu kat aku..aku pun malas nak tanya lebih- unless aku ada kuasa nak serbu tempat tu..

biasalah kan, bila dah buat kerja-kerja macam tu mesti ada sesuatu yang berlaku lepas tu..dalam masa 3 bulan setiap kali diorang buat kerja tu, dalam tempoh tu diorang bagaikan diganggu..tak boleh tidur, makan tak lalu, fikiran tak stable..sebabnya- janin yang diorang buang tu datang balik kat diorang dalam bentuk bayangan atau ilusi..3 bulan diorang hidup tak tenteram..terbayang-bayang bayi tu datang, tanya diorang, apa salah diorang kena bunuh..kenapa tak nak bagi diorang hidup..kenapa kenapa dan so on la..

habis 3 bulan, slowly gangguan tu hilang..

tapi yati adalah jenis orang yang jenis nya tak boleh kata tak bila kawan-kawan dia mintak tolong ( kat sini obviously dia ada masalah dengan pendirian- supposed kalau benda tu salah, rasanya tak yah la buat kalau tak nak buat kan..but who knows right?) despite everything- dia still  tolong kawan dia untuk gugurkan kandungan tu..

sampai lah, yang ke-5, dia dah rasa tak sanggup..bagi kawan dia yang dah 2 kali buat perkara tu, dia nasihatkan jangan buat lagi..sama ada tak boleh mengandung lagi, atau pun akan terus kehilangan nyawa terus..akibanya ada kawan dia yang kahwin awal sebab dah terlanjur..kahwin usia muda, tak puas enjoy- lelaki yang dia kahwin pun pulak stok yang tak boleh pakai..

isteri kat rumah tengah sarat mengandung dia pergi cari perempuan lain..

ini lagi satu aku tak paham..yang lelaki tu pulak boleh pulak dia berskandal dengan student ipts yang terkemuka kat kl ni..aku pun tak paham apa yang bebudak perempuan tu pandang kat budak lelaki tu..kaya tak-kacak tak-bijak tak- masa depan, tak tahulah nak cakap apa tah lagi...

di akhir cerita yati sempat nasihat kat aku jangan buat benda-benda yang boleh buat aku menyesal teruk..berhati-hati dengan lelaki, sebab lelaki baik memang dah kurang lagi lagi kat kl ni..aku pun angguk-angguk mengia kan je la..orang nasihat benda yang betul- despite apa yang dia dah buat- so accept je la..

aku pun harap sangat-sangat tak adalah sampai macam tu sekali life aku akan jadi..asal pandai jaga diri sudah..dan aku harap sangat adik-adik aku dalam famili aku pandai jaga diri diorang..same goes for other teenagers yang ada kat dunia ni..

sesape yang baca ni, and terasa nak cari siapa yati ni- hentikanlah..dia dah bertaubat..cari orang yang masih belum bertaubat buat kerja-kerja macam ni..banyak kat sekeliling kita..kita je yang membutakan mata buat buat tak nampak, buat-buat tak tahu..

2 comments:

Nona*maNis said...

huishhh...

takut aku bace yg terjun toilet tu..errr...

Unknown said...

dasyat cite ni...nek ngilu aku dibuatnyew...