Monday, January 24, 2011

pemuja rahasia..

kisah benar, diceritakan kembali kepada aku oleh seseorang yang tak mahu di kenali..

dia cakap dia pemuja rahasia (entah ada ke tak maksud rahasia dalam kamus dewan ke tak aku pun malas nak check), dan sebab aku tak berapa nak suka guna perkataan tu aku just guna pemuja rahsia..kenapa dia cakap macam tu, sebab dia kata dia selalu memuja seseorang dari jauh, tanpa beritahu sesiapa rahsia hati dia tu..dari start zaman sekolah sampai la dia dah masuk alam pekerjaan ni..

kawan aku tu permpuan dan dia sangat-sangat konservatif, berpegang pada budaya timur yang sopan di samping sangat menjaga maruah diri, keluarga, agama negara dan bangsanya..plus ego yang super duper tinggi, kekadang mengalahan ego lelaki (entah, aku pun tak tau ego lelaki tu macammana, since dia yang cakap macam tu aku dengar je la)..

dia kalau suka kat seseorang tu, dia takkan pernah beritahu sesiapa..dia simpan dalam-dalam..biasanya sebab dia rasa dia dah suka pada orang yang salah..ye lah, orang yang dah berpunya biasanya..jadi nak tak nak dia terpaksa kikis perasaan tu- biasanya dia berjaya bila mengingatkan yang orang tu adalah hak milik orang lain walau pun tak comfirm lagi..

one day, dia cakap kat aku yang dia rasa dia ada rasa suka kat satu orang ni..aku macam biasa tak banyak taya, tunggu dia cerita sendiri..kali ni orang tu memang single..tak attach dengan sesiapa lagi..ok serba serbi dari mata dia..cukup comel, perangai molek, kerja elok dan blablabla lagi..

masalahnya sekarang pulak, bila orang tu adalah kawan kepada abang dia, dan lelaki ini, let say nama dia encik cawan..encik cawan ni kawan kepada abang dia dan menyatakan kepada abang dia bahawasanya dia sudah jatuh hati pada adik dia..oh, bukan pada kawan aku ni, tapi pada adik dia..

adik kawan aku ni dia advane sikit dari member aku ni..dia ada kawan lelaki ramai, dan dalam ramai-ramai tu dia dah ada steady boyfriend- cuma tak comfirm lagi je la..yang kawan aku ni pun- dalam state yang blur..dia fikir, apsal la selalu sangat dia suka kat orang tapi orang tu tak suka kat dia..lagi satu member aku ni ada self esteem yang sangat-sangat low..

dia rasa dia tak cantik, dia rasa dia tak bagus, dia rasa dia tak layak untuk dapat orang yang bagus (perkara ni cuma berlaku dalam hal-hal yang melibatkan perasaan je)..tapi bila dia bekerja ke apa ke, dia memang sangat konfiden..

aku pun tak tau nak nasihat apa kat dia..dia cakap adik dia memang sah-sah tak nak kat encik cawan tu sebab dah ada orang lain- lagi pun bukan style adik dia encik cawan tu..bila depan abang dia dan encik caan tu dia boleh je buat-buat  tak ada perasaan langsung..bila abang dia nak kenenkan dia dengan encik cawan tu, dia buat bodoh, siap marah-marah lagi cakap tak mau..(itu yang dia kata marah-marah tapi mau kot, haha)..

sebab dia fikir encik cawan tu nak kat adik dia, bukan dia..so, ego dia agak tercalar bila abang dia buat macam tu kat dia..adik kot..ntah la..aku pun tak tau..aku tak pernah rasa situasi macam tu..

yang member aku ni kekadang bila nampak facebook abang dia, dan abang dia tak ada kat tempat kejadian, dia akan bukak page encik cawan tu melalui akaun facebook abang dia..nak add sendiri dia segan..so dia stalking encik cawan tu lalu facebook abang dia..

kekadang aku nak gelak gak depan member aku ni..tapi kesian pon ada..kalau aku gelak kat dia, aku gelak kat diri aku sendiri gak..sebab kekadang aku pun cam tu gak..stalking facebook orang guna akaun kakak aku..haha...tapi cerita aku langsung tak sama dengan member aku ni..

aku saja nak tulis cerita member aku tu kat sini..sebab lepas dia cerita je kat aku haritu, aku asyik teringat-ingat kesah dia..agak memberi kesan yang mendalam kat aku..ntah..aku sendiri pun tak tau kenapa..

2 comments:

Unknown said...

ko pon cmtu ek......kikiki

r.o.x.e said...

hehe.kantoi kat ko xpe..haha..
plus aku kan sopan lagi pemalu..