Wednesday, January 19, 2011

malam ini, menangis lagi..

aku tak faham apa yang aku nak sedihkan sangat..mungkin kah kerana aku seorang yang kaya dengan perasaan, atau aku seorang yang terlalu menghargai?..

aku paling bencikan farewell..aku paling benci nak say goodbye..thats why masa aku berhenti kerja dulu aku main blah macam tu je lepas anta surat resign..aku tau agak biadap kalau buat macam tu..tapi aku tau aku mesti tak boleh nak kawal perasaan time tu..thats why aku buat gitu..

masa bukan pengukur kemesraan..masa juga bukan pengukur kasih sayang..masa tu cuma pengukur waktu..dalam waktu singkat persahabatan tercipta..kasih sayang pun mula bercambah..sebab tu la aku bina tembok setinggi alam dengan semua orang supaya aku tak rasa sedih bila terpisah..

tapi malangnya, rasa tu tetap ada..air mata macam seronok je nak mengalir dari celah-celah ruang mata ni..lagi-lagi dalam waktu yang singkat..ko bayangkan je lah..even 2 bulan sengah dah buat aku sedih nak rak untuk berpisah, inikan pulak 3 tahun (note untuk intake-20 yerr)..

aku tak tahu, Tuhan nak tunjuk apa pada aku kali ni, tapi aku selalu engharapkan yang terbaik..semoga Dia mendengar suara hati aku setiap kali aku merintih berdoa pada-Nya..kerana aku tahu Dia maha adil dan hanya pada-Nya tempat untuk kita bermohon..

thanks pada yang banyak bagi moral support pada aku time aku tengah down, down and down..down...to qila, to kejam (beloved sister ever), pka (yang tetibe msg aku lps baca post aku kat sini..terharu beb!) dan semua semua tak kire sesape..thanks bebanyak..

aku akan toleh belakang untuk ingat semua perkara baik yang pernah berlaku dalam hidup aku dan akan cuba move forward dan jadi seorang yag super duper kuat..last-last aku dapat tau cita-cita aku apa setelah banyak kali bertukar kerja..dan cita-cita ni  akan aku reveal bila aku dah berjaya gapai dia..ok..

wish me luck ok..and 780 member's i;ll miss you all..

0 comments: