Tuesday, November 18, 2008

'apsal kau tak suka balik rumah?'

soalan-soalan tu selalu je orang tanya kat aku..xkira la masa matrik ke msa kat u ke..ada je yang rajin ringan mulut tanyakan soalan tu kat aku..

slalunya aku akan blur kejap sambil merangka ayat dalam otak untuk jawapan paling sesuai.tapi selalunya gagal. ntah.bagi aku tak ada jawapan yang spesifik..jawapan aku berubah-ubah ikut keadaan..

kebiasaannya aku akan jawab, 'jauh, tambang g balik je dah dekat seratus lbey'..
xpun aku jawab camni, 'tengah miskin'..

hakikatnya?

sejujurnya, memang jawapan tu selalunya lahir dari hati..faktor jarak, masa dan wang selalu jadi keutamaan..lagi-lagi bosan bila perjalanan selalunya berseorangan..

dan selalunya mereka hanya berpura-pura mengerti..mesti diorang sangka aku berdalih..mesti diorang fikir aku ada masalah dirumah yang membuatkan aku tak nak balik setiap kali ada waktu mengizinkan..seperti yang aku katakan, fakto-foktor di ataslah yang sebenarnya mempengaruhi..

terlalu banyak alasan sebenarnya...

siapa yang tak sayang keluarga sendiri? biar sebesar mana pun masalah, biar setebal mana pun perasaan tak senang terhadap adik beradik, mereka tetap keluarga..tetap darah daging sendiri..aku tetap sayang mereka..jagan sesekali tuduh aku enggan pulang kerana tak sayang mereka..atau melarikan diri..

bukan..

salah tu..

bermula usia 13 tahun (mungkin belum cukup waktu tu), aku dah diajar berdikari..duduk di asrama..jarang pulang kerumah..ada saja aktiviti yang tak mengizinkan untuk balik ke kampung..berterusan sampailah aku belajar di universiti...

berdikari..bukan maksud melupakan keluarga..aku xpernah pun lupakan diorang..cuma aku tak nak menyusahkan diorang..aku ingat lagi..masa aku tingkatan 4, aku pindah sekolah..masa pendaftaran kat asrama, aku cuma dihantar abang..melakukan proses pendaftaran sendirian dengan abang yang kerap menggesa dan tak bagi sokongan bila ada masalah datang waktu tu..walau pun dilihat kecil pada mata kasar masalah tu, tapi bagi aku yang sendirian..umpama masalah terbesar sepanjang hayat..

pergi untuk pertama kali berhantar..nak balik, pandai-pandai la kau sendiri..
memang diorang tak pernah pun cakap macam tu..cuma aku yang buat kesimpulan..setiap kali cuti sekolah atau cuti sem, takkan pernah aku dijemput untuk pulang ke rumah atau dihantar semula..semua atas usaha sendiri untuk sampai ke rumah..

bukan bermaksud mereka mengabaikan aku..tapi aku sedar kedaifan diri..transpot..cuma abang yang ada kereta..takkan nak bergantung sepenuhnya pada dia..

budak kampung..usia 16 tahun tak pernah jejak kaki ke kuala lumpur..tiba-tiba dapat belajar di situ..
budak kampung..usia 18 tahun tak penah jelajah seluruh negeri sembilan, tiba-tiba dapat tawaran belajar di situ..
budak kampung..usia 19 tahun tak pernah teringin ke pulau pinang, tiba-tiba dapat twaran belajar kat situ..

akhirnya?

pasrah dan akur..

selalu je mak mengeluh..kenapa jauh sangat..susah nak balik..ditambah dengan perangai aku yang jarang telefon, even sms..berdikari ke ni?..aku xpernah ada niat menjauh dari famili..tak pernah..biar sepahit mana pun kenangan silam, disitulah aku membesar..disitulah aku memulakan 12 tahun pertama dalam hidup aku...

biar pun aku jauh dari kampung dan famili, tapi hati aku tak pernah jauh dari mereka..

kalau orang lain kata aku tak nak balik rumah, sesungguhnya cuma tuhan saja yang tahu, betapa aku menginginkan berada disana...

0 comments: