Thursday, March 18, 2021

Randomly Terkenang (Collecting Memories) Part 1: Schoolhood, belajar demi PMR.

PMR- Penilaian Menengah Rendah. Peperiksaan yang diambil oleh semua pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia bermula 1957-2013. 

Pelajar tingkatan 3 kat Malaysia ni majoritinya berusia 15 tahun. Kalau ada yang umur 14 tahun tu, itu sebab dia budak lompat. Kalau dia umur 16 tahun, itu sebab dia kena masuk kelas peralihan sebelum masuk tingkatan 1. Biasanya kelas peralihan ni adalah murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil yang masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan. Kelas peralihan ni tujuan dia sebab nak bagi student-student tu mahir bahasa Malaysia sebelum belajar dekat sekolah menengah.

Budak Lompat pula; dia skip dari masuk Darjah 4 masa sekolah rendah dulu. So dari darjah 3 terus masuk darjah 5. Murid darjah 3 akan ambil exam Peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS, 1996-2001) dan biasanya seorang saja dari satu batch dalam sesebuah sekolah tu yang akan berjaya jadi pelajar lompat. Tapi ada juga yang sekolah lain ada beberapa orang yang berjaya jadi budak lompat dan ada sekolah yang tak ada langsung yang berjaya. Bergantung pada keputusan PTS time tu.

Aku pula tergolong dalam golongan majoriti dan ini kisah aku masa nak ambil PMR pada tahun 2002 disebuah sekolah berasrama penuh yang tidak terkemuka di sebuah pekan kecil lagi terpencil.

Masa aku form1 dulu aku malas belajar. Homework tak buat. Masa kat prep banyak main, borak, dan sembang. Dalam kelas gelakkan budak tahan mengantuk. End up masa form 2 aku masuk kelas second last. Budak-budak bijaksana semua masuk kelas first. Time tu aku tak pasti nak rasa apa sebab kalau ikutkan masa sekolah rendah aku tak pernah tak dapat kelas first.

Tapi sesungguhnya budak-budak yang masuk asrama ni ramai budak bijak. Dahlah bijak, rajin belajar pula tu. Homework tak pernah tak siap, masa prep guna untuk study dan buat nota tambahan. Lagilah pula masing-masing mempunyai disiplin yang tinggi dan penuh iltizam untuk menimba ilmu. Berbeza betul dengan perangai aku masa form 1 dulu.

Masa form2 tu aku dapat satu kelas dengan Dilah, budak sebelah aku masa form1. Dilah ni baik budaknya. Cantik pula tu. Mata dia coklat macam anak kacukan. Kulit dia putih bersih kemerahan macam kulit bayi. Menjadi pujaan kakak senior dan rakan sebaya mahu pun pelajar senior lelaki disebabkan fizikal dan attitude yang baik itu.

Masa dapat tahu yang kitorang satu kelas tahun depan, kitorang pun deal lah untuk duduk sebelah-sebelah masa form2 nanti. Masa tu aku rasa best sangat sebab tak payah fikir nak duduk dengan entah siapa siapa entah. Lagi pun Dilah ni memang sangat baik lagi menyenangkan orangnya.

Tragedi berlaku bila Dilah cakap dia tak boleh duduk sebelah aku sebab kakak dorm dia suruh dia duduk dengan budak dorm dia yang dari kelas lain masa form 1 dulu. Aku pun macam, kalau kau tak nak duduk sebelah aku kau cakap je la kan. Tak payahlah nak berselindung dengan nama kakak dorm kau tu as if kau anak yang filial kalau lawan cakap kakak tu kau boleh dapat terus status anak derhaka. Merajuk jugalah hati aku masa tu. Tapi sebab dia cakap sorry, aku pun move on. Buat apa nak merayu pada yang tak sudi. 

So, masa form 2 pun aku pun belajar ala kadar jugak. Nampak macam fokus bila cikgu mengajar, tapi setakat tu sajalah. Bezanya aku dah rajin buat homework dan taj banyak main sebab dah tak ada rakan sepermainan. 

Aku duduk di barisan belakang sekali. Dalam satu barisan tu ada 3 meja yang dilekatkan anatara satu sama lain. Aku duduk tepi sekali, budak yang duduk tengah dan hujung sana tu pula kawan baik sejak dari form 1. Dua orang budak tu pula ada kawan-kawan lain dari kelas lain yang mana paling famous dalam batch kitorang. Famous sebab ramai yang hot, cantik, bijak, dan menyerlah dari segala segi. 

Dua orang budak tu tak pernah kacau aku cuma kadang-kadang tanya pasal homework, pinjam buku, dan aku pula sangat into writing fiction masa tu. So aku happy duduk sorang-sorang bila time prep sebab bila time prep diorang akan hilang entah ke mana. Aku pula jenis yang malas nak bersosial dengan kawan-kawan sekelas yang lain. Kadang-kadang budak kelas aku time tu pelik kenapa aku lagi suka baca dictionary Oxford English- Malay, Malay-English berbanding bercakap dengan diorang.

Naik form 3, aku dapat masuk kelas second. Dalam kelas tu ada 9 orang saja budak perempuan. Yang lain budak lelaki. Aku happy yang amat sebab dapat satu kelas dengan crush. Crush aku ni rambut dia cantik gila, jari dia runcing (sebab tulah tulisan dia cantik kot. Kot) dan suara dia sedap yang amat. Bila menyanyi ke azan ke memang cair jiwa raga aku bila dengar. Tapi dia kaki bangku. Tak pandai sport. So, kurang markahnya kat situ.

Dalam ramai-ramai budak perempuan dalam kelas aku tu tiba-tiba aku boleh terapat dengan Jamez. Jamez ni sangat menarik bagi aku. Aku satu dorm dengan dia masa form 1. Dia pernah buat statement macam ni, "Rupa tak seindah nama," untuk aku. Dia cakap kat orang lain, tapi sampai balik kat aku. Yep, nama aku cantik tapi aku tak berapa nak cantik sangat time dia cakap tu.

Sebabnya, muka aku penuh jerawat pasir masa form 1. Aku budak sport masa sekolah rendah. Aku main hoki, aku main bola jaring, etc etc. So aku hitam lagi berkilat. Kakak aku selalu cakap aku muka tak ada warna sebab kulit aku sangat terbakar. Dahlah kening nipis. So, aku faham-faham saja kenapa dia buat statement tu. 

Tapi by the time aku form 3 tu aku rasa rupa aku dah cantik sikit la. Aku dah tak main sports, dah tak ada sunburn, jerawat sebab hormon aku tu pun dah berkurang. So aku pun rasa agak berkeyakinanlah sikit dengan diri sendiri. 

Satu hari aku cakap dengan Jamez aku nak kawan dengan sorang classmate kitorang ni. Sebab aku rasa dia ni pelik, suka senyum sorang-sorang, suka jalan sorang-sorang, dan yang buat aku rasa dia sangat pelik adalah sebab dia shave rambut dia sampai botak licin masa dia form 2 dulu. Dengar kata dia botak sebab dia clash dengan girlfriend dia yang sama satu kelas dengan dia.

So bila dia sama satu kelas dengan aku masa form 3 ni, aku pun terasa tertarik nak tau reason dia botakkan kepala dia satu masa dulu ni. Aku tak tanya direct pada dia, instead aku cakap dengan Jamez aku nak kawan dengan dia. (For the record: aku tak pernah tanya dia kenapa dia botakkan kepala dia, sebab aku lupa nak tanya).

Pelikkan, crush dengan orang lain tapi nak kawan dengan orang lain?

Pattern sekolah kitorang dulu, kawan tu adalah kawan yang betul-betul kawan yang tak mengundang sebarang perasaan romantik (platonik). Even dah ada couple, seseorang itu dibenarkan untuk ada kawan yang berlainan jantina atas nama kawan baik. Sebab tak semua benda kita boleh share dengan couple, atau kawan baik sejantina. Aku tak tau siapa yang buat rule ni, tapi itulah yang kitorang apply dalam kehidupan kitorang masa tu. Dan - couple masing-masing takkan jeles dengan 'kawan' couple masing-masing.

Melalui Jamez, akhirnya aku dan Paris jadi kawan. Kami berbalas-balas surat- dia letak bawah meja aku, aku letak bawah meja dia. Sampai sekarang aku fail untuk ingat balik apa yang aku dan dia tulis masa berbalas-balas surat tu. Yang aku ingat satu masa tu dia sengaja suruh crush aku tuliskan surat bagi pihak dia sebab dia tau aku suka gila tulisan crush aku tu. Tulisan Paris tu pula macam tulisan aku masa 5 tahun dulu disaat aku masih tak pandai menulis lagi.

Kadang-kadang setiap kali dia letak surat bawah meja tu, dia akan attach sekali dengan sebiji gula-gula buat hilang mengantuk masa prep/study. Tapi aku tak pernah makan gula-gula tu. Tak pasti sama ada aku sayang nak makan atau aku memang hoarders sebab aku kumpul gula-gula tu letak dalam poket beg sandang aku sampai penuh.

Cerita pasal gula-gula, aku ingat lagi, bila dah nak dekat dengan PMR dan semua sibilus dah habis diajar kitorang bukak kelas seluruh form 3 punya kelas untuk dijadikan dewan peperiksaan kecil. Meja susun satu-satu dan semua kelas boleh duduk campur-campur. Mana meja kosong duduk saja even budak sebelah budak lelaki atau perempuan dah tak peduli dah. Iyep, kami budak sekolah agama kena jaga diri seperti diperbatasan tak boleh nak rapat-rapat sangat dengan berlainan jantina tanpa sebab dan musabab yang kukuh.

Aku punyalah mengantuk masa prep petang tu. PMR tinggal berapa minggu je lagi. Tapi aku rasa malas yang amat untuk study. Makan apa tengahari tu pun aku tak ingat, tapi lain macam betul rasa kantuknya. Bila aku toleh sebelah kanan, Paris tengah pandang aku dengan senyum trademark dia. Lepas tu dia tunjuk gula-gula Cloud 9 perisa strawberry (ini bukan Product Placement).

Aku pun tadah tangan, dan dia passkan gula-gula tu kat aku. Kali ni aku tak simpan dalam beg. Aku makan terus. Tapi tak hilang juga ngantuk. Tapi kenapa aku tak borak/sembang dengan dia eh? Itu ubat mengantuk paling unggul selain tidur. 

Maybe sebab tak nak kacau kawan-kawan lain yang tengah study.

By the way, kitorang punya relationship time tu more macam pen pal. Berbalas surat. Tak jumpa, tak sembang, tak apa. Kadang-kadang cuti sekolah tu je dia ada call aku kat kampung pakai line telefon rumah lepas tu sembang apa aku pun tak ingat. Seingat aku dia jelah kawan yang pernah aku sembang sampai 2 pagi. 

Masa form 3 lah aku baru beria nak cover balik apa yang aku miss masa form 1 and form 2. Pointnya sebab aku nak dapatkan result elok dan pergi meninggalkan sekolah tu. Banyak reason kenapa aku nak tinggalkan sekolah tu. Nanti aku story kat entryyang lain.

Iyalah, nak masuk sekolah lain kenalah dapatkan result yang bagus. Itu solution yang aku rasakan paling unggul masa tu.

Sehari sebelum PMR aku dengan kawan-kawan yang aku rapat dekat hostel buat hal. Kitorang pergi outing secara haram. Kitorang keluar dari pagar yang rosak kat belakang tangki asrama, lepas tu jalan kaki lalu depan rumah GPK HEP dan serahkan kad outing dekat pak guard dengan tandatangan warden yang ditiru. Itu cara kitorang rebel sebelum nak PMR. Sampai koyak-koyak hujung kain sekolah aku sebab tersangkut kat kawat pagar masa lalu bawah pagar rosak tu.

Bukan pergi mana-mana pun. Pergi kedai beli pen, makan aiskrim, lepas tu balik. Kedai pun tak jauh mana, pergi kedai runcit yang berdekatan. Tapi rasa puas tu cuma kami dan Tuhan saja yang tau. Dia punya adrenaline rush masa lalu depan rumah GPK HEP tu rasa macam mencanak-canak.

Bila nak balik tu kitorang masuk lalu pintu biasa. Sebab takkanlah warden nak biar kitorang duduk kat luar asrama sampai malam kan. Lagi pun ada je siapa-siapa yang berkeliaran dekat pintu pagar asrama untuk buka pintu untuk kitorang. Asalkan warden tak nampak selamatlah kami.

Long story short, keputusan PMR aku sangat memberangsangkan dan aku berjaya dapat tawaran ke asrama lain. Dekat KL. Masa tu aku memang dah tak sabar nak tinggalkan sekolah tu. Tapi dalam masa yang sama aku takut sangat nak pergi sekolah baru. Sepanjang 15 tahun aku hidup aku tak pergi KL kot. KL ibu kota Malaysia, bandar besar, tak macam pekan kecil lagi terpencil ni.

Tapi disebabkan aku nak sangat lari dari sekolah tu, aku pun decided untuk terima tawaran tu.

Ada budak yang sama kampung dengan aku halang aku dari pindah, sebab dia kata aku harumkan nama kampung kitorang sebab dapat masuk kelas first. Aku cakap dengan dia, aku tak suka sekolah ni dan semua tentang sekolah ni (kecuali kawan-kawan baik aku dan Paris). Dan argument dia tak valid sebab apa kaitan dengan aku duduk kelas first dengan harumkan nama kampung kitorang? Sampai sekarang aku tak boleh nak brain apa maksud dia.

Aku terkilan kat diri sendiri sebenarnya sampai sekarang, sebab aku tak inform Paris yang aku akan pindah. Kata kawan kan. Sampailah dia sendiri tanya kat aku, betul ke aku nak pindah. Maybe sebab lepas PMR tu kitorang dah stop jadi pen pal. Dia tak tulis apa-apa, aku pun tak reply apa-apa. So aku tak rasa ada keperluan untuk bagitau dia. Aku masih lagi ingat reaksi muka dia masa dia tanya aku soalan tu. Instead of halang aku macam member  kampung tu, dia just nodded dan cakap ok. 

Aku pula sebab rasa bersalah dan ego yang tak bertempat, terus jawab 'A ah' dan terus tinggalkan dia kat koridor kelas hujung. Hey-hey, kalau boleh turn back time I'll treat you nicely boy. Itu last aku jumpa dia.

So, akhirnya impian aku tercapai nak tinggalkan sekolah tu. Belajar sebab nak dapat result PMR elok in order untuk tinggalkan sekolah tu. Tapi, masuk sekolah baru- it's a new disaster for me. Sampai aku wish aku tidur setiap malam masa tu aku akan bangun dekat sekolah lama. Itu story entry lain. Huhu.

Itulah, aku rasa schoolhood aku tak menarik mana pun. Tapi ada rupanya certain memories yang buat aku treasure moment-moment aku kat sekolah tu.

Well, dah panjang sangat aku menulis. Cukuplah untuk hari ni. Jumpa lagi dilain masa.





p/s:

So Paris, I know you will never read this. But, I just want to sincerencely thank you for everything that you've done while we are being friends.

Paris, happy becoming birthday yang ke 25. You will always be 25. Because you stop ageing at 25.

Jumpa kat sana ok?



0 comments: