Thursday, March 18, 2021

Randomly Terkenang (Collecting Memories): Intro

Sejak dua menjak ni, selalu pula aku terkenang-kenang benda yang dah lepas. Benda-benda yang tak tak pernah diceritakan pada sesiapa mahupun dituliskan di mana-mana. Aku pula jenis yang selalu ingat benda yang negatif berbanding benda yang best. But somehow, sejak rasa lebih dewasa sikit ni banyak pula sebenarnya memori yang menarik yang boleh dikenang dengan perasaan yang lebih positif berbanding dengan masa aku lalui dia.

Tak kisahlah terjadi masa kecil ke, masa besar ke, yang peribadi ke, yang umum ke, asalkan benda tu tak memudaratkan, aku betul-betul akan cherish ia. Sebabnya dulu aku selalu rasa yang life aku ni tak menarik, so aku tend untuk bury semua memori aku dari ingat benda yang tak best. Padahal, kalau twist sikit yang tak best tu sebenarnya dia boleh jadi best. Bukan semua orang dapat rasa apa yang aku lalui, paling kuat pun cuma boleh relate.

Seorang aku ini adalah sejenis manusia yang dikurniakan hard disk memori yang sangat besar- tapi masalahnya aku selalu storage benda-benda yang tak berguna. So bila time jawab exam tu bila nak cari jawapan memang kena berusaha sesunguh-sungguhnya untuk gali dalam-dalam barulah boleh jumpa apa yang nak. Dan biasanya susah betul nak jumpa sebab dah banyak sangat benda kat dalam tu. Dahlah sistem storage pun ke laut.

Sejak dua menjak ni  juga aku rasa terpanggil untuk kembali menulis, dan decided untuk tuliskan memori-memori dan kenangan-kenangan yang menarik untuk dikongsikan bersama diri aku pada masa hadapan. Aku pun perasan juga sejak akhir-akhir ni aku dah jadi pelupa. So sebelum aku jadi pelupa tegar, aku nak ada satu medium di mana aku boleh letakkan cebisan-cebisan memori yang tinggal dalam ingatan aku ni.

Selain dari itu, aku juga boleh rasakan apa yang aku akan tulis ni nanti akan membantu aku dimasa hadapan in case aku hilang ingatan ke, alzheimer ke, apa-apalah yang terjadi yang effect pada ingatan aku. At least aku ada sumber yang boleh aku rujuk.

Ataupun, kalau memang aku dah tak boleh nak ingat balik, lost memories for good, atau apa-apa je, dan bila aku come across dengan blog ni, aku boleh tengok diri aku sendiri dari sudut pandangan orang sekeliling aku. 

In 10 years, aku akan baca balik apa yang aku tulis ni, sama macam apa yang aku buat sekarang. Baca balik apa yang aku tulis 10 tahun yang lepas dalam post aku yang lepas-lepas. Gaya bahasa pun dah berubah, cara berfikir pun of course lah dah berubah. Muzik yang aku dengar pun dah jadi pelbagai berbanding 10 tahun yang lepas.

Untuk first part  Randomly Terkenang (Collecting Memories): ni aku plan nak tulis tentang memori aku masa Tingkatan 3 dulu, time nak PMR. Dalam setahun tu banyak betul benda baru yang berlaku dalam hidup aku dan aku nak dedicatekan kepada seorang kawan yang lebih dari kawan yang buat aku selalu terkenangkan dia setiap kali April menjelang. 

Cukuplah kot dengan short introduction ni sebab aku macam tak sabar nak tulis part 1. Hopefully dengan bermulanya part 1 ni akan muncul part 2, 3, dan seterusnya sehinggalah writing skill aku menjadi bertambah baik hinggalah ke level dewataraya peringkat tertinggi.

Sekian, terima kasih.

0 comments: