Monday, May 23, 2011

Selipar putus, gigi, broadband..





“Aish..putus lagik..”

Cepat-cepat selipar di capai. Dimasukkan hujung selipar yang putus. Dimasukkan kembali ke dalam lubang yang tersedia. Lubang semakin membesar. Selipar lembut sangat. Cepat sangat boleh tercabut. Tapi dia suka.

“Cepatlah. Diorang dah tunggu lama tu,” sekali lagi Fairuz menjerit.

“Sabarlah. Selipar I putus lagi,” balas Maria tenang. Selipar yang Berjaya dibaiki cepat-cepat di sarung. 

Lepas ni, kalau ganas sikit saja confirm tercabut balik.

“Belilah selipar baru,” provoke Fairuz.

“Kaulah belikan untuk aku,” balasnya tenang.

“Suruhlah boifren belikan,” cadang Fairuz sambil tersengeh-sengeh. Makin kembang wajahnya kelihatan di sebalik tudung awningnya.

“Satu hal pulak nak carik boifren. Memang takkan dapat selipar baru la kalau camtu,” balas Maria.

“Aik, muka lawa camni takkan lah tak ada boifren. Tipula..” ujar Fairuz sambil terus menuju ke meja makan. Di situ sudah ramai yang menunggu.

Lawa? Maria mencebik. Perli la tu.

Sambil meeting sambil minum pagi. Semua seperti tekun mendengar. Maria Nampak paling tekun. Di pandangnya muka Datin setiap kali wanita itu bersuara. Namun bila di Tanya Maria Cuma menguis-nguis pinggan yang kosong. Padahal langsung dia tak dengar apa. Lagu-lagu di MP3 yang di sumbatnya sejak pagi lebih menarik perhatian telinganya. Apa yang di kata Datin bagai angin lalu. Dengar, tapi terus keluar tak sempat digest dalam otak.

Entah macammana masuk cerita tentang pasangan masing-masing.

“I masa tengah muda dulu, perkara paling penting yang I cari dalam lelaki is dia mesti ada gigi. Kalau tak ada gigi I terus tolak. Ye la, kalau tak ada gigi macam mana I nak cium dia? Geli tau. You all mesti ada ciri-ciri dia kan. Jangan nanti bila dah kahwin baru nak menyesal dia tak ada gigi ke apa. Lainlah kalau masa sebelum kahwin you dah tau dia tak ada gigi. Itu memang salah you la sebab tak cari betul-betul. Masa tu you tak boleh menyesal,” cerita Datin panjang lebar.

Yang lain semua tersengih-sengih. Hampir separuh di situ sudah berumah tangga dan punya tunang. Jadi yang dah berkahwin memang faham sangat apa yang di kata Datin. Yang sudah bertunang angguk-angguk faham. 

Sama juga dengan yang sedang bercinta.

Moral kat situ, it’s ok kalau nak memilih, agar tak ada kesalan di hari tua kelak.

Ok. Part itu saja yang Maria ingat sepanjang meeting tersebut. Habis minum pagi, gotong royong terus di jalankan. Kali ini buat buku rekod untuk pelajar pula. Menggunting dan menampal. Faham sajalah bila perempuan buat kerja. Tangan gerak, mulut pun haruslah bergerak sekali. Si Maria yang telinganya tersumbat dengan earphone pun terpaksalah respon sekali bila di soal. Kali ini dia tak boleh mengelak.

Bila masuk bab cerita tentang pasangan masing-masing sedaya upaya Maria mengelak. Beb, nak cerita apa? Song Joong ki? Jumpa dia sebab dia berlakon dalam drama Korea? Mati kena gelak karang. Bila dah macam tu, Fairuz buat kesimpulan sendiri. Pesan Fairuz,

“Tak semua lelaki sama. Bagi peluang untuk lelaki cuba dekati awak. Dan bagi peluang kat diri sendiri untuk merasa cinta,”..

Maria sengeh-sengeh. Satu, apa yang Fairuz kata tu ada betulnya. Dia tak nafikan. Dua, err, tak ada yang kedua. Ok. Dia terima nasihat itu.

Tepat jam 1 petang QMC 121 sampai. Masa untuk pulang. Maria terus pulang setelah mendapat kebenaran Datin dan Kak Bib. Yang lain masih ada di situ. Biarlah. Siapa suruh datang lambat.

Cerita pulak tentang broadband dengan Iza. Maria kesal kerana broadband sudah dipulangkan. Leceh. Macam mana nak download kalau tak ada internet.

“Susahnya boyfriend duduk jauh. Kalau dekat, mintak je, mesti dapat,” balas Iza.

“Dapat yang kaya bolehla,”balas Maria merujuk kepada boyfriend Iza.

“Kau cari la yang kaya,”pendek saja balasan Iza.

“Tapi kalau dapat yang sengkek camne?,” soal Maria bodoh-bodoh.

“Jangan lah cari yang sengkek,”

“Boleh ke camtu?” soal Maria sambil menggumam pipinya semakin bulat.

“Kita yang tentukan. Dari awal perkenalan tu kita yang tentukan sama ada kita nak dia ke tak nak. Semuanya terpulang pada kita,” terang Iza.

“Owh..”

Serentak itu dia teringat kata-kata Datin masa meeting tadi. Ciri-ciri pilihan. Dia cuba relatekan dengan kata-kata Iza sebentar tadi. Ciri-ciri pilihan dan kita yang tentukan untuk terima atau tak. Ok. Semuanya masuk akal.

So, still make sense lah as why she still single right now. It’s not like she’s not giving any chance to herself or to any man to be in that kind of relationship. As the matter of fact,  she thinks that  it’s a noble for her to be choosy in order not to regret for what she’ll choose in the future. To think back, she never regret for not accepted any man that had tried to make a move on her. Well, she think she will be rather single than being with the person who is not her type.

Releks la. Tak payah rushing-rushing. Ada, ada la. Tak ada, tak ada la. Bak kata Ayushita, banyak yang bercinta bertahun tahun putus jua. So, apa nak rushing. Yang penting kita enjoice!!

“Yang penting aku tak desperate,” fikir Maria, mengakhiri hari Sabtunya yang penuh dengan topic yang sama.

0 comments: