Friday, June 3, 2011

wafiy dan 50 sennya..

Hari ini Wafiy tak menangis masa pergi tadika. Wafiy nampak teruja. Lepas salam mamanya dia terus letak beg di meja panjang. Selipar awal-awal dah di cabut dan di letak di rak kasut. Tak seperti selalu. Kadang-kadang dia menangis teruk bila di suruh ke tadika. Kalau tak di pujuk mesti kena bagi umpan gula-gula, atau coklat rocky, tak pun coklat choki choki sebagi alat untuk memujuk.

Tapi hari ini dia agak lain. Kepalanya tertoleh toleh. KEjap ke kanan, kejap kekiri. Pandangannya cepat menangkap ke arah gurunya yang duduk di meja panjang berdekatan. Wafiy senyum.

Cepat-cepat di buka poket begnya dan mengambil sesuatu dari begnya. Pantas dia berjalan menuju ke arah gurunya, Cikgu Maria.

"Cikgu, nah!" dihulurnya benda di tangannya kepada Cikgu Maria.

Pantas saja Cikgu Maria menyambut. Syiling 50 sen bertukar tangan. Dengan wajah confuse Cikgu Maria bertanya,

"Buat apa bagi cikgu ni?"

"Ambillah..cikgu kan tak ada duit. Wafiy bagi," balas Wafiy sambil di perhatikan rakan-rakan lain yang berada berdekatan.

"...."

..

Imbas kembali....

Hari sebelumnya.

"Maria ni duit OT ngan Ana. Bahagi 2 ye," ujar Kak Bib sambil menghulur sekeping wang bernilai lima hengget.

"OK," balas Maria.

Wang tersebut di lipat dua dan di selit ke dalam pencil case. Lepas siap kerja ni baru dia bercadang untuk diberi pada Ana. Kerja-kerja menggunting kertas untuk subjek seni kelas 5 tahun di teruskan. Dia langsung tak pedulikan kanak-kanak lain yang bising kerana teruja membaca buku bergambar di sebelah kanannya.

Baru letak rak buku tu. Masih jakun lagi. Nanti dah lama-lama, dah habis semua buku di godeh, bosanlah tu. Balqis yang sibuk menggeledah pencil casenya pun di biarkan saja. Malas nak layan, yang penting kerjanya siap sebelum kelas bermula.

"Wah, cikgu ada duit," ujar Balqis kagum.

"Jangan main duit cikgu tu. Cikgu tak ada duit ni. Hilang duit tu apa cikgu nak makan nanti," balas Maria pantas dengan suara yang mendatar. Sengaja diberikan ayat simpati untuk melihat reaksi kanak-kanak 5 tahun itu.

"Alah, tengok je la," balas Balqis lagi.

"Tengok tak apa. Jangan hilangkan sudah," akhiri Maria.

"Ye la.."balas Balqis lagi.

Maria semakin asyik dengan kerjanya. Sekejap-sekejap dia bertanyakan wang lima ringgitnya itu bila dirasakan wangnya sudah bertukar tangan.

Kebetulan Wafiy ada disitu, memerhati dan mendengar setiap perbualan Cikgu Maria yang berkaitan dengan wang di situ walaupun pada ketika itu dia juga sedang teruja membaca buku bergambar.

.....

Kembali ke masa sekarang.

Cikgu Maria tersengeh. Baru dia dapat relate kan kenapa tiba-tiba dia diberikan wang tersebut. Wang lima puluh sen di tangan di tenung. Kemudia beralih ke arah wajah tulus Wafiy. Wafiy tersenyum menunjukkan gigi susunya yang banyak rosak akibat banyak makan gula-gula.

"Terima kasih Wafiy. Tapi ni duit siapa ni?,"soal Cikgu Maria sambil menunjukkan koin di tangan.

"Duit Wafiy la. Ayah bagi," balas Wafiy agak manja bagi seorang budak lelaki. Rambutnya yang kerinting di bahagian bawah di pintal.

"Ye ke. Ayah bagi  eh. Wafiy simpan dulu duit ni. Kesian ayah Wafiy penat-penat kerja, Cikgu pulak yang ambil. Duit ni Wafiy simpan. Ok?" balas Cikgu Maria walau dalam hatinya begitu menginginkan sekeping syiling bulat yang besar itu. Dia memang ada obsesi pelik terhadap syiling 50 sen.

"Ok, tapi kesian cikgu tak ada duit," ujar Wafiy sebelum berlari ke begnya. Lima puluh sen di simpan semula dalam beg.

......

p/s: ada aku bagitau yang Wafiy ni ada iras-iras member aku masa aku study dulu?..muka lebih kurang, blur pun lebih kurang sama..kalau rindu kat member tu, tengok je mamat kecik ni, terus terubat rindu di hati..haha...

0 comments: