Thursday, May 5, 2011

wild imagination..

 
Fairuz baru saja dua hari bekerja sebagai guru sementara di tadika persendirian milik Datin Rosma sementara menunggu hari konvonya menjelang bulan Oktober kelak. Masih bersisa 5 bulan sementara dia menanti tarikh keramat itu. Haruslah dia memanfaatkan masa yang ada itu dengan sebaiknya. Boleh dapat pengalaman, masyuk pun masyuk dari tak ada buat apa-apa.

Dalam tempoh dua hari tersebut dia hanya perlu memerhatikan bagaimana guru-guru lain bertugas untuk dijadikan panduan kerana sesungguhnya dia memang tiada pengalaman mengajar. Lalu, segala jenis aktiviti cuba difahami dengan baik agar perjalanan kerja berjalan lancar. Bukan mudah rupanya untuk mengajar di tadika ini. Sangkanya dia hanya perlu masuk kelas, mengajar, dan terus keluar. Kemudian tunggu di bilik guru sehingga masa yang seterusnya.

Rupa-rupanya tidak sama sekali. Bila bukan subjeknya yang di ajar di kelas, dia harus menjadi guru pembantu. dia harus memastikan urusan kelas lanacar seperti pensel di asah tajam, jika pelajar gagal menjumpai buku dia harus membantu pelajar tersebut, dan macam-macam lagi.

Selain itu bila dia menjadi guru pembantu dia harus menyediakan minum pagi untuk pelajar-pelajar 5 dan 6 tahun. Kalau pagi itu makan koko crunch mesti azab. mana nak isi koko crunch dan corn flakes dalam mangkuk, kemudian di isi sudu, disusunnya pula ke atas meja panjang di mana pelajar akan menikmati makanan mereka.

Susu tak boleh letak awal-awal. Nanti bijiran jadi lembik. Budak-budak tak suka. Ramai yang tak nak makan. Kena tunggu anak-anak duduk, baru boleh tuang susu dalam mangkuk. Itu pun bukan semua yang nak makan dengan susu. Silap tuang, kena tukar. Silap tuang, dapat budak yang suka main-main, di tadahnya susu suam yang mengalir keluar dari muncung jag guna sudu, maka jadilah air pancut di situ. Habis basah satu meja.

Kena lap.

Untuk dua hari yang pertama, dia tak mengajar lagi. Jadi lepas kelas, meja dan kerusi di susun kemas di hadapan kelas. Bilik darjah yang kosong akan di jadikan tempat tidur untuk anak-anak. Tapi sebelum tu anak-anak kena mandi dulu.

Untuk hari pertama dia jaga kelas anak-anak 5 tahun. Mula-mula budak perempuan yang mandi. Masing-masing gembira untuk mandi. Bersoronglah beg beroda yang rata-ratanya semua berwarna pink bergmbar princess. Masing-masing mengeluarkan tuala dan baju basahan dari dalam beg buat pengganti pakaian seragam sekolah. bukan main gembira mereka berborak, berlari dan menari-nari dalam kelas. Hatinya terhibur melihat gelagat anak-anak kecil itu.

Selesai mandi dia perlu menyikat rambut dan menyapu bedak pada mereka. Dengan gembiranya dia bersila dan memanggil anak-anak yang usai mandi dan lengkap berpakaian baru ke arahnya untuk disikatkan rambut dan di bedakkan mukanya. Anak-anak kecil yang dambakan perhatian seronok di perlakukan sebegitu. Ramai yang mengerumuninya. Fairus jadi bangga.

Rasa macam artis pula, tawanya dalam hati.

Sedang asyik dia melakukan tugas, tiba-tiba dia rasa gelabah. Kenapa lampu tertutup tiba-tiba. Lampu rosakkah? Apa la tadika ni. Dari luar kedengaran jeritan kuat Puan Bibah menyuruh pelajar perempuan masuk tidur.

"Kat mana la pulak budak-buadak ni nak tidur?," Fairuz menyoal dalam hati. Di sekelilingnya masih ada lagi beberapa pelajar yang masih belum siap bersikat rambutnya.

Tak sampai dua saat, kelas 5 tahun itu dikerumuni semua pelajar perempuan. Masing-masing muka terpinga-pinga. Malangnya Fairuz tidak mampu memahami apa yang tersirat di hati pelajar tersebut. Dia masih tekun dengan kerjanya menyikat rambut pelajar yang masih bersisa.

"Lah, tak bentang lagi ke comforternya?..Lupa nak bagitau..," entah dari mana tiba-tiba kedengaran suara Cikgu Yus. Dengan gigih Cikgu Yus mengusung badan montel comelnya ke arah sebuah almari. Di bukanya pintu almari tersebut sambil menjerit menyuruh pelajar lain yang berada di dalam kelas untuk keluar. Walhal dalam masa yang sama Puan Bibah menyuruh pelajar perempuan masuk tidur.

Pelajar akur. Mereka keluar. Namun bila di jerit semula oleh Puan Bibah, mereka masuk semula, dan di halau semula oleh Cikgu Yus.

Fairus sendri jadi pening dengan keadaan itu. Tak organise betul tempat ni, bisiknya dalam hati.

"Fairus, meh sini, bentang comforter. Patutnya awak bentang benda ni siap-siap," panggil cikgu Yus. Fairus terdiam. Cepat-cepat di sudahkannya kerjanya itu. La, tak sangka. Sebab aku ke tempat ni jadi huru hara macam ni.

Sepantas kilat dia cuba membentang comforter. Dengan bantuan ikgu Yus, segala kerja berjalan lancar. Berpeluh juga badan gempalnya ketika itu. Hari-hari buat macam ni boleh kurus kot.

Masa untuk tidur agak ngeri buatnya. Pelajar di jerit lagi untuk menyuruh mereka tidur. Ada yang di pukul. Sungguh tak patut. Kalau cakap elok-elok, bukannya mereka tak nak dengar. Akhirnya dengan cara itu pelajar tidur. Dia hanya memerhati.

Sedang dia berbaring di bahagian pelajar lelaki, dia ternampak satu kejadian. Terlihat seorang budak lelaki memanjat badan budak lelaki lain. Sebagai guru baru dia hanya memerhatikannya saja. Kejadian berhenti setakat di situ. Tapi fikirannya benar-benar terganggu. Gay ke? Budak 5 dan 6 tahun gay? Biar betul?

Seharian dia memikirkan hal tersebut. Takkan lah. Sehingga malam pun dia sibuk memikirkan hal tersebut.

Esoknya, dia datang bekerja seperti biasa. Hari kedua. Mungkin kerana sikapnya yang cepat ramah dengan orang membuatkan dia senang masuk dengan guru-guru lain, kecuali Cikgu Maria yang kelihatan suka menyendiri. Dia  lebih suka berborak dengan Cikgu Yus, mungkin kerana saiz mereka yang lebih kurang sama. dengan Cikgu Ana dia suka juga berborak kerana Cikgu Ana memang banyak kata, bolehla di bawa borak sentiasa.

Dengan Cikgu Maria, dia kelihatan agak sombong. Lebih banyak mendengar dari bercakap. Reaksinya pula tak banyak. Macam robot. Bosan.

Maka untuk hari kedua itu, dia sudah mula berborak sakan dengan cikgu-cikgu lain. Cikgu Maria dilihatnya sibuk bermain dengan kanak-kanak lain. Dia pun pelik kenapa begitu ramai kanak-kanak mengerumuni Cikgu Maria. Entah apa lah yang di borakkannya.

Hari kedua sama seperti semalam. Tak banyak beza. Jadi guru pembantu, mengawasi kanak-kanak mandi, menyusun meja dan sebagainya. Tiba waktu tidur hatinya jadi berdebar. Kali ini dia tidur di bahagian budak perempuan.

Setengah jam berlalu. Dia tergerak untuk mendapatkan handphonenya di kelas di mana tempat budak lelaki tidur. Alangkah terkejuta pabila dia melihat adegan yang sama semalam berulang lagi. kali ini lebih ramai. 4 orang. masing-masing tidak tidur. Bila seorang pergi ke tandas, tiga yang lain turut mengekori.

Dengan curiganya dia mengekori empat orang budak lelaki tersebut. mereka semua ke tandas. Mereka masuk sekaligus. Ada beberapa bahagian tandas disitu yang kesemuanya tidak berpintu. Dua orang masuk satu tandas. Makin bertambah curiganya.

Langsung tak didengarinya bunyi air. Entah apa yang di buatnya? Takkan buat projek kot?

Fairus tak puas hati. Dia mengekor. Belum sempat apa-apa empat budak lelaki tadi dijerkah oleh Cikgu Yus supaya pergi tidur. Berlari tak cukup tanah masing-masing pulang ke tempat tidur. Berderau darah Fairus.Seperti tidak percaya.

Lanats di ceritakan segalanya kepada Cikgu Yus dan Cikgu lain. Perkara ni tak boleh dibiarkan. kena bendung dari awal ni. Kalau biarkan, habislah generasi anak muda masa depan. Boleh effect pada kemajuan negara ni.

Tindakan harus diambil. Sebagai guru yang berwawasan dia harus membetulkan kesalahan besar ini, ikrar Fairus.

**************************** end************************************

apa? korang rasa ni cerita tak ada ending?..

defak!!

komen aku..

- aku rasa si fairus ni dah terpengaruh dengan dakyah-dakyah video seks pemimpin blablabla yang tersebar megahnya kat media tu sampai dia nak relatekan perkara tu kat kehidupan seharian..

-come on la, bebudak kot..even tak sampai 2 bulan aku kenal dorang, nakal nakal dorang, tak sampai kot tahap tu..bukan aku tak pernah tengok dorang pegang-pegang tangan sesama gender, peluk-peluk semua ( sebab some of them ada hug habits, especially one of them yang dituduh gay itu)..kalau peluk lelaki dah dia kata gay, kalau peluk perempuan tu apa pulak? kaki perempuan?

-aku bukan nak butthurt ke apa ke, tapi the way si Fairuz tu cerita kat kitorang tadi, kalau ko dengar akan menimbulkan rasa annoying giler..4 orang beb..4 orang dia tuduh as a gay..even aku bukan parents budak 4 orang tu, aku terasa giler beb..

-bukan agenda aku bak back up bebudak tu..tapi dari pemerhatian aku selama lebih 40 hari bertugas kat situ , bebudak tu bila dah tak boleh tido, dorang pusing kanan pusing kiri, kacau kawan sebelah, bila ada geng tak nak tido, pakat-pakat keluar dari tempat tidor..pergi toilet, dan agendanya main air..

banyak kali kot diorang kena tangkap sebab main air sampai basah lencun baju semua..yang tadi tu sebab tak sempat kot nak main air dah kena terjah..

-aku nampak emo di sini..yes, aku admit, aku tak boleh terima kenyataan outsider ( aku panggil dia outsider sebab dia baru 2 hari ada kat situ), dah komplen itu ini..dia kena learn dulu behavior dan habits bebudak kat situ sebelum buat tuduhan melulu cam tu..

aku diamkan jek sebab aku yang bersalah sebab tak sedar diorang keluar ramai-ramai..yes aku tido, tapi aku tido after aku make sure sumer orang dah nak fall into deep sleep..mata masing-masing dah layu..yes, once again my mistake sebab tak make sure semua tidur betul-betul..(sebab tu aku emo lebih kot, sebab its happened to be bila aku yang jaga diorang)

Tapi part diorang 4 orang kena tuduh gay beramai-ramai oleh si Fairus tu memang aku rasa busyet sangat-sangat..dem nonsense..


so, aku buat  conclusion kat sini, the wild imagination yang si Fairus tu ada, adalah datangnya dari curiga yang tak bertempat..aku akan anggap cerita dia adalah the joke of the year..

0 comments: